Pages

Monday, March 5, 2012

Bukan Lintah Gergasi.. Tapi Ular Karung Guni..


Sekarang ni tengah hot tersebar gambar 'lintah gergasi' di atas yang dikatakan ditemui ketika banjir di Perak. Biar betul tu lintah? Gedabak besar macam ular. Nak cakap gambar photoshop, memang nampak real. Ini kalau betul wujud, mungkin ramai pesawah pencen awal sebab takut mati kena hisap darah. Maka seluruh umat manusia terpaksa makan maggi setiap hari disebabkan proses pengeluaran beras terbantut. Ini tidak boleh dibiarkan. Maka aku pun cuba buat research demi menegakkan kebenaran.

Adakah lintah boleh membesar sehingga saiz gedabak macam tu? Takkan lah tiada had tumbesaran? Berapa ratus tahun umur dia? Mungkin lintah yang dikacuk dengan ular sawa?

Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada website Industri Lintah. Lintah hanya boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asal. Tempoh matangnya pula ialah 4 hingga 6 bulan. Jika dilihat pada gambar di atas, entah berapa ratus kali ganda pun aku tak tahu.

Dan aku jumpa lagi gambar yang berkaitan dengan 'lintah gergasi' di atas. Ternyata itu bukanlah LINTAH GERGASI seperti yang digembar-gemburkan. Itu sebenarnya ialah seekor ular yang dipanggil Ular Karung Guni atau Ular Guni Buruk. Nama saintifiknya tidak diketahui.

Ular Karung Guni adalah spesis ular air tawar. Ular ini tidak berbahaya kerana tiada bisa, mata buta atau tiada mata. Tetapi boleh menggigit. Makanannya adalah ikan. Aku pun tak pasti fakta mengenai ular ni tepat atau tak. Sebab aku pun dapat dari blog kurakusakti. Siapa yang ada fakta lain pasal ular ni, bolehlah share.

Gambar di bawah adalah bukti yang haiwan itu adalah ular, bukannya lintah..




SZ : Terungkai sudah segala persoalan. Tudia la.. Suka sangat dok wat pala tau. Kesian ular tu. Kena fitnah jadi lintah. Jatuh kredebiliti beliau sebagai seekor ular yang baik hati. K, tak kelakar..

32 comments:

RHI said...

tadi ada terbaca juga dlm salah satu blog rakan...tapi kalau sekali tengok bentuk ia memang macam lintah kan? rupanya ular...

memang terkejut tadi tengok lintah sebesar itu..

Gigi Besi said...

Subhanallah , besar kot.

Tak sedap pun bila tengok ular ni ,

Niza Romli said...

mula2 percaya jgk walaupun heran sbb besaq gedabak sgt lintah tu tapi skrg...tidak lagi..hehe

fRaMe+LenSeS said...

hihihi. macam2 la. tatau wat pala. h

Syafiq Ahadin said...

dua binatang yang saya geli teramat.
ular dan biawaK!!!!!!

Hansyirah Takezur said...

pef.. macam anaconda. nasib xbahaya. besarnya mcm boleh telan sekor lembu.

Sya_Merpati Putih 88 said...

kesian kat ular tue..tak pasal2 di fitnah jadi linath..huhu..
moral of the story:- kena siasat dulu sebelum sebarkan sesuatu perkara..

~btw, saya memang tak suka ular n lintah..geli...huhuh..

Fasihah Supian said...

hahaha ini semua Facebook punya angkara. penyebaran maklumat yang kian meluas hingga boleh jadikan isnya keliru, sama ada ianya rhetorics semata atau fakta,,

Sunah Sakura said...

ok, tergelak gak baca yang last tu..ahahaha~

pestime tengok ular ni...huhuhu..

Ca Ezah said...

terkejut gak tima kuar gambar ni kat fb..gile besar..bape lama bertapa dalam air.hehe..rupanya ular daaa..thanks for sharing.. :)

Unknown said...

tengok dekat2 baru nampak ular..
lintah ada ka batik2 kat perut dia??tak dak kan??

Jue Nara said...

ok siyes sy skip gambo tu haha.. takut..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

"Terungkai sudah segala persoalan. Tudia la.. Suka sangat dok wat pala tau. Kesian ular tu. Kena fitnah jadi lintah. Jatuh kredebiliti beliau sebagai seekor ular yang baik hati"

ok ayat ni tak leh blah....senak perut gelak hahaha

AnakPakZohar said...

tu diaa.. bila sz dah jadik detektif menyiasat2 nieh. hehehee..

#baru tau ade ular spesis tuh. huhu

Anum said...

besarnya ..
geli anum tgk :(

blog-tips-kurus said...

macam mane bole lekat nickname guni buruk tu yek...?? (".)

ika~~ said...

found it on 9gag baru2 ni..
mmg seram je tgk
*nothing to do here*
haha

naqib faiz said...

tak kira la ular karung guni ke, guni buruk ke, lintah ke, yang pasti kalau aku jumpa konfem aku cabuttt

Kakzakie Purvit said...

Ular tu buta tak ada mata. Maha berkuasa Allah dan berkehendak. Begitu pun boleh membesar kan...

Sharif said...

Tahniah kepada penulis blog! Geram jugak bila masyarakat panik tak tentu hala pasal hal ni. Dan kamu pulak membetulkan keadaan. Itu adalah Elephant trunk snake - Acrochordus javanicus.
Kegemaran dia memang ikan dan ia kerap berada dalam air...

http://sharifabdrahman.blogspot.com/2012/01/painful-truth-about-herping.html

Sharif said...

Tahniah kepada penulis blog. Penat saya nak menerangkan hal ni pada org ramai yg itu bukan lintah. Itu ialah Elephant trunk snake - Acrochordus javanicus. Sebahagian besar dari masanya berada dalam air dan ia gemar makan ikan...

http://sharifabdrahman.blogspot.com/2012/01/painful-truth-about-herping.html

hana said...

ahaha
abes la sume suku sakat ular tergugat..
ular di kenali lintah..
hahaha

Jejaka Terhangat said...

mystery solved. tahniah detektif Solihin Zubir yang berjaya merungkai persoalan yg bermain di fikiran pelbagai pihak.. mana yg tak nak pikir. tu yg main share je. haha, adehh..

Hazwan said...

ok jgk kalau lintah saiz besar cmtu..xde la dia nk merayap masuk dlm badan org hihihi


dari http://kalampatah.blogspot.com/

AzianKhalil said...

sempat lagi buat lawak..haha

naza harun3 said...

hehe.. gud info.. xpenah tau..

naza harun3 said...

info yg menarik.. tqvm

Unknown said...

huwaa ! takjub dengan kuasa Allah. cipta ular yg bentuk macam lintah . heheh.

Syat0za Zai said...

hahaha, ayat last tu lawak.. xD

Anonymous said...

hehe..t'kejut jugak..x kn LINTAH sebesaq 2..pergh..klo lintah besaq nih..gigit org habis darah ceq..=)

✿ Cik AN ✿ said...

Huhu, barulah tahu pasal ni.
Pelik juga kalau lintah boleh membesar sampai camtu sekali, entah darah apa yang dia hisap.

zul hassan said...

kalau lintah besaq tu dah lama tok wan aku pencaen dari wat bendang (sawah)