Pages

Sunday, June 26, 2011

Pentingkah Memilih Suami Berkelulusan Tinggi dan Setaraf Isteri?

Assalamualaikum wbt..

Hye aweks sekalian. Dah kahwin? Belum? Dan jumpa calon? Kalau belum jumpa calon, apa ciri-ciri utama calon suami anda? Mestikah seorang graduan IPTA berkelulusan tinggi daripada anda? Yang mempunyai Degree, Master atau Phd? Adakah seseorang yang hanya mempunyai sijil SPM tidak layak dijadikan suami?

Aku ada menjalankan survey di facebook berkenaan persoalan ini. Aku tuju entry ini kepada semua ibubapa dan semua orang yang berfikiran sempit menindas lelaki yang tidak sama taraf pendidikan dengan bakal isteri secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakangnya.

Ramai yang beri pendapat supaya memilih pasangan yang setaraf. Antara sebabnya, jika tidak mempunyai kelulusan tinggi, seseorang itu tidak akan mempunyai masa depan yang cerah sekaligus tidak mempunyai kerjaya yang kukuh. Tidak akan mampu menyara anak bini kelak. Tapi, berapa ramai yang boleh jamin, dia tidak akan menganggur selepas grad nanti? Berapa ramai yang boleh mendapat kerja tetap dengan gaji lumayan? Tidak pernahkah terfikir, orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi boleh menjadi usahawan dengan membuka syarikat sendiri sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada orang yang mempunyai kelulusan Phd? Siapa bos sekarang?

Adakah yang tidak berkelulusan tinggi tu, semuanya bodoh, malas, tidak berilmu dan berfikiran sempit? Tidak pernahkah terfikir, mungkin dia mempunyai sebab tertentu tidak dapat sambung belajar? Mungkin dia miskin. Mungkin juga dia tersalah pilih course atau channel. Mungkin dia terlalu mengutamakan kehendak ibubapa yang terlalu ingin melihat dia memilih jurusan yang bukan minatnya dan akhirnya dia terkandas kerana tak mampu nak carry on? Jadi dia memilih alternatif lain seperti memilih bidang kemahiran dan kursus jangka pendek?

Apa tujuan sebenar anda masuk IPT? Adakah menggenggam ijazah semata-mata mahu mendapat kerjaya yang bagus? Berapa ramai yang benar-benar ikhlas menuntut ilmu? Ramai yang study semata-mata kerana exam. Hafal tanpa faham maksud pun ada. Lepas exam, kita enjoy! Merdeka! Habis hilang ilmu di dada. Habis lenyap apa yang dihafal. Kelulusan tersebut hanyalah pengiktirafan bertulis. Kalau betul-betul nak menuntut ilmu, tepi jalan pun boleh. Tiada kelulusan dengan tiada ilmu adalah sangat berbeza. So, tak boleh sukahati cakap semua yang tiada kelulusan tu bebal!

Ada kelulusan tinggi tapi tiada akhlak, tiada agama, tiada budi bahasa, tak ada gunanya juga. Yakinkah yang bijak pandai dengan ilmu dunia itu juga arif dalam ilmu akhirat? Golongan artis dan menteri pun banyak yang tinggi education mereka. Tapi? Adakah mereka praktikkan dalam kehidupan harian? Kelulusan bukan satu kemestian dalam mencari erti kebahagiaan. Semuanya berbalik pada taqwa dan iman untnk melayari erti kehidupan. Tetapi mempunyai ciri-ciri seperti kelayakan tinggi dan ilmu dunia dan lebih-lebih lagi akhirat adalah satu bonus kepada seseorang. Letaknya kebahagiaan hendaklah ada Islam, Iman, Amal. Semuanya berbalik pada Allah.

