Pages

Sunday, March 20, 2011

Koleksi Gambar Supermoon Yang Menarik Dari Seluruh Dunia

Salam.. Semalam ada sesiapa yang tak dapat tengok dengan mata sendiri Fenomena Supermoon? Pada mulanya semalam, langit di kawasan rumah aku dilitupi awan mendung. Sehinggalah pukul 1.00 pagi baru awan yang melindungi bulan mula beredar. Aku sanggup tunggu sebab tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri kebesaran Allah dengan mata kasar aku. Fenomena ganjil yang jarang berlaku.

Aku ada ambil gambar. Tapi sebelum layan gambar-gambar yang aku tangkap, apakata kita layan dulu koleksi gambar supermoon atau bulan besar dari seluruh pelusuk dunia pada 19 Mac 2011 semalam. Sangat cantik. Subhanallah..

Revellers stand beside St Michael's Tower on Glastonbury Tor, Somerset, watching the moon as it is at its closest point to Earth for two decades
The moon as seen from the end of Worthing Pier in Sussex, looking east towards Beachy Head
The moon is seen behind the top of the radio and television tower 'Funkturm' in Berlin
View of a full perigee moon over Manila, Philippines
The moon rises over east London
The full moon is seen as it rises near the Lincoln Memorial, in Washington DC
Moonhattan: The oversized moon adds to the lights of New York City as it rises over the city skyline
A rugby match in Headingley, Leeds is bathed in an orange glow
Lihat lagi gambar menarik di dailymail.co.uk


Cantik kan? Jom tengok gambar supermoon yang di ambil dari area rumah aku di Pokok Sena, Kedah. Heheh.. Aku guna kamera digital cikai saja. Belum mampu nak pakai dslr macam hangpa. Aku upload ni pun sebab Farah Aina yang suruh. Sebab dia cakap aku ada bakat jadi photographer profesional. Ahahaha.. ;-p


lingkungan pukul 1.00 pagi
lingkungan pukul 1.00pagi
lingkungan pukul 1.00pagi..
lingkungan pukul 7.00 pagi
lingkungan 7.00pagi
pukul 7.20pagi. Dah macam matahari aku tengok..


SZ : Subhanallah.. Speechless..

Friday, March 18, 2011

Kalaulah Boleh Letak Jawatan Sebagai Anak Sulung

Apa perasaan bila ada abang dan kakak? Aku tak pernah merasa nikmat ada kakak dan abang kandung. Dan memang mustahil akan terjadi sebab aku sudah ditakdirkan menjadi anak sulung. Telah ditetapkan sejak azali yang aku akan memenangi perlumbaan antara berjuta-juta sperma yang bertanding untuk bercantum dengan ovum di tiub Fallopio.

Menjadi anak sulung memang satu tanggungjawab yang besar. Dugaannya sangat dahsyat. Kadang-kadang, adik yang salah, Si Sulung yang kena maki sebab tak pantau adik. Adik buat jahat, Si Sulung juga dipersalahkan sebab dulu Si Sulung jahat. Walaupun sekarang Si Sulung dah insaf, perkara lama tetap diungkit. Sebab Si Sulung dah bagi contoh dan teladan yang tak elok kepada adik-adik. Last sekali, tak jadi nak insaf. Mental down sebab asyik ungkit benda lama.

Aku mengimpikan mempunyai seorang kakak. Aku tengok orang yang ada kakak, seronok sangat. Tak ada duit, boleh mintak kat kakak. Ada masalah pelajaran, boleh mintak kakak tolong ajarkan. Ada masalah, boleh mengadu dan share dengan kakak. Nak dibanding dengan abang? Aku sendiri taknak jadi abang. Kalau ada abang, tak best! Cuma yang best kalau ada abang, boleh mengadu kalau ada orang cari gaduh dan pukul. Tapi, tak semua golongan kakak dan abang macam tu. Lain manusia, lain ragamnya.

