Pages

Sunday, January 30, 2011

Perbezaan Politik Antara Suami dan Isteri

Bolehkah dua orang pasangan yang mempunyai perbezaan politik hidup berumahtangga bersama? Contohnya, si isteri menyokong kerajaan, manakala si suami menyokong pembangkang. Apa pendapat anda?

Bagi aku, tiada masalah. Asalkan tidak terlalu taksub dengan parti masing-masing sehingga boleh menyebabkan pergaduhan meletus dan rumahtangga berantakan. Kalau yang jenis taksub tu, kenala pilih dari kalangan ahli parti pilihannya. Kalau yang jenis tak kisah tu, takde hal la kan. Kalau terer, pandai-pandai la pujuk pasangan masing-masing untuk turut menyokong parti pilihan anda. Heheh..

Macam aku dulu, aku pernah kenal dengan awek yang sangat taksub dengan parti pilihan dia. Siap daftar sebagai 'Puteri Pink' lagi. Banyak kali jugak dia membahan-bahan dan mengeji tokoh politik pilihan aku. Mengutuk ulama. Bila aku berhujah dan membalas balik segala tuduhan tu, mula la dia nak melenting, nak gaduh, nak merajuk. Kompom takleh nak wat bini kalau camtu.

Berlainan pulak kisah kawan aku ni. Mak dan Ayah dia berbeza fahaman politik. Ayah dia taksub dengan parti hijau, mak dia aktif dengan parti biru. Hidup bahagia je. Tak pernah gaduh-gaduh pun. Masa pilihanraya, takde sampai nak cat bilik sebelah hijau, sebelah biru. Takde nak buat sempadan dalam bilik dengan poster dan bendera parti masing-masing.

Pendek kata, perbezaan politik tidak akan menghalang mana-mana pasangan untuk hidup bersama. Cuma, jangan bawak masalah politik ke dalam rumah. Undi anda adalah rahsia. Heheh.. Lagipun, berpeganglah pada ajaran Islam yang satu. Jangan pasal politik kita nak berbunuh.

Ada sesiapa yang ada pasangan berlainan politik?


SZ : Selamat mengundi buat pengundi-pengundi PRK DUN Tenang. Buat pilihan yang bijak!

*ni entry auto publish.. maaf.. komen dan jejak akan dibalas bila aku on9.. harap maklum..

Thursday, January 20, 2011

Cinta Kedua (Part 2) - Dijodohkan Dengan Imam Makkah


Salah satu sebab mengapa dia jatuh cinta pada aku dulu kerana aku pernah mengambil bidang tahfiz. Ayahnya meletakkan syarat, bakal menantunya nanti mestilah seorang Al-Hafiz. Akan tetapi, dari awal lagi ayahnya tidak pernah merestui hubungan kami. Kami berhubung secara rahsia. Sehinggakan ibunya pernah menelefon aku dan meminta aku melepaskannya. Dia juga pernah menyatakan yang ibu dan ayahnya mahu memberinya air jampi supaya dia dapat melupakan aku.

Sebelum ini, ramai yang cuba merisiknya tetapi gagal setelah ditolak mentah-mentah ayahnya. Yang merisiknya juga bukan calang-calang orang. Anak VIP dan golongan berada. Katanya, ayahnya tidak memandang harta dan kekayaan. Setahun hubungan kami, dia memberitahu yang ayahnya mahu menjodohkannya dengan seseorang. 'Bakal menantu' impian ayahnya itu ditemui di Makkah ketika ayahnya mengerjakan umrah.

Nak tahu siapa jodoh pilihan ayahnya itu? Lelaki tersebut bukannya calang-calang orang. Seorang yang mempunyai 2 kelulusan PHd dan merupakan seorang Al-Hafiz. Berumur lingkungan 30-an. Dia juga merupakan pelapis Imam Makkah. Wow! Terkedu aku mendengar. Tinggi betul 'taste' ayah dia. Pelapis Imam Makkah tu beb! Tak tercapai akal aku. Perbezaan taraf aku dan dia sangat ketara. Memang patut awal-awal lagi aku di'reject' oleh ayahnya. Aku memang tak layak jadi menantu beliau. Tapi sejauh mana kebenarannya? Walaupun begitu, aku tetap berfikiran positif dan percaya yang jika ada jodoh tidak akan ke mana. Aku terus bertahan dan setia dengannya.