Memang! Biasanya kalau isteri mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami, egonya lebih tinggi. Kepada lelaki, jangan terlalu merasa rendah diri dan hina jika anda tidak setaraf dengan bakal isteri anda. Kita juga berhak memilih siapa bakal isteri kita. Carilah wanita yang mudah menerima teguran yang benar, sebab salah satu tanggungjawab isteri adalah mentaati suami. Adalah hina bagi seorang isteri yang merendah-rendahkan suami sedangkan mereka harus menyenangkan suaminya.

Jadi, tolong jangan pandang rendah terhadap golongan yang tidak mempunyai kelulusan. Anda tidak layak menindas mereka secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakang mereka apatah lagi menghina.

Kenapa aku mudah terasa dengan orang macam tu?
Sebab Ayah aku juga seorang yang tidak mempunyai kelulusan atas sebab kemiskinan. Manakala Mak aku pula berkelulusan tinggi dari luar negara. Ayah aku pernah dihina kerana dikatakan tidak setaraf dengan Mak aku. Tapi sekarang, Ayah aku berjaya buktikan yang beliau boleh berjaya lebih daripada orang berkelulusan tinggi dengan usaha dan semangatnya serta sokongan Mak aku. Aku salute ayah aku! Sebab aku pun bukannya seorang yang mempunyai kelulusan tinggi sangat.

*Ada pendapat tambahan, boleh tinggalkan di ruang komen.

SZ : Sory.. Aktiviti blogwalking agak terhad sekarang. Lambat sampai tu, jangan marah.. =)

Saturday, June 25, 2011

Terapi Lubang Hidung

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya.

bahagian-bahagian hidung

1. Lubang hidung sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

2. Jika sakit kepala, cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

3. Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergilir-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasa segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas. Lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

4. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

5. Ketika bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

credit : dhilla nazli

SZ : Lobang hidongmu tetap menjadi pojaan hatikuuu...

Friday, June 17, 2011

Tips Menegur Lelaki Yang Suka Ponteng Solat Jumaat

Salam A'laik.. Hari ni Hari Jumaat. Semua kaum lelaki diwajibkan ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Tapi, mesti ada muka-muka yang kerap ponteng solat jumaat kan. Harrr.. Kepada kaum perempuan, ini ada tips yang hangpa boleh guna untuk tegur lelaki di sekeliling hangpa yang tak pergi sembahyang. Heheh..

1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

credit : Mr Kerro

Amacam kaum perempuan? Ada bran? Haha.. Jangan amek serius sangat. Sekadar suka-suka. Tapi kalau nak praktikkan, apa salahnya. Heheh..

Friday, June 10, 2011

10 Sebab Pekida Tak Perlu Saman Filem Kongsi dan KL Gangster!

Pekida mahu menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana didakwa mendedahkan perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka. Antaranya, dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci serta kod rahsia pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia. [klik mStar Online]

Apa komen anda?

1- Jika difikirkan secara logik, jika Pekida sendiri tak highlightkan bahawa ada unsur-unsur Pekida dalam tu, masyarakat takkan tahu. Jadi apa guna publisiti ini? Nak bagitahu bahawa Pekida ada benda-benda tu semua?

2- Nak saman kerana malukan orang melayu bila tunjuk unsur pergaduhan? Kenapa? Sebab terkena hidung sendiri?

3- Lebih baik saman filem-filem yang mempunyai unsur tahyul dan kelucahan melampau. Sesuai dengan motto perjuangan, "Amar Ma'aruf Nahi Mungkar".

4- Rasanya, kongsi gelap cina lagi banyak benda kalau diorang nak bangkitkan soal kata kunci dan kod rahsia ni. Tapi, kenapa diorang tak melatah?

5- Pekida sekarang bukan lagi satu gerakan rahsia macam dulu. Budak-budak pun dah tahu pasal buah-buah ni. Ini kerana ada ahli pekida sendiri yang membuka rahsia tersebut.

6- Kat facebook pun banyak ahli-ahlinya yang terlalu taksub menjadikan logo Pekida sebagai default pic. Dan ada yang upload gambar 'buka buah'. Macam mana tu?

