Pages

Saturday, April 30, 2011

Cakap Kuat Macam Duduk Sebatu

Bila korang tengah berbual-bual, pernah tak berdepan dengan situasi orang yang bercakap dengan nada kuat melebihi had sepatutnya? Padahal duduk sebelah-menyebelah saja. Orang kata, "cakap macam duduk sebatu". Kalau boleh, nak semua orang dengar apa yang dibualkan. Apa pendapat anda dengan orang macam ni?


Bila duduk berdekatan tu, cakap slow-slow ala kadar dah la. Bukannya kawan kita tu pekak ataupun sound trouble. Nanti, silap haribulan pecah pulak gegendang telinga dia dengar suara lantang kita tu. Lagipun, bila yang muda meninggi suara daripada yang tua, nampak macam kurang ajar. Silap-silap makan pelempang. Tambahan pulak kalau perempuan. Meninggi suara daripada lelaki kan tak elok. Suara kan aurat bagi perempuan.

Aku cukup pantang kalau orang cakap kuat-kuat macam duduk sebatu. Control la sikit volume tu. Aku bukannya pekak lagi. Ini sampai satu dewan dengar suara dia saja. Tak pasal-pasal semua mata memandang. Dan aku rasa orang yang cakap menengking ni adalah biadap dan sangat menyakitkan hati. Sory to say.

Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang. -Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakitkan hati orang lain pula! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra' ada menyebut... Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

SZ : Nak cakap menjerit, cakap dalam air! 

Sunday, April 24, 2011

Aku Tampaq Hang Mau Dak?

Ngek! Ngeng! Tampo nak? Tampaq mau? Taboh satgi har! Lempang? Cubit nak?

Ok, apa perasaan hangpa kalau kawan-kawan hangpa cakap camtu kat hangpa? Tak kira la samada kawan laki atau perempuan, pakwe makwe, atau laki bini. Sentap tak? Rasa bengang tak walaupun hangpa tau yang dia hanya bergurau dengan ungkapan-ungkapan tersebut?

Aku? Aku dah biasa dengan gurauan kasar macam tu. Selalu jugak aku melawak kasar dengan kawan-kawan aku. Tapi, berpada-padalah jugak. Dengan kawan lelaki, mungkin tak kisah. Kalau perempuan, terasa tak? Marah tak kalau aku cakap "Tampo nak?" dengan nada lembut dan bergurau?

Ada seorang awek ni. Aku komen-komen dengan dia kat facebook. Aku saja gurau dengan dia. Aku cakap, "tampo nak?". Then, dia tegur aku dia cakap dia tak suka aku cakap macam tu. Padahal dia tau niat aku hanya bergurau. Lepas tu, ada jugak sorang awek ni tegur aku. Jangan sebut BINI. Tapi sebutlah ISTERI. Katanya bini dengar macam kasar.

Ok. Orang Kedah memang kadang-kadang cakap dia kedengaran macam kasar, tapi sebenarnya memang itu cara dia cakap. Langsung takdak niat nak lukakan hati mana-mana pihak. Aku ni plak, mungkin kadang-kadang percakapan atau penulisan aku nampak kasar. Ada jugak yang cakap aku mulut jahat bila melawak. Tapi, nak buat macam mana. Kadang-kadang terlepas cakap dengan gurauan kasar macam tu.

Aku tau, tak semua orang boleh terima gurauan kasar. So, kalau ada yang terasa tu, harap maaflah ye. Tak ada niat pun nak menyinggung hati mana-mana pihak. Aku tau, budi bahasa budaya kita. Terima kasih kerana menegur. Sekian, wassalam..

SZ : Aku pun tak pasti. Adakah ungkapan "tampo nak?" adalah kurang ajar atau tak. Tolong jelaskan pendapat anda. Please..

Monday, April 11, 2011

Kiriman Poskad Dari Jogjakarta, Indonesia

Petang tadi, sedang aku bersantai tengok TV sambil minum milo suam, mak aku menghulurkan sekeping kad kepada aku. Mula-mula aku ingatkan kad jemputan kahwin. Rupa-rupanya sekeping poskad dari Jogjakarta, Indonesia. Aku pun pelik. Sejak bila Luna Maya tahu aku punya alamat rumah. Haishh... Tetapi setelah diteliti isi kandungan poskad tersebut, rupa-rupanya ia kiriman seorang blogger perempuan yang bermusafir ke Indonesia.

muka depan poskad
isi kandungan poskad

Terima kasih Fatt sebab sudi bagi kat aku poskad tu. I'm really appreciate it! Akanku simpan dengan rapi. Semoga doa Fatt terhadap aku tu termakbul sebab aku memang bercita-cita nak kelilingi dunia. InsyaAllah.. Sebenarnya aritu Fatt yang tanya aku, kalau nak poskad bagila alamat kat dia. So, aku dengan berbesar hati pun bagi la. Heheh..