Sehinggalah hubungan kami mencecah 19 bulan, dia mintak putus lagi dengan aku. Kesabaran aku juga ada tahap maksimanya. Aku sudah tidak tahan lagi. Untuk pertama kali itu juga aku menerima keputusan dia. Itupun setelah puas aku bertekak dengan dia di telefon. Akan tetapi, setelah 3 hari kata putus dibuat, dia kembali menjilat ludahnya. Katanya dia tak dapat hidup tanpa aku. Pada masa itu aku memang dah tawar hati dengannya. Tapi, aku cuba juga memaafkannya.

Sehinggalah pada suatu hari, handphone aku hilang dicuri ketika di kolej. Pada waktu itu aku tengah mengamuk menyoal siasat siapa pencuri tersebut. Pada masa yang sama dia menghantar mesej memarahi aku kerana tidak melayan mesej dia. (Aku ada dua henset pada masa tu) Aku dah jelaskan yang aku tengah sibuk, tapi dia tak memahami. Terus kami senyap begitu saja selama sebulan.

Setelah sebulan tidak berhubung, aku mula teringatkannya. Aku kikiskan ego aku. Aku cuba meminta maaf dan memujuknya. Tapi dia menolak dengan alasan yang dia dah tawar hati dengan aku. Katanya dia tidak mahu lagi berfikir soal cinta. Hanya mahu menumpukan pelajaran. Tetapi setelah disiasat, dia sebenarnya dah ada pengganti aku. Seorang pelajar senior tempatnya belajar. Huh! Kenapa tak terus terang saja yang dia dah ada pengganti? Alasan nak tumpu study konon. Cepat betul dapat pengganti. Ia amat meragukan. Adakah dia telah memasang spare-part di akhir-akhir hubungan kami? Imam Makkah pulak ke mana?

Putus cinta untuk kali kedua tidak begitu menyakitkan seperti putus cinta pandang pertama. Mungkin juga disebabkan pengalaman mematangkan aku. Sejak daripada itu, jiwa aku kosong. Hati aku tertutup rapat untuk menerima cinta. Berkali-kali juga aku cuba  untuk bercinta lagi. Tapi aku tak mampu.  Pengalaman lalu banyak mengajar aku. Untuk aku jadikan pedoman bagi memelihara cinta terakhirku. InsyaAllah..


Fuh! Tamat! Serius aku dah malas nak menaip dan mengimbau kisah cinta yang menyakitkan hati tu. Walaupun banyak lagi sebenarnya cerita aku dan dia, tapi cukup sampai sini saja rasanya. Malas aku nak mengumpat dia banyak-banyak. Tujuan aku buat ni pun sebab aku nak tutup buku lama, dan buka buku baru. Aku nak lupuskan semua kenangan cinta yang menyakitkan hati tu dari ingatan aku. Dengan cinta kedua ni, aku tak boleh nak berkawan dengan dia walaupun dah putus. Terlalu sakit!

SZ : Sekarang ni, aku dah tak memandang kecantikan. Cukup sekadar kasih sayang dan kesetiaan si dia. Aku terima dirinya seadanya.

Wednesday, January 19, 2011

Cinta Kedua (Part 1) - Ego Mengalahkan Lelaki

Kisah cinta diteruskan dengan imbauan kisah cinta kedua pula yang merupakan pengganti kepada cinta pandang pertama aku setelah setahun kami putus. Kali ini, pihak perempuan yang memulakan dahulu. Menghulurkan salam perkenalan di Friendster. Aku yang berstatus 'duda' ketika itu menyambut salam beliau. Dia merupakan junior sekolah aku. Dia mendapat tahu mengenai aku melalui kakaknya yang sama batch dengan aku di sekolah. Walaupun aku tidak mengenali kakaknya, tetapi kakaknya mengenali aku. Itulah penangan pernah couple dengan orang feymes dulu.

Dia juga merupakan seorang yang cantik dan tinggi seperti bekas cinta pandang pertama aku juga. Tapi dia agak pemalu. Ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada aku. Aku pula sudah mula mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan perempuan pada masa itu. Hasil 'kutukan' yang aku terima daripada cinta pandang pertama.

Percintaan kali ini lebih banyak dugaan dan cabaran. Setelah berbulan-bulan couple dengan dia, sedikit sebanyak perangai sebenarnya muncul. Dia merupakan seorang yang agak loaded dan merupakan anak emas kepada ayahnya. Dia merupakan anak kedua daripada 5 beradik. Tapi ayahnya sayangkannya seperti anak bongsu. Mungkin disebabkan itu, dia mempunyai ego yang sangat tinggi mengalahkan lelaki.

