Pages

Saturday, October 9, 2010

Bagaikan Kembar Empat

Setelah aku lihat blog seorang ibu kepada anak kembar tiga, aku terfikir nak cerita pengalaman aku mempunyai adik 'kembar empat'.. Aku memang ada adik yang dilahirkan kembar. Tapi kembar dua je. Kenapa aku cakap kembar empat? Sebab adik aku yang lagi dua orang tu hampir sebaya ngan si kembar tu. Beza setahun je.

adikku si kembar dua
Adik kembar aku tu lahir tahun 1994. Adik yang bawah si kembar tu, lahir tahun 1995. Kalau pergi mana-mana, mesti orang ingat diorang kembar tiga coz saiz badan yang sama. Yang lahir tahun 1995 tu memang badan dia cepat membesar pada masa tu. Tambahan pulak mak aku suka beli baju yang sama kat diorang bertiga. Lagi la nampak macam kembar bila pakai baju sama. Kadang-kadang tu si adik taknak pakai baju yang sama macam abang kembar dia. Dia cakap malu.. haha..

adikku bagaikan kembar tiga


Tahun 1997, keluar pulak yang bongsu. Maka cukuplah kuota 4 anak kembar lelaki. hehe.. Bila diorang berempat dah makin membesar, kemana sahaja diorang pergi, orang akan ingat diorang kembar empat pula. Diorang berempat membesar sebagai satu geng. Apa sahaja yang diorang buat, akan dilakukan secara berempat.

cukup kuota 4 kembar lelaki


Susah tak nak jaga anak kembar? Har.. Tanyalah mana-mana ibu yang pernah melahirkan anak kembar. Anak kembar ni lain macam sikit karenah dia. Aku sebagai abang sulung kepada adik-adik 'kembar empat' aku tu pun pening kepala nak handle diorang. Punyalah nakal. Tambahan pulak diorang berempat satu kepala walaupun selalu bergaduh. Suara ni dah tak larat nak terpekik terlolong melarang dan menegur perilaku diorang. Bukti kenakalan diorang ada terpahat kat kepala masing-masing. Semua pernah berjahit di kepala. haha.. Tapi seronok sebenarnya melihat telatah budak-budak kembar ni..

Sekarang ni, masing-masing dah sekolah menengah. Si Kembar sekarang ni belajar kat Maahad Tahfiz kat Kelantan. Dah Tingkatan 4 dah. Adik kepada kembar plak sedang menghadapi PMR. Si Bongsu plak tingkatan 1. Walaupun berbeza umur, saiz badan kami semua hampir sama. Semua tinggi lampai. Baka kami pun tinggi. hehe.. Owh yaa.. Aku ada 7 beradik.. Semua hero.. Cuma seorang ja heroin.. Jenuh la ayah aku nak wat kenduri nanti. Ramai hero.. hehe..

Nak tengok Si Kembar Tiga yang original tak? Korang boleh lawat blog Mama Kembar 3... Bila aku tengok blog tu, aku teringat kat adik-adik aku. Yela.. Masing-masing dah berjauhan. Bila aku selak-selak album gambar yang lama, rasa sebak pun ada. Rindu masa dulu-dulu. Nostalgia.

har.. yg nie bukan adik aku.. nie la kembar tiga original tu.. suka gambar nie.. comel kan..

SZ : Teringin anak kembar? Aku ada gen anak kembar.. Nak? haha.. ;-p

26 comments:

Unknown said...

sepupu akak lak kembar dua
tapi laki denan pom puan..

eh!kamu anak sulung ye..
pandai masak la ye??

Solihin Zubir said...

ofcoz lah anak sulung pandai masak.. ahahaha.. ;-p

Miera Hassan said...

haha...yg ayt last tu...hmmmm.....hihi

Solihin Zubir said...

kenapa ngan ayat last? haha.. ;-p

Miera Hassan said...

ntah..ntah..kih3

Kalamhati said...

hehe bestnyee adik badik kembar ramai..

yott said...

haha..siap offer lg tu..
dpt kembar boy dgn girl lg best kan

paradokshati said...

wah.best adik beradik ramai-ramai sy 4. tu pun dh besar-besar.

sarah-najwan said...

kembar ni katanya ikut keturunan..keturunan akak xde kembar..tapi mcm teringin kn..xpelah..ckup dah anak akak 4 org tu...

mrnoble said...

ramainya adik beradik ko. mesti meriah :D

Cik Su Life Cycle said...

eeee..coomel nyeee...geram tengok...

Everlasting Eternity said...

ceh...dan lg promote diri 2??
ahahaha~ =P

kmi br3 pompuan pon ibarat kmbar apa?
suma sma bsaq ja..huu~ =B
nk jgak...haha~

Solihin Zubir said...

ahahaha... biasalah.. mesti mau promot punya.. ;-p

Everlasting Eternity said...

ceh...tp msykil..
hg leh dpat gen kmbar ka??
hg bkan kmbar pon...
hahaha~ =P

Hajar said...

bestnya ada gen kembar..

Solihin Zubir said...

ada rezeki kembar, ada la.. hehee..

mamakembar3 said...

comelnya gambar adik adik kamu tuh..mmg nampak cam kembar la esp yg bertiga pakai baju melayu tu. terror la your parents jaga anak ramai heroes nih. And mmg betul, bebudak same age nih gaduh gaduh juga, tp sekepala & when they put their heads together, mmg fenin! hehehe.. btw, thanks sudi tulis bout blog mama :-)

Iryani Noor said...

memang agak susah nk jaga anak kembar nih.. terkejer2... tp bile derang jln in pair nampak chomell jer =p..

NNZ said...

hey sy pn kembar tp x seiras..n adik laki sy 13 bulan muda dr sy..sy n kembr lahir 1991, adk laki 1992.. mak sy tpkse hired 2 org maids sbb nk jge sy n kembr.... ((:

Solihin Zubir said...

yeke yaya kembar jugak? mesti besh kan dpt jd kembar.. hehe..

NNZ said...

hahahah.. bes? jjurnya x..kembr x seiras jd bnyk benda x ngam...asyik gadoh je dgn dy...mak sy pn xtaw da nk wat cmne...

Rizzuan Shah said...

mesti susah nak jaga ank kembar kan bro?.. abg sy dpt ank kembar 2 pun dh jenuh nak jaga. kesian kak ipar sy. cz sikembar tu sorang berjaga malam, sorang lagi berjaga siang. so, si emak ngn ayh terpaksa berjaga siang n malam la. tapi bila kembar tu dh besar, seronok la plak. cz nk jage pn xsusah dah. =)

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

faINa989 said...

ehem, promote gen kembar nampak..=p

suzie rahman said...

hihi suke nya kembar.suzie pon salu tgk anak2 mamakembar ni.cute sgt kn.

Anonymous said...

wa~ nk jugak ank kembaq!!
=p

FaTiRaH said...

1st time baca blog ni:)
chumey sgt pic kembar 3 tu^_^
link blog mama dia mana eh?
tq^_^