Pages

Monday, January 30, 2012

Hinalah Maksiat Tapi Jangan Hina Si Pelaku Maksiat

Kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk Allah. Hinalah maksiat tapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat. Hinalah kekufuran tapi janganlah kamu menghina si kafir.

Kita ibaratkan maksiat itu sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencaci maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.


Adakah anda seorang yang baik atau perasan bagus? Kenapa anda melihat diri anda lebih baik daripada orang lain? Jom sama-sama kita renungkan...

Ada seorang abid (ahli ibadah) dari Bani Israil yang hidupnya selama 500 tahun hanya dengan beribadah sahaja. Pada suatu hari, si abid tersebut terlihat seorang fasik dari Bani Israil yang tidak pernah taat langsung kepada Allah. Si abid datang dari satu arah dan si fasik pula datang dari satu arah yang bertentangan. Bahawasanya, si abid tersebut mendapat karamah (kemuliaan) kerana kuatnya ibadah yang dia lakukan. Apabila datang mentari di waktu pagi, datanglah awan menaunginya apabila dia berjalan.

Ketika mana kedua-dua mereka ini bertembung di pertengahan jalan, berpaling muka kedua-dua mereka ke arah  lain. Tetapi atas sebab apa? Ahli ibadah ini berpaling atas sebab keangkuhannya terhadap orang yang bermaksiat itu. Dia menyangka Allah tidak mengampuni si fasik itu selama-lamanya atas maksiat yang dilakukan. Dia merasakan dirinya lebih bagus atas sebab ibadahnya. Dia berpaling dari si fasik  itu kerana takabbur dan berbangga dengan amalan ibadahnya.

Orang yang bermaksiat itu pula berpaling dari ahli ibadah. Tapi atas sebab apa? Kerana dia malu terhadap Allah Ta'ala. Ketika mana dia berpaling dari ahli ibadah itu, dia berkata, " Astaghfirullahalazim.. Siapalah aku ini untuk berjumpa dengan seorang yang baik lagi kuat beribadah sedangkan aku seorang yang fasik." Ketika mereka berpisah, awan yang berada di atas si abid itu terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya selepas itu. Apakah sebabnya? Kerana si abid memandang si fasik dengan pandangan penghinaan.

Apa yang difokuskan di sini adalah tentang pandangan. Pandangan ahli ibadah pada si fasik itu dengan pandangan kesombongan. Dan berpalingnya si fasik itu kerana malu. Makna ibadah yang sebenar adalah ibadah yang akan menambahkan kita kerendahan diri dan sentiasa merasa kekurangan. Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah. Janganlah kamu melihat orang yang berdosa atau orang yang bermaksiat dengan pandangan penghinaan. Itu adalah suatu keadaan yang sangat bahaya. Pandangan sebegini adalah yang dilarang. Ia akan memberi kesan pada hati. Ia menzalimi hati disebabkan oleh pandangan sedemikian. Menyebabkan hati menjadi gelap.


Apakah dia hakikat kekufuran?

Hakikat kekufuran adalah orang yang mati dalam kekufuran. Tapi selagi mana dia masih hidup, dia tidak boleh dihina walaupun dia seorang yang kufur. Kerana anda tidak akan tahu bagaimana dia akan mati nanti. Samada dia mati dalam keadaan kufur ataupun sebagai seorang Islam. Ataupun dia mati setelah dia benar-benar bertaubat dan menyesali kejahilannya sebelum ini. Walaupun sekarang ini dia seorang yang jahil, tidak mustahil Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi dari anda suatu hari nanti. Kerana hidayah Allah itu luas. Dia berhak memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di luar jangkaan kita.

*sumber rujukan daripada video Kuliah Al-Habib Ali Al-Jufri

SZ : Aku nasihat bukanlah kerana aku seorang yang bagus. Aku nasihat untuk diri sendiri yang masih belum bagus ini. Salah silap harap dimaafi atas segala kekhilafan lalu.

Friday, January 20, 2012

Hadiah dan Kenangan Bekas Kekasih : Simpan, Pulangkan atau Buang?

Pernah ada kekasih? Pernah putus cinta? Kalau pernah, mesti korang akan ada kenangan dengan bekas kekasih korang tu kan. Kenangan yang dimaksudkan di sini bukannya kenangan dalam otak korang tu. Tetapi, dalam bentuk hadiah, gambar, video ataupun apa saja barang yang mempunyai nilai sentimental kepada korang hatta sms, resit kedai makan mahupun tiket wayang sekalipun. Pernah tak?


Errr... Tak pernah? Bagusnya korang sebab tak pernah ber'couple'. Sejuk perut ibu mengandung. Heheh.. Ok, kalau tak pernah, anggap saja KALAU pernah.

Soalan : Jika anda pernah mempunyai bekas kekasih, apa yang anda akan buat dengan semua hadiah yang pernah diberi bekas kekasih anda itu ataupun barang yang mempunyai nilai sentimental sebelum anda berkahwin dengan lelaki atau wanita lain?