Sepanjang kami bercouple, terlalu kerap pergaduhan tercetus. Sikapnya yang tidak mahu beralah langsung walaupun sudah sah ia kesalahannya membuatkan aku sakit hati. Walaupun kadangkala aku pun cuba untuk ego mempertahankan diri, tapi ia hanya akan membuatkan ketegangan semakin memuncak. Jadi, aku terpaksa juga akur demi mempertahankan hubungan kami. Tambah menyakitkan hati, dia memaksa aku buang sikap ego aku untuk kebaikan hubungan kami. Pada masa yang sama, aku juga menyuruh dia buang sikap ego melampau dia tu. Tapi dia dengan ego membalas..

"Saya tak boleh buang sikap ego saya sebab saya memang dari dulu macam ni. Dengan family saya pun, saya ego".

Senang betul dia bagi alasan macam tu. Suruh orang berubah, tapi dia sendiri ego tak nak berubah. Apa kes? Aku pun ego tinggi jugak. Tambahan aku anak sulung dan merupakan seorang lelaki. Agak normal untuk aku ego. Tapi aku cuba juga kikiskan sikap ego melampau tu. Disebabkan sayang, aku terus bersabar.

Kebetulan, kami menuntut di kolej yang sama di Kedah pada waktu itu. Akan tetapi, aku kemudian berpindah ke sebuah kolej di Melaka. Dugaan bercinta jarak jauh ternyata lebih dahsyat. Semenjak aku tiada di kolej tersebut, ramai yang mengambil peluang memikat dia. Termasuklah pelajar luar negara daripada Thailand dan Kemboja. Aku yang berada di Melaka mula tidak senang duduk apabila dia mula menyatakan yang dia tidak mampu hidup seorang diri tanpa aku di sana. Dia perlukan seorang lelaki sebagai pelindung dan penemannya.  Lalu aku terpaksa meminta bantuan rakan-rakan aku di sana untuk menjaga dia. Meneman dia ke mana sahaja jika ingin keluar ke bandar. Aku lebih rela dia keluar dengan rakan aku daripada dia keluar dengan pelajar Thai dan Kemboja yang cuba memikatnya.

Akan tetapi, dia terus memujuk aku untuk membenarkannya berkawan dengan pelajar lelaki Kemboja dan Thai. Alasannya kerana mereka bijak berbahasa Arab dan mahu menjadikan mereka sebagai sumber rujukan dan teman study. Aku kembali menyoal, "Sudah tidak ada wanitakah yang boleh dijadikan teman study?". Dia  membalas yang dia lebih selesa dengan lelaki.

Aku pernah cuba menduganya. Aku menyatakan aku terlalu sunyi di Melaka. Aku juga mahukan teman wanita di kolej aku sebagai rakan study. Tetapi, dia membantah sekeras-kerasnya. Dia tidak mahu aku berkawan dengan mana-mana perempuan langsung. Aku bingung. Kenapa dia boleh, aku tak boleh?

Enam bulan kemudian, dia juga berpindah keluar daripada kolej tersebut. Dia berpindah ke sebuah IPT di N.Sembilan. Kebetulan sama tempat dengan bekas awek pertama aku. Ini membuatkan kami sedikit dekat. Ingatkan bila dekat, kurang gaduh. Sebaliknya pergaduhan lebih hebat. Kami kerap bergaduh jika ber'SMS. Dia juga kerap memarahi aku jika sehari tidak menghantar SMS kepadanya. Sudah berapa kali aku jelaskan pada dia yang aku kurang gemar ber'SMS' kerana akan menyebabkan rasa jemu berbalas SMS mengenai subjek yang sama setiap hari. Aku juga mahu meluangkan masa dengan rakan-rakan aku. Bukan hanya memicit butang henset saja 24 jam. Selalunya pergaduhan akan reda bila kami berjumpa. Sebab aku kurang pandai memujuk melalui henset.

Sepanjang 20 bulan couple dengan dia, lebih 10 kali dia mintak putus dengan aku. Tapi aku tetap setia mempertahankan hubungan kami. Pelbagai alasan yang diberikan. Antaranya dia cakap yang ayah dia mahu menjodohkannya dengan seseorang. Aku yakin korang pun pasti akan terkejut jika mendapat tahu siapa lelaki yang menjadi pilihan ayahnya untuk dijodohkan dengan anak emasnya itu.

Agak-agak siapakah lelaki tersebut? Kalau nak tahu, kenala tunggu sambungan kisah ni, Part 2. Hehe..



