Pages

Tuesday, October 19, 2010

35 Jahitan di Leher Adikku

Akibat daripada pembedahan di lehernya, adikku telah menerima 35 jahitan.. Adikku kini dilaporkan semakin stabil. Sekarang dia dah boleh bercakap walaupun suaranya agak serak sedikit. Makan pun dah semakin berselera. Nak pergi tandas pun dah boleh jalan sendiri guna kerusi roda. Kalau tak sebelum ni perlukan pertolongan orang ramai coz wayar berselirat di badan. Wayar-wayar pun dah mula dicabut satu persatu. Dah tak serabut sangat dah.

Tadi aku call dia. Aku boleh dengar la keserakan suara dia. Aku tanya sakit lagi tak leher tu? Dia cakap dah tak sakit sangat dah. Jahitan di leher beliau pun mungkin dah boleh dibuka pada hari esok atau lusa. Hari Jumaat ni dia dah dibenarkan keluar dari wad HUSM, Kubang Kerian. Ayah dan Mak aku akan bawa dia pulang ke rumah kami di Kedah. Dia dapat cuti sebulan. Dan cuti sebulan tersebut akan berlanjutan hingga cuti sekolah. Maknanya adik aku akan terlepas pengajian dan peperiksaan di sekolahnya di Kelantan iaitu Maahad Tahfiz Al-Manar. Tinggallah kembar dia seorang diri kat sana.

Kat bawah ni ada 2 keping gambar adikku.. Gambar ni adik perempuan aku MMS kat aku. Korang boleh nampak kan kesan jahitan di leher dia akibat pembedahan tu. Nampak agak ngeri dan menyakitkan. Aku tengok pun nampak sakit. Apatah lagi tuan empunya badan.



Syukur Alhamdulillah pembedahan tersebut berjaya. Walaupun lehernya mungkin akan berparut kekal, tetapi nyawa lebih penting. Semoga dia semakin tabah dan cekal menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Terima Kasih lagi aku ucapkan pada yang sudi memberi perhatian dan berdoa. Syukran Jazilan.



SZ : Sebelum tu aku nak bertanya. Adakah parut pembedahan akan kekal? Ada tak petua ataupun cara untuk hilangkan parut? Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman ataupun petua untuk dikongsikan tak?

Saturday, October 16, 2010

Kenangan Cinta Monyet

Apa itu Cinta Monyet? Kisah percintaan antara 2 ekor monyet kah? Atau bercinta dengan monyet? huhu.. Cinta Monyet bermaksud cinta budak sekolah. Korang ada pengalaman cinta monyet tak? Aku ada satu kenangan cinta monyet yang aku pernah alami masa sekolah rendah dulu. Aku pernah suka kat seorang anak cikgu kat sekolah aku. Wahh.. Baru sekolah rendah dah gatal. Gedik kan aku. hehe.. Itulah kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan seumur hidup aku. Bila terkenang je, mesti aku tersenyum sorang-sorang cam orang gila. Memang indah dah melucukan bagi aku.

Tahun 1996, masa tu aku darjah 3. Aku ada 'admire' kat sorang budak pompuan darjah satu. Mestilah pompuan kan. Tak kan lelaki. Gua straight beb.. haha.. Nama dia Alya (bukan nama sebenar). Dia comel sangat-sangat. Aku jatuh cinta pandang pertama kat dia. Aku rasa dia ni lain. Tiap kali waktu rehat, mesti aku ushar dia dari jauh. Tengok dia main kejar-kejar ngan budak sekelas dia. Tapi bila aku tengok dia kejar-kejar ngan budak lelaki, timbul satu perasaan cemburu dalam hati aku. Memang aku rasa jeles tak hingat punya. Aku ni dahla pemalu. Memang tak la aku nak pegi ngorat. Memang aku simpan lam hati jela perasaan aku tu. Alya ni sekelas ngan adik perempuan aku. Kebetulan diorang ni kawan baik. Tiap-tiap hari, balik je dari sekolah aku mesti tanya adik aku pasal Alya.

Masa aku darjah 4, nak dijadikan cerita, suatu hari aku lalu la kat depan kelas adik aku ngan kawan aku pada waktu rehat. Masa tu aku dah tahap dua. Diorang tahap 1. So, waktu rehat dah tak sama. Sambil lalu aku ushar la ke dalam kelas adik aku tu. Tercari-cari si Alya tu. Maklum la.. Rindu kata kan.. hehe.. Balik sekolah je, adik aku cerita yang Alya ada cakap sesuatu pasal aku. Alya cakap kat adik aku, "Yang pakai songkok tu abang awak ka? Hensem la". Waktu tu aku jadi pustakawan. Pustakawan kena pakai songkok. Wah.. Bila aku dengar je adik aku bagitau camtu, terus suar aku koyak. Kembang tak terkira la katakan. Terus dalam hati ada taman. Berbunga-bunga indah.. haha.. Gatai..