Nasihat aku kepada semua anak sulung di dunia ni, berilah contoh dan teladan yang baik kepada adik-adik. Kalau anak sulung pernah memberi contoh yang tidak baik kepada adik-adik pada zaman jahiliahnya, dia tetap akan dikenang sebagai seorang yang tidak baik. Jari tetap akan dituding kepada anak sulung. Sehinggakan segala kebaikan dan kecemerlangan yang pernah dicapai dilupakan begitu saja. Hanya aib yang dibuka supaya adik-adik tidak mencontohi perilaku Si Sulung.

Aku sendiri merasakan tidak layak menjadi seorang abang. Sebab aku tak mampu memimpin 6 orang adik-adik aku ke arah kebaikan sebab aku sendiri tak mampu memimpin diri aku. Langsung tidak boleh dijadikan contoh teladan yang baik. Aku bukan seorang abang yang bertanggungjawab. Kalaulah boleh letak jawatan sebagai anak sulung, memang dah lama aku resign.

Tetapi, ingin aku tegaskan aku bukan menyesal dilahirkan sebagai anak sulung. Aku bukan ingin menentang qada' dan qadar Allah Ta'ala. Itu hanya sekadar luahan perasaan ingin menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab dan dugaan menjadi anak sulung. Sejahat mana pun aku sebagai seorang abang, air mata aku tetap murah mengenangkan nasib adik-adik.

Kasih Abang..

SZ : Tiada sesiapa yang mampu mengubah diri seseorang itu melainkan dirinya sendiri. (Aku hanya pandai berkata tapi aku sendiri entah bila hendak berubah! Hipokrit! )

Wednesday, March 9, 2011

Lelaki Semua Sama! Aku Benci Lelaki!

Salam A'laik.. Semalam kita dah baca entry-entry kipas wanita sempena Hari Wanita Sedunia kan? Sekarang ni aku nak bahaskan satu isu yang agak sensitif dan mungkin akan membuatkan sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan kenyataan ini. Sila hayati apa yang cuba disampaikan dengan tenang. Jangan terus bertindak melulu mengecam aku.

Sesetengah perempuan.. Apabila sedang hangat bercinta, seluruh alam nama pakwenya dijaja. Dalam facebook dan sidebar blog penuh dengan gambar pakwe dia. Bila dah terlampau sayang, kentut pakwe dia pun wangi. Justin Biebier mengorat pun buat bodoh je. Setia la katakan.

Tapi, kalau putus? Seluruh kaum Adam dipersalahkan. Dicaci makinya. Statement wajib yang akan keluar ialah, "LELAKI SEMUA SAMA! AKU BENCI LELAKI!". What the duck? Apehal kau nak salahkan semua lelaki kat dunia ni? Statement tersebut terlalu umum. Aku cukup pantang dengan statement tu. Seolah-olah bapak dan tok wan dia tu bukan lelaki. Para nabi, rasul bukan lelaki? Bila aku tegur, hang suruh aku fikir secara matang mengikut keadaan. Awat? Statement macam tu matangkah?

Hello cik adik! Cakap jangan sebarang cakap. Jangan main lepas dan terlalu mengikut perasaan. Takkan kerana jantan setitik, habis rosak lelaki sebelanga? Hang cakap seolah-olah hang dah pernah kenal semua lelaki kat dunia ni. Bercakap macam seekor ikan dalam akuarium yang kenal semua spesis ikan kat dalam 7 lautan. Tak semua lelaki berperangai bangsat macam jantan yang hang kenal tu. Aku tahu hang terlalu emosi masa tu. Tapi, gunalah akal dengan waras. Sekurang-kurangnya, cakap hang benci bekas-bekas pakwe hang dahla! Bekas-bekas? Wow!


Apa kata kalau aku buat statement, "POMPUAN SEMUA SAMA SAJA! AKU BENCI POMPUAN!". Hangpa rasa nak kata apa kat aku? Rasa nak maki tak? Cakap macam orang takdak akai! Mak aku pompuan jugak! Aku pun pernah jugak dikecewakan, frust menonggeng. Tapi takdela nak persalahkan semua kaum pompuan. Lelaki pun sama! Kalau rasa tak mampu nak berikan sepenuh kasih sayang, janganlah bagi harapan dan lukakan hati seseorang perempuan tu. Perempuan kan sensitif. Kalau dah gatal nak bercinta sangat, salinglah memahami. Jangan habis madu, sepah dibuang.

