Pages

Tuesday, October 19, 2010

35 Jahitan di Leher Adikku

Akibat daripada pembedahan di lehernya, adikku telah menerima 35 jahitan.. Adikku kini dilaporkan semakin stabil. Sekarang dia dah boleh bercakap walaupun suaranya agak serak sedikit. Makan pun dah semakin berselera. Nak pergi tandas pun dah boleh jalan sendiri guna kerusi roda. Kalau tak sebelum ni perlukan pertolongan orang ramai coz wayar berselirat di badan. Wayar-wayar pun dah mula dicabut satu persatu. Dah tak serabut sangat dah.

Tadi aku call dia. Aku boleh dengar la keserakan suara dia. Aku tanya sakit lagi tak leher tu? Dia cakap dah tak sakit sangat dah. Jahitan di leher beliau pun mungkin dah boleh dibuka pada hari esok atau lusa. Hari Jumaat ni dia dah dibenarkan keluar dari wad HUSM, Kubang Kerian. Ayah dan Mak aku akan bawa dia pulang ke rumah kami di Kedah. Dia dapat cuti sebulan. Dan cuti sebulan tersebut akan berlanjutan hingga cuti sekolah. Maknanya adik aku akan terlepas pengajian dan peperiksaan di sekolahnya di Kelantan iaitu Maahad Tahfiz Al-Manar. Tinggallah kembar dia seorang diri kat sana.

Kat bawah ni ada 2 keping gambar adikku.. Gambar ni adik perempuan aku MMS kat aku. Korang boleh nampak kan kesan jahitan di leher dia akibat pembedahan tu. Nampak agak ngeri dan menyakitkan. Aku tengok pun nampak sakit. Apatah lagi tuan empunya badan.



Syukur Alhamdulillah pembedahan tersebut berjaya. Walaupun lehernya mungkin akan berparut kekal, tetapi nyawa lebih penting. Semoga dia semakin tabah dan cekal menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Terima Kasih lagi aku ucapkan pada yang sudi memberi perhatian dan berdoa. Syukran Jazilan.



SZ : Sebelum tu aku nak bertanya. Adakah parut pembedahan akan kekal? Ada tak petua ataupun cara untuk hilangkan parut? Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman ataupun petua untuk dikongsikan tak?

31 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wani pon pernah operation di leher..parutnya ada lagi..cuma makin lama dah xberapa nampak..tp kalau tgk betoi2..ada ja kekal kat situ..huhu..neway semoga ur bro sehat ya..

Mashe said...

adik solihin ; semoga cepat sembuh....

Unknown said...

parut memang sukar nak sembuh,apatah lagi kalau ada jahitan,namun kita pernah dengar bio-oil macam minyak kat farmasi tu boleg hilangkan parut.kita pernah ada parut masa eksiden,macam luka lah kat kulit,3 tahun xilang parut tu,pas pakai ok,kulit dah baik.xmahal pon,murah jer

najwa said...

Guna Bio-oil,leh ilangkan parut tp xsure sesuai utk org yg baru pas bedah....tp take time la...

Solihin Zubir said...

bio-oil eh? ermm... tima kaseh di atas cadangan... akan sy usulkan pada bonda sy.. =)

Izamir Ridzwan said...

alhamdulillah selamat adik awak menjalani operation.. semoga dia cepat sembuh..

Izamir Ridzwan said...

kalau nak hilangkan parut, amalkan makan pati ikan haruan, sapu gamat gel.. insyaallah

phreak-id said...

Kenapa adik sampai kena operate tu?

>>My Latest Entry<<
Kisah Tisu

yott said...

baru lepas operate mmg mcm tu SZ..lama2 akn berkurangan..yup bole cuba bio-oil tp bkn skrg..tunggu sikit masa lg..utk lebih pasti elok tnya doktor yg rawat adik SZ..
alhamdulillah dah selesai operation dan dia pun dah makin pulih kan..

Unknown said...

aduhai..
nak menitis airmata tengok dia..!

faINa989 said...

alhamdulillah selamat..
pnah dgr org cakap sapu aloe vera @ lidah buaya..hehe...try cr petua kat google search..mst jumpa byk punyalah...

Kalamhati said...

hmm semoga dia cepat baik..sedih tgk kesan jahitan tu..biar luka tu sembuh btul dulu then baru cari petua hilangkan parut k..=)

Solihin Zubir said...

sy bukan pe.. kesian jugak kt dia.. takot parut tu m'jadi mimpi ngeri buat dia.. huhu...
btw, thanx semua...

NURUL NAZIRA said...

ade.. sy pun ade guna krim hilangkan parut tapi harga die agak mahal sket la sb die session utk baru lepas pembedahan.. tp kalau nak bole gak la belikan

Cik Su Life Cycle said...

aduih..tak sanggup nak tengok..sian dia...sakit nyer...

Miera Hassan said...

Alhamdulillah sume ok...kalau yg parut tu, insyaAllah akan hilang...yg penting nyawa

CIK TOM said...

semoga adik solihin cepat sembuh dan tabah menempuhi segala cabaran hidup..

kawan pernah accident teruk dia gunakan;
1) bio-oil...makan masa 3 bulan lebih baru nampak hasil..so jgn give up...
2) gn cream organic aid..pergi je farmasi confirm tahu..bagus untuk hilangkan parut jugak..

Solihin Zubir said...

tima kaseh di atas petua2 kalian sekalian.. :D

Anonymous said...

inshaAllah, Allah lindungi dia..May Allah ease =)

WAHIDA ALIAS said...

owg kate kalo nk hilang kn parot atau luke2 pas surgery ni mkn ikan haruan..

Dayang Deno said...

alhamdulillah selamat adik solihin..
semoga adik solihin kuat semangat dan cepat sihat!!
aminnn (^_^)

p/s :deno ngeri tengok byk jahitan, x sanggup tengok!!

LiFe KaMi said...

kesiannya.. semoga adik ko cepat sembuh dah pulih seperti biasa,,

anys-ann. said...

sakitnyeee tengok! yg tanggung tu apatah lagi kan kan. cakap kat ur bro, do take care of himself ye! semoga cepat sihat!

sarah-najwan said...

akak pom ada pglaman gini..hanya Allah yang tahu jika ada ahli keluarga kita terlibat...

insyaAllah dgn petua2 yg diberi..bole cepat sembuh dan parut boleh hilang..jgn lupa minum pati ikan haruan polleney untk sembuhkan luka2 dalaman..luka dlman tu penting utk disembuhkan..

nfatin said...

ya allah.. kesiannya..
semoga dia cpat sembuh..

nur said...

semoga cepat sembuh..
operate buang tiroid ke
ALL IN ONE

NNZ said...

ya ALLAH, ujian adik awk trlalu besar... syafakillah to adik...

nabByla said...

huhu kciannya..
smoga dia bek2 sajew pas nie.

suzie rahman said...

ksian nya adik solihin.tkt suzie tgk parut tu..elok mkn sup ikan harian utk sembuh cepat.utk ilg parut tu, try cri di CNI ubt netrimost.cm tu lh bunyi nya.

**hope cpt sembuh

Anonymous said...

salam,
baru berkesempatan ziarah kesini...terbaca n3 kisah adik yg baru menjalani pembedahan....semoga cepat semboh yer

::Misz sunsWeetz:: said...

alhamdullillah segala2nya bek...semoga adeq bro cepat sembuh..amin