Pages

Thursday, December 29, 2011

Domain SolihinZubir.com Telah Dicuri Gara-gara Company Bangkrap

Assalamualaikum wbt...

Minta maaf kepada yang cuba masuk ke blog aku semalam, tapi tak dapat. Sebab domain aku expired. Bila aku dah submit ticket untuk renew semalam, admin maklumkan kat aku yang domain SolihinZubir.com telah disebat orang. Jadi aku terpaksa bertukar kembali ke blogspot dengan menggunakan domain szdotcom.blogspot.com buat sementara waktu bagi memastikan blog aku masih boleh dilawati mereka-mereka yang sudi.

Bila korang google, tetap akan naik nama blog aku serta tajuk-tajuk entry yang ada dalam blog aku tu. Tapi, bila korang klik, akan keluar paparan lain. Ataupun kalau korang klik mana-mana entry yang aku ping di facebook, tetap akan ke website di bawah ni. Cuba klik www.solihinzubir.com


Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Tanpa aku duga, company yang aku beli domain tu dah bangkrap. Aku dah bank in seminggu sebelum expired untuk renew. Tapi, dealer suruh tunggu domain tu tak function, baru boleh buat order untuk daftar dengan company baru. So, aku pun tunggu sampai domain aku tak function dan buat order baru. Tapi, berita buruk yang aku terima, dia bagitau domain aku telah disebat orang lain dan terpaksa tunggu dia jual dulu domain tu, baru aku boleh dapatkan balik. Apa sebab dia ambik domain aku? Takkan sebab di bawah?


Salah aku jugak sebab terlalu ghairah nak berdomain pada tahun 2010 yang lepas. Main sebat je tanpa menyelidiki terlebih dahulu company mana yang lebih kukuh. Waktu tu masih biul lagi bab-bab ni. Bila dah beli domain dari syarikat tu, baru aku dapat tahu ada company yang lebih power. So, bila ada blogger lain tanya dari mana aku beli domain, aku promote kat diorang netkl.com. Mujur aku tak promote company yang aku beli. Kalau tak, nasib diorang macam aku la sekarang.

Buat masa ini jugak, aku dah hilang mood nak blogging. (Tapi aku harap mood ini kembali pulih dengan segera.) So, aku nak minta maaf kepada semua pembaca di atas segala salah silap dan keterlanjuran kata aku yang mengguris hati kalian selama ini. Dan aku nak mintak jasa baik kepada sesiapa yang pakar dalam bidang ni, boleh tak bagi cadangan apa yang aku perlu buat. Dan siapa yang boleh bagi khidmat nasihat kaunseling kat aku, amatlah dialu-alukan. Heheh... Terima kasih.

p/s : Nasihat aku, kalau nak beli domain, pilihlah company yang kukuh dan popular. Cadangan aku kepada Jiwa Host, harap dapat tingkatkan kualiti servis anda. Aku taknak condemn lebih-lebih. Aku redha je. Dan aku masih berharap dia boleh bantu aku setelkan masalah ni. Korang boleh ke blog beliau. Layari blog Jiwa Kacau.

SZ : Jiwa kacau dibuatnya.. Boleh kena sakit jiwa kalau macam ni.. Padan muka aku kan?

Thursday, December 15, 2011

Wanita Bertopengkan Mekap Tebal

Perempuan yang paling 'hodoh' adalah perempuan yang perasan cantik. Perempuan yang perasan cantik adalah perempuan yang suka menghabiskan masa dengan bersolek. Membelek wajahnya di hadapan cermin sehingga timbul rasa ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud kagum dengan diri sendiri.

"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."

Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.


Perempuan yang suka mengenakan make-up yang tebal boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak jujur atau hipokrit kerana menipu diri sendiri dan orang lain dengan kecantikan palsu. Lebih teruk, bukan sekadar memakai lipstic, blusher dan eye shadow yang terdiri daripada pelbagai warna tu.  Malah ada yang mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dan memakai bulu mata palsu semata-mata untuk kelihatan lebih cantik...lah sangat. Perbuatan tersebut dianggap tidak bersyukur dan mengubah ciptaan Allah.

"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu."(Surah al-Ahzab: 33)

Perempuan jenis ini juga hanya nampak cantik atas jasa kamera. Contohnya, artis-artis kelihatan sangat cantik di dalam majalah dan TV. Tetapi, hakikatnya wajah mereka yang disolek tebal itu sebenarnya nampak sangat hodoh jika dilihat secara live. Nampak ber'tepung' dan berminyak. Warna kulit muka kelihatan sangat kontra dengan leher atau tangan. Bila mereka menanggalkan make-up, kelihatan seperti orang lain. Bukankah itu hipokrit? Padan muka diucapkan buat pemuja-pemuja artis. Terpesona dengan kecantikan palsu. Booo~~


Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty. Yeke? Ke aku sorang je? :O

Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."