Berikut adalah poll yang aku buat di facebook 3 bulan yang lepas. Ye.. Selepas 3 bulan baru dapat buat entry ni. Janji tetap kena tunaikan walaupun lambat (mujur aku masih hidup). Seramai 194 orang responden telah membuat undian. Seperti yang kita dapat lihat di bawah, ada 3 pilihan telah disediakan. Majoriti memilih untuk menyimpannya sebagai kenangan. Selebihnya memilih untuk membuang dan memulangkan kembali kepada si pemberi.



**************************

Pendapat aku terhadap setiap tindakan tersebut.

1. Simpan buat kenangan.

Aku pun tak pasti. Kenapa korang masih nak simpan sebagai kenangan. Seolah-olah macam korang masih tak bersedia nak lepaskan dia dari hidup korang. Buat apa hendak dikenang bekas kekasih kita yang dah jadi milik orang lain? Korang pun dah nak kahwin. Bayangkan jika isteri atau suami anda terjumpa barang tersebut? Apa nak jawab? Takkan anda sanggup nak tipu pasangan anda dengan menyembunyikan perkara sebenar? Jika anda berterus-terang pula, pasti hancur luluh hati pasangan anda apabila mendapat tahu suami atau isterinya masih menyimpan kenangan bersama bekas kekasihnya dulu walaupun sudah berumahtangga. Tipulah kalau tak cemburu.

So, jangan simpan.

2. Pulangkan kembali

Teknik memulangkan kembali sebenarnya salah satu cara untuk kita menunjukkan kepadanya yang kita sangat kecewa. Dan mungkin juga boleh digunakan sebagai cara untuk membuatkan dia rasa bersalah kerana menghancurkan hati kita. Dengan memulangkan kembali barangan yang masih terjaga rapi itu pasti akan membangkitkan memori antara korang dengan dia dulu. Apatah lagi jika anda pernah mempunyai diari khas atau cacatan sms yang masih tersimpan rapi itu. Pasti dia akan rasa terharu membacanya dan mengenangkan betapa obsesnya korang dengan dia. Dan membangkitkan perasaan bersalah yang teramat sangat.

Yeah! Pulangkan kepadanya jika anda ingin melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dan ingin membuatkan dia rasa bersalah. Nak lagi sempoi, kirimkan sekali plastic sampah or lighter. Mintak tolong dia laksanakan langkah ketiga di bawah ni.

3. Buang atau bakar.

Biasanya orang ini sangat kecewa dan tidak mungkin akan kembali kepada bekas kekasihnya tersebut samada sebab dia benar-benar tawar hati ataupun sebab bekas kekasihnya itu sudah bernikah dengan orang lain. Mungkin juga dia nekad tidak mahu bertemu lagi dengan bekas kekasihnya. Atau dengan kata lain, benci. Maksud buang di sini ialah biarkan barang tersebut lenyap daripada hidup anda. Tidak kisah la dengan apa cara sekalipun samada buang ke dalam tong sampah ataupun memberinya kepada badan kebajikan masyarakat mahupun menjualnya di kedai second hand. Tetapi, elakkan daripada memberinya kepada sahabat mahupun saudara terdekat anda kerana jika anda ke rumahnya atau melihat mereka menggunakan barang tersebut, pasti akan membangkitkan kenangan. Membakar pula mungkin kelihatan agak kejam tetapi anda pasti rasa lebih puas.

Jalan terbaik, sila tong sampahkannya.

p/s : Kalau hadiah seperti kereta, handphone, ipad, rantai emas dan lain-lain barang yang harganya ribu-riban, janganlah 'pandai' sangat pergi buang atau bakor. Gunala kalau tak malu. Peduli apa kan? Haha.. Tapi, seeloknya pulangkanlah. Kalau kejam, jual. Kalau tak cerdik, bakor.



**************************

Apa pula tindakan aku?

Kekasih Pertama : Pada mulanya aku berhasrat untuk memulangkan semua hadiah pemberiannya serta  kenangan aku dengan dia termasuklah sebuah buku khas yang mempunyai setiap SMS aku dengan dia dulu. Ye.. Aku mengaku aku sangat obses dengan dia dulu. Cinta pandang pertama merangkap pertama kali bercintalah katakan. (Eeeuuwwww..) Tapi, memandangkan dia bakal melangsungkan perkahwinannya ketika Raya Cina nanti, aku taknak 'spoil'kan mood perkahwinan beliau. So, aku ubah fikiran. Buang.

Kekasih Kedua : Yang ni, aku bakor mandatori.

Kekasih Ketiga : Bakal isteri aku yang masih belum diketahui siapakah gerangan beliau. Dia mungkin bukan kekasih pertama aku. Tapi yang pastinya dia adalah isteri pertama aku. Isteri terakhir tu belum pasti lagi. Heheh.. Aku nak couple lepas nikah setelah 3 tahun aku memegang status single tegar.

#SadMomentWhen ur ex is getting married but u r still single...

SZ : Single sebelum nikah is super seronok. Tapi, couple selepas nikah is super duper seronok.