7- Masa bai'ah, janji dan sumpah macam-macam. Taknak buat maksiat, taknak dedahkan rahsia pada orang bukan ahli. Tapi tetap jugak langgar sumpah. Buat maksiat, buka buah merata-rata. Taksub!

8- Sticker Pekida megah melekat di kereta dan motosikal. Tapi, ada segelintir ahlinya yang buat maksiat dalam kereta, merempit bawak bohsia. Lepas tu, banyak kereta yang parking dekat kelab-kelab malam. Apakah?

9- Me'rekrut' ahli baru secara membabi buta sekadar mahu meramaikan ahli. Itu punca sebenar nama Pekida sudah buruk. Kerana wujudnya budak-budak hingusan yang terlalu taksub dan berlagak gangster kononnya kabel besar.

10- Pekida ni memang bagus untuk keselamatan dan permuafakatan orang melayu supaya bersatu. Tapi ahli-ahlinya dah salahguna kuasa untuk ambil kesempatan cari makan, gaduh tak tentu pasal. Tak hairanlah kalau Pekida dilabel Gangster Melayu.

* Lihat lain-lain komen dan pendapat orang ramai.. [ KLIK SINI! ] Ataupun hangpa ada komen dan pendapat hangpa sendiri. Boleh kemukakan di ruangan komen blog ini.

ini logo Bob Marley.. tak ada kena mengena ngan Pekida.. Heheh..

Ok. Jangan saman aku plak. Heheh.. Itu adalah apa yang orang cakap dan apa yang aku nampak. Diakui, bukan semua ahli Pekida macam tu. Tapi, apa salahnya hangpa tarbiah adik-adik, abang-abang serta ayah-ayah hangpa supaya kembali ke landasan sebenar perjuangan pertubuhan. Lakukan post-mortem kenapa nama Pekida sudah busuk dan pejuangan Pekida dianggap sudah tidak relevan oleh kebanyakan orang.

Usah terlalu berlagak dengan pangkat yang ada di dunia ini. Walau sekuat mana kamu di muka bumi ini, orang-orang yang beruntung adalah orang yang bertaqwa.

SZ : Kalau betul-betul nak jadi gangster sangat, joinlah kongsi gelap Tiger Sapiens! KLIK SINI untuk pendaftaran! Hahaha...

Thursday, June 9, 2011

Gua Tiger Sapiens Punya Olang

Ini adalah pengalaman aku masa aku praktikal kat KL awal tahun lepas. Hampir kena pukul dengan Cina Kongsi Gelap. Waktu tu aku sangat terdesak nak pakai handset berkamera selepas handset aku hilang kena curi. Bagi aku, kamera itu penting sebab aku suka mengambil gambar. Nak beli DSLR tak mampu. Dapat sambar henset berkamera 3.2megapixel pun jadi la.. Kah Kah Kah..

Situasi kejadian adalah di Kota Raya, berhadapan dengan Petaling Street. Aku baru balik kerja dari KL Tower. Mintak member tolong hantar aku kat puduraya, nak naik bas balik rumah family angkat kat Jln Klang Lama. Sebelum tu, melilau dulu cari henset 2nd hand. Bajet dalam RM300 saja. Duit tu pun hasil tip yang aku dapat dari Mat Salleh kat KL Tower. Heheh..

Sedang khusyuk memilih handset, aku terpikat dengan handset berjenama Sony Ericsson K770i.. Ada kaler hitam dan purple. Aku berkenan dengan yang kaler hitam tu sebab nampak macho. Maka bermulalah sesi dialog antara aku dan Encik Cina kedai henset tu.

***************************

Aku : Allo kawan.. Ini handset berapa harga?
Encik Cina : RM360
Aku : Boleh kasi tengok dulu?
Encik Cina : Boleh. Tunggu kejap. (Sambil buka kunci almari kaca)

Aku pun belek henset tu, testing apa yang patut. Nampak macam ok. Nampak baru. Kesan calar langsung takde. Memang aku dah jatuh cinta la. So, bermulalah sesi tawar-menawar.