SZ : Lelaki ego adalah normal. Perempuan yang ego mengalahkan lelaki adalah sangat tidak normal. Pengajarannya, jangan terlalu ego. Tidak kira samada lelaki mahupun perempuan. Bertolak ansur kan lebih baik.

Sambungan : Cinta Kedua (Part 2)

Monday, January 17, 2011

Dikutuk Oleh Cinta Pandang Pertama

Kisah cintan terus menjadi subjek aku kali ini. Hehe.. Kali ni aku nak story pengalaman aku masa first time couple dulu. Aku mula kenal pompuan semasa aku tingkatan 6. Sebab dulu sekolah aku mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan iaitu kampus putera dan puteri. Selama 5 tahun aku belajar dalam kelas dan blok yang dikelilingi kaum sejenis. Syukur aku masih dalam kategori 'straight'. Hehe..

Secara tradisi, pelajar putera dan puteri akan ditempatkan dalam 1 blok apabila memasuki Tingkatan 6. Tapi masih bukan dalam 1 kelas. Itupun sudah cukup buat kami semua mencuci mata bila melihat kaum puteri lalu lalang di tingkat bawah. Sehinggalah pada suatu hari di bulan Januari, aku terpandang seorang awek ni yang memang cantik. Dengan tingginya macam model. Memang taste aku la masa tu. Terus aku jatuh cinta pandang pertama kat dia. Aku nekad dalam hati aku masa tu, kalau aku dapat dia, kompom aku buat bini.

Dengan bantuan rakan-rakan, aku pun menjalankan siasatan siapakah gadis tersebut. Hasil maklumat sahabat aku yang memang mengenali beliau, aku pun berjaya mendapatkan nombor telefon dia. Awek tu seorang yang agak feymes kat sekolah. Tapi berita buruknya, dia sudah berpunya ketika itu. Balak dia masa tu rupanya rakan sekelas aku jugak. Maka frust menonggeng la aku. Melepas la sudah.

Setelah 4 bulan berlalu, aku mendapat tahu yang gadis tersebut kembali berstatus single. Gadis tersebut juga sudah menamatkan tingkatan 6 lebih awal kerana mendapat tawaran pengajian di sebuah IPTA di Negeri Sembilan. Aku tanpa melengahkan masa, terus mencuri peluang yang ada. Aku menghulurkan SMS salam perkenalan kepada dia. Ternyata dia menyambut salamku itu. Walaupun aku mengenali dia, tapi dia langsung tidak mengenali aku. Maklumlah, aku bukannya top sangat masa tu.

Setelah berkenalan, aku tanpa berselindung terus meluahkan padanya yang aku sukakannya. Nampak sangat aku terburu-buru masa tu. Dia memberitahu dia belum bersedia untuk menerima sesiapa lagi. Lagipun masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Lebih kurang seminggu ber'SMS', iaitu sebelum 2 hari dia berangkat ke N.Sembilan, kami pun mengaturkan pertemuan.

Semasa first date, aku rasa aku ni seolah-olah seorang yang bangang. Aku ni pemalu. First time dating ngan pompuan, memang menggelabah. Tambahan pulak dia ni cun! Mula la aku rasa rendah diri dan merasakan tidak layak keluar dengan dia. Percakapan aku mula gagap. Lebih banyak berdiam. Dia soal sepatah, aku jawab sepatah. Tak macho langsung. Haha.. Lepas balik daripada dating tu, aku pun SMS padanya. Aku mintak maaf sebab aku tak banyak cakap sebab malu. Lepas tu aku bertanya, apa pendapat dia mengenai aku? Nak tau dia balas apa? Sampai sekarang aku tak dapat lupa. Dia cakap...

"Awak ni ada rupa, tinggi tapi awk ni kurus sangat. Makanlah banyak sikit!".

"Saya tengok awak ni macam tak pandai dress-up je".

Pergh! Sekali dia sound direct aku macam tu. Sangat jujur minah ni. Selamber dia je kutuk aku. Tipula kalau aku cakap tak terasa. Tapi aku rilek je. Konon-konon sanggup terima teguran. Aku pun belek cermin. Yela.. Selekeh. Aku pun berjanji kat dia yang aku akan makan banyak-banyak bagi tembun dan mendapatkan khidmat nasihat perunding imej agar penampilan aku lebih bergaya dan berkeyakinan.

