Pages

Thursday, December 29, 2011

Domain SolihinZubir.com Telah Dicuri Gara-gara Company Bangkrap

Assalamualaikum wbt...

Minta maaf kepada yang cuba masuk ke blog aku semalam, tapi tak dapat. Sebab domain aku expired. Bila aku dah submit ticket untuk renew semalam, admin maklumkan kat aku yang domain SolihinZubir.com telah disebat orang. Jadi aku terpaksa bertukar kembali ke blogspot dengan menggunakan domain szdotcom.blogspot.com buat sementara waktu bagi memastikan blog aku masih boleh dilawati mereka-mereka yang sudi.

Bila korang google, tetap akan naik nama blog aku serta tajuk-tajuk entry yang ada dalam blog aku tu. Tapi, bila korang klik, akan keluar paparan lain. Ataupun kalau korang klik mana-mana entry yang aku ping di facebook, tetap akan ke website di bawah ni. Cuba klik www.solihinzubir.com


Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Tanpa aku duga, company yang aku beli domain tu dah bangkrap. Aku dah bank in seminggu sebelum expired untuk renew. Tapi, dealer suruh tunggu domain tu tak function, baru boleh buat order untuk daftar dengan company baru. So, aku pun tunggu sampai domain aku tak function dan buat order baru. Tapi, berita buruk yang aku terima, dia bagitau domain aku telah disebat orang lain dan terpaksa tunggu dia jual dulu domain tu, baru aku boleh dapatkan balik. Apa sebab dia ambik domain aku? Takkan sebab di bawah?


Salah aku jugak sebab terlalu ghairah nak berdomain pada tahun 2010 yang lepas. Main sebat je tanpa menyelidiki terlebih dahulu company mana yang lebih kukuh. Waktu tu masih biul lagi bab-bab ni. Bila dah beli domain dari syarikat tu, baru aku dapat tahu ada company yang lebih power. So, bila ada blogger lain tanya dari mana aku beli domain, aku promote kat diorang netkl.com. Mujur aku tak promote company yang aku beli. Kalau tak, nasib diorang macam aku la sekarang.

Buat masa ini jugak, aku dah hilang mood nak blogging. (Tapi aku harap mood ini kembali pulih dengan segera.) So, aku nak minta maaf kepada semua pembaca di atas segala salah silap dan keterlanjuran kata aku yang mengguris hati kalian selama ini. Dan aku nak mintak jasa baik kepada sesiapa yang pakar dalam bidang ni, boleh tak bagi cadangan apa yang aku perlu buat. Dan siapa yang boleh bagi khidmat nasihat kaunseling kat aku, amatlah dialu-alukan. Heheh... Terima kasih.

p/s : Nasihat aku, kalau nak beli domain, pilihlah company yang kukuh dan popular. Cadangan aku kepada Jiwa Host, harap dapat tingkatkan kualiti servis anda. Aku taknak condemn lebih-lebih. Aku redha je. Dan aku masih berharap dia boleh bantu aku setelkan masalah ni. Korang boleh ke blog beliau. Layari blog Jiwa Kacau.

SZ : Jiwa kacau dibuatnya.. Boleh kena sakit jiwa kalau macam ni.. Padan muka aku kan?

Thursday, December 15, 2011

Wanita Bertopengkan Mekap Tebal

Perempuan yang paling 'hodoh' adalah perempuan yang perasan cantik. Perempuan yang perasan cantik adalah perempuan yang suka menghabiskan masa dengan bersolek. Membelek wajahnya di hadapan cermin sehingga timbul rasa ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud kagum dengan diri sendiri.

"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."

Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.


Perempuan yang suka mengenakan make-up yang tebal boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak jujur atau hipokrit kerana menipu diri sendiri dan orang lain dengan kecantikan palsu. Lebih teruk, bukan sekadar memakai lipstic, blusher dan eye shadow yang terdiri daripada pelbagai warna tu.  Malah ada yang mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dan memakai bulu mata palsu semata-mata untuk kelihatan lebih cantik...lah sangat. Perbuatan tersebut dianggap tidak bersyukur dan mengubah ciptaan Allah.

"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu."(Surah al-Ahzab: 33)

Perempuan jenis ini juga hanya nampak cantik atas jasa kamera. Contohnya, artis-artis kelihatan sangat cantik di dalam majalah dan TV. Tetapi, hakikatnya wajah mereka yang disolek tebal itu sebenarnya nampak sangat hodoh jika dilihat secara live. Nampak ber'tepung' dan berminyak. Warna kulit muka kelihatan sangat kontra dengan leher atau tangan. Bila mereka menanggalkan make-up, kelihatan seperti orang lain. Bukankah itu hipokrit? Padan muka diucapkan buat pemuja-pemuja artis. Terpesona dengan kecantikan palsu. Booo~~


Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty. Yeke? Ke aku sorang je? :O

Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."

Berhiaslah hanya untuk suami. Tetapi, usahlah terlalu tebal hingga kelihatan seperti orang lain. Jika ada suami yang gemar isterinya mengenakan mekap yang tebal, dia seolah-olah tidak dapat menerima isterinya seadanya. Lebih gemar melihat isterinya menjadi 'orang lain' dengan solekan tebal tersebut. Adakah cinta anda terhadap isteri hanya kerana solekan tebal? Lelaki... Jangan biarkan hidup anda diselubungi wanita bertopengkan mekap tebal.

Lebih baik bertopengkan niqab drp bertopengkan mekap tebal...

Wanita... Daripada kau gedik perasan diri secantik bidadari, lebih baik kau berusaha menjadi ketua bidadari di syurga...

Lelaki... Daripada kau terhegeh-hegeh mengejar wanita secantik bidadari, lebih baik berusaha mengejar bidadari di syurga...

p/s : Diulangi... make-up TEBAL.. Jangan salah faham. Bukannya mekap yang diharuskan. Ok!

** Hukum Wanita Bersolek atau Tabarruj...KLIK SINI!

SZ : Kepada calon-calon isteriku, tolong jangan mekap tebal-tebal sangat ok.. Mencik!

Sunday, December 11, 2011

Rantai Burung Hantu Haram BUKAN Sebab Freemason

Aku suka burung hantu. Sebab aku rasa burung hantu seekor burung yang comel dan cool. Tetapi, tiba-tiba muncul segelintir manusia yang mengatakan rantai burung hantu haram dipakai disebabkan adanya unsur-unsur Freemason. Secara tidak langsung, ini bermakna burung hantu menjadi penyebab rantai tersebut haram dipakai. Jadi, adakah burung hantu haram di sisi Islam? Selepas ini, kita sebagai umat Islam wajib menyekat pembiakan burung hantu diseluruh dunia kerana burung hantu ada unsur-unsur freemason. Begitu?

burung hantu dalam freemason

Tidak wajar mengaitkan haram sebab Freemason

Tidak dinafikan, pergerakan Freemason ini memang wujud. Hukum memakai pakaian atau perhiasan yang memaparkan lambang persatuan dan simbol agama lain adalah haram. Tetapi, untuk mengaitkan rantai burung hantu itu haram disebabkan Freemason adalah tidak wajar. Jika rantai burung hantu haram disebabkan ada unsur freemason, adakah ini bermakna memakai rantai naga, cicak tokek atau binatang yang lain adalah halal? Dan jika selepas ini Freemason menyelitkan gambar ayam, adakah ayam haram dimakan dan Radix Fried Chicken terpaksa ditukar kepada Radix Fried Duck? Ayamas ditukar kepada Itikmas?

