Pages

Saturday, February 26, 2011

Doktor Pun Tak Pasti Apa Penyakit Aku?

Salam A'laik.. Bulan ini memang bulan berpenyakit untuk aku. Minggu lepas aku mengalami BENGKAK KELENJAR. Bengkak kelenjar dah ok dah. Tapi 2 hari lepas, aku mengalami bengkak buku lali di bahagian kaki kiri. Bengkak buku lali tu disebabkan luka akibat tergelincir terkena batu. Aku anggap tu hanya luka biasa. Luka tersebut terjadi Jumaat minggu lepas. Kiranya dah seminggu, tapi kelmarin baru start membengkak.

Petang semalam di bahagian bengkak tu, timbul kemerah-merahan. Kemerahan tersebut melarat hingga ke betis. Berbintik-bintik macam gigitan nyamuk. Otot betis dan paha aku pula terasa sengal. Nak berjalan pun sakit. Terhincut-hincut. Terasa kejang.

Tadi aku pergi check kat klinik. Doktor pun tak pasti apa sebenarnya penyakit tersebut. Nak kata denggi, kenapa bahagian kaki sahaja ada bintik merah? Nak kata jangkitan kuman akibat luka di buku lali, pun tak pasti sebab kaki kanan pun ada jugak bintik-bintik merah tu. Last sekali, doktor syak mungkin penyakit PURPURA. Tapi doktor tak sure. Doktor buat surat, besok kena pergi blood test kat hospital. Mudah-mudahan semua selamat dan dihindari penyakit berbahaya.

Anak panah menunjukkan luka di buku lali aku. Dah jadi kuping pun. Tapi, baru bengkak. Dan kemerahan + kebiruan..

SZ : Ada sesiapa tau tu penyakit apa?

Monday, February 21, 2011

Bengkak Kelenjar

Hari Jumaat lepas aku demam. Demam sekejap, lepas tu kebah balik. Cuma bahagian leher aku terasa sakit di bahagian bawah telinga. Nak telan air liur pun perit. Kadang-kadang kesakitan tu merebak hingga kepala. Berdenyut-denyut kepala hotak aku umpama orang kena migrain. Terasa bengkak dan keras di bahagian kelenjar. Simptom apakah ini? Aku mula risau sebab adik aku pernah dibedah akibat kanser thyroid pada tahun lepas. Kebarangkalian untuk aku turut kena tu ada.

Bangun pagi tadi, aku terasa kesejukan yang teramat sangat. Sehingga aku terpaksa berselimut menggunakan toto. Ya! Aku demam lagi. Kali ni aku ajak mak aku pergi poliklinik. Sambil nak check kenapa kelenjar di leher aku bengkak dan sakit.

Sampai di klinik, doktor pun menjalankan siasatan. Mula-mula, dia check telinga aku. Dia cakap telinga macam aku susah dapat penyakit. Haha.. Gurau kasar betul doktor tu. Mentang-mentang telinga aku capang. Lepas tu dia check bengkak di leher aku. Dia cakap itu cuma jangkitan kuman di bahagian kelenjar. Cis! Sejak bila aku makan kuman? Doktor tu pun bagi la 3 jenis ubat. Antibiotik, ubat tahan sakit dan surut bengkak. Yang bestnya semua ubat tu kaler hijau. Macam tau-tau plak aku suka hijau. Heheh..

Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit. Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu.

bahagian kelenjar aku yang bengkak adalah di dalam bulatan tersebut

SZ : Harap-harap tu hanya sakit biasa. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Kepala aku pening! Nak sambung tidoq. Maaf.. Harap anda memahami. Salam A'laik..

Sunday, February 20, 2011

Kelebihan Isteri Kurang Cantik

Salam A'laik.. Ini ada sedikit info mengenai kelebihan beristeri kurang cantik (ayat sopan gitu..) Bukan bertujuan menyinggung perasaan wanita di luar sana. Tapi memberikan semangat kepada wanita bahawa kecantikan itu tidak menjamin sesuatu hubungan..

Isteri anda kurang cantik? Atau dalam bahasa kurang ajar, HODOH? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Malah, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya kerana terlalu cantik.