Dua bulan kami ber'SMS', dia mengakui yang dia mula menyayangi aku. Maka kami pun declare dan meneruskan percintaan jarak jauh kami. Kalau dia balik Kedah, kitorang akan keluar dating. Sejak couple dengan dia, aku mula dikenali di kalangan pelajar-pelajar puteri. Yela.. Dah aku couple dengan antara pelajar puteri paling top, kompom saham aku pun naik. Seganla jugak bila ada yang mengacah-acah aku. Lalu ke mana je, ada mata yang memandang dan berbisik sesama mereka. Segan gila walaupun sedikit bangga. Haha.. Cannot go!

Tapi sayangnya, hubungan tersebut hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja. Dia mintak putus dan memberi alasan yang dia tidak yakin dengan masa depan aku. Aku merayu-rayu kepadanya supaya menarik balik hasratnya itu dan memberi peluang untuk aku buktikan kemampuan aku. Berbulan-bulan aku cuba memujuk dia. Aku masih belum berhenti berharap. Aku gadaikan maruah aku sebagai seorang lelaki, aku merayu kepadanya, aku ingin 'merujuk' dia kembali, ibarat pasangan bercerai. Tapi dia tetap teguh dengan pendiriannya. Betapa hancur luluhnya hati aku ketika itu. Remuk berkecai sehingga membuatkan airmata jantan aku menitis. Pertama kali aku menangis sebab perempuan. Looser kah aku?

Itulah pengalaman putus cinta yang paling tragis. Orang cakap putus cinta pandang pertama sangat menyakitkan dan susah nak lupa. Memang benar. Aku dah alaminya. Tapi lama-kelamaan aku berjaya juga melupakannya. Korang jangan salahkan dia. Dia baik sebenarnya. Aku yang bodoh masa tu. Tak reti nak bercinta. Newbie la katakan. Sampai sekarang, aku masih berkawan dengan dia. Dia pun dah berpunya dan bahagia dengan pasangan dia kini. Mereka juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Sekurang-kurangnya, aku ada pengalaman pertama kali bercinta dan putus cinta. Yang boleh aku gunakan sebagai pedoman agar kesilapan yang sama tidak akan berulang. Dan juga pengajaran jangan terlalu obses dengan cinta. Akibatnya diri merana. Terima kasih jugak pada dia sebab jujur dan sudi menegur cara penampilan aku yang selekeh masa tu. Sekarang aku mampu tampil dengan lebih berkeyakinan. Body aku pun dah tough macam The Rock skang ni. Haha...

Sebenarnya aku bersyukur jodoh aku dengan dia tak panjang. Sebab semua yang berlaku ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Hehehe.. Sendiri mau ingatla.. ;-p


SZ : Kalau tak mampu terima kekurangan pasangan anda, lupakan saja niat anda untuk bercinta dengannya.. Terimalah dia seadanya..

Friday, January 14, 2011

Bertemu Semula Setelah 13 Tahun Terpisah

Setelah 13 tahun tidak bersua muka, akhirnya tanggal 13 Jan 2011 menjadi saksi pertemuan semula dua insan yang telah sekian lama terpisah. Kali terakhir aku melihat wajahnya ialah ketika aku berumur 11 tahun manakala dia pula baru sahaja berusia 9 tahun. Kenangan cinta monyet zaman sekolah rendah yang benar-benar terpahat di lubuk hatiku tidak mungkin dapat dilupakan.

Sebenarnya aku kembali bertemu dengan dia pada tanggal 3 Mei 2010. Tetapi hanya bertemu di alam maya iaitu di facebook setelah pelbagai cara yang aku gunakan untuk menjejaknya selama bertahun-tahun. Aku pernah coretkannya dalam entry bertajuk Kenangan Cinta Monyet pada tahun lepas. Memang aku teringin sangat nak jumpa dia. Bayangkan setelah sekian lama tak bertemu, pasti perasaan nak melihatnya di depan mata sangat membuak-buak.

Tepat pukul 11.13 pagi 13 Jan, akhirnya impian itu terlaksana. Penantian selama 13 tahun pun berakhir. Lokasi pertemuan di RFC, Alor Star. Dia hadir ditemani 2 orang rakannya. Manakala aku hanya berlagak macho seorang diri. Aku akui, pertemuan semula ibarat reunion itu membuatkan aku agak nervous. Tegurannya yang menyatakan tangan aku kelihatan sedikit gigil membuatkan kejantanan aku rasa tergugat. Haha.. Akan tetapi aku cuba berlagak seperti biasa.