Lepas tu, mula la aku syok sindri. Aku fikir mesti dia pun syok kat aku jugak. Dia memuji kehenseman aku tu maknanya dia dah bagi 'green light' la tu. Memang aku perasan tak hingat la time tu. Lepas tu aku mula yakin skit. Aku meneruskan perjuangan aku untuk memenangi hati dia. Masa tu, majalah 'Ana Muslim' agak popular kat sekolah aku dulu. Tiap-tiap bulan aku beli, tak pernah miss.. Bila beli, dapat percuma satu buku nota kecik. Aku koyak sikit buku nota tu, aku tulis surat kat dia. Surat cinta beb! haha.. Ala.. Aku tulis simple je.. "Alya.. Saya suka kat awak". Pastu lukis 'love' skit siap ada anak panah cucuk 'love' tu.. And then, suruh budak passing. Guna posmen karat. Bukan tak gentle ok.. Cuma nak nampak lbey romantik.. Chewahh.. Padahal aku malu sebenarnya.. Bila sampai surat tu kat tangan dia, dia datang bawak geng macam nak serang aku ja. Aku apa lagi.. Kecut perut la.. Terus lari sembunyi kat dalam toilet.. Balik rumah, adik aku story sebenarnya diorang datang ramai-ramai coz nak balas 'nota cinta' aku tu. Perghh.. Siap angkat geng.. Segan la aku.. Aku ingat dia nak sound aku coz kecik-kecik dah gatal. Rupanya dia pon suka aku.. Ahaha.. Indahnya waktu itu..

Bila dah 'declare', maka bermulalah bibit-bibit percintaan kami. Chewah.. haha.. Masa tu, kalau ada budak sekelas dia yang kacau or usik dia, memang siap la kena ngan aku. Satu bangunan aku kejar. Waktu tu memang aku geram sangat-sangat kat 2 orang budak laki dalam kelas dia. Aku ingat lagi nama diorang. Syazwan ngan Azuan. (Harr.. Yang dua nie nama sebenar.. ;-p) Diorang ni muka boleh tahan gak la market. Rapat jugak ngan Alya tu. Aku pun secara otomatik rasa tergugat la kan. Masa kelas fardhu ain petang, aku pegi sound budak 2 ekor tu. Masa petang berani la coz Alya tu tak amek kelas fardhu ain petang kat sekolah tu. So, aku bebas tunjuk power n bajet bagus. Haha.. Siyot je kan.. Alya ni jugak ada adik lelaki darjah 1 pada masa tu. Tiap kali sebelum balik, aku pegi jumpa adik dia, aku rasuah gula-gula 2, 3 bijik or duit seposen, aku suh dia kem salam kat akak dia. Sampai camtu sekali..

Masa hari sukan, kebetulan aku Rumah Biru, sama ngan Alya. Aku ada berpakat ngan kawan-kawan aku, kitorang lumba lari. Tapi aku rasuah diorang supaya aku menang. Bila menang mesti la Alya kagum ngan aku kan.. hehe.. Begitulah pemikiran budak-budak masa tu. Dan aku paling suka kalau kawan-kawan gurau-gurau cakap aku nak kawen ngan Alya. Siap baling-baling rumput lagi kat kami. Seolah-olah merenjis-enjis dipilis.. huhu.. Waktu hari sukan tu lah, 1st time aku borak face to face ngan Alya. Balik rumah, tidur tak lena. Terbayang-bayang ja muka dia. Tiap-tiap pagi aku datang awal ke sekolah semata-mata nak tengok dia.

Alya ni anak cikgu sekolah aku tu jugak. Tapi ibu dia tak pernah mengajar aku pun. Masa aku darjah 6, Alya darjah 4.. Alya terpaksa berpindah ke sekolah berhampiran rumah dia. Tapi mak dia still stay mengajar kat sekolah aku. Ada suatu hari, dekat nak raya. Masa tu dalam makmal Sains. Tiba-tiba Cikgu Jasmin panggil aku ke depan. Cikgu tu garang. Aku cuak la jugak kan. Aku ingat aku ada buat salah ke hape. Rupa-rupanya dia nak bagi kad raya kat aku. Kad tu Alya yang bagi. Dia bagi melalui ibu dia, Ibu dia bagi kat Cikgu Jasmin. Sejak daripada hari itu, kalau aku terserempak or terselisih ngan ibu dia kat sekolah, mesti aku mengelak. Kalau nampak dari jauh, cepat-cepat aku lari dan sembunyi coz aku segan. Yela.. Dalam palotak aku waktu tu, kompom si ibu tu marah kat aku coz kecik-kecik dah ada hati nak bercinta ngan anak dia. Padahal sebenarnya ibu dia sporting giler. Aku je yang takut n pikir negatif.

