Pages

Tuesday, March 27, 2012

Siapakah Suami Anda Di Syurga Nanti?

Ada yang cakap, jika lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara. Heheh.. Mungkin dia ingat istilah tu sama kes macam pramugari dan pramugara dengan mengubah huruf di belakang. Sebenarnya tiada istilah bidadara. Jadi, jika jodoh bagi kaum lelaki di syurga nanti adalah bidadari, siapa pula jodoh bagi kaum perempuan di syurga nanti?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

*Rujukan : mediasiber.com

p/s : Kalau sayangkan suami, jadilah isteri yang solehah. Boleh jadi ketua bidadari kepada suami anda di syurga nanti. Itu baru dikatakan bercinta sampai Syurga..

Wednesday, March 21, 2012

Kebencian Terhadap Subjek Matematik



Tahap 1 (Darjah 1 - 3)

Dulu masa aku darjah 1 hingga 3, aku sentiasa skor markah 100 dalam subjek Matematik. Aku boleh dikatakan tergolong di kalangan kanak-kanak ribena yang bijak pandai. Sebab setiap kali exam, aku sentiasa dapat top 3 dalam kelas. Ketika tahap 1, masih belum ada pembahagian kelas budak pandai dan kurang rajin. Bermula Tahap 2, barulah proses pembahagian tersebut dijalankan. Ye.. Aku masuk kelas budak-budak pandai. Ye, aku cuba untuk berlagak pandai ni. Mohon lempang aku.

Tahap 2 (Darjah 4 - UPSR)

Bermula darjah 4, aku dah mula start bencikan Matematik. Ini semua gara-gara aku lambat tangkap bagaimana nak selesaikan masalah bahagi. Nak bertanya, malu. Bodoh sombonglah katakan. Perkara itu berlanjutan hingga ke subjek yang lebih rumit. Aku hanya ternganga dan terus nganga ketika cikgu mengajar di depan. Apabila cikgu round kelas, aku pura-pura tunduk sopan menulis. Sejak itu, ranking aku dalam kelas jatuh mendadak ke tempat ke-7 dan seterusnya berbelas-belas (maksimum 14). Walaupun aku berjaya skor cemerlang semua subjek yang lain, peratusan keseluruhan dicacatkan dengan result Matematik yang sentiasa berada di atas garisan maut. Dalam UPSR, result matematik aku cuma B.

Menengah Rendah (Tingkatan 1 - PMR)

Apabila melangkah ke alam menengah, tahap kebencian aku terhadap matematik semakin membuak-buak. Aku semakin fobia melihat nombor. Dalam kelas, mata memandang ke hadapan, fikiran melayang entah ke mana. Kejap dongak, kejap tunduk. Kononnya sedang khusyuk membuat kiraan. Padahal buku latihan penuh dengan contengan. Jika cikgu garang, dalam hati tak putus-putus berdoa agar jarum jam bergerak pantas. Hasilnya, result PMR aku yang dibarisi 6A, dicacatkan sekali lagi dengan Gred Cacing oleh subjek Matematik.

Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

Aku nekad untuk tidak memilih aliran Sains dan Akaun walaupun result PMR aku layak untuk ke aliran tersebut sedangkan orang lain sanggup menebal muka buat rayuan. Tetapi tidak bagi aku kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan subjek Matematik Tambahan yang pastinya lebih menggerunkan dan membuatkan result aku nampak lebih bodoh. Pengecutnya aku pada waktu itu kerana menyerah kalah sebelum berlawan. Pada waktu ini, aku dah mula berani untuk ponteng kelas Matematik kecuali kelas-kelas yang melibatkan cikgu perempuan yang cun. Malangnya cikgu tersebut hanya cikgu praktikal.

Percubaan dan SPM

Ketika percubaan SPM, aku memperoleh gred 9F. Yeah! Antara pelajar paling lampi dalam subjek Math. Seperti biasa, subjek sukar yang lain aku mampu skor dengan cantik dan pernah dapat highscore dalam kelas, tapi tidak bagi Matematik. Menjelang peperiksaan sebenar SPM, aku mengambil tuisyen insentif dengan Mak aku sendiri yang merupakan seorang Teacher tapi mempunyai sedikit kemahiran dalam Matematik. Mak aku sampai nangis-nangis pujuk aku buat latihan Math sebab aku memang dah give-up gila.