Dua orang rakannya mula beralih ke meja sebelah bagi memberi peluang kami berbual. Dari situ aku mula rasa selesa dan tidak kekok. Aku melahirkan rasa teruja dan seolah-olah tidak dapat mempercayai yang itu adalah budak yang aku pernah suka ketika zaman hingusan dahulu. Raut wajahnya tidak banyak berubah melainkan saiz fizikalnya sahaja. Banyak yang kami bualkan mengenai  kisah-kisah silam yang mencuit hati sambil diiringi gelak tawa. Dia tidak habis-habis asyik memuji kecapangan telinga aku. Perbualan di depan mata lebih seronok walaupun kami pernah berbual di facebook dan SMS.

Sejak pertemuan itu, perasaanku kembali melonjak keriangan seperti ada sinar bahagia yang menanti. Terasa berbunga mekar di taman hatiku. Pintu hatiku yang pernah tertutup hampir 2 tahun untuk menerima cinta kembali terbuka. Aku pernah cuba untuk mencintai orang lain sebelum ini. Tapi aku gagal yakinkan diri aku untuk mencintai wanita-wanita tersebut dengan sepenuh hati.

Kini, aku yakin beliaulah permata yang dicari selama ini baru ku temui. Aku berjanji aku tidak mahu berpisah dengannya lagi hingga akhir hayat jika diizinkan oleh-Nya. Aku mahu cinta budak sekolah ini menjadi cinta dewasa sekaligus membawa kami menuju gerbang perkahwinan andai ada jodoh kami. Aku sedia menerima dirinya seadanya kerana aku juga bukanlah insan yang sempurna.

Kalau boleh, aku juga tidak mahu bercinta atau ber'couple' dengannya seperti remaja lain. Tidak mahu terlalu asyik ber'dating' dan ber'SMS' terlalu kerap sehingga 24 jam. Cukuplah sekadar aku menyatakan hasrat untuk setia padanya dan memperisterikannya. Aku mahu bercinta secara serius dan romantis dengannya hanya setelah kami sah bergelar suami isteri. Bercinta selepas berkahwin lebih afdhal dan lebih terasa kemanisannya. Ini adalah impian aku.. Aku berharap ia akan menjadi kenyataan.. InsyaAllah.. Amin..

*Link berkaitan : Kenangan Cinta Monyet

imej beliau sengaja dikaburkan atas faktor2 keselamatan.. heheh..

SZ : Kita hanya merancang.. Allah yang menentukan..

Thursday, January 13, 2011

Zaman Nakal di Asrama Sekolah Bersama Zul Koje

Entry kali ini aku tujukan khas buat seorang sahabat sekolah menengah aku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada 29 Disember 2010 yang lepas. Sekadar ingin mengimbau kenangan bersama beliau ketika kami sama-sama tinggal di asrama salah sebuah sekolah agama yang elit di Negeri Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star. Rasanya belum terlambat untuk aku dedikasikan kisah ini kepada beliau.

Insan yang dimaksudkan itu ialah Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Koje dikalangan rakan-rakan. Koje pada asalnya adalah nama samaran yang diberikan kepada abangnya yang merupakan bekas pelajar di sekolah kami. Rupa Zul ni mirip dengan abangnya. Mungkin disebabkan itu, para senior yang mengenali abangnya juga menggelarnya dengan panggilan Koje. Berdasarkan fakta yang diperolehi, gelaran Koje diperolehi daripada perkataan Kojet. Kojet merupakan  nama style rambut yang digayakan oleh abangnya yang juga merupakan bekas penjaga gol sekolah. Itulah sedikit sebanyak asal-usul nama Koje yang aku tau. Gelaran yang asalnya diberikan kepada abang, akhirnya melekat kepada si adik hingga ke hari ini. Bak kata pepatah, "lembu punya susu, sapi dapat nama".

Masa aku tingkatan 3 dulu, aku tinggal 1 dorm dengan Si Koje ni. Tahun tu juga merupakan tahun genting di mana kami akan menghadapi peperiksaan PMR. Kami berdua memang selalu study bersama-sama. Jadual study yang ditetapkan di asrama adalah  selepas Isya' hingga pukul 12 malam. Pada waktu itu, semua pelajar wajib berada di dalam bilik study dan diharamkan berada dalam dorm. Akan tetapi, lain pula aku dengan Si Zul ni. Kami curi-curi naik masuk dorm dan curi-curi tidur. Orang sibuk study, kami sibuk tidur. Hehe..