Haram dipakai sebab dilarang dalam Islam

Bagi lelaki, segala jenis rantai adalah haram dipakai. Bagi wanita, bukan setakat rantai burung hantu yang haram dipakai. Segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang dimuliakan yakni di tubuh badan kita. Sedangkan teddy bear pun haram disimpan di dalam rumah. Tapi, berapa ramai awek-awek yang simpan di atas almari dan di hujung katil? Apabila patung-patung tersebut diletakkan sebagai perhiasan, perbuatan tersebut adalah haram. Malah, Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung.

Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa)” (Hadis riwayat Muslim)

Tetapi, untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran atau mainan kanak-kanak, hukumnya harus. Soalnya sekarang ialah bab perhiasan.


Apa tujuan pakai hiasan macam tu?

Nabi SAW bersabda. Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat An-Nasai’e)
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Jadi, apa tujuan anda memakai perhiasan dengan ukiran macam tu jika bukan untuk menunjuk-nunjuk? Berhiaslah secara ala kadar. Orang yang suka berhias secara berlebihan ni biasanya orang yang tidak menutup aurat dan tidak bersolat. Kalau pakai tudung dengan sempurna, macam mana nak tayang rantai tu kan? Kalau warnakan kuku dan rambut, macam mana nak solat kan? Bukan setakat wuduk, mandi wajib pun tak sah.

Ini aku tengok, yang tak tutup aurat pun sibuk sebarkan artikel 'haram pakai rantai burung hantu sebab ada unsur Freemason' tu. Artikel suruh tutup aurat taknak ambil peduli pulak? Tidak menutup aurat  dan memakai perhiasan secara berlebihan itu bukan setakat ada unsur Freemason. Malah SAMA dengan orang kafir. Itu fakta! Yang sudah jelas haram pun orang tak ambil kisah. Inikan pula nak dikaji semua benda dan kaitkan dengan unsur Freemason. Bakteria seberang laut kau nampak. Dinosaur depan hidung kau buat tak tahu.

Apa salah burung comel ni? :-(

p/s : Sekali lagi diingatkan. Rantai burung hantu haram dipakai bukan sebab ada unsur Freemason. Tetapi haram sebab Islam melarang segala jenis perhiasan yang berunsurkan makhluk bernyawa. Ngerti lo?

Rujukan :
- feryco.com
- en.netlog.com

SZ : Blog aku warna hitam putih. Alamak.. Ada unsur Freemason. Maka, blog aku haram dibaca? LOL

Thursday, November 24, 2011

Jom Kita Langgar Lampu Isyarat

Semua orang tahu apa tujuan lampu isyarat dicipta. Bayangkan kehidupan tanpa lampu isyarat. Dengan berjuta kenderaan di jalanraya, pasti jalan raya akan kucar-kacir. Para pemandu akan mementingkan diri sendiri. Tiada lagi tolak ansur untuk memberi laluan kepada pengguna lain. Masing-masing berebut dan saling memotong. Risiko berlakunya kemalangan juga meningkat. Sedangkan dengan adanya lampu isyarat pun masih berlaku kemalangan. Juga masih ada pemandu yang ingkar tidak mahu mematuhinya.

Tahukah anda? Dengan menggunakan analogi lampu isyarat juga dapat mengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Bagaimana?

1.Orang yang selalu langgar lampu merah tidak kira masa dan waktu.
Ini ibarat orang yang lemah imannya serta tidak bertakwa. Dia mengaku kewujudan lampu isyarat tersebut tapi tidak mahu mematuhinya.

2. Orang yang kadang-kadang sahaja melanggar lampu merah terutama jika tiada orang.
Ini diibaratkan sebagai orang beriman dan bertakwa. Tapi takwanya itu bukannya benar-benar kukuh. Adakalanya dia masih terpengaruh dengan keadaan sekeliling untuk melanggar undang-undang tersebut.

3. Orang yang tidak pernah langsung melanggar lampu merah walau di malam hari di jalan yang sunyi.
Ini ibarat orang yang betul-betul beriman dan bertakwa. Mereka inilah yang cerdik akalnya, yang percaya jika dilanggar lampu merah tersebut, mungkin ada kesan sampingan yang akan berlaku. Jadi mereka tetap patuh tidak akan melanggarnya walaupun tiada orang lain yang nampak.

Setiap undang-undang yang dicipta pasti ada tujuan, samada untuk mencegah, mengatur ataupun menghukum si pelaku demi kebaikan bersama. Jika semua pemandu dapat mematuhi lampu isyarat, jalan raya yang kucar-kacir serta sesak dapat dikawal. Kadar kemalangan yang tinggi juga dapat dikurangkan. Selain dapat memupuk sifat tolak ansur dan kesabaran yang tinggi.

Lampu isyarat adalah sistem ciptaan manusia. Undang-undang Islam yang termaktub dalam Al-Quran itu pula adalah ciptaan Allah. Lampu isyarat digunakan semasa memandu sahaja. Tetapi undang-undang Islam merangkumi setiap aspek kehidupan. Jika anda percaya bahawa lampu isyarat itu dapat menyelesaikan masalah lalu-lintas. Anda wajib percaya bahawa undang-undang Allah itulah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah jenayah yang semakin meruncing ketika ini.

Sekarang kita cuba uji minda. Hari-hari anda berhadapan dengan lampu isyarat kan? Jadi, sila pilih yang mana satu urutan sebenar warna lampu isyarat?


Aik.. Fikir panjang nampak? Ceh! Hari-hari tengok pun terkial-kial nak jawab? Semalam aku ada tanya kat Twitter, kenapa lampu isyarat warna hijau, merah dan kuning? Kenapa merah berhenti, hijau jalan? Semua jawapan merapu. Aku lagi la tak tahu.

Dalam kita tidak tahu menahu asal usul lampu isyarat pun, kita masih ber'iman' dengan lampu isyarat tu kan. Kita lebih patuh dengan undang-undang manusia berbanding undang-undang Allah. LEBIH BAIK KITA LANGGAR SAJA LAMPU ISYARAT TU!

