Pages

Friday, October 28, 2011

Kau Bersalam Denganku Bagai Mahu Tak Mahu

Tapak tanganmu umpama kulit ikan yang telah mati. Rasa genggamannya begitu longgar bagai mahu tak mahu bersalam denganku. Aku tidak merasa apa-apa aura apabila bersalam denganmu. Tangan kita bersentuh sesaat cuma. Apa yang kamu ingin berikan padaku melalui jabatan tanganmu. Cuba kamu fikirkan.

Wajahmu umpama keldai yang tidak tahu senyum. Ada ketika aku rasa bersalam dengan wajah serigala. Aku jadi keliru. Wajah-wajah yang aku ingin mesrai begitu kosong dan menghampakan. Kalau demikian, apa gunanya kamu bersusah-payah menyambut salamku. Dan mengapa aku bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keldaimu.

Pandangan matamu umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya sedangkan yang aku harapkan ialah renungan mesra yang meresap ke dalam hati. Kekadang kamu hanya menghulur tangan sedang mata dan wajahmu melilau ke arah lain. Sedarkah kamu bahawa aku sedang menggenggam erat tanganmu dengan renungan menjalin ukhwah.

Bukankah kita ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid? Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah? Mengapakah kita menjadi begitu kurang mengamalkan adab apabila bersalam? Sedangkan baru tadi kita sama-sama solat berjemaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa dalam mengakhiri detik kita berada di masjid ini, kita burukkan salam perpisahan kita sebagai saudara seagama, saudara sejemaah?

Aku tak mengharapkan dakapan erat dalam waktu bersalam yang singkat ini. Cukuplah seandainya kamu menggenggam erat tanganku, menatap wajahku dengan penuh kemesraan dan memberi sekuntum senyuman yang membawa erti besar kepadaku bahawa kamu menghargai jabatan tanganku dan menghargai kemesraan ukhwah daripadaku. Andaikata, itu bermaksud kamu tidak bersedia untuk hadiahkan kepadaku, usahlah kita saling menghulurkan tangan sehinggalah ilmu dan iman dapat mengajar kamu cara bersalam menurut Islam.

credit : dakwahkemaman


Adakah bersalaman itu perbuatan yang keji? Apabila berjabat tangan hendaklah bertentangan mata. Genggamlah tangan erat-erat sebagai tanda kemesraan. Namun janganlah pula sampai menyakitkan. Sangat tidak beradab sekiranya kita bersalaman dengan hanya hujung jari dan tidak memandang wajah seseorang itu.

SZ : Aku share ni sebab aku memang tak puas hati dengan orang yang bersalam macam nak tak nak ni. Lepas ni, bleh print n tampal kat board masjid.

Tuesday, October 18, 2011

Bobob Si Kucing Yang Pandai Mengurut Sudah Mati

Pada pukul 7.00 pagi bertarikh 17 Oktober 2011, seluruh dunia kucing gempar mendengar berita kematian Bobob. Mayat Bobob sudah terbujur kaku ketika ditemui. Punca kematian Bobob dipercayai akibat bergelut dengan seekor ular kapak berdasarkan kesan patukan di bahagian kepala dan bangkai ular di sebelah mayat beliau. Bobob mati di tempat kejadian.

mayat Bobob

Bobob merupakan seekor kucing jantan berwarna oren peliharaan keluarga aku. Bagi aku, Bobob adalah kucing yang istimewa. Bobob pandai mengurut. Bakat Bobob dalam bidang mengurut telah dikesan dan dicungkil oleh ayah aku. Jika mahu Bobob mengurut, baring saja di atas sofa. Kemudian seru nama Bobob sambil menepuk-nepuk paha, Bobob akan melompat naik ke atas badan. Bobob akan mula mengurut manja. Sayangnya aku tidak sempat merakam aksinya mengurut sebelum beliau menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.

Bobob juga sangat hiperaktif. Aksi lincahnya yang comel itu amat menghiburkan dan menggelikan hati. Bobob juga bijak dan tangkas memburu. Berpuluh ekor cicak dan burung sudah tumpas menjadi mangsanya andai aku terlewat menghidang friskies sebagai santapan beliau. Walaupun begitu, Bobob sangat takut dengan seekor lagi kucing jantan peliharaan kami, Nomey. Nomey pernah membaham leher Bobob hingga kelihatan seperti hilang separuh bahagian lehernya. Tapi Bobob sangat tabah dan kuat. Beliau melawan sakitnya itu dan kembali sihat seperti sediakala.

Nomey... Turut bersedih di atas kematian Bobob..