Lihat sajalah artis-artis wanita di Malaysia yang cantik dan cun melecun, tapi bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang. Apa lagi yang kurang dari artis-artis tersebut? Mungkin kurang didikan agama je. Heheh..

*****************************

Inilah beberapa kelebihan mempunyai isteri yang kurang cantik: 

KOS RENDAH
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya. Pakai bedak yang biasa-biasa saja. Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SELAMAT
Risiko wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor henpon, e-mail, facebook, dan sebagainya. Err.. Blog?

RAJIN BEKERJA 
Wanita cantik risau kulitnya hitam terbakar, terkena cahaya matahari, tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi. Isteri yang kurang cantik pula tidak segan-segan bekerja keras. Semua kerja rumah, housekeeping, biasanya diuruskan dengan baik. Tapi memang malang kalau ada isteri yang dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, tapi suka melawan pulak. Haish!

LEBIH TAAT 
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakan isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”. Queen control! Mereka rasa mereka hebat dan tidak layak dipimpin. Bajet bagus! Upss..

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang kurang cantik selalunya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah. Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana mereka tidak perlu risau sebab berderet kumbang kaya yang menunggu di luar sekiranya talak dijatuhkan.

*****************************

Walau apa jua, suami pun penting juga. Jangan ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit macam orang mengandung tapi tak beranak-beranak. Heheh.. Serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri yang kurang cantik berubah kepada isteri yang cantik. Biar cantik di mata suami dah la.

Err.. Ada bantahan? Kak Diana? Ada nak wat entry balas? Kelebihan Suami Tak Hensem? ;-p

Yo Soy Betty La Fea

SZ : Sesunguhnya kecantikkan sejati itu ada pada hati budi.

Saturday, February 19, 2011

Mimpi Dahaga dan Buang Air

Tiga hari berturut-turut kepala aku berdenyut-denyut. Semalam, kesakitan kepala aku semakin menjadi-jadi. Kesakitan yang maha dahsyat bagaikan migrain. Sehinggakan aku terfikir yang bukan-bukan. Adakah barah otak? Sampai macam tu sekali gambaran betapa sakitnya kepala aku semalam. Badan pula mula lemah dan terasa sejuk. Lepas solat maghrib, aku terus tidur berselimut bagi meredakan kesakitan.

Ketika tidur, aku bermimpi. Dalam mimpi tersebut aku berasa sangat haus. Pelbagai jenis air aku minum, tapi dahaga tersebut tidak juga hilang. Bermacam-macam kedai aku singgah untuk membeli air. Ada kedai yang kehabisan stok air. Ada minuman yang expired. Sehinggalah aku singgah 7eleven, duit aku tak cukup 20sen untuk membeli 100plus. Haus benar tekak aku pada masa tu.

Tiba-tiba, aku tersedar daripada mimpi tersebut. Rupa-rupanya aku memang terlalu dahaga pada waktu itu. Jam sudah pun menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku terus gagahkan diri yang lemah longlai pada masa tu untuk ke dapur bagi mendapatkan air. Dibantainya air sejuk walaupun tengah demam. Punyalah dahaga. Selepas minum bergelas-gelas air, aku solat Isyak sebelum sambung tidur. Mungkin mimpi tu nak suruh aku bangun solat Isyak kot. Hehe..


Sambung lagi cerita pasal mimpi. Aku pernah bermimpi yang perut aku memulas nak melepas. Bermacam-macam tandas aku masuk, tapi semuanya membuatkan hajatku terbantut. Masuk tandas ini, lubang tersumbat. Masuk tandas itu, ada orang tak 'flush'. Ada jugak pintu tandas yang terkopak membuatkan aku tak selesa, takut orang skodeng aku berak.

Rupa-rupanya itu semua dalam mimpi. Bila tersedar saja, aku terus melompat bangun ke jamban. Leganya dapat qada hajat. Bayangkan kalau dalam mimpi tu, aku jumpa tandas yang sangat selesa untuk melabur. Alamatnya berteraburla atas katil tu. Tak ke naya? Ahaha..


SZ : Walaupun mimpi tu mainan tidur, tapi kadang-kadang jangan buat main-main dengan mimpi ni. Heheh..