SZ : Mohon jangan lurus bendul ye... =)

Wednesday, November 9, 2011

Blogger Datang Beraya : Telatah Maisara Menghiburkan

Tetamu istimewa aku Hari Raya Kedua yang lepas adalah seorang blogger. Seorang insan yang aku tak pernah langsung bersua muka. Hanya kenal melalui blog. Tiba-tiba sebelum raya, beliau inbox aku di facebook, mintak no phone. Dia cakap nak datang beraya rumah aku. Wah. Biar betul. Teruja la jugak. Siapakah dia?

Beliau antara blogger terawal follow blog aku ni. Waktu tu blog aku baru ada belasan followers kalau tak silap. Dia merupakan pengunjung dan pengomen tetap blog aku dari dulu sampai sekarang. Thats why aku sayang dia. Err.. Maksud aku sayang sebagai seorang kakak je ok. Beliau dah berkahwin dan ada seorang anak. Anak dia popular beb. Nama anak dia, Maisara. Heheh.. Mesti dah boleh agak siapa kan? Siapa lagi kalau bukan Kak Diana.

Terima kasih kepada Kak Diana, Abg Lan (suami beliau) dan Maisara sebab sudi datang beraya ke rumah saya sekaligus menjadi blogger pertama yang datang ke rumah aku. Rumah Kak Diana kat P.Pinang. Raya ni diorang balik beraya kat kampung suaminya di Pendang. Pendang dengan Pokok Sena tak lah jauh sangat. Dah tau rumah saya, kenduri kahwin nanti wajib datang lah ye. Hahaha.. Doa-doalah bagi cepat jumpa jodoh.

Pertama kali bertentang mata dengan Kak Diana dan Abang Lan, rasa segan pulak aku. Diorang pun nampak sopan and malu-malu pun ada. Makan pun penuh adab dan tatasusila bagai pengantin baru. Walaupun Kak Diana kadang-kadang agak lantang di blog. Hehe.. Suara Maisara pun tidak kedengaran pada mulanya walaupun kononnya agak banyak cakap seperti yang sering diceritakan dalam blog Kak Diana. Aku memang teringin sangat nak tengok gelagat Maisara secara live.

Tapi, lepas Maisara dah mula dapat rentak, ternyata memang sebijik perangai Maisara macam yang Kak Diana selalu story tu. Memang kelakar sangat-sangat melihat telatah dia. Dia jenis yang mudah berkawan dan cepat mesra bila jumpa dengan rakan sebaya dia. Rumah aku bising dengan suara Maisara je hari tu. Dengan aksi-aksi selamba dan tutur kata yang memang kelakar lah kalau kita dengar ayat dia. Hehe.. Seronok sangat dapat ketawa tengok karenah dia. Comel je dengan dahi luas dia tu. Rasa macam nak pinjam buat anak angkat je. Untung Kak Diana. Mesti tak pernah kesunyian bila kat rumah.

Maisara main bola kat dalam rumah aku..

Rasanya tak banyak aku nak tulis sebab semua Kak Diana dah story dalam entry dia. Hangpa semua boleh terjah la blog dia japgi. Terutamanya kalau nak tau menu special turun temurun family aku yang mungkin jarang didapati di mana-mana sekarang. Google pun takkan jumpa. Hehe.. Boleh klik link di bawah :

-Untung Sapa Jadi Bini Solihin (Abg Lan Cakap)
-Maisara Cakap Solihin Hensem
-Resepi Rahsia Turun Temurun

Ceh! Tajuk entry bukan main kan. Kembang semangkuk aku dibuatnya. Haha.. Aku saja ubah. Gurau-gurau saja. Aku bukannya jenis perasan sangat. Heheh.. Kak Diana, sikit-sikit dahla puji saya ok. Kang makin bertambah pulak haters saya. ;-p

SZ : Gambar intim aku bersama Maisara tidak dapat dipamerkan atas sebab-sebab keselamatan. Haha.. Padahal aku segan. Pemalu la katakan. LOL

Friday, October 28, 2011

Kau Bersalam Denganku Bagai Mahu Tak Mahu

Tapak tanganmu umpama kulit ikan yang telah mati. Rasa genggamannya begitu longgar bagai mahu tak mahu bersalam denganku. Aku tidak merasa apa-apa aura apabila bersalam denganmu. Tangan kita bersentuh sesaat cuma. Apa yang kamu ingin berikan padaku melalui jabatan tanganmu. Cuba kamu fikirkan.

Wajahmu umpama keldai yang tidak tahu senyum. Ada ketika aku rasa bersalam dengan wajah serigala. Aku jadi keliru. Wajah-wajah yang aku ingin mesrai begitu kosong dan menghampakan. Kalau demikian, apa gunanya kamu bersusah-payah menyambut salamku. Dan mengapa aku bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keldaimu.

Pandangan matamu umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya sedangkan yang aku harapkan ialah renungan mesra yang meresap ke dalam hati. Kekadang kamu hanya menghulur tangan sedang mata dan wajahmu melilau ke arah lain. Sedarkah kamu bahawa aku sedang menggenggam erat tanganmu dengan renungan menjalin ukhwah.

Bukankah kita ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid? Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah? Mengapakah kita menjadi begitu kurang mengamalkan adab apabila bersalam? Sedangkan baru tadi kita sama-sama solat berjemaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa dalam mengakhiri detik kita berada di masjid ini, kita burukkan salam perpisahan kita sebagai saudara seagama, saudara sejemaah?

Aku tak mengharapkan dakapan erat dalam waktu bersalam yang singkat ini. Cukuplah seandainya kamu menggenggam erat tanganku, menatap wajahku dengan penuh kemesraan dan memberi sekuntum senyuman yang membawa erti besar kepadaku bahawa kamu menghargai jabatan tanganku dan menghargai kemesraan ukhwah daripadaku. Andaikata, itu bermaksud kamu tidak bersedia untuk hadiahkan kepadaku, usahlah kita saling menghulurkan tangan sehinggalah ilmu dan iman dapat mengajar kamu cara bersalam menurut Islam.

credit : dakwahkemaman


Adakah bersalaman itu perbuatan yang keji? Apabila berjabat tangan hendaklah bertentangan mata. Genggamlah tangan erat-erat sebagai tanda kemesraan. Namun janganlah pula sampai menyakitkan. Sangat tidak beradab sekiranya kita bersalaman dengan hanya hujung jari dan tidak memandang wajah seseorang itu.

SZ : Aku share ni sebab aku memang tak puas hati dengan orang yang bersalam macam nak tak nak ni. Lepas ni, bleh print n tampal kat board masjid.