Dalam kepala otak aku waktu tu, lantaklah Matematik gagal pun. Asalkan subjek lain semua skor. Sampai macam tu sekali tahap kritikal aku dalam Matematik. Tetapi, setelah di'brainwash' oleh ayah aku bahawa Matematik itu penting, aku pun gagahi juga untuk cuba lulus. Akhirnya, seperti biasa slip result aku dicacatkan dengan Matematik. Aku dapat 7D.

Paper Julai

Disebabkan kegagalan aku untuk memperoleh sekurang-kurangnya Credit dalam subjek Matematik, aku mengalami kesukaran untuk diterima masuk mana-mana IPT. Baru aku sedar betapa pentingnya subjek Matematik. Tiada guna kalau gagal paper Math walaupun subjek lain cantik. Akhirnya Mak aku mencadangkan supaya aku mengambil Paper Julai. Paper Julai? Aku dapat 8E. Kah..Kah..Kah.. Ingatkan bolehla dapat bagus sikit. Lagi teruk ada lah. Rupanya aku masih belum sedar. Aku langsung tak study pun untuk paper Julai. Begitulah kebencian aku terhadap insan bernama Matematik.

Private College (Semester 1)

Disebabkan aku tidak layak untuk join bebudak pandai masuk U, terpaksalah aku membuat pilihan terakhir sambung belajar di kolej swasta. Aku rasa sangat bahagia ketika semester 1 kerana aku tidak perlu bersemuka dengan Matematik. Untuk kali pertamanya result aku bersih tanpa dicacat celakan dengan Math! Aku berjaya skor keseluruhan CGPA 4.00. Indah sangat slip result aku tanpa Matematik.

Private College (Semester 2)

Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya Matematik di tengah hari. Subjek paling dibenci muncul lagi. Aku kembali gusar. Habislah cacat kembali slip result exam aku. Akan tetapi, aku tetap nekad untuk maintain pointer aku kepada 4flat. Jadi, nak tak nak aku kena paksa diri untuk cuba membuka hatiku ini menerima cinta si Matematik yang tidak pernah jemu mengetuk pintu hatiku. Akhirnya, Matematik mula melekat di jiwa aku dan perasaan benci mula terhakis sedikit demi sedikit. Tambahan pula lecturer Matematik yang comel dan sentiasa memberi perhatian terhadap kami sekelas membuatkan aku lebih ghairah menekan kalkulator. Setiap kali aku berjaya menyelesaikan sesuatu soalan, satu tumbukan padu ke udara dilepaskan tanda aku puas dengan kejayaan memerah otak aku yang sentiasa terseliuh membuat kiraan.

Kemarau A Sejak Usia 9 Tahun Berjaya Ditamatkan

Pernah suatu ketika aku mencaci maki siapa yang mula-mula mencipta Matematik tanpa disedari orang itu adalah seorang Tokoh Islam, Al-Khawarizmi. Pernah ku merungut, apa gunanya topik Matematik yang tak masuk akal tu untuk digunakan ketika bekerja nanti. Kini baru aku tahu, Matematik tidaklah susah sangat seperti yang disemat di minda aku sebelum ini. Cuma perlu tanamkan minat dan dibajai sedikit kerajinan.

Semester kedua tersebut, aku berjaya maintain CGPA 4.00. Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya menamatkan kemarau A dalam Matematik sejak kali terakhir melakukannya ketika berusia 9 tahun. Yes! Aku dapat A! Kepuasan yang tidak terhingga melebihi kepuasan mendapat pointer keseluruhan 4flat. Serius! Syukur sangat.

Sekarang

Aku dah lupa apa yang aku belajar. K, bye... ZZZZzzzzz...

Math is Sexy!



SZ : Jangan benci Matematik. Bencilah diri sendiri yang bencikan Matematik..

Sunday, March 18, 2012

10 Ayat Pedas Bagi Alasan Kubur Masing-Masing

Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni.

Memanglah Kubur Masing-Masing. TAPI....

1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri.

2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau.

3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond.

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa.

6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka?

7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur.

8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau.

9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu.

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya.


p/s : Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu, insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing-masing kau tu.




SZ : Ramai yang lebih takut hantu kubur dari siksa kubur...

Friday, March 16, 2012

Macamlah Kau Bagus Sangat Nak Nasihat Aku!

