Pages

Thursday, August 30, 2012

Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi


Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal tempoh hari.


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.




Aku tertarik untuk share benda ni sebab lebih kurang macam sama saja dengan perkahwinan impian aku. Terutamanya no.3 tu. Aku pernah cakap, yang aku akan suruh bini aku pergi basuh muka dia pada waktu tu jugak kalau dia pakai mekap tebal. Kalau tak, jangan duduk sebelah aku. Tak perlu menipu aku dengan kecantikan palsu kerana aku terimanya seadanya. Aku taknak tanggung dosa isteri aku pada hari pertama pernikahan kami. Ingat ye bakal isteri aku yang masih tidak diketahui siapa gerangannya. Heheh..




SZ : Lama tak update, sekali update bab nikah daaa.. Mungkin aku akan update satu lagi isu berkenaan suami isteri yg aku tak puas hati bila free nanti.

28 comments:

Niza Romli said...

haa..ingat tu sapa yg bakal jadi isteri solihin..hehe

Rasanya semorang mengidamkan pasangan dan perkahwinan yg macam ni.. indahh.

...miSS fAi... said...

Bertuahnya husna.... yg no. 8 tu rasanya jarang betul org buat...

...miSS fAi... said...

Bertuahnya husna.... yg no. 8 tu rasanya jarang betul org buat...

...miSS fAi... said...

Bertuahnya husna.... yg no. 8 tu rasanya jarang betul org buat...

nurdani said...

memang kena contohi. ini yang sangat-sangat bagus

Mun said...

tertarik dgn no 8 tue :)

imantizz_truper said...

boleh dijadikan contoh...sederhana tapi indah..hehehe

erysweetie said...

yng no 8 tu best! makanan!

Sunah Sakura said...

suka point yang last sekali tu sz...rasa kena tegur pulak...betul jugak tu....erm...takmo bagi al-Quran la kan...bagi benda2 lain tu boleh...al-Quran bagi jadi hadiah lenkali...

Shaiful Zaidi said...

salam...moga ustaz Don dan isterinya






















































































































































































































































































































































suami soleh, pasangannya isteri solehah..









Kira Sakura said...

impian perkahwinan kami jugak, harap2 lah diperkenankan dan dipermudahkan Amin

shahjiehan said...

thanks credit kat aku..tp blog aku down!! demm!

tuanseliper said...

mudah-mudahan dpt dijadikan contoh :)

dr 'afifah said...

baru terfikir yg no. 8 tu..satu lg betul gak sbb slalu hantaran org ltk atas lantai pastu kalo org lalu-lalang kt hntrn al-Qur'an ke..xelok.

ini perkahwinan yg mesti dicontohi~

N'Craft said...

*tulis dalam list*

cik pha said...

kemainn lagi taw update pasal kawen hahaha,orang dah nk kawen nie memng begini erk? ahhahaa



#salam lebaran

Unknown said...

yg komen sume pompuan.. yela tu pompuan nk mcm tu~~ hari korg blom smpai lg blh la ckp cmtu

Shiqin Sunshine said...

owhhh....sgt rare....mungkin ade tp kita tak tahu...thanx atas perkongsian...hehe igt nk buat contoh...eyhh! mak kata belajar dululah....kekekeke

Unknown said...

kalau hantaran bakal bini kamu nanti,dia bagi kamu ipad,
akak nak ye ipad tu..kamu ambik benda2 makan je...
ekekekke

Miss Meen said...

Assalam...
Wah fenomena Ustaz Don... :))))
Untunglaaa dpt dia....hihi
Bestnya perkhawinan itu jika ia serasi antara dua pihak.
Wah....tak sabaq nk tggu update Solihin yg terbaru....keke..amek ko sekali update pasal nikah trus :P

cik buku said...

menarik :)

Izyan Kaher said...

"Aku pernah cakap, yang aku akan suruh bini aku pergi basuh muka dia pada waktu tu jugak kalau dia pakai mekap tebal. Kalau tak, jangan duduk sebelah aku."