Tuesday, October 18, 2011

Bobob Si Kucing Yang Pandai Mengurut Sudah Mati

Pada pukul 7.00 pagi bertarikh 17 Oktober 2011, seluruh dunia kucing gempar mendengar berita kematian Bobob. Mayat Bobob sudah terbujur kaku ketika ditemui. Punca kematian Bobob dipercayai akibat bergelut dengan seekor ular kapak berdasarkan kesan patukan di bahagian kepala dan bangkai ular di sebelah mayat beliau. Bobob mati di tempat kejadian.

mayat Bobob

Bobob merupakan seekor kucing jantan berwarna oren peliharaan keluarga aku. Bagi aku, Bobob adalah kucing yang istimewa. Bobob pandai mengurut. Bakat Bobob dalam bidang mengurut telah dikesan dan dicungkil oleh ayah aku. Jika mahu Bobob mengurut, baring saja di atas sofa. Kemudian seru nama Bobob sambil menepuk-nepuk paha, Bobob akan melompat naik ke atas badan. Bobob akan mula mengurut manja. Sayangnya aku tidak sempat merakam aksinya mengurut sebelum beliau menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.

Bobob juga sangat hiperaktif. Aksi lincahnya yang comel itu amat menghiburkan dan menggelikan hati. Bobob juga bijak dan tangkas memburu. Berpuluh ekor cicak dan burung sudah tumpas menjadi mangsanya andai aku terlewat menghidang friskies sebagai santapan beliau. Walaupun begitu, Bobob sangat takut dengan seekor lagi kucing jantan peliharaan kami, Nomey. Nomey pernah membaham leher Bobob hingga kelihatan seperti hilang separuh bahagian lehernya. Tapi Bobob sangat tabah dan kuat. Beliau melawan sakitnya itu dan kembali sihat seperti sediakala.

Nomey... Turut bersedih di atas kematian Bobob..

Kebiasaannya aku akan mengurung Bobob di dalam sangkar setiap kali sebelum aku tidur bagi mengelakkannya bergaduh dengan kucing jantan yang lain. Kadang-kadang aku memang sengaja ingin memberi kebebasan kepadanya kerana tidak ada makhluk yang suka dikurung. Tidak sangka kebebasan yang aku berikan semalam berakhir dengan tragedi. Aku menyesal. Tapi, apakan daya. Semuanya sudah tertulis sejak azali yang nyawa Bobob akan diragut oleh seekor ular. Aku redha.

Selepas ini, pasti aku akan merindui Bobob. Rindu melihat telatahnya. Rindu mengusap bulunya. Rindu memandikannya. Rindu merasakan tapak kakinya memijak-mijak mengurut dadaku. Sebentar tadi pun ketika aku mahu memberi Nomey makan, aku terbayang kelibat Bobob bergesel dan memanjat kaki aku sambil mengiau. Pemergian Bobob sangat dirasai. Tidak pernah aku merasa begitu sedih di atas kematian seekor kucing. Serius. Sangat sedih!

R.I.P Bobob! I LOVE U!

p/s : Maaf di atas penyalahgunaan tatabahasa yang tidak betul. Entry ini adalah hasil terjemahan bahasa kucing.

SZ : Botak Juvana pun nangis la weyh kucing dia mati..

Thursday, October 13, 2011

Kucing Buat Silap Mata

Salam A'laik... Boring? Tekanan? Stress? Mai sini kita rileks bersantai sambil makan popcorn tengok kucing buat silap mata.

1. Pilih salah satu kad di bawah. Tak payah klik. Cuma ingat dan simpan dalam otak korang saja.




2. Dah pilih? Ok, sekarang tengok kucing kat bawah ni selama 3 saat.




3. Yeah! Kucing tu dah ambik kad yang korang pilih. Hahaha...



Blur? Seram tak? Atau bertambah stress? Haha.. Macam mana kucing tu boleh pilih kad korang eh? Kalau nak tau, scroll balik ke atas. Pasti anda akan jumpa jawapannya. Itupun kalau anda seorang yang PEKA. Heheh...

p/s : idea asal Mat Salleh. Tapi diorang guna gambar anjing. Jadi, aku tukar gambar yang halal. Heheh..

SZ : Tengah pening.. Bertambah pening tengok mata kucing tu..

Wednesday, October 5, 2011

Betapa Kerdilnya Manusia Berbanding Planet dan Bintang

Adakalanya kita merasa terlalu bangga dan besar diri dengan kejayaan dan kehebatan kita di dunia ini. Hingga kita terlalu leka dan tidak sedar yang kita ini sebenarnya terlalu kerdil di dalam alam ciptaan Allah SWT ini. Mari kita renung seketika hakikat yang manusia ini tersangatlah kerdil jika hendak dibandingkan dengan ciptaan Allah SWT yang lain.

Cuba lihat rajah perbandingan saiz planet bumi di bawah :

Saiz bumi yang dibandingkan dengan beberapa planet lain.

Di antara lima planet ini iaitu Mars (Marikh), Venus (Zuhrah), Mercury (Utarid) dan Pluto, Earth (Bumi) adalah planet yang paling besar. Kemudian lihat perbandingan saiz Bumi dengan planet-planet yang lain dalam galaksi.

Perbandingan saiz planet-planet dalam galaksi

Amacam? Alangkah kecilnya bumi kita ni jika hendak dibandingkan dengan planet Jupiter (Musytari) dan planet Saturn (Zuhal). Lihat rajah ini pula..

Saiz Bumi dibandingkan dengan matahari

Eh.. Mana bumi? Harap-harap anda masih nampak di mana Bumi. Tetapi, matahari bukanlah bintang yang paling besar.

Perbandingan saiz matahari dengan Arcturus

Lihat betapa besarnya bintang Arcturus berbanding matahari! Bumi tidak dapat dilihat dalam skala perbandingan ini. Apatah lagi kita? Tapi Arcturus juga bukan bintang paling besar…

Saiz Acrturus dibandingkan dengan Antares

Pergh! Giler gedabak besar bintang Betelgeuse dan Antares ni. MasyaAllah! Ini baru bintang yang dapat dilihat oleh manusia melalui pengetahuan teknologi sekarang ini yang terbatas. Sudah tentu terdapat banyak lagi bintang atau makhluk lain yang mungkin lebih besar daripada ini.

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – Surah Al-Ghafir Ayat 57

Itu baru ciptaan Allah SWT. Kalau kita sudah mendapat gambaran betapa besarnya ciptaanNya di dalam rajah-rajah di atas, mengapa kita tidak boleh merasai kebesaran Yang Maha Penciptanya pula? Kenapa kita terlalu degil dan suka berdalih mencipta sejuta alasan bagi menghalalkan maksiat? Masih lagi hendak bongkak, besar diri dan loyar buruk dengan Allah SWT? Sedarlah! Kita hanya makhluk yang sangat sangat sangat kerdil!

Tuesday, September 20, 2011

4 Sebab Perokok Mesra dan Mudah Dapat Kawan

Tahukah Anda? Perokok merupakan antara golongan yang baik hati, mesra dan mudah mendapat kawan. Bagaimana? Apa bukti dan sebabnya?