Sejak dia pindah sekolah tu, kami lost contact. Aku rindu sangat-sangat kat dia. Bila aku pergi sekolah, aku mesti terkenangkan memori dengan Alya. Walaupun dah masuk sekolah menengah, bila lalu je depan sekolah tu, aku terbayangkan wajahnya. Aku pernah jugak cuba jejak kasih dia. Cari dia. Tulis surat. Tapi no respon. Aku terbayang jugak macammana la rupa dia skang ni agaknya. Masa zaman aku layan Friendster dulu pun, aku ada try search nama dia. Tapi tak jumpa. Tiba zaman Facebook pun aku still search nama dia. Tak jumpa.

Sehinggalah 3 Mei 2010, aku ada ternampak dia punya FB kat page 'Alumni Sek Keb Pokok Sena'. Aku terus add! Waktu tu memang aku happy giler. Teruja! Excited tak hingat! Giler kau. Setelah 12tahun terpisah, akhirnya aku jumpa jugak insan yang paling aku 'wanted' selama ini. Perasaan frust kena tinggal ngan awek pon hilang bila aku jumpa FB Alya ni. Muka dia memang maintain cam zaman kanak-kanak dulu. Sejak daripada hari tu, kami chat di FB, YM dan aku pun ayat mintak nombor tipon dia. Mula-mula dia jual mahal. Tapi last-last dia sendiri yang contact aku bila aku bagi nombor kat dia.

Sekarang kami sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak. Ok, yang tu tipu.. ;-p




SZ : Adakah Cinta Monyet akan bertukar menjadi Cinta Gorilla? Adakah ia sesuatu yang mustahil? Tentu unik kan seandainya itu berlaku. 1 dalam 1000..

Friday, October 15, 2010

Adikku Memberontak Tak Kenal Mak Ayah

Pagi tadi adikku dah sedar. Tapi bila dia sedar, dia memberontak. Dia tendang sana, tendang sini. Dia tak kenal orang disekeliling termasuk Mak dan Ayah aku. Dia terkejut melihat wayar-wayar berserabut di badan dan mahu mencabutnya. Mungkin apabila bius habis, dia terasa sangat sakit disebabkan banyak luka di bahagian dalam lehernya ketika pembedahan. Doktor terpaksa menyuntik ubat tidur bagi menenangkannya. Sekarang dia masih ditahan di ICU. Walaubagaimanapun, tekanan jantung dan darahnya dilaporkan stabil.

Aku sekarang berada di rumah kami di Kedah. Aku tiada di sisi adikku ketika ini. So, aku tak dapat berikan gambaran jelas mengenai keadaan adikku sekarang. Aku hanya mendapat gambaran melalui ibuku di telefon. Adikku dibedah di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Bagi yang tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi, anda boleh rujuk 2 link di bawah.

-Doakan Pembedahan Adikku Berjalan Lancar
-Pembedahan Berjaya! Syukur Alhamdulillah..

Mohon jasa baik kalian semua untuk terus berdoa bersama-sama agar adikku itu sembuh serta pulih seperti sediakala dengan secepat mungkin. Amin Ya Rabbal Alamin....


SZ : Bila aku tengok gambar dia, aku jadi sebak sangat-sangat.. Tak dapat kubayangkan kalau aku tengok tubuh badan dia berselirat dengan wayar-wayar..

Thursday, October 14, 2010

Pembedahan Berjaya! Syukur Alhamdulillah...

Hampir 11 jam proses pembedahan tersebut berlangsung. Melebihi jangkaan 8 jam kerana keadaan agak kritikal dan banyak ketumbuhan kanser yang perlu dibuang. Alhamdulillah.. Pukul 9mlm sebentar tadi, pembedahan tersebut berakhir dengan selamat. Keadaan jantung adikku dilaporkan stabil. Tapi beliau masih belum sedar dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Terlalu banyak luka di bahagian lehernya. Dan dia akan dimasukkan ke ICU sehingga keadaan dia benar-benar stabil.