Tuesday, February 15, 2011

Atuk Kita Dapat Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M

Salam Maulidur Rasul 1432H /2011M. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Muhammad SAW. Ada yang pergi perarakan Maulidur Rasul tak pagi tadi? Aku mengadap TV1 je. Tengok siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Masjid kampung aku pulak buat perarakan dan majlis sambutan Maulidur Rasul tu pada hari Jumaat minggu depan, 25 Feb. Pihak masjid jemput Mufti Kedah datang bagi ceramah pada malam tersebut. Penceramah yang sama bagi ceramah kat Putrajaya tadi iaitu Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad. Masa aku belajar kat Kolej Universiti INSANIAH dulu, aku ambik Ijazah Usuluddin (separuh jalan). Datuk Syeikh Baderudin tu pernah jadi lecturer aku. Beliau belum diangkat jadi Mufti lagi pada masa tu. Seronok bila beliau mengajar.

Lepas dengar ceramah kat TV1 tadi, saat yang aku tunggu-tunggu pun tiba iaitu Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Kebangsaan. Nak tau jugak siapakah tokoh yang mendapat anugerah kali ini. Adakah ia akan menjadi kontroversi seperti Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah sebelum ni, yang menjadi milik Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Mantan Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, 64, diumumkan sebagai penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah antaranya sebuah kitab Tafsir Al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang diterbitkan oleh Jakim.

Enam lagi penerima anugerah turut diumumkan termasuk Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Soon Yen mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada PMR 2010. Beliau satu-satunya pelajar Cina yang mendapat gred 'A' dalam subjek Bahasa Arab (Komunikasi). Kepetahannya berbahasa Arab amat dikagumi. Mudah-mudahan dia akan diberi hidayah untuk memeluk Islam.

Salah seorang lagi tokoh yang sangat menarik perhatian aku tadi ialah 'atuk' kita. Siapa yang tidak kenal dengan 'atuk' kita yang selalu membuat pengumuman tarikh bermulanya puasa dan tarikh Hari Raya? Rasanya semua kenal dengan mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun. Beliau telah bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011 yang lalu setelah berkhidmat dengan jayanya selama 22 tahun.


Sesungguhnya beliau sangat mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dulu di saat kita semua menanti di depan TV menunggu debaran bermulanya puasa dan Hari Raya. Selepas ini, kelibatnya di kaca TV tidak akan lagi kelihatan. Siapakah agaknya yang bakal jadi 'atuk' kita yang baru nanti eh? Hehe..

Tahniah kepada semua tokoh yang berjaya mendapat anugerah tersebut.

SZ : Rindu kat arwah tok (nenek).. Al-Fatihah..

Sunday, February 6, 2011

Cara-cara Bunuh Diri Yang So Sweet...

Pernah tak hangpa rasa nak bunuh diri? Mai sini aku nak ajaq hangpa cara-cara nak bunuh diri yang paling so sweeeetttttttt.... Hangpa boleh pilih ikut suka hati hangpa cara-cara yang disenaraikan di bawah..

1. Ambil cotton bud dan hiris nadi anda hingga berdarah.
Amaran : Dilarang guna benda tajam.

2. Telan berpuluh-puluh biji nasi dengan dos yang berlebihan.
Amaran : Dilarang guna pil.

3. Kayuh basikal laju-laju terus langgar daun pokok.
Amaran : Dilarang naik motor langgar tembok.

4. Hentak kepala guna tauhu sampai pecah
Amaran : Dilarang guna batu.

5. Terjun daripada tingkat atas KLCC guna payung terjun.
Amaran : Dilarang terjun tanpa payung terjun.

6. Bakar badan dengan sinaran matahari.
Amaran : Dilarang menggunakan api.

7. Gantung diri kat dahan pokok bunga tahi ayam.
Amaran : Dilarang menggunakan dahan pokok yang melebihi ketinggian anda.

Ada lagi nak tambah?