Kepada yang belum kenal Fatt, beliau ni seorang traveller. Dah banyak tempat kat luar negara yang dia jejak. Antaranya, Thai, Indon, China, Hong Kong, Macau, Australia, New Zealand, dan lain-lain lagi. Antara tempat yang dia ingin pergi pada tahun 2011 ini pula ialah Cambodia, Vietnam, Korea, Madinah dan Mekah. Semoga impian Fatt tu tercapailah ye.. Aminnn..

Aku suka ke blog Fatt sebab blog dia ada banyak gambar menarik dari luar negara. Kepada sesiapa yang berminat nak melancong dan melihat tempat-tempat menarik, boleh la berkunjung ke blog Fatt. Dia baik orangnya. Cewahh.. Bodek.. Hehehe..

klik link di bawah untuk ke blog Fatt

Sunday, April 3, 2011

Aku Nak Bunuh Diri.. Mati Lagi Bagus!

Kehidupan ini memang menyakitkan. Aku benci dengan penderitaan yang aku alami selama ini. Dari kecil sehingga aku dewasa, tak habis-habis diuji dengan pelbagai masalah. Aku memang seorang yang bernasib malang. Percintaan aku pun sering gagal. Asyik dikecewakan saja. Hancur luluh hati ini dibuatnya. Sudahla keluarga aku pun porak-peranda. Pelajaran aku pun tak tinggi. Aku memang manusia yang hina. Aku rasa dah tak ada nilainya diri ini. Aku dah tak sanggup nak hadapi semua ni. Aku rasa lebih baik aku mati saja. Aku nak bunuh diri!


Ok, ayat di atas hanyalah contoh. Aku masih waras la nak bunuh diri. Gila ke apa? Tak cium bau syurga weyh. Persoalannya, apa hukum jika seseorang umat Islam melahirkan ucapan sedemikian?

Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah-mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah-mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah”. -Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita-cita dan berdoa untuk mati apabila hidup di dalam kesengsaraan dan menderita.

2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.

3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita-cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita-cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.

Rujukan : JAKIM

Nampak? Bercita-cita untuk bunuh diri pon berdosa. Apatah lagi dah bunuh diri. Betapa hinanya orang yang bunuh diri di sisi Allah SWT. Nauzubillah.. Ingatlah.. Walau sebesar mana pun masalah yang anda hadapi, hadapilah dengan hati yang terbuka sebagai seorang Muslim. Jangan mudah berputus asa dan membuat tindakan bodoh. Nyawa tu hak Allah. Hanya Allah yang berhak menariknya kembali.

SZ : Pergi berjihad lagi bagus.. Takde la mati tu sia-sia..

Saturday, April 2, 2011

Identiti Sebenar Lisa, Asyraf dan Farid Kini Dibongkar!

Sambungan daripada entry : Siapakah Jejaka Pilihan Lisa Kini Terjawab!

Salam.. Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak dedahkan siapa sebenarnya Lisa, Asyraf dan Farid yang memegang watak dalam dua entry aku yang lepas? Mungkin ada yang sudah dapat mengagak dan mungkin ada yang langsung tidak dapat meneka. Yang pasti mereka bertiga bukanlah Lisa Surihani, Asyraf Muslim, mahupun Farid Kamil. Heheh..

Yang sebenar-benarnya, watak Asyraf tu adalah aku. Watak Lisa pula adalah Alya, Cinta Monyet aku. Watak Farid pula adalah Mr Y, sahabat lelaki Cinta Monyet aku. Yeah! Memang Asyraf tu sebenarnya aku! Hahaha.. Sadis gila weyh! Kecewa lagi. Hajat nak jadikan Alya sebagai teman hidup terbantut. Nasib badan la. Aku cari dia selama 13 tahun baru jumpa. Tapi, tak sangka begini pengakhirannya. Tapi aku redha sebab pengakhiran ini berlaku dengan aman. Besar hikmahnya.


Apa alasan Alya menolak aku dan memilih Farid?

1- Aku dan Alya sama-sama anak sulung. Rasanya hangpa pun tau kan. Anak sulung ni ego dia lain macam sikit. Bila sama-sama ego, kalau gaduh masing-masing taknak mengalah. Susahla kalau macam tu kan.
2- Dia cakap aku ramai peminat dan kawan perempuan (Sumpah dia yang cakap, bukan aku perasan.. Hehe). Kalau nak diikutkan hati, dia nak suruh aku delete FB dan blog aku. Itulah gambaran betapa kuatnya sifat cemburu Alya. Sebab tu dia takut nak pilih aku.
3- Dia rasa tak layak jadi menantu Mak Ayah aku kononnya family aku alim macam tabligh. Padahal family aku biasa-biasa saja. Aku pun teruk gila kot! Haha..
4- Dan sebab paling utama, dia belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat. Sedangkan aku pulak macam orang yang dah desperate nak kahwin. Heheh.. Bukan la.. Mak Ayah aku yang suruh kahwin awal.


Adakah aku frust menonggeng? Jawapannya TIDAK! Sebab?