1. Zon Larangan Merokok
Biasanya boleh dilihat di Kem PLKN ataupun asrama kolej. Nak pulak masa orientasi. Walaupun belum kenal sepenuhnya, kaki rokok harus bersatu hati untuk hilangkan sangap. Diorang akan cari satu port khas untuk curi-curi hisap rokok. Salah sorang akan ushar line supaya tak kantoi. Bila kehabisan stok rokok, diorang akan cari jalan untuk seludup rokok bawa masuk ke kawasan larangan. Kalau ada spot check, masing-masing akan back-up. So, secara tak langsung akan merapatkan ukhuwah sesama mereka dengan sekelip mata.

2. Lighter dan Ashtray
Orang hisap rokok, dia pun nak isap rokok. Tapi lighter takdak. Dengan muka tak malu, terpaksa la pinjam brader meja sebelah. "Bang! Pinjam lighter". Mustahil brader tu cakap tak boleh. Mungkin juga sudah termaktub dalam undang-undang Persatuan Perokok Sedunia bahawa mereka tidak boleh kedekut lighter. Nak buang habuk rokok, ashtray ada satu ja. Terpaksa jugak berkongsi ashtray. Sambil-sambil tu, boleh la sembang merapu bila dah duduk semeja. Secara tak langsung dapat beramah mesra.

3. Kongsi Rokok
"Weyh.. Mintak rokok sebatang". Ayat yang biasa didengari bila member yang pokai tengah sangap rokok. Dengan baik hatinya, member yang tengah kaya sebab baru lepas cucuk duit kat mesin ATM tadi hulur sebatang kat dia. Kalau sama-sama pokai? Sanggup share duit beli rokok batang, lepas tu hisap bergilir-gilir. Tak kisahlah share partner kau tu tak gosok gigi setahun pun. Janji hilang sangap. Kan mesra dan romantik tu. Eurghhhh...

4. Pertubuhan
Rokok dan lighter juga boleh digunakan sebagai isyarat untuk mencari kawan dalam sesebuah pertubuhan. Pertubuhan apa? Yang tahu tu, tahu la kan. Kang kena pancung pulak aku.

Hahahaha.. Btoi dak? Ok, itu ja kot bukti yang aku dapat kemukakan berdasarkan pemerhatian aku. Aku bukan smoker, tapi kawan-kawan aku ramai yang hisap rokok. Jujurnya, aku pernah jugak 'merasa' hisap rokok dulu. Itupun 2, 3 batang sekadar nak lagak macho dan bajet gangster la konon. Tak sampai ketagih pun.

Sebenarnya, kawan yang mesra dan baik hati tidak akan mempengaruhi rakannya untuk menghisap rokok serta tidak menghisapnya di depan mereka. Sesungguhnya, hisap rokok itu busuk, membazir dan merosakkan  tubuh badan.

Tahukah anda, perokok tegar WAJIB pergi menunaikan Haji. Kenapa? Sifirnya mudah saja.. Jom kita belajar matematik sekejap.

Harga Rokok : RM10 (Sekotak) x Sehari
Jumlah Tahunan : RM10 x Setahun (365 hari) = RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka..  PEROKOK WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar. Katakan TAK NAK! Berhenti sebelum MATI! Sekian..

p/s : 10 Kesan Merokok Kepada Perokok.. KLIK SINI!

SZ : Susah nak cari lelaki tak hisap rokok.. Untung sapa dapat aku.. Errr... Hahaha...

Thursday, September 8, 2011

Tanda-Tanda Kritikal Anda Dah Wajib Kahwin

Salam... Ini adalah maklumat penting kepada semua umat manusia yang masih bujang. Jika anda mengalami salah satu daripada simptom-simptom di bawah, anda sememangnya berada pada tahap kritikal wajib kahwin. Heheh... Tapi aku rasa, semua yang bercouple tu memang dah wajib kahwin pun!


1. Rasa sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai kawan
Walaupun korang ada ramai member keliling pinggang, hati korang tetap terasa sunyi dan pilu. Gelak tawa dan jenaka member-member pun tak dapat mengubat hati yang kosong. Member yang tengok pun rasa sedih.

2. Kehidupan yang tidak terurus
Kehidupan korang sudah mula tak terurus. Keadaan bilik bersepah dan tidak kemas. Makan minum tak teratur. Nak masak, malas. Nak beli, jemu. Makan sorang-sorang tak selera. Pakaian pun tak teratur. Dengan perkahwinan saja yang akan menjadikan korang lebih bertanggungjawab mengurus kehidupan dengan lebih sistematik.

3. Hilang fokus terhadap kerjaya
Hilang fokus atau lemah tumpuan sebab asyik memikirkan soal pasangan dan masa depan yang belum pasti. Akibatnya, korang mudah hilang tumpuan dan prestasi kerja merosot. Ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang.

4. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Rasa cemburu bila melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Jeles bila tengok ramai yang bertunang dan berkahwin. Perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu. Rasa tertekan melihat kebahagiaan orang lain adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan.

5. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Bila korang pegang budak atau baby, terasa berat untuk melepaskannya. Bila korang tengok kanak-kanak, naluri keibuan atau kebapaan tu seolah-olah mendorong korang untuk mendukung, bermain, mengusik dan membelai manja mereka. Itulah petanda sudah tiba masanya korang bergelar ibu bapa dan memiliki keluarga sendiri.

6. Jiwa bergelora bila berhadapan dengan lawan jantina
Bila berhadapan dan bertentangan mata dengan seseorang yang berlawanan jantina, terasa jantung berdegup kencang. Jiwa mula bergelora bila melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata. Terasa macam nak terkam je.

7. Jatuh cinta pada seseorang
Korang sudah mula jatuh cinta pada seseorang. Korang juga sudah tahu apa ertinya makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Sememangnya itu fitrah manusia untuk minat dan suka pada seseorang. Bagi mengelakkan berlakunya maksiat, perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

8. Desakan hawa nafsu
Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, korang akan cepat tergoda dan teruja. Bau perfume yang dipakai pun sudah cukup untuk merangsang nafsu korang. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar.

9. Beronani
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Yakni memuaskan nafsu dengan tangan sendiri. Beronani adalah satu perbuatan yang haram di sisi Islam. Hukumnya berdosa besar.

10. Asyik sebut pasal kahwin
Kat blog korang asyik cerita pasal kahwin ja. Update status kat facebook pun, asyik-asyik pasal kahwin. Nampak bebenor ke'desperate'an korang nak berbini atau berlaki.

Amacam? Korang ada tanda-tanda di atas? Kalau ada, cepat-cepat la kahwin. Err.. Yang nombot 10 tu aku tuju khas buat diri aku. Hahaha... Bukti?




Rujukan :  facebookaans

SZ : Aku target tahun depan!

Sunday, August 28, 2011

Koleksi Baju Raya Terbaik 2008 hingga 2011

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, majoriti antara kita semua akan shopping sakan membeli baju raya baru untuk dipakai. Dan memang kita semua disunatkan memakai baju baru dan bersih ketika Hari Raya. Bagi yang tidak mampu beli baju baru, disunatkan memakai baju yang paling 'baru' dan masih cantik dalam almari kita.