Biasanya Zul akan kejut aku bangun tahajjud dalam pukul 1 pagi. Bagus sebenarnya Zul ni walaupun nakal. Lepas kami solat Tahajjud, kami pun pergi la kelas dan study sama-sama. Suasana awal pagi macam tu memang tenang. Apa yang diulangkaji memang mudah masuk dalam kepala hotak aku. Zul ni pulak seorang yang sangat pakar dalam Matematik. Aku ni pulak tersangatlah tak suka dengan Math. Dia lah yang banyak memberi tunjuk ajar.

Setelah penat memerah otak, perut pun mula la berbunyi meminta belas ihsan tuan empunya perut. Kalau stok biskut kat hostel habis, kami bertindak nekad melompat pagar untuk lepak di kedai makan seberang jalan hadapan sekolah. Istilah lompat pagar lebih dikenali sebagai 'fly' dikalangan budak-budak sekolah zaman sekarang. Port yang menjadi kebiasaan ialah Kedai Abg Man CD. Selalunya kami menggunakan istilah mengaji kitab dengan Ustaz Man CD. Mengajib kitab apa? 'Kitab Biru'! Haha.. Astaghfirullahalazim.. Kami tak sengaja ok. 'Abg Man CD' tu yang slumber pasang biar pakcik-pakcik tua melayan stim sambil hisap rokok minum kopi. Demm! Dapat dosa free.

Ketika kami melakukan aktiviti 'fly' tersebut, rupa-rupanya ada mata yang memerhati. Kaki report ataupun istilah yang dipakai oleh kami, 'Spy AJK'. Aku memang anti betul dengan budak-budak kaki report camtu. Dan akhirnya, kami dibuang daripada asrama pada hujung tahun atas kesalahan keluar malam tanpa kebenaran. Zul tak kisah walaupun kena buang asrama sebab dia mahu berpindah ke MRSM. Aku ni yang naya. Tetapi setelah rayuan dibuat, aku diterima kembali tinggal di asrama ketika sesi pendaftaran tingkatan 4 kerana result PMR aku agak memberangsangkan. Zul dan aku memperolehi keputusan yang sama iaitu 6A. Akan tetapi, beliau berpindah ke MRSM manakala aku pula terus kekal di situ sehingga Tingkatan 6.

Itulah sedikit sebanyak kenangan aku bersama Zul Koje yang dapat dikongsikan. Tergelak sendirian mengenangkannya. Tak sangka yang dia sekarang dah pun berkahwin dan juga sudah bergelar Cikgu Zul. Selamat Pengantin baru aku ucap kan buat sahabat aku, Zul dan pasangannya Huda. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

Selamat Pengantin Baru
Zul dan Huda

SZ : Ramai kawan-kawan aku yang dah kahwin.. Jeles plak..

Wednesday, January 12, 2011

Pengalaman Exam Yang Menyakitkan Hati

Hari ni aku nak kongsi pengalaman paling menyakitkan hati ketika aku dalam perjalanan untuk menduduki Ujian Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans pada 27 Nov 2010 yang lepas. Ejen Kurnia Insurans yang menguruskan aku memaklumkan bahawa aku akan menduduki exam di SM Keat Hwa, Alor Star. Bermula 2.30 ptg hingga 4.30 petang. Pada hari itu juga, jiran sebelah rumah aku melangsungkan kenduri kahwin. Agak biadap jika aku tidak menghadirkan diri dan meringankan tulang. So, aku terpaksa keluar tepat jam 2.00 ptg untuk tiba tepat pukul 2.30 bagi menghadapi exam tersebut. Mujur cuaca agak baik. Jadi, boleh lah aku menaiki motorsikal bagi memudahkan aksi cilok-mencilok ketika mengharungi kesesakan lalu lintas.

Tepat pukul 2.30, aku pun tiba di Sek Keat Hwa yang dimaksudkan tu. Sampai kat situ, aku bertanya kepada brader guard yang bertugas, dimanakah dewan exam? Brader tersebut menyatakan yang exam tersebut bukan di situ. Tetapi di Sek Keat Hwa 2.. "Aik. Sejak bila ada Keat Hwa 2?"', bentak hati kecilku. Aku punyala jakun sebab tak tahu. Yela.. Aku tau sekolah agama je. Haha.. So, aku pun bergegas mencari Keat Hwa 2 berdasarkan petunjuk yang diberi oleh brader tersebut. Punya la berbelit jalan nak ke situ.