1- Aku sudah dapat mengagak dia akan memilih Mr Y di saat akhir.
2- Aku sudah matang menangani situasi yang mengecewakan seperti ini disebabkan pengalaman lalu yang banyak mengajar aku.
3- Aku belum lagi declare dengan Alya.
4- Aku rasa aku mungkin keliru dan hanya dihimpit kenangan manis Cinta Monyet dengan Alya dulu.
5- Aku juga dah tak terlalu taksub dengan cinta sebab aku dah set dalam minda yang aku nak siries bercinta lepas kahwin. Bercinta lepas kahwin kan lebih nikmat.

Terima kasih kepada Alya kerana pernah menyayangiku walaupun sekejap cuma. Semoga berbahagia dengan pilihan hatimu. Dan anda semua, jangan menyalahkan Alya sebab kami masih berkawan. Aku taknak lukakan hati sahabatku itu. Mungkin kami tak serasi sebagai teman hidup. Tapi mungkin kami serasi sebagai sahabat. Aku senang dengan Alya sebab dia seorang yang kelakar dan Happy Go Lucky! =)

Kamu yang mahu mencintai aku.. Kamu yang mahu mencintai dia..
Haruskah cinta ini jadi begitu?
Pergilah bersamanya dan biarkan ku sendiri..
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi.. Bebas untuk berlari..
Walaupun tanpamu di sisi.. Aku akan teruskan berlari mengejar impian..

Entry berkaitan :

SZ : Status aku kini 100% single available! Yeah.. Muktamad! Borang kosong banyak lagi ni. Sapa nak? Haha..

Friday, April 1, 2011

Siapakah Jejaka Pilihan Lisa Kini Terjawab!

Eh.. Siapa pulak Lisa ni? Sesiapa yang pernah baca entry Perlukah Berkorban Demi Kebahagiaan Orang Lain, mungkin ingat. Konflik cinta antara Lisa, Asyraf dan Farid. Bagi anda yang belum pernah membaca kisah tersebut, boleh klik link kat bawah sebelum aku mula bercerita. Bukan apa, takut hangpa tak faham ja baca sequel ni. Heheh..
Klik link di bawah :

******************************

Sudah lebih dua bulan Asyraf menunggu Lisa membuat keputusan siapakah pilihan hatinya. Akhirnya penantian tersebut bakal berakhir. Lisa sudah bersedia memberi keputusan muktamad siapakah jejaka pilihan hatinya. Pada mulanya Lisa hanya ingin memberitahu melalui handphone sahaja. Akan tetapi Asyraf memohon untuk bertemu dengan Lisa bagi mendengar sendiri apa keputusan Lisa secara face to face. Maka, pertemuan pun diatur.

Tanggal 1 April 2011, tepat pukul 9.36 pagi Lisa datang bertemu Asyraf di sebuah lokasi yang terpaksa dirahsiakan. Perbualan pun bermula. Lisa mengakui yang pada mulanya dia sangat menyayangi Asyraf. Lisa sendiri juga mengaku yang ibunya lebih cenderung ke arah Asyraf. Pada mulanya Asyraf juga yakin yang Lisa akan memilihnya sebagai teman hidup. Tetapi sejak kebelakangan, keyakinan Asyraf sedikit terhakis.

Ternyata memang benar, Farid menjadi pilihan Lisa. Sayangnya Lisa kepada Farid sebagai sahabat sudah berubah menjadi sayang sebagai kekasih. Asyraf sedikit tergamam di saat Lisa meluahkan isi hatinya. Riak wajahnya sedikit menampakkan kekecewaan. Namun dia cuba berlagak tenang walaupun hati bergelora. Seolah-olah tidak dapat mempercayainya, berulangkali Asyraf bertanya, "Adakah ini April Fool?". Lisa berkata yang itu adalah muktamad! Lalu, keputusan nekad Lisa diterima Asyraf dengan berat hati.

Walaubagaimanapun, Asyraf dan Lisa berjanji yang mereka tetap akan berkawan sampai bila-bila. Mungkin ada hikmahnya Lisa tegar memilih Farid. Asyraf berharap Farid dapat menjaga Lisa dengan baik. Perbualan Asyraf dan Lisa berlanjutan sehingga jam 11.00 pagi.

******************************


So, tamat! Sad ending maaaaa... Lisa dah pilih Farid. Kesian kat kawan aku, Si Asyraf tu. Dah banyak kali sangat dia kecewa. Dia ingat Lisa lah gadis yang bakal mengakhiri zaman bujangnya. Namun, pelamin angannya musnah. Mujurlah Asyraf dan Lisa belum sempat declare sebelum konflik ini berlaku. Kalau tak, lagi frust Si Asyraf tu. Sabaq nowh Asyraf. Ada jodoh tak ke mana la. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Cinta tak semestinya memiliki.. Kan?

Nak tahu apa alasan Lisa membuat keputusan drastik memilih Farid, padahal dia terlebih dahulu menyayangi Asyraf? Dan yang paling penting, nak tahu siapa sebenarnya Lisa, Asyraf dan Farid? Tunggulah entry yang seterusnya. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Heheh.. [KLIK SINI]

SZ : Terima kasih pada Asyraf sebab sudi meluahkan kekecewaannya kat aku. Boleh jugak aku buat modal entry. Heheh.. Kejam!