Aku : U kasi kurang sikit boleh? I bajet dalam RM300 saja maa.. (sambil buat muka kesian dan comel)
Encik Cina : RM 330 boleh la kasi jual sama U.

Aku terus memujuk rayu hingga akhirnya beliau bersetuju dengan harga yang aku minta tersebut. Lepas tu aku try test lagi sekali handset tu. Alamak! Vibrate tak berfungsi. Macammana boleh jadi macam ni? Kemudian Encik Cina suggest handset kaler purple tu plak kat aku. Dia punya cover kamera plak rosak. Arghhh...

Aku : Takpela.. I tak jadi angkat ini handset. I pergi survey dekat kedai lain pulak..
Encik Cina : Apa ni kawan? Lu cakap tadi mau angkat? (Sambil pegang tangan aku)
Aku : Barang rosak, takkan gua nak angkat?
Encik Cina : Lu dah buang masa gua la. Penat gua explain dekat lu tadi. Ini lu tak jadi angkat pulak? Lu jangan macam-macam kawan..

Aku tetap berkeras yang aku tak nak beli handset tu. Cina tu bertambah marah. Muka dia bengang, merah padam. Kalau pakai spek mata 3D tu, maybe boleh nampak asap keluar kat telinga dia. Tiba-tiba dia tanya aku...

Encik Cina : Lu mana punya olang?

Ahh.. Sudah.. Dia dah start pantun kongsi gelap pulak dah. Tapi aku still rileks n cool. Aku tanya dia balik..

Aku : Lu mana mari?
Encik Cina : Gua Tiger Sapiens punya olang! (muka berlagak)
Aku : Haha.. Tak pernah dengar pun.. (Aku cakap dalam hati.. Heheh..)

Tiba-tiba dia punya geng datang kerumun aku. Ada la dalam 5 orang. Aku dah cuak sikit. Mati kena pukul jugak aku kang. Dah la KL ni bukan tempat aku. Kabel pun tak cekang sangat. Haha.. (Bajet ada kabel) Aku pun cuba mencari jalan penyelesaian.

Aku : Ok.. Gua boleh angkat. Tapi lu kena repair dulu kasi cantik balik, baru gua angkat. Boleh?
Encik Cina : Ok, boleh.. boleh..

Beliau pun memulakan sesi me'repair'. Akhirnya siap. Aku pun setuju untuk menjalankan proses jual beli tersebut. Sambil tepuk-tepu bahu Encik Cina yang still muka merah padam tu, aku cakap 'Sorry' coz buat dia marah tadi. Dalam hati aku, "Nasib baik ni tempat lu".

Balik Kedah, aku tanya membe aku yang sememangnya taksub dengan gerakan kongsi gelap pasal 'Tiger Sapiens" ni. Dia cakap tak pernah dengar pun. Haha.. Sapa pernah dengar?

Handset purple tu aku masih pakai sampai sekarang. Dah banyak kali jatuh pun still 'sihat walafiat' beb! Heheh..

***************************



Moral : Masuk kandang kambing, mengembek.. Masuk kandang harimau, mengaum.. Heheh.. Jangan cari pasal kat tempat orang. Kalau hangpa nak beli apa saja barang kat Petaling Street tu, kalau boleh tengok dan tanya harga saja. Jangan lepas tawar-menawar, tiba-tiba hangpa cancel tak jadi beli. Memang lepas tu, dia pegang hangpa taknak lepas punyalah. Dia akan tetap paksa kita beli barang dia. Hampeh btoi!

Errr.. Hangpa ada pengalaman macam ni jugak tak?

p/s : Ini bukan entry racist.. Sekadar berkongsi pengalaman.. Melayu pun sama jugak sebenarnya..

SZ : Lu Abg Long ke.. Lu Ayahanda ke.. Lu Mail Lambung ke.. Mati jugak lu nanti! Tak payah nak langsi sangat. Malaikat Izrail lagi gangster la beb! No kompromi!