Pages

Thursday, November 24, 2011

Jom Kita Langgar Lampu Isyarat

Semua orang tahu apa tujuan lampu isyarat dicipta. Bayangkan kehidupan tanpa lampu isyarat. Dengan berjuta kenderaan di jalanraya, pasti jalan raya akan kucar-kacir. Para pemandu akan mementingkan diri sendiri. Tiada lagi tolak ansur untuk memberi laluan kepada pengguna lain. Masing-masing berebut dan saling memotong. Risiko berlakunya kemalangan juga meningkat. Sedangkan dengan adanya lampu isyarat pun masih berlaku kemalangan. Juga masih ada pemandu yang ingkar tidak mahu mematuhinya.

Tahukah anda? Dengan menggunakan analogi lampu isyarat juga dapat mengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Bagaimana?

1.Orang yang selalu langgar lampu merah tidak kira masa dan waktu.
Ini ibarat orang yang lemah imannya serta tidak bertakwa. Dia mengaku kewujudan lampu isyarat tersebut tapi tidak mahu mematuhinya.

2. Orang yang kadang-kadang sahaja melanggar lampu merah terutama jika tiada orang.
Ini diibaratkan sebagai orang beriman dan bertakwa. Tapi takwanya itu bukannya benar-benar kukuh. Adakalanya dia masih terpengaruh dengan keadaan sekeliling untuk melanggar undang-undang tersebut.

3. Orang yang tidak pernah langsung melanggar lampu merah walau di malam hari di jalan yang sunyi.
Ini ibarat orang yang betul-betul beriman dan bertakwa. Mereka inilah yang cerdik akalnya, yang percaya jika dilanggar lampu merah tersebut, mungkin ada kesan sampingan yang akan berlaku. Jadi mereka tetap patuh tidak akan melanggarnya walaupun tiada orang lain yang nampak.

Setiap undang-undang yang dicipta pasti ada tujuan, samada untuk mencegah, mengatur ataupun menghukum si pelaku demi kebaikan bersama. Jika semua pemandu dapat mematuhi lampu isyarat, jalan raya yang kucar-kacir serta sesak dapat dikawal. Kadar kemalangan yang tinggi juga dapat dikurangkan. Selain dapat memupuk sifat tolak ansur dan kesabaran yang tinggi.

Lampu isyarat adalah sistem ciptaan manusia. Undang-undang Islam yang termaktub dalam Al-Quran itu pula adalah ciptaan Allah. Lampu isyarat digunakan semasa memandu sahaja. Tetapi undang-undang Islam merangkumi setiap aspek kehidupan. Jika anda percaya bahawa lampu isyarat itu dapat menyelesaikan masalah lalu-lintas. Anda wajib percaya bahawa undang-undang Allah itulah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah jenayah yang semakin meruncing ketika ini.

Sekarang kita cuba uji minda. Hari-hari anda berhadapan dengan lampu isyarat kan? Jadi, sila pilih yang mana satu urutan sebenar warna lampu isyarat?


Aik.. Fikir panjang nampak? Ceh! Hari-hari tengok pun terkial-kial nak jawab? Semalam aku ada tanya kat Twitter, kenapa lampu isyarat warna hijau, merah dan kuning? Kenapa merah berhenti, hijau jalan? Semua jawapan merapu. Aku lagi la tak tahu.

Dalam kita tidak tahu menahu asal usul lampu isyarat pun, kita masih ber'iman' dengan lampu isyarat tu kan. Kita lebih patuh dengan undang-undang manusia berbanding undang-undang Allah. LEBIH BAIK KITA LANGGAR SAJA LAMPU ISYARAT TU!

SZ : Mohon jangan lurus bendul ye... =)

Wednesday, November 9, 2011

Blogger Datang Beraya : Telatah Maisara Menghiburkan

Tetamu istimewa aku Hari Raya Kedua yang lepas adalah seorang blogger. Seorang insan yang aku tak pernah langsung bersua muka. Hanya kenal melalui blog. Tiba-tiba sebelum raya, beliau inbox aku di facebook, mintak no phone. Dia cakap nak datang beraya rumah aku. Wah. Biar betul. Teruja la jugak. Siapakah dia?

Beliau antara blogger terawal follow blog aku ni. Waktu tu blog aku baru ada belasan followers kalau tak silap. Dia merupakan pengunjung dan pengomen tetap blog aku dari dulu sampai sekarang. Thats why aku sayang dia. Err.. Maksud aku sayang sebagai seorang kakak je ok. Beliau dah berkahwin dan ada seorang anak. Anak dia popular beb. Nama anak dia, Maisara. Heheh.. Mesti dah boleh agak siapa kan? Siapa lagi kalau bukan Kak Diana.

Terima kasih kepada Kak Diana, Abg Lan (suami beliau) dan Maisara sebab sudi datang beraya ke rumah saya sekaligus menjadi blogger pertama yang datang ke rumah aku. Rumah Kak Diana kat P.Pinang. Raya ni diorang balik beraya kat kampung suaminya di Pendang. Pendang dengan Pokok Sena tak lah jauh sangat. Dah tau rumah saya, kenduri kahwin nanti wajib datang lah ye. Hahaha.. Doa-doalah bagi cepat jumpa jodoh.

Pertama kali bertentang mata dengan Kak Diana dan Abang Lan, rasa segan pulak aku. Diorang pun nampak sopan and malu-malu pun ada. Makan pun penuh adab dan tatasusila bagai pengantin baru. Walaupun Kak Diana kadang-kadang agak lantang di blog. Hehe.. Suara Maisara pun tidak kedengaran pada mulanya walaupun kononnya agak banyak cakap seperti yang sering diceritakan dalam blog Kak Diana. Aku memang teringin sangat nak tengok gelagat Maisara secara live.

Tapi, lepas Maisara dah mula dapat rentak, ternyata memang sebijik perangai Maisara macam yang Kak Diana selalu story tu. Memang kelakar sangat-sangat melihat telatah dia. Dia jenis yang mudah berkawan dan cepat mesra bila jumpa dengan rakan sebaya dia. Rumah aku bising dengan suara Maisara je hari tu. Dengan aksi-aksi selamba dan tutur kata yang memang kelakar lah kalau kita dengar ayat dia. Hehe.. Seronok sangat dapat ketawa tengok karenah dia. Comel je dengan dahi luas dia tu. Rasa macam nak pinjam buat anak angkat je. Untung Kak Diana. Mesti tak pernah kesunyian bila kat rumah.

Maisara main bola kat dalam rumah aku..

Rasanya tak banyak aku nak tulis sebab semua Kak Diana dah story dalam entry dia. Hangpa semua boleh terjah la blog dia japgi. Terutamanya kalau nak tau menu special turun temurun family aku yang mungkin jarang didapati di mana-mana sekarang. Google pun takkan jumpa. Hehe.. Boleh klik link di bawah :

-Untung Sapa Jadi Bini Solihin (Abg Lan Cakap)
-Maisara Cakap Solihin Hensem
-Resepi Rahsia Turun Temurun

Ceh! Tajuk entry bukan main kan. Kembang semangkuk aku dibuatnya. Haha.. Aku saja ubah. Gurau-gurau saja. Aku bukannya jenis perasan sangat. Heheh.. Kak Diana, sikit-sikit dahla puji saya ok. Kang makin bertambah pulak haters saya. ;-p

SZ : Gambar intim aku bersama Maisara tidak dapat dipamerkan atas sebab-sebab keselamatan. Haha.. Padahal aku segan. Pemalu la katakan. LOL