Kebiasaannya aku akan mengurung Bobob di dalam sangkar setiap kali sebelum aku tidur bagi mengelakkannya bergaduh dengan kucing jantan yang lain. Kadang-kadang aku memang sengaja ingin memberi kebebasan kepadanya kerana tidak ada makhluk yang suka dikurung. Tidak sangka kebebasan yang aku berikan semalam berakhir dengan tragedi. Aku menyesal. Tapi, apakan daya. Semuanya sudah tertulis sejak azali yang nyawa Bobob akan diragut oleh seekor ular. Aku redha.

Selepas ini, pasti aku akan merindui Bobob. Rindu melihat telatahnya. Rindu mengusap bulunya. Rindu memandikannya. Rindu merasakan tapak kakinya memijak-mijak mengurut dadaku. Sebentar tadi pun ketika aku mahu memberi Nomey makan, aku terbayang kelibat Bobob bergesel dan memanjat kaki aku sambil mengiau. Pemergian Bobob sangat dirasai. Tidak pernah aku merasa begitu sedih di atas kematian seekor kucing. Serius. Sangat sedih!

R.I.P Bobob! I LOVE U!

p/s : Maaf di atas penyalahgunaan tatabahasa yang tidak betul. Entry ini adalah hasil terjemahan bahasa kucing.

SZ : Botak Juvana pun nangis la weyh kucing dia mati..

Thursday, October 13, 2011

Kucing Buat Silap Mata

Salam A'laik... Boring? Tekanan? Stress? Mai sini kita rileks bersantai sambil makan popcorn tengok kucing buat silap mata.

1. Pilih salah satu kad di bawah. Tak payah klik. Cuma ingat dan simpan dalam otak korang saja.




2. Dah pilih? Ok, sekarang tengok kucing kat bawah ni selama 3 saat.




3. Yeah! Kucing tu dah ambik kad yang korang pilih. Hahaha...



Blur? Seram tak? Atau bertambah stress? Haha.. Macam mana kucing tu boleh pilih kad korang eh? Kalau nak tau, scroll balik ke atas. Pasti anda akan jumpa jawapannya. Itupun kalau anda seorang yang PEKA. Heheh...

p/s : idea asal Mat Salleh. Tapi diorang guna gambar anjing. Jadi, aku tukar gambar yang halal. Heheh..

SZ : Tengah pening.. Bertambah pening tengok mata kucing tu..

Wednesday, October 5, 2011

Betapa Kerdilnya Manusia Berbanding Planet dan Bintang

Adakalanya kita merasa terlalu bangga dan besar diri dengan kejayaan dan kehebatan kita di dunia ini. Hingga kita terlalu leka dan tidak sedar yang kita ini sebenarnya terlalu kerdil di dalam alam ciptaan Allah SWT ini. Mari kita renung seketika hakikat yang manusia ini tersangatlah kerdil jika hendak dibandingkan dengan ciptaan Allah SWT yang lain.

Cuba lihat rajah perbandingan saiz planet bumi di bawah :

Saiz bumi yang dibandingkan dengan beberapa planet lain.

Di antara lima planet ini iaitu Mars (Marikh), Venus (Zuhrah), Mercury (Utarid) dan Pluto, Earth (Bumi) adalah planet yang paling besar. Kemudian lihat perbandingan saiz Bumi dengan planet-planet yang lain dalam galaksi.

Perbandingan saiz planet-planet dalam galaksi

Amacam? Alangkah kecilnya bumi kita ni jika hendak dibandingkan dengan planet Jupiter (Musytari) dan planet Saturn (Zuhal). Lihat rajah ini pula..

Saiz Bumi dibandingkan dengan matahari

Eh.. Mana bumi? Harap-harap anda masih nampak di mana Bumi. Tetapi, matahari bukanlah bintang yang paling besar.

Perbandingan saiz matahari dengan Arcturus

Lihat betapa besarnya bintang Arcturus berbanding matahari! Bumi tidak dapat dilihat dalam skala perbandingan ini. Apatah lagi kita? Tapi Arcturus juga bukan bintang paling besar…

Saiz Acrturus dibandingkan dengan Antares

Pergh! Giler gedabak besar bintang Betelgeuse dan Antares ni. MasyaAllah! Ini baru bintang yang dapat dilihat oleh manusia melalui pengetahuan teknologi sekarang ini yang terbatas. Sudah tentu terdapat banyak lagi bintang atau makhluk lain yang mungkin lebih besar daripada ini.

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – Surah Al-Ghafir Ayat 57

Itu baru ciptaan Allah SWT. Kalau kita sudah mendapat gambaran betapa besarnya ciptaanNya di dalam rajah-rajah di atas, mengapa kita tidak boleh merasai kebesaran Yang Maha Penciptanya pula? Kenapa kita terlalu degil dan suka berdalih mencipta sejuta alasan bagi menghalalkan maksiat? Masih lagi hendak bongkak, besar diri dan loyar buruk dengan Allah SWT? Sedarlah! Kita hanya makhluk yang sangat sangat sangat kerdil!