Lagi satu, jangan terlalu obses dengan kaum masing-masing sehingga nak dijadikan perdebatan siapa paling hebat. Wanita selalu cakap, kalau diorang takde, kita semua tak dapat dilahirkan. Tapi harus diingat! Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Pendek kata, kita saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Tak payah nak SEKSIS sangat.

Ampun maaf dipinta. Salah silap harap dimaafi. Sebarang teguran amatlah dialu-alukan. Sekian..

SZ : Wanita bukan dijadikan dari tulang kepala untuk dijunjung. Tapi, wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki yang dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dicintai.

Wednesday, March 2, 2011

Kaki Aku Bengkak Disebabkan Makhluk Halus?

Salam A'laik.. Apa habaq semua? Sehat kowt nowh? Sory lama tak update.. Err.. 3 hari tu dikira lama tak? Hahaha.. Maklumla.. Baru keluaq daripada hospital. Yee.. Aku memang masuk hospital hari Ahad lepas. Masuk hospital je. Tak masuk wad pun. Heheh..Jangan marah.. Aku pergi hospital untuk check penyakit misteri yang aku alami.

Penyakit misteri? Yupp! Dah doktor-doktor kat klinik pun tak pasti apa penyakit aku, kira misteri la kan. Kaki aku bengkak dan dinaiki bintik kemerah-merahan seperti yang aku cerita dalam entry Doktor Pun Tak Pasti Apa Penyakit Aku? Macam-macam komen yang aku dapat. Biasalah.. Lain orang, lain pendapat. Ada yang cakap kencing manis, denggi, scabbies, cellulitis, purpura dan ramai jugak yang cakap disebabkan MAKHLUK HALUS? omaigod! Ada kemungkinan jugak sebab tempat kaki aku tergelincir tu berdekatan tokong cina. Nauzubillah.. Hangpa ni buat aku cuak btoi la! Haish! =_='

Aku tergelincir dan buku lali aku luka disebabkan bergesel dengan simen ni la. Luka sampai nampak isi putih tu woi! Pedih kot! Nasib baik tak terjatuh dalam parit besar sebelah tu.

Apa pulak kata doktor kat hospital? Doktor cakap tak perlu buat blood test. Aku cuma diberi injection dan dinasihatkan supaya berhenti makan ubat antibiotik daripada poliklinik yang aku pergi sebelum ni. Doktor cakap aku hanya mengalami alahan ubat. Antibiotik yang aku makan sebelum ni tak sesuai dengan aku. Wah! Ubat pun merbahaya kan?

Alhamdulillah.. Lepas stop makan ubat poliklinik tu, merah-merah di kaki aku dah beransur hilang. Bengkak pun dah makin surut. Dah boleh terajang orang dah! (Amboih! Ada hati nak terajang orang? Bukan main lagi eh?) Heheh.. Lawak ja. Tak baik terajang-terajang orang ni. Dosa. Erm.. Cuma sengal-sengal masih belum hilang lagi ni. Nak jalan tu dah boleh dah. Kadang-kadang rasa kejang. Tapak kaki terasa menyucuk-nyucuk.

keadaan kaki aku ketika sakit

Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan yang sudi mendoakan kesejahteraan aku. Alhamdulillah.. Cuma sekadar alahan ubat. Tiada sebarang penyakit berbahaya. Dah! Jangan risau! Aku ok! (Bajet ramai yang ambil berat!) Hahaha..  Mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada penyakit berbahaya. Moral of the story, bukan semua ubat sesuai dengan kita. So, hati-hati.

Link berkaitan : Doktor Pun Tak Pasti Apa Penyakit Aku?

SZ : Mood blogging jatuh mendadak.. Aku nak berehat sekejap daripada dunia blog.. ZZzzzzz..