Hangpa semua mesti shopping sakan raya ni kan? Syok la hangpa.. Aku? Di bawah ni koleksi baju raya aku dari tahun 2008 hingga 2010.


Ok. Dah 3 kali raya aku pakai baju melayu yang sama. Baju melayu kaler Turquoise. Cuma sampin ja tukar 2 kali. Sian tak? Sian tak? Hahaha... Tahun ni, aku ingat nak beli baju melayu baru macam kat bawah ni la.


Cun tak? Garang tak? Haha.. Amacam die hard fans Man United? Ada bran tak nak pakai baju melayu ni? Heheh.. Ok, gurau. Baju raya aku tahun ni, still sama dengan baju raya tiga tahun lepas. Sob..Sob..Sob.. Untungla.. Hangpa dapat tukar baju raya baru tiap tahun. Sian kan kat aku. Dah tu, tak reti nak bagi sumbangan duit raya kat aku?

Haha.. Juz kiding.. Saja aku tak nak membazir. Baju melayu aku tu still elok lagi. Tapi, tahun depan memang wajib aku beli baju raya baru. Nak kasi sedondon dengan isteri la kata kan. Cewahhh...

SZ : Tahun ni last raya sebagai jejaka bujang.. So, nak kutip duit raya banyak2. Haha..

Friday, August 26, 2011

Wish Besday Guna Short Form 'HB' = Annoying?


HB? Apa menatang tu? Hari Bulan? Hertha Berlin? Hang Busuk? Jenama Pensil? Errr... Owhh.. Short form 'Happy Birthday' rupanya.. Heheh.. Apa pendapat hangpa dengan orang yang wish birthday seseorang dengan hanya short form 'HB'? Terutamanya yang wish kat facebook atau SMS. Kalau macam kat dalam KAD di atas tu lain cerita la. Maksud aku, 'HB' sahaja semata-mata. Kalau "HB Solihin.. Semoga panjang umur..". Itu lain. Sila fahami betul-betul apa yang aku ingin sampaikan bagi mengelakkan salah faham. Faham!

Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan statement Abam Panda ni. Dan itu juga yang sering bermain di fikiran aku selama aku dok tengok gelagat orang wish besday dengan short form HB kat facebook.


Harus diingat, bukan semua orang berfikiran positif macam anda (yang ikhlas wish pakai short form HB). Ucapan HB boleh menimbulkan persepsi negatif si penerima.

1. Dia ni ikhlas tak wish besday aku?
2. Wish macam nak tak nak je.
3. Malasnya dia ni nak menaip.
4. Dia ni marah kat aku ke? Aku ada buat salah kat dia ke?

Antara alasan mereka yang guna shortform HB

1. Walaupun short form, tapi ikhlas.
Kalaulah keikhlasan tu boleh dilihat, pasti tidak akan wujud persepsi negatif. Contohnya, kita sapu sampah sambil duduk dan halai-balai, padahal kita ikhlas sapu sampah. Tapi, apa pandangan orang terhadap cara kita sapu sampah tu? Rasanya, lebih baik kita buat sesuatu biar nampak ikhlas daripada buat sesuatu yang nampak malas. Orang pun takkan bersangka buruk kalau kita tak cetuskannya.

2. Sibuk / Tiada masa
Walau sibuk macam mana sekalipun, better wish 'Hepi Besday' daripada 'HB'. Beza 1 saat je kot. Melainkan keyboard korang rosak, cuma huruf H dan B saja berfungsi. Heheh..

3. Tak kenal, tak rapat.
Kalau tak kenal, buat apa add kat FB? Sapa suruh main add rambang je? Kalau tak rapat, rapat-rapatkanlah. Takkan nak biar terus jadi tak rapat dengan short form HB yang annoying tu?

4. Lebih baik daripada tak wish langsung.
"Hek eleh.. Bagi betis nak paha. Macam bagus plak nak demand." Mesti ada yang cakap camtu kan. Hahaha.. Aku rasa, lebih baik tak wish langsung kalau kau nak cakap dia demand.

Aku bukan nak hentam sesiapa. Jauh sekali nak berlagak dan bajet bagus. Ini hanya cadangan dan saranan. Aku harap, apa kata kita ubah cara tu. Kan ada cara yang lebih baik. Elakkan daripada mengguna ringkasan yang boleh menyebabkan orang tersalah tafsir. Setahun sekali ja kot nak wish besday kat kawan kita tu. Salahkah kalau kita selitkan sedikit doa untuk dia sempena hari lahirnya? Terasala jugak dihargai sebagai seorang sahabat.


Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada semua yang wish besday aku semalam. Entry ni bukan nak pertikai cara korang wish besday aku semalam. Dah lama sebenarnya aku nak ulas pasal ni. Bagi aku, aku tak kisah kalau sesiapa yang wish dengan shortform 'HB'. Tu hak dia. Dia punya pasal. Aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif walaupun kadang-kadang rasa negatif tu sering mengganggu. Siapa yang wish 'HB' tu, aku reply 'TQ' ja. Adil la kan. Heheh..

*Nak tengok pendapat orang ramai pasal ni, KLIK SINI!

SZ : SHR MZB.. Short form Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. Boleh? Heheh..

Thursday, August 25, 2011

Kenapa Celebrate Birthday Kena Baling Telur dan Tepung?

Kenapa Besday Boy sering dibaling telur dan tepung? Why? Kenapa tak baling batu ke, cekodok ke, duit ke. Asyik-asyik telur, telur dan TELOQ! Ada sesetengah tu yang kejam, disimbahnya cecair yang menjijikkan. Cabut tayar moto. Buat wakenabeb. Apakebenda semua ni? Bukankah sepatutnya Besday Boy dirai, dibelai manja dan ditatang bagai minyak yang penuh? KahKahKah...

Sebenarnya, motif kawan-kawan kita buat macam tu sekadar ingin mencipta kenangan dahsyat yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pasti tersenyum sendiri bila terkenang semua tu sekaligus mencetuskan rasa nostalgia. Bukan niat member-member nak bersikap kejam. Ala.. Telur dengan tepung je pun. Bukan najis. Hahaha.. Aku sendiri pernah terkena.

Dua tahun yang lepas. Aku punya housemate dajalkan aku. Selalunya orang buat waktu tengah malam. Tapi diorang buat masa pukul 3.00 petang. Dahla masa tu bulan puasa. Panas terik pulak. Berkejar-kejaran kitorang keliling taman dengan hanya ber'boxer'. Penduduk taman dah pandang serong. Dengan badan berlumuran warna merah macam darah. Resepi yang digunakan adalah telur, tepung, sirap dan kunyit. Memang colourful badan aku hari tu. Tapi berbaloi la sebab hari tu buka puasa member-member belanja. Lepas tarawikh 8 rakaat, layan karaoke pulak kat GreenBox. Heheh..