P/S : What a straight forward warning sol? lol. Yet, thank you there for the great info. Baru tahu pakai inai kat tangan lelaki tu just for healing purpose je :)

Hana-Terkesima said...

kak mon dulu kawen tahun lepas pon bt majlis lebih kurang mcm ni..tp part solat sunat tu xda buat. huhuu..

nak dijadikan cerita masa majlis tu..org smua pelik napa kak mon tak amek mak andam..(cuma solek sendiri..solek nipis je.)..pastu ade lah sedara mara yg bising2 knapa kak mon tak nak bersanding. Geram tul dgn org mcm ni..tp layan je lah elok2..ckp xnak bsanding. pelamin tu cuma utk bgambar ngan keluarga dan sedara.

Lagi ade plak yg bising2 knp kak mon tak nak buat tradisi 'duit tol'..tradisi yg mbebankan pihak pengantin..konon2nye dibuat atas alasan nak memeriahkan lgi majlis..pdhal membebankan pengantin yg terpakse sediakan duit extra pd org yg menghalang perjalanan pengantin laki nak bertandang ke rumah pengantin pompuan. Serius mcm nk gaduh time tu sbb kak mon mmg tak suka tol2 nih. selain negeri johor..tak tau lah ade ker tak buat tol2 yg takde faedah nih..

kak mon nih bkn kategori keluarga yg warak..solat dan aurat tak berapa nak jaga. tp bila kita nak bt satu perubahan kearah kebaikan terasa janggal sket. cthnye pakai tudung dlm rumah sebab ade abg ipar. pakai stokin bila nak kuar rumah pi jalan jauh. tuh mula2 lah..lama2 okey. kne kuatkan semangat utk ubah diri.

untung dapat suami yg membimbing kak mon. sebelum kawen dah pesan perkara2 yg tak sepatutnya dibuat dlm mjlis kawen utk elakkan pembaziran. tp mase bakal suami kak mon request jgn solek yg mak andam punya sbb nak jimat duit..time tu kak mon dah melenting marah. waktu tu blom boleh terima lgi nak solek sendri tanpa upah mak andam. bila fikir2 blk betul juga cdgn bakal suami..kami bkn anak org kaya..kawen pakai duit sendri. perlu gunakan duit secara berhemah supaya tak menanggung beban hutang yg tinggi lepas kawen.

suami kak mon pon bukan kategori warak. dlm mase yg sama dia mengajak kak mon sama2 perbaiki diri banyakkan mendalami ilmu agama. Now dah kawen, hidup secara sederhana tp bahagia. sayang sangat kat suami kak mon ^_^.. ~

sekian, kak mon

Solihin Zubir said...

@LALA

panjangnya komen kak mon. menarik betul perkongsian kisah kak mon. 1st time jugak sy dgr psl duit tol ni.

Alhamdulillah.. Yang penting niat dan usaha untuk melakukan perubahan diri ke arah yg lebih baik tu ada. syukur. Semoga Allah memberi kekuatan kpd kak mon dan keluarga utk terus berubah. sama2 kita doa Allah beri petunjuk dan hidayah kpd kita. InsyaAllah..

Semoga memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. amin...

❀aRaBeLLa❀ said...

semoga dpt jadi contoh kat masyarakat kita..kena caranya insyalah mengadakan majlis perkahwinan tu bukan sesuatu perkara yg membebankan kedua-dua pihak..

p/s:point no 3 teringat masa Kate Middleton kawen dgn Prince William.Dia cakap dia mekap seperti biasa masa wedding dia sbb dia nak William tengok dia masa majlis tu Kate yg sama dia kenal..(tanpa mekap tebal etc sampai mengubah wajah gituu)

Sya_Merpati Putih 88 said...

mmg patut dicontohi..tak ada pembaziran, sederhana, tak menunjuk2 kemegahan dan kemewahan majlis perkahwinan...
paling suka part solat sunat...

~husna tak mekap tebal2 pun tetap nampak ayu..=)

Unknown said...

just nice ,yg penting2 sahaja..

Mom's Life Lace said...

Alhamdulillah..saya melakukan kesemua di atas kecuali no.8, selepas solat sunat, suami memegang dahi sambil mbaca doa, minum susu dan sarungkan cincin.