Berhiaslah hanya untuk suami. Tetapi, usahlah terlalu tebal hingga kelihatan seperti orang lain. Jika ada suami yang gemar isterinya mengenakan mekap yang tebal, dia seolah-olah tidak dapat menerima isterinya seadanya. Lebih gemar melihat isterinya menjadi 'orang lain' dengan solekan tebal tersebut. Adakah cinta anda terhadap isteri hanya kerana solekan tebal? Lelaki... Jangan biarkan hidup anda diselubungi wanita bertopengkan mekap tebal.

Lebih baik bertopengkan niqab drp bertopengkan mekap tebal...

Wanita... Daripada kau gedik perasan diri secantik bidadari, lebih baik kau berusaha menjadi ketua bidadari di syurga...

Lelaki... Daripada kau terhegeh-hegeh mengejar wanita secantik bidadari, lebih baik berusaha mengejar bidadari di syurga...

p/s : Diulangi... make-up TEBAL.. Jangan salah faham. Bukannya mekap yang diharuskan. Ok!

** Hukum Wanita Bersolek atau Tabarruj...KLIK SINI!

SZ : Kepada calon-calon isteriku, tolong jangan mekap tebal-tebal sangat ok.. Mencik!

Sunday, December 11, 2011

Rantai Burung Hantu Haram BUKAN Sebab Freemason

Aku suka burung hantu. Sebab aku rasa burung hantu seekor burung yang comel dan cool. Tetapi, tiba-tiba muncul segelintir manusia yang mengatakan rantai burung hantu haram dipakai disebabkan adanya unsur-unsur Freemason. Secara tidak langsung, ini bermakna burung hantu menjadi penyebab rantai tersebut haram dipakai. Jadi, adakah burung hantu haram di sisi Islam? Selepas ini, kita sebagai umat Islam wajib menyekat pembiakan burung hantu diseluruh dunia kerana burung hantu ada unsur-unsur freemason. Begitu?

burung hantu dalam freemason

Tidak wajar mengaitkan haram sebab Freemason

Tidak dinafikan, pergerakan Freemason ini memang wujud. Hukum memakai pakaian atau perhiasan yang memaparkan lambang persatuan dan simbol agama lain adalah haram. Tetapi, untuk mengaitkan rantai burung hantu itu haram disebabkan Freemason adalah tidak wajar. Jika rantai burung hantu haram disebabkan ada unsur freemason, adakah ini bermakna memakai rantai naga, cicak tokek atau binatang yang lain adalah halal? Dan jika selepas ini Freemason menyelitkan gambar ayam, adakah ayam haram dimakan dan Radix Fried Chicken terpaksa ditukar kepada Radix Fried Duck? Ayamas ditukar kepada Itikmas?

Haram dipakai sebab dilarang dalam Islam

Bagi lelaki, segala jenis rantai adalah haram dipakai. Bagi wanita, bukan setakat rantai burung hantu yang haram dipakai. Segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang dimuliakan yakni di tubuh badan kita. Sedangkan teddy bear pun haram disimpan di dalam rumah. Tapi, berapa ramai awek-awek yang simpan di atas almari dan di hujung katil? Apabila patung-patung tersebut diletakkan sebagai perhiasan, perbuatan tersebut adalah haram. Malah, Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung.

Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa)” (Hadis riwayat Muslim)

Tetapi, untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran atau mainan kanak-kanak, hukumnya harus. Soalnya sekarang ialah bab perhiasan.


Apa tujuan pakai hiasan macam tu?

Nabi SAW bersabda. Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat An-Nasai’e)
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Jadi, apa tujuan anda memakai perhiasan dengan ukiran macam tu jika bukan untuk menunjuk-nunjuk? Berhiaslah secara ala kadar. Orang yang suka berhias secara berlebihan ni biasanya orang yang tidak menutup aurat dan tidak bersolat. Kalau pakai tudung dengan sempurna, macam mana nak tayang rantai tu kan? Kalau warnakan kuku dan rambut, macam mana nak solat kan? Bukan setakat wuduk, mandi wajib pun tak sah.

Ini aku tengok, yang tak tutup aurat pun sibuk sebarkan artikel 'haram pakai rantai burung hantu sebab ada unsur Freemason' tu. Artikel suruh tutup aurat taknak ambil peduli pulak? Tidak menutup aurat  dan memakai perhiasan secara berlebihan itu bukan setakat ada unsur Freemason. Malah SAMA dengan orang kafir. Itu fakta! Yang sudah jelas haram pun orang tak ambil kisah. Inikan pula nak dikaji semua benda dan kaitkan dengan unsur Freemason. Bakteria seberang laut kau nampak. Dinosaur depan hidung kau buat tak tahu.

Apa salah burung comel ni? :-(

p/s : Sekali lagi diingatkan. Rantai burung hantu haram dipakai bukan sebab ada unsur Freemason. Tetapi haram sebab Islam melarang segala jenis perhiasan yang berunsurkan makhluk bernyawa. Ngerti lo?

Rujukan :
- feryco.com
- en.netlog.com

SZ : Blog aku warna hitam putih. Alamak.. Ada unsur Freemason. Maka, blog aku haram dibaca? LOL