Birthdays Victim..
Aku pemalu.. Terpaksa la blur and censored pic aku ni.. Haha..

Itu kalau member yang kamcing. Kalau dengan member yang kitorang tak puas hati, bukan setakat telur dan tepung. Ada resepi tambahan yang lebih lazat. Antaranya, makanan dan minuman basi diperam selama seminggu sebelum tarikh kejadian. Air rendaman baju yang busuk giler, puntung dan habuk rokok serta sedikit air longkang digaul bersama. Tengah gaul tu, termuntah pulak dalam baldi tu. Punyala 'kaw' tahap kebusukannya. Nak lagi dahsyat, ada yang siap simbah air kenc*ng kat muka. Punyala tak puas hati kat budak tu. Eurghhh... Lepas tu, mandi sejam pun berbau lagi. Jahat gila!

Itu semua kenangan zaman belajar. Yang penting hari ini, 25 Ogos merupakan ulangtahun kelahiran aku yang ke? Errr.. Lagi setahun nak genap Jubli Perak. Heheh.. Uniknya, aku berkongsi tarikh lahir yang sama dengan adik lelaki aku yang nombor tiga walaupun kami bukan kembar. Terer kan mak ayah aku timing. Hahaha.. Jadi, selamat hari lahir diucapkan buat diriku sendiri dan juga adik aku. Juga tidak lupa buat kawan-kawan yang berkongsi tarikh lahir dengan aku pada hari ini. Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk bernafas.

Thanks for all the Birthday Wishes!
A big thank you to all of you..

Tuesday, August 23, 2011

Moreh Yang Pelik.. Dapat Ubat Gigi Colgate..

Salam A'laik.. Aku rasa kebanyakan surau atau masjid, lepas solat tarawikh mesti ada moreh kan? Moreh yang tipikal sudah tentunya nasik atau bihun yang diorang bungkus dalam polistren tu. Setengah tempat dia hidang terus kat bawah khemah, hadap ramai-ramai. Ada jugak yang bagi roti canai, murtabak atau air kotak kecil.

Tapi, tahun ni surau dekat dengan rumah aku macam pelik sikit. Diorang bagi moreh yang lain daripada yang lain. Nak tau apa?

1. Air Berkarbonat/Air Kotak Besar
Mungkin ini taklah pelik sangat. Start tahun lepas lagi diorang buat moreh macam ni. Tiap-tiap malam. Bukannya botol atau kotak kecik. Tapi besor punya. Dia bagi sorang satu. Bayangkan family aku ada 9 orang. Kalau setiap malam dapat, 9 x 30 =  270 botol/kotak. Pergh! Raya ni dah tak payah beli kordial dah.

2. Gula
Biasanya minggu terakhir ni, diorang akan bagi gula sorang sekilo. Motif, mungkin nak meringankan beban siapa yang buat kuih raya. Lepas tu mungkin bagi butter and tepung pulak kot. Heheh..

3. Ubat Gigi
Harr.. Ini yang paling pelik dan luar biasa sekali. Baru semalam dapat. Pertama kali dalam sejarah aku dapat moreh ubat gigi. Ubat gigi jenama Colgate. Hahaha.. Tergelak pulak aku masa keluar pintu surau tu. Macam-macam style la diorang ni punya moreh. Terbaeeekkkk..



Itu jela antara moreh yang unik aku biasa dapat setakat ni. Ntahla.. Bagi aku, moreh ubat gigi memang pelik dan unik. Yang ke depan ni, tak tahu la apakebenda plak moreh diorang nak bagi. Kereta seorang sebijik mungkin. Haha...

Solat tarawikh sampai lebam biarlah ikhlas. Bukan kerana moreh.  Moreh hanyalah sebagai sumbangan ikhlas mengikut giliran di kalangan penduduk kampung. Tujuannya bagi menggalakkan amalan bersedekah di bulan yang mulia ni. Apa pun jenis moreh yang kita dapat, bersyukurlah kerana itu rezeki. Walau hanya sekotak COLGATE. =)

SZ : Kat tempat hangpa amacam? Ntah-ntah lagi pelik morehnya.. Hehe..

Saturday, August 20, 2011

Berkawan Dengan Member Kaki Ponteng Puasa

Salam... Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang bila teringat kenangan kat kolej dulu. Memang nostalgia. Antaranya, pengalaman berkawan dengan member-member yang malas nak puasa. Hahaha..

****************************

Situasi masa aku belajar kat Melaka

1. Aku dulu tinggal kat rumah sewa. Hari first puasa tu, aku saja pergi lepak hostel nak guna wireless. Tiba-tiba aku terpandang gelagat mencurigakan seorang member aku. Aku tengok dia pasang selimut kat katil jadi macam kelambu. Aku pergi la jenguk. Nah! Tengah melantak maggi. Haha.. Dia ni masa orientasi, imam beb. Rupanya hampeh jugak.. Adeyh.. Alasan, tak sahur.

2. Budak-budak rumah sewa aku, semua aku dah warning suruh diorang puasa. Warning sebagai member la. Yang tak pernah puasa sebelum ni pun, aku paksa jugak. Satu hari dalam pukul 3petang, ada 4,5 orang member yang stay hostel datang bawak bungkusan. Aku tanya dari mana? Diorang cakap dari bazar. Nah! Bazar jadah mende awal gila ni. Lepas tu diorang ke dapur, tutup pintu. 'Berbuka' lah diorang kat dapur tu pukul 3 petang. Cis!

Situasi masa aku belajar kat Seremban

1. Tengah sedap me'landing' atas katil, aku ada dengar member aku call pizza delievery.  Member aku yang paling kamcing sekali. Aku tanya, dia cakap untuk berbuka. Huh! Tak percaya langsung aku. Baru pukul 12 tgh hari. Tak lama kemudian, maka pizza pun sampai. Dia makan menayang depan aku. Terliur la jugak sebab pizza tu feveret aku. Aku suruh dia simpan untuk aku sepotong dua untuk berbuka maghrib nanti.

2. Member-member aku ajak pergi karaoke kat GreenBox Jusco lepas Zohor untuk hilangkan boring. Bulan puasa pun boleh karok kan. Heheh.. Aku pun follow je dah orang nak belanja. Tengok-tengok dia melencong masuk McD dulu. Orang dah mula pandang serong kat dia. Aku dengan member lain terus menonong jalan buat-buat tak kenal. Hampeh btoi! Slamber nak mampos.

3. Hari jumaat, geng tak puasa keluar pergi kedai mamak nak beli nasik. Balik tu, diorang cerita kantoi dengan polis. Polis masuk dalam kedai mamak tu. Diorang lari ikut pintu belakang. Alih-alih, polis pun beli nasik. Hahaha.. Hadoi la.. Polis pun tak puasa..