"Hek eleh... Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku woi! Cermin diri tu dulu.. Diri sendiri pun jalan macam ketam, ada hati nak suruh aku jalan straight. Macamlah aku tak kenal perangai kau tu macam mana sebelum ni. Jahat nak mampos! Sekarang ni nak berlagak ustaz pulak nak bagi nasihat kat aku. Pergi mati lah woi!"

Fuh! Kalau bab agama, orang kita memang pantang ditegur. Habis disumpah seranahnya kita. Dikaji-selidik pula kesalahan kita dan mengungkit kisah-kisah silam terutamanya yang pernah terlanjur dalam kancah maksiat sebelum ini. Mungkin dia merasakan orang yang memberikan nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya. Mungkin kerana seseorang itu kurang baik akhlaknya mahupun cakap tak serupa bikin.


Ini kerana dalam diri itu wujud perasaan ego dan sombong untuk menerima nasihat daripada orang lain.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim

“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Dalam Islam, jika kita melihat seseorang melakukan maksiat, wajib untuk kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Kita juga bukannya maksum seperti Rasulullah SAW. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah hitam seseorang yang sudah insaf? Dia memberi nasihat mungkin kerana tidak mahu kesilapan tersebut diulangi insan lain. Dan tidak perlu tunggu jadi ustaz baru hendak memberi nasihat.

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

‎"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).

Apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang yang dapat memberi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya, kita buang jauh-jauh. Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!

Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Akan tetapi, jangan pula cakap tidak serupa bikin. Sedang kita sedap ber'pung-pang' menegur orang lain, tapi kita masih di tahap itu juga, pun orang tidak akan respek.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff 61 : 2-3)

Seeloknya, sambil kita memperbaiki diri, sambil itu juga kita menyeru orang lain turut berubah bersama kita dan sama-sama buat kebaikan. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang? Nak bagi nasihat juga, biarlah berhikmah. Manusia tak sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan teguran yang membina. Bukan yang menjatuhkannya.

Yang ditegur itu pula, usahlah melenting. Anda sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi peringatan kepada anda daripada terus hanyut ke dalam lautan noda. Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana dikhuatiri Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati itu. Nauzubillah...



SZ : Don't judge me by past... I'm not in the past anymore.. Accept me for who I am today..

Monday, March 5, 2012

Bukan Lintah Gergasi.. Tapi Ular Karung Guni..


Sekarang ni tengah hot tersebar gambar 'lintah gergasi' di atas yang dikatakan ditemui ketika banjir di Perak. Biar betul tu lintah? Gedabak besar macam ular. Nak cakap gambar photoshop, memang nampak real. Ini kalau betul wujud, mungkin ramai pesawah pencen awal sebab takut mati kena hisap darah. Maka seluruh umat manusia terpaksa makan maggi setiap hari disebabkan proses pengeluaran beras terbantut. Ini tidak boleh dibiarkan. Maka aku pun cuba buat research demi menegakkan kebenaran.

Adakah lintah boleh membesar sehingga saiz gedabak macam tu? Takkan lah tiada had tumbesaran? Berapa ratus tahun umur dia? Mungkin lintah yang dikacuk dengan ular sawa?

Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada website Industri Lintah. Lintah hanya boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asal. Tempoh matangnya pula ialah 4 hingga 6 bulan. Jika dilihat pada gambar di atas, entah berapa ratus kali ganda pun aku tak tahu.

Dan aku jumpa lagi gambar yang berkaitan dengan 'lintah gergasi' di atas. Ternyata itu bukanlah LINTAH GERGASI seperti yang digembar-gemburkan. Itu sebenarnya ialah seekor ular yang dipanggil Ular Karung Guni atau Ular Guni Buruk. Nama saintifiknya tidak diketahui.

Ular Karung Guni adalah spesis ular air tawar. Ular ini tidak berbahaya kerana tiada bisa, mata buta atau tiada mata. Tetapi boleh menggigit. Makanannya adalah ikan. Aku pun tak pasti fakta mengenai ular ni tepat atau tak. Sebab aku pun dapat dari blog kurakusakti. Siapa yang ada fakta lain pasal ular ni, bolehlah share.

Gambar di bawah adalah bukti yang haiwan itu adalah ular, bukannya lintah..




SZ : Terungkai sudah segala persoalan. Tudia la.. Suka sangat dok wat pala tau. Kesian ular tu. Kena fitnah jadi lintah. Jatuh kredebiliti beliau sebagai seekor ular yang baik hati. K, tak kelakar..