Haish! Hangpa ni dah takdak kerja ka nak bunuh diri? Orang yang bodo dan takdak otak ja yang bunuh diri ni. Tak cium bau syurga beb. Walau sebesaq mana pun masalah hangpa, janganlah buat benda yang bodoh. Jangan pandai-pandai nak ambik nyawa sendiri. Nyawa tu hak Allah. Hanya Dia yang berhak menentukan ajal kita. Sedangkan Rasulullah sendiri pun enggan memandikan dan menyembahyangkan mayat orang mati bunuh diri. Betapa hendak menggambarkan begitu hinanya orang yang bunuh diri.

Masa pi mini ghatering bloggers utagha aritu, aku dengaq ada orang kampung dia bunuh diri dalam reban ayam pun ada? Adeyh.. Apa punya manusia la yang hina sampai camtu. Wat malu ja kat ayam-ayam tu. Daripada bunuh diri, lebih baik hangpa pi berjihad. Dapat jugak mati syahid. Takdakla mati sia-sia.

dilarang meniru aksi ini!


*dapat ilham buat entry ni daripada inbox handset aku..

Friday, February 4, 2011

Mini Gathering Bloggers Utagha Bersama Tiz Zaqyah

Salam a'laik.. Wahh.. Akhirnya aku berjaya jugak mendapat hidayah untuk join ghathering bloggers buat pertama kalinya. Walaupun cuma mini ghatering yang hanya di'join' oleh 8 orang bloggers dan seorang tetamu jemputan, Tiz Zaqyah, ia tetap meriah. Err.. Tiz Zaqyah? Yupp? Why? Ingat gathering Geng Blogger kat KL tu je ke boleh ada Heliza Helmi? Haha.. Kami pada mulanya jemput Rozita Che Wan. Tapi dia terpaksa cancel last minit sebab sakit perut.

Mula-mula aku sampai kat venue yang ditetapkan tu, aku terfikir adakah ada perubahan venue? Sebab Star Parade ditutup sempena raya cina. Suasana bandaraya Alor Star juga sunyi sepi macam kat planet pluto. WTFish! Ini membuktikan kaum cina menguasai bidang perniagaan. Adeyh.. Aku tanya pak guard, dia cakap hanya super bowl je bukak. Fuh.. Nasib baik. Aku pun naik lift, jumpa diorang kat cafe Super Bowl. Sahabat-sahabat bloggers yang aku tak pernah face to face dan cuma kenal dalam alam maya saja.

Lapan orang bloggers yang dimaksudkan tu sudah semestinya aku dan..

dari kiri : Anith Nabila, Anith Natasha, Nani, GKSB, Oshin, Hafiz dan ntahh.. tak kenal.. heheh.. (Shah Jiehan tiada dalam gambar kerana sudah berada dalam bas pulang ke perak)
Lokasi penggambaran : Restoran Selera Jelapang
Jurukamera : Seorang pak cik tak dikenali yang dipaksa oleh GKSB.

Aktiviti pertama yang kami buat ialah main bowling. Kali pertama dan terakhir aku main bowling ialah pada tahun 2006. Ini bermakna, petang semalam ialah kali kedua aku main bowling. Haha.. Sebab aku bukan seorang yang ghairah sangat dengan permainan berbayar ni. Heheh.. Walaupun tak terer, tapi semalam boleh dikatakan luck aku sebab berjaya menjadi pengumpul mata tertinggi mengalahkan GKSB dan Shah Jiehan yang jauh lebih berpengalaman. Haha..

Lepas main bowling, barulah sesi ice breaking dijalankan. Pergh! Dah main baru nak suai kenal? Hehehe.. Pastu konon pura-pura malu pulak masa sesi taaruf. Haha.. Tak sangka sebenarnya diorang semua ni sempoi dan awesome. Macam-macam gelagat la yang boleh dilihat. Lepas ice-breaking, kami bertolak plak ke Shahab Perdana untuk hantar Shah Jiehan yang tak sabar-sabar nak balik Perak. Then, kami sambung gosip-gosip kat Restoran Selera Jelapang pulak. Cuma aku agak ketinggalan sikit coz terpaksa menemani Tiz Zaqyah ke City Plaza dan menemannya pulang terlebih dahulu.

Kalau hangpa nak tau apa yang digosipkan, boleh la pi skodeng kat blog GKSB. Gambar-gambar pun banyak. Aku cuma cilok satu je gambar taruk kat entry ni. Heheh..

