Pages

Monday, February 27, 2012

Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

*********************************

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

*disunting dan dipetik drp page KBSB.

p/s : untuk download video, KLIK SINI!

SZ : Orang bukan Islam pun boleh tertarik dengan Islam. Kenapa kita ni masih lalai dan jauh dari-Nya? Adakah kita hanya Islam sebab keturunan? Nauzubillah...

Thursday, February 23, 2012

Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Kenapa Nabi Muhammad SAW boleh beristeri lebih daripada empat sedangkan Islam hanya mengehadkan poligami kepada 4 orang isteri sahaja pada satu masa? Mungkin jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja sebagai pesuruh Allah s.w.t. Namun begitu, ada perspektif berbeza dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Perbuatan Nabi berkahwin lebih daripada empat sebenarnya bukanlah menghalalkan apa yang diharamkan kepada sekalian umat manusia lain. Tetapi sebenarnya, ketika itu syariat masih belum menghadkan perkahwinan kepada empat orang isteri dalam satu masa. Pada masa itu, sudah menjadi amalan penduduk Arab berkahwin ramai lebih daripada empat, mengikut kepentingan dan hawa nafsu tanpa ada garis panduan tentang kebajikan isteri dan keluarga. Sehinggalah Allah mensyariatkan supaya dibenarkan seorang lelaki berkahwin hanya empat wanita saja dalam satu masa demi menjaga kebajikan para isteri.

Setelah turun ayat Al-Quran yang menghadkan bilangan isteri kepada empat orang pada akhir tahun ke-8 hijrah, hanya 3 tahun sebelum kewafatan Nabi S.A.W. para sahabat diminta memilih isteri yang mereka mahu kekal bersamanya sekadar empat dan menceraikan selebihnya. Oleh kerana syara' juga mengharamkan para sahabat untuk berkahwin dengan bekas isteri Rasulullah kerana mereka dianggap Ummahaatul Mukminin (ibu sekalian orang beriman), maka Nabi tidak menceraikan mereka supaya tidak menzalimi mereka dan tidak berkahwin lain selepas itu.

Jadi, Nabi diizinkan beristeri lebih daripada empat bukan kerana semata-mata pengkhususannya sebagai seorang Nabi Allah. Tetapi kerana perkahwinan telah berlaku dan perbuatan menceraikan isteri-isteri Nabi boleh menzalimi para Ummahaatul Mukminin kerana akan meninggalkan mereka hidup tanpa suami selepas Nabi.

sekadar gambar hiasan

Golongan barat juga pernah menuduh Nabi S.A.W. sebagai 'pedophile' kerana berkahwin dengan Aishah ketika berumur 9 tahun. Sedangkan sebenarnya amalan tersebut bukan khusus untuk Nabi S.A.W. Malahan amalan masyarakat Arab zaman itu. Jika dilihat kepada isteri Nabi yang lain semasa mengahwini Nabi, mereka sudah bergelar janda semasa berumur 17, 21 atau 25 tahun. Bermakna mereka sudah berkahwin lebih muda daripada itu. Malah ada yang pernah berkahwin sebelum itu lebih daripada sekali.

Sehingga sekarang, di tanah Arab masih ada amalan mengahwinkan anak seawal 13, 14 tahun. Kita tidak berhak menghukum tindakan mereka salah kerana itu sudah amalan mereka. Begitu juga dengan amalan masyarakat kita yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak dara masih belum berkahwin sedangkan umur sudah mencecah 30 tahun. Sehingga timbulnya gelaran andartu. Mungkin amalan kita pula yang menjadi satu kepelikan bagi mereka.

Wallahua'lam.....


Senarai Isteri Rasulullah SAW dan Sebab Baginda Menikahi Mereka

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW

1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

4. Hafsah binti Umar.
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

7. Zainab binti Jahsy.
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

12. Mariah binti Syam'un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.


ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah, kecuali yang ketujuh. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman. Wallahu'alam...

credit : Kerajaan Rakyat

sekadar gambar hiasan

p/s : Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Rasulullah boleh beristeri lebih daripada 4? Dan kenapa Rasulullah menikah dengan Aishah yang baru berusia 9 tahun ketika itu? SILA KLIK SINI!


Monday, February 20, 2012

Perang Akhir Zaman Bakal Menggunakan Senjata Tradisional?

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam. Antaranya, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Realitinya hollywood yang didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.


Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, adakah disebabkan itu Rasulullah menggalakkan kita belajar Berkuda, Berenang dan Memanah? SILA KLIK Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?


Wallahu'alam....




Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca buku kat bawah ni :
ARMAGEDDON : Peperangan Akhir Zaman Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil.

SZ : Sebelum sibuk nak perang, siapkan diri dengan iman dan amal dahulu supaya mendapat redha Allah.

Sunday, February 19, 2012

Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya bukan? Samada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? Seriously?

BERKUDA

Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.


Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.


Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

**Rujukan : mrsmgemencheh.com , muhdhazrie.wordpress.com , skudai.wordpress.com

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah."- Louis Lord Mountbatten

**Nantikan entry berkenaan perang akhir zaman pula selepas ini!

SZ : Ini tidak.. Asyik bersukan n berperang depan PC je.. :D