Setibanya di Keat Hwa 2, pak cik guard yang bertugas menyarankan aku ke Sek Keat Hwa K kerana beliau langsung tidak tahu menahu mengenai exam tersebut! Aku bertambah bingung. Sejak bila ada Keat Hwa K? Aku pun bergegas ke sekolah yang dimaksudkan. Dan sekali lagi pak guard Keat Hwa K juga mengecewakan aku! Beliau juga tidak tahu apa-apa. Masa semakin suntuk. Aku semakin cuak. Dia mencadangkan aku ke Sek Keat Hwa Private pula. Haha.. @#%*&^$! Dalam hati aku dah mula bersumpah seranah. Pada hari malang tersebut juga, baru aku tahu yang di Alor Star ada 5 buah Sekolah Cina bernama Keat Hwa! Ciss!! Err.. Betul ke 5? Atau ada lagi yang aku tak tahu?

Akhirnya Sek Keat Hwa Private merupakan destinasi yang sebenar. Jam dah menunjukkan 3.30 petang. Sudah 1 jam masa menjawab telah berlalu. Aku dah mula give-up. Takkan aku nak jawab 100 soalan hanya dalam masa sejam? Sepatutnya 2 jam. Gila! Kompom tekanan dan tak dapat fokus. Niat di hati nak patah balik. Tapi aku istighfar banyak-banyak. Aku buat keputusan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lutut lengan. Aku teruskan juga mendaki tangga-tangga menuju ke dewan peperiksaan. Apa nak jadi pun, jadi lah!

Dengan keadaan tercungap-cungap dan rambut berserabai akibat memakai helmet, aku melangkah masuk. Semua mata memandang aku. Lebih daripada 100 orang calon-calon yang ada dalam dewan tersebut. Aku sangkakan, hanya lingkungan 20 orang yang bakal menduduki ujian tu. Aku cuba menipiskan muka aku yang terasa semakin menebal.  Tiba-tiba aku disekat oleh seorang pengawas Cina yang tidak membenarkan aku masuk. Hati aku mula membara. Mujur ketua pengawas peperiksaan yang merupakan warga Cina agak berumur seorang yang sporting. Beliau memberi peluang kepada aku untuk cuba menjawab walaupun masa tersangat suntuk.

Tanpa melengahkan masa, aku terus menjawab. Fikiran aku masa tu memang bercelaru. 100 soalan aku terpaksa jawab dalam masa hanya 45minit? Mujur semua soalan objektif. Tapi memang susah tak hingat la. Dalam keadaan kelam-kabut serta emosi terganggu akibat tekanan melampau, aku mencuba nasib. Mana tahu tembakan aku mengena. Dengan lafaz bismillah serta tawakkal, aku berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Fire in the hole! Akhirnya sempat juga aku menghitamkan semua bulatan yang ada di kertas jawapan tersebut. Keluar daripada dewan peperiksaan, aku yakin aku akan gagal. Hampir mustahil untuk aku lulus.

Setelah 3 minggu, result peperiksaan tersebut pun keluar. Di saat aku mahu menyemak keputusan di internet, menggigil tangan aku menekan keyboard. Berat hati nak tengok keputusan. Akan tetapi, keputusan yang terpapar pada online slip di screen komputer tersebut menyatakan aku LULUS! Biar betul? Aku menampar-nampar telinga aku bagi memastikan yang aku bukan bermimpi. Ternyata memang benar. Lantas aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Illahi. Adakah ini dinamakan keajaiban di dalam peperiksaan? Alhamdulillah. Aku memang bernasib baik.


Siang tadi, aku baru sahaja selesai menandatangani perjanjian kontrak dengan Syarikat Kurnia Insurans. Kini, syarikat Lubok Rezeki Enterprise sah bergelar sebagai Ejen Kurnia Insurans sekaligus mengembangkan lagi sayap perniagaan syarikat milik keluarga aku. Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki akan semakin bertambah di lubok ini.

MORAL : Kalau dah mula mendaki, teruskan berusaha mendaki hingga ke puncak. Jangan sesekali berpatah balik biar apa pun rintangan yang dihadapi. Sentiasa berfikiran positif. Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya. InsyaAllah.

MORAL TAMBAHAN : Pastikan anda tahu semua sekolah yang ada di tempat anda. Hehe.. Pastikan juga anda mendapat maklumat yang lengkap mengenai lokasi peperiksaan anda. Sebenarnya, ejen yang menguruskan aku tu pun tak pasti lokasi sebenar coz dia orang Perlis dan masih baru. Cis!