Pages

Wednesday, October 17, 2012

Kenapa Kucing Jantan 3 Warna Sukar Ditemui?

Kucing jantan 3 warna susah nak jumpa? Aku pun baru tahu hal ni 2 tahun lepas bila seorang kawan aku yang merupakan pecinta kucen datang rumah. Dia tak percaya kucing aku yang 3 kaler tu lelaki jantan sehinggalah aku menunjukkan anatomi berkantung dua di celah kelangkang kucing aku sebagai bukti kejantanannya. Wah! Tak sangka pulak aku ada kucing yang spesisnya rare, hanya 1 nisbah 3000 di dunia ni.

Kawan aku cakap, orang tua-tua kata, barang siapa yang mempunya kucing jantan 3 warna, pemiliknya adalah orang yang bertuah. Ada harta karun di kawasan rumah (Puas aku korek halaman rumah aku, tak jumpa pun. 'Harta karun' kucing aku ada la.) Menurut mitos, Kucing jantan berbelang 3 warna juga dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Kucing jantan 3 warna sangat sukar ditemui sebab ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Jadi, barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormati orang di sekelilingnya. Haha.. Patutla aku boleh terbang. Untunglaaa.. lol.

Ini kucen saya. Nama beliau Nomey. Nomey suka tido. Hari-hari Nomey tido.


Jika campuran 3 warna tersebut samar-samar, bercampur dan kurang jelas macam kucing aku tu, ia dikategorikan sebagai dilute tortoiseshell  (Aku pun tak pasti apa kaitan kura-kura dan stesen minyak shell dengan kucing 3 warna tu). Manakala, jika campuran 3 warna tersebut tidak bercampur, nampak jelas dan nyata tompokan warnanya, ia dikategorikan sebagai calico.


Kenapa Kucing Jantan 3 Warna Hanya 1:3000?

Menurut Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut kromosom X dan kromosom Y. Hampir semua warna tortoiseshell ini berlaku pada kucing betina sama ada jenis pedigree atau tidak. Sebab tu kalau jumpa kucing 3 warna tengah jogging tepi jalan sambil berbogel, cuba lihat alat sulit beliau. Kebanyakkannya mesti betina. Tapi kalau jantan, jangan lepaskan peluang untuk kidnap beliau. Sebab, kucing jantan 3 warna ni sangat mahal di Amerika dan Eropah. Boleh jual kat Ebay. (Amaran: hukum mencuri adalah berdosa besar)

Ok, sambung. Sifat betina mempunyai sepasang kromosom X (XX). Warna tortoiseshell berlaku kerana gen dominan warna bulu (oren dan hitam) pada kromosom X mengalami fenomena X-tidak aktif, di mana satu atau salah satu kromosom X itu terpadam secara rawak. Purata nisbah lebih kurang 1:3000 warna tortoiseshell boleh berlaku pada kucing jantan. Jika ini berlaku, kucing jantan tortoiseshell akan bersifat tidak normal kerana akan mempunyai 2 kromosom X (XXY) sedangkan sifat jantan mempunyai hanya 1 kromosom X (XY). Kucing warna tortoiseshell jantan diklasifikasikan memiliki sindrome klinefelter - bersifat mandul dan mesti dikasi bagi mengelakkan warisan baka tidak normal akibat kromosom sex yang tidak stabil.

Owh! Patutla aku tengok kucing aku tu macam lembut ja. Asyik kena buli saja dengan kucing-kucing gangster. Nak ngorat pun tak pandai. Kesian pulak aku tengok. Dah la nama agak keperempuanan. Nomey. Alalala Tomey kononnya. Haish.. Sapa yang boh nama dia tak tau. Tapi Nomey baguih. Dengar cakap. Beliau seorang yang pendiam dan jarang bercakap. Ya.. Kucing mana boleh cakap kan.

*Rujukan: dearcats , susah.net

Ini mayat Bobob. Kucen oren saya yang meninggal dunia setahun yang lepas.

Owh ya. Hari ini genap setahun pemergian kucing oren aku, Bobob yang pandai mengurut tu. Beliau telah pergi menghadap Illahi setahun yang lepas pada tanggal 17 Oktober 2011.

p/s : Baca kisah kematian Bobob di entry Bobob Si Kucing Yang Pandai Mengurut Sudah Mati






SZ : Orang kata, lelaki yang suka kucen ni romantik orangnya. Orang la kata. Uhuk uhuk.. ehem ehem.. Awat tiba-tiba sakit tekak ni? Uhuk uhuk.. ehem ehem..