Upss.. Jap.. Siapa Tiz Zaqyah yang sebenar? Haha.. Dia bukan blogger. Dia cuma menemani aku. Kalau nak tau kenapa kami panggil dia Tiz Zaqyah (bukan nama sebenar), sila KLIK SINI! Dan kalau nak tau apa hubungan aku dengan Tiz Zaqyah, KLIK SINI!

Tiz Zaqyah (bukan nama sebenar),ketika aku teman dia kat Ct Plaza.
Sengaja aku upload gambar tanpa muka. Pandai-pandai la hangpa cari kat blog GKSB. Gambar dia ada terselit kat situ.

Sekian, tahniah kepada yang sudi memberikan komitmen dan berjaya memeriahkan Mini Ghatering yang simple but awesome! I loikeeee...! Nice to meet u all! =)

Sila ke blog GKSB untuk cerita yang lebih menarik dan gambar-gambar panas.. Heheh..  KLIK GKSB!

SZ : Aku sebenarnya pemalu.. Dats why kadang2 nampak serius.. Ahaha..

Tuesday, February 1, 2011

Mimpi Petunjuk Jodoh atau Hanya Kebetulan?

Semenjak dua menjak tiga menjak ni kan, aku selalu buat solat istikharah sebelum tidur. Mintak diberi petunjuk siapa sebenarnya jodoh aku. Yela.. Kadang-kadang sejauh mana pun kita suka pada seseorang tu, tapi Allah yang menentukan siapa sebenarnya jodoh kita walau sehebat mana pun kita merancang.

Malam kelmarin, aku ada mengalami sebuah mimpi yang agak panjang. Bukan mimpi basah ok! Dalam mimpi tu, seorang gadis dengan bersungguh-sungguh memujuk aku berkahwin dengannya. Gadis tu adalah seseorang yang aku sangat kenal. Dia adalah bekas cinta pandang pertama aku. Namanya Tiz Zaqyah (bukan nama sebenar). Aku masih berkawan dengan Tiz sampai sekarang walaupun kami dah berpisah lebih dari 5 tahun. Bila tersedar saja dari mimpi tersebut, aku pasang niat nak hantar sms untuk ceritakan pada Tiz mengenai mimpi yang aku alami. Aku nak sms dia waktu malam nanti sebab siang kurang sesuai.

Tiba-tiba semalam, belum sempat aku nak hantar sms kat Tiz, ada satu mesej masuk dalam inbox handset aku. Bila aku buka, aku tergamam bila nama Tiz Zaqyah yang terpapar. Dah lama jugak kami tak contact. Kalau contact pun, selalunya aku yang starting dulu. Jangan harap la dia nak starting kalau tak ada benda penting. Ini tiba-tiba ja dia hantar mesej. Memang pelik. Mimpi apa plak dia ni hantar mesej kat aku? Aku dah rasa lain macam. Takkan dia dapat mimpi yang sama?

Aku tanya dia, kenapa tiba-tiba sms aku? Ada hal apa? Dia cakap dia pun tak tahu. Dia cakap dari petang lagi dia rasa terdetik hati nak sms aku, tapi tak berani. Bila malam, dia kuatkan diri juga hantar sms kat aku sebab dia rasa macam ada something yang mendesak dia sms aku. Uik.. Kebetulan apakah ini? Takkan ni petunjuk hasil daripada solat istikharah aku tu kot? Takkan dia jodoh aku? Hahaha.. Agak impossible. Lagipun dia dah berpunya. Bila aku story kat dia pasal mimpi tu, dia pun terkejut. Aku cakap, mungkin hanya kebetulan. Teruskan berbahagia dengan pilihan hatinya. Dan kami terus ber'sms' bertanya khabar setelah agak lama tak contact.

Apa maksud semua ini? Sampai sekarang aku rasa pelik. Macam ada sesuatu plak berkaitan mimpi tu. Atau memang hanya kebetulan? Aku sedar aku bukan insan yang layak untuk mendapat petunjuk melalui mimpi. Haish! Musykil!

Err.. Ni serius ok. Bukan cerita rekaan.

Tiz Zaqyah (sekadar gambar hiasan)

SZ : Ya Allah.. Jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.