Pages

Tuesday, September 21, 2010

Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita



1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit wanita lebih halus.

4. Wanita lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat.

Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

SZ : Kaum lelaki, jangan marah.. Cubalah hargai wanita dengan sebaiknya ok.. =D

Wednesday, September 8, 2010

Kad Raya Di Ambang Kepupusan

Zaman dah berubah, dunia dah maju.. Budaya menghantar kad raya sempena Aidilfitri pun kian pupus ditelan arus zaman.. Kenapa jadi macam ni? Sebab orang sekarang dah makin malas dan kedekut.. haha.. Yela.. Cara moden, mudah n jimat ada, watpa nk pakai cara tradisional lg kan? Kalau nak ucap Selamat Hari Raya pakai kad raya, susah. Kos tinggi nak beli kad raya n setem.. Setem plak mahal skang nie.. Nak kena menulis lagi.. Nak kena pegi pejabat pos lagi.. Kalau nak kena hantar kt 20 orang? Tak ke naya? Tak ke membazir wang n tenaga? Lenguh tangan nak menulis weyh! Lagipun dah x banyak kedai yang jual kad raya skang nie..

Teringat gak zaman orang dok gila antaq kad raya dulu.. Aku ngan adik2 aku selalu lawan siapa yg paling banyak dapat kad raya tahun tu.. Biasanya adik pompuan aku la yg menang.. Yela.. Laki kan jenis susah skit nak wat benda alah nie.. nak beli2 kad raya n tulis2 la bagai.. huhu.. Tapi aku masih simpan lagi kad2 raya yang aku pnah dapat dulu.. Aku simpan sampai skang.. Kenangan tu woii.. Tapi agak terkilan la ada jugak kad2 yg hilang, koyak.. Nie suma adik2 aku punya pasal la.. Budak2 kecik lg time tu.. Pantang nampak kertas atau kad, mesti nak conteng or koyak.. Sekarang nie bila aku belek balik koleksi2 kad raya aku tu, tergelak aku sorang2 bila baca isinya.. Lawak! Ayat skema x hingat punya.. Siap pantun la bagai.. Pantun yg feymes, "Pecah kaca, Pecah gelas, Sudah baca, Harap balas!'. Hahaha..

antara koleksi Kad Raya yg aku masih simpan sampai sekarang...


Zaman sekarang dah moden. Semua orang mesti nk senang n jimat punya. Thats why la budaya antaq kad raya dah makin pupus. Sekarang nie orang pakai SMS je.. Senang.. Taip skit pantun 4, 5 kerat, then send to many.. Senang! Jimat pon jimat.. 5sen je 1 sms.. Mana nak dapat kad raya sekeping 5sen bai? Dah tu tak payah lenguh2 tangan nak mengarang.. Jimat dakwat pen.. haha.. Bley antaq kt 100orang pon xpa.. xde hal punya! Tapi slalunya line bz la kalo musim perayaan coz ramai sgt yg pakai SMS.. Masalah jugak tu.. hehe..

Tapi sekarang ada cara lg mudah! Lg sempoi.. Facebook! Yela.. Facebook kan dah jd 1 fenomena kt negara kita nie.. Bley dikatakan semua orang ada FB.. Sape xde FB tu dianggap kuno la.. Nak antaq ucapan Raya kt FB cmne? Lg senang.. Search je wallpaper ucapan raya kt google, then upload.. Kalo yg rajin, create sindri pakai adobe ke hape ke, then upload.. Dah upload, tag kawan2.. Kalo yg malas tahap gaban tu, update je status, "Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.."! Nah! bley wish kt 4000 orang kawan.. haha.. lg sempoi! Kos? Juz bayaq bil internet ja tiap2 bulan.. :D

Tahun nie aku dah xdpt lgsung kad raya.. Tak macam dulu dah.. hehe.. Tp aku skang nie still lagi memberi kad raya.. Tapi kat Mak n Ayah aku jela n sum1 spesel (kalo ada).. Biasanya aku bagi kt diorang pada pagi Hari Raya semasa sesi bermaaf-maafan tu.. Kasi Mak Ayah aku lagi terharu masa kitorang adik bradik bersalam-salaman tu.. Dapat la duit raya lbey skit.. hehe.. ;-p Nak bagi lagi menyentuh perasaan, create sindri kad raya tu.. Simple tp penuh makna.. =)

salah 1 kad raya yg aku create sendiri.. Nampak simple tp mengah jugak nk wat nie.. huhu..


SZ : Lama2 nnt posmen pon akan pupus la agaknya..

Pecah Kaca, Pecah Cermin.. Sudah Baca, Harap Komen.. haha.. :D