Hari ini hampir seharian aku membaca Yassin, solat hajat, berpuasa dan berdoa dengan penuh linangan air mata agar Allah mempermudahkan segala urusan agar pembedahan berakhir dengan selamat. Aku juga berdoa agar Allah menyembuhkan segala penyakit adikku dan memohon Allah memanjangkan umurnya. Sesungguhnya aku belum bersedia untuk kehilangannya kerana terlalu banyak dosa aku kepada adikku yang masih belum tertebus. Aku bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan untuk aku mencurahkan kasih sayang aku sebagai seorang abang kepada semua adik-adikku. Sebak di dada, hanya Allah yang tahu. Aku benar-benar berterima kasih dan bersyukur pada-Mu Ya Allah.. Alhamdulillah..

Tidak lupa juga kepada semua ahli keluarga serta sanak saudara yang lain yang turut sama berdoa. Kepada rakan-rakan di alam blog ini, ribuan terima kasih aku ucapkan kerana sudi memberi kata-kata semangat dan doa di dalam entry yang lepas. Juga kepada rakan-rakanku di Facebook yang tidak putus-putus berdoa. Ada juga rakan-rakan yang sanggup buat bacaan Yassin dan solat hajat. Aku benar-benar terharu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Syukran Jazilan.. Dengan berkat doa kalian juga, pembedahan ini berjaya. Syukur Alhamdulillah! Terima Kasih Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Selepas berakhirnya pembedahan ini, aku harap adikku akan cepat sembuh seperti sediakala kembali. Akan tetapi, satu lagi penyakitnya iaitu sakit tulang belakang, harus juga diberi perhatian. Penyakit itu juga mungkin memerlukan lagi satu pembedahan dalam jangkamasa 2 atau 3 tahun lagi. Ya Allah.. Banyak sungguh penyakit yang engkau berikan pada adikku itu. Aku memohon pada-Mu, engkau ringankanlah penderitaannya Ya Allah. Aku tidak terdaya lagi melihat kesakitan yang terpaksa disembunyikan di sebalik wajahnya yang tenang itu Ya Allah... Mudah-mudahan setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.. Aminnn...

adikku bertongkat ketika hari raya 2 tahun lepas disebabkan kecederaan di kaki ketika beriadah di pantai


SZ : Sayangi dan berilah perhatian kepada ahli keluarga anda sentiasa.. Jangan tunggu sehingga mereka jatuh sakit dan berada di hujung nyawa baru anda hendak gelabah..

Tuesday, October 12, 2010

Doakan Pembedahan Leher Adikku Berjalan Lancar!

Doktor dah mengesahkan yang adik aku ada Kanser Thyroid, Papillary Carcinoma. Kes ini jarang-jarang sekali berlaku terhadap budak yang sebaya dengan dia. Dia sekarang berumur 16 tahun. Sel thyroid tersebut sangat hiperaktif. Ada lebih daripada lima ketulan dikesan. Doktor suggest supaya pembedahan segera dijalankan secepat yang mungkin.. Its about major surgery, about 8-10 hours.. He has to be physically and mentally fit, strong and ready to be operated. After surgery, kena buat radiotheraphy to make sure semua sel kanser are destroyed completely.

13 Oct 2010, iaitu Rabu besok, adik aku akan ditahan di wad HUSM, Kelantan. Dia akan dibedah pada hari Khamis, 14 Oct 2010, pukul 9pagi. Mak dan Ayah aku baru saja bertolak ke Kelantan pada petang tadi. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah di Kedah ni. Aku harap supaya pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Diharapkan juga ketumbuhan itu berjaya dibuang sebelum ia membesar. Semoga beliau selamat dan dipanjangkan umur. Kami sekeluarga pun dah buat majlis bacaan Yassin serta Solat Hajat pada minggu lepas. Justeru, aku mohon juga jasa baik kalian untuk mendoakan beliau.


Adik yang aku maksudkan tu adalah adik aku yang ke-5.. Kembar kepada adik aku yang ke-4.. Aku pernah posted entry mengenai kembar tu sebelum nie.. Entry bertajuk Bagaikan Kembar Empat. Adik aku yang nie memang banyak penyakit. Aku kesian sangat-sangat kat dia sebenarnya. Sakit tulang belakang dia pun belum sembuh, dah dapat penyakit thyroid ni plak. Sebelum ni kena batu karang, tapi dah setel dah. Dia sakit tulang belakang sejak lahir. Tapi bila dia berumur 14 tahun, baru penyakit tu dapat dikesan coz tulang tu semakin membengkok bila dia semakin membesar. Satu disc tulang belakang dia tiada sejak lahir. Disc yang ke3 dari bawah. Sekarang ni dia terpaksa pakai bengkung. Pembedahan tulang belakang tak pasti lagi akan dijalankan atau tidak coz doktor nak tengok perkembangannya dalam tempoh dua tahun lagi. Kalo bedah, kena gantikan besi sebagai disk palsu untuk menyokong tulang belakangnya. Tu pun risiko jugak tu.
disk tulang belakang adalah yang berwarna biru tersebut


Adik aku tu memang aktif bersukan. Kadang-kadang dia terlampau aktif sampai tak hiraukan kesakitan dia tu. Kami sekeluarga plak yang jadi risau. Lagi satu, dia ni memang seorang yang rajin menolong. Kalau kat rumah tu, dialah orang yang pertama akan menyahut kalau mak aku mintak tolong kat dapur. Aku harap sangat-sangat semoga Allah makbulkan doa kami sekeluarga supaya pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat. Inilah risiko anak kembar. Salah seorang mungkin akan mengalami masalah kesihatan. Aku harap setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ya Allah.. Makbulkanlah doa hambamu ini Ya Allah..



SZ : Walaupun aku bukan seorang abang yang baik, tapi hakikatnya aku terlalu sayangkan semua adik-adik aku.. T_T

Saturday, October 9, 2010

Bagaikan Kembar Empat

Setelah aku lihat blog seorang ibu kepada anak kembar tiga, aku terfikir nak cerita pengalaman aku mempunyai adik 'kembar empat'.. Aku memang ada adik yang dilahirkan kembar. Tapi kembar dua je. Kenapa aku cakap kembar empat? Sebab adik aku yang lagi dua orang tu hampir sebaya ngan si kembar tu. Beza setahun je.

adikku si kembar dua
Adik kembar aku tu lahir tahun 1994. Adik yang bawah si kembar tu, lahir tahun 1995. Kalau pergi mana-mana, mesti orang ingat diorang kembar tiga coz saiz badan yang sama. Yang lahir tahun 1995 tu memang badan dia cepat membesar pada masa tu. Tambahan pulak mak aku suka beli baju yang sama kat diorang bertiga. Lagi la nampak macam kembar bila pakai baju sama. Kadang-kadang tu si adik taknak pakai baju yang sama macam abang kembar dia. Dia cakap malu.. haha..

adikku bagaikan kembar tiga


Tahun 1997, keluar pulak yang bongsu. Maka cukuplah kuota 4 anak kembar lelaki. hehe.. Bila diorang berempat dah makin membesar, kemana sahaja diorang pergi, orang akan ingat diorang kembar empat pula. Diorang berempat membesar sebagai satu geng. Apa sahaja yang diorang buat, akan dilakukan secara berempat.

cukup kuota 4 kembar lelaki


Susah tak nak jaga anak kembar? Har.. Tanyalah mana-mana ibu yang pernah melahirkan anak kembar. Anak kembar ni lain macam sikit karenah dia. Aku sebagai abang sulung kepada adik-adik 'kembar empat' aku tu pun pening kepala nak handle diorang. Punyalah nakal. Tambahan pulak diorang berempat satu kepala walaupun selalu bergaduh. Suara ni dah tak larat nak terpekik terlolong melarang dan menegur perilaku diorang. Bukti kenakalan diorang ada terpahat kat kepala masing-masing. Semua pernah berjahit di kepala. haha.. Tapi seronok sebenarnya melihat telatah budak-budak kembar ni..

Sekarang ni, masing-masing dah sekolah menengah. Si Kembar sekarang ni belajar kat Maahad Tahfiz kat Kelantan. Dah Tingkatan 4 dah. Adik kepada kembar plak sedang menghadapi PMR. Si Bongsu plak tingkatan 1. Walaupun berbeza umur, saiz badan kami semua hampir sama. Semua tinggi lampai. Baka kami pun tinggi. hehe.. Owh yaa.. Aku ada 7 beradik.. Semua hero.. Cuma seorang ja heroin.. Jenuh la ayah aku nak wat kenduri nanti. Ramai hero.. hehe..

Nak tengok Si Kembar Tiga yang original tak? Korang boleh lawat blog Mama Kembar 3... Bila aku tengok blog tu, aku teringat kat adik-adik aku. Yela.. Masing-masing dah berjauhan. Bila aku selak-selak album gambar yang lama, rasa sebak pun ada. Rindu masa dulu-dulu. Nostalgia.

har.. yg nie bukan adik aku.. nie la kembar tiga original tu.. suka gambar nie.. comel kan..

SZ : Teringin anak kembar? Aku ada gen anak kembar.. Nak? haha.. ;-p