****************************

Itulah serba sedikit pengalaman aku berkawan dengan member yang malas puasa. Tujuan bercerita sekadar berkongsi dan mengimbau kenangan. Kalau aku nak aibkan diorang, aku dah taruk nama dengan gambar sekali bagi korang semua tengok. Hahaha..

Yang aku pelik dengan diorang ni, waktu bulan tak puasa boleh pulak ikat perut sebab nak berjimat dan sengkek katanya. Bila bulan puasa yang sepatutnya berjimat, diorang taknak ambik peluang nak puasa plak. Hadoi.. Cari pasal betul. Nak report kang, sian sebab member. Dan yang tak puasa tu semua adalah perokok tegar. Itu fakta!

Aku cuma boleh paksa dan ajak suruh puasa jela. Walaupun aku bukannya baik sangat, tapi aku rasa sangat bersalah kalau makan waktu siang Ramadhan. Sebab dari kecik aku tak pernah tinggal puasa. Kawan-kawan sekalian. Jangan marah nowh kalau terasa baca blog aku ni. Aku harap tahun ni hangpa semua posa penuh. Kah..Kah..Kah.. Rindu gilaaa kat hangpa semua!

SZ : Hangpa? Ada pengalaman berkawan dengan member yang malas puasa tak? Heheh..

Friday, August 12, 2011

Adegan Yang Biasa Kita Lihat Ketika Solat Tarawikh

Apakah adegan yang biasa kita lihat ketika Solat Tarawikh di masjid atau surau?

1. Rakaat 1 sampai 8, saf penuh berbaris-baris. Semua kelihatan bersemangat.

2. Selesai rakaat ke 8, makmum mula berpusu-pusu keluar masjid. Saf mula tinggal sebaris setengah.

3. Setelah itu, mula kedengaran bunyi bising di luar masjid. Bunyi mercun. Adegan kejar-mengejar di kalangan budak-budak. Orang tua, sibuk berasap.

4. Masa imam tengah angkat takbir, ada makmum yang masih duduk. Bila tok imam dah nak habis baca surah sebelum rukuk, baru kelam kabut nak angkat takbir. Konon nak hilangkan lenguh sekejap. Akal taknak berdiri lama. Tok Imam tak lenguh?

5. Selesai rakaat ke 20, makmum mula penuh kembali untuk solat witir. Biasanya kanak-kanak. Sebab lepas tu nak ambik moreh. Kalau masjid tu tak ada moreh, jangan harap ada yang patah balik nak solat witir.

sumber gambar : lakaran hidupku

Itulah adegan yang biasa aku tengok kat mana-mana masjid yang aku pernah pergi. Dan aku sendiri pernah terlibat menjayakan adegan tersebut. Heheh..

Tahukah anda?

1. Solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang ini.

2. Solat Witir adalah solat sunat yang paling dituntut untuk dikerjakan. Ini bermakna, tidak lengkap solat tarawikh itu tanpa disusuli solat witir. Witir itu lebih besar kelebihannya.

3. Kalau tak mampu buat tarawikh 20, buatlah 8 rakaat. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Tapi, janganlah berkira sangat nak beribadat kepada Allah. Jangan sibuk nak online depan PC sedangkan nak 'online' dengan Allah pun susah.

Sekadar nasihat untuk diri sendiri...




SZ : Dah setengah Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu..

Sunday, July 31, 2011

4 Alasan Basi Orang Yang Ponteng Puasa

Bila tiba bulan Ramadhan, semua umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Tetapi, ada jugak makhluk-makhluk yang malas berpuasa. Mereka menipu dengan memberi pelbagai alasan.

Apa alasan yang biasa digunakan oleh makhluk-makhluk yang malas puasa ni?

1. Gastrik
-Penyakit yang paling popular apabila Ramadhan menjelma. Asal masuk bulan puasa ja, gastrik. Asal gastrik ja, masuk bulan puasa. Kalau benar-benar sakit, takpela. Ini yang pura-pura sakit.

2. Datang Bulan
-Ini pulak golongan wanita atau pengkid yang malas puasa selalu guna. Kalau betul datang bulan, memang la haram puasa. Ini sampai sebulan haid, apa cita? Jangan ada lelaki yang menyamar jadi nyah semata-mata nak pakai alasan ni dahla. Heheh..

3. Tak Sengaja / Terlupa
-Tengah sedap melantak sampai separuh kenyang, kantoi orang nampak. Maka alasan terlupa digunapakai. Kalau hari pertama puasa, mungkin boleh diterima. Tapi kalau hari-hari terlupa, memang nak kena operate saraf otak tu.

4. Lupa niat
-Kalau terlupa niat tanpa sengaja, wajib niat dengan serta merta apabila teringat dan teruskan berpuasa. Bukannya terus mentekedarah. Kalau hari-hari lupa, kepala anda ingat apa sepanjang bulan Ramadhan ni? Biasakan diri sebelum tidur untuk berniat puasa.


Dan pelbagai lagi alasan basi orang yang malas puasa ni hinggakan kadang-kadang tak munasabah langsung. Ingatlah! Ibadah puasa adalah Rukun Islam yang ke-3. Jangan mencipta alasan-alasan auta untuk mengelakkan kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita. Takut nanti tak mampu nak menjawab kat mahkamah akhirat.

Abu Umamah menuturkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :

”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.
[HR. Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya]

Lihatlah siksaan bagi orang yang membatalkan puasa dengan sengaja dalam hadis di atas. Bagaimana pula dengan orang yang degil tidak mahu berpuasa sejak awal Ramadhan? Nauzubillah.. Sama-samalah kita renungkan. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita.

Syaitan kena ikat. Tapi jangan pula anda yang jadi SETAN!

SZ : Jika dipanjangkan umur, ini mungkin Ramadhan dan Raya terakhirku sebagai seorang jejaka bujang.. Heheh..

Thursday, July 28, 2011

Atuk Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?

Semua sedia maklum, bulan Syaaban bakal berakhir untuk memberi laluan kepada Ramadhan pula. Seperti biasa, anak bulan yang baru lahir akan di'skodeng' bagi mengesahkan tarikh sebenar jatuhnya 1 Ramadhan. Begitu juga bagi menentukan tarikh Hari Raya. Dan setiap kali itu juga, kita semua akan terpacak depan TV bagi menyaksikan 'rancangan kegemaran ramai' iaitu Pengumuman Puasa dan Raya yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sejak kecil, kita sering mengadap muka 'atuk kita' ni, Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah. Beliau telah mula melaksanakan tanggungjawab tersebut sejak Januari 1989, yakni 2 tahun selepas aku dilahirkan. Sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ni setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.


Akan tetapi, 'atuk kita' telah pun bersara pada Januari 2011 yang lepas. Ini bermakna, puasa dan raya tahun ni, kita tidak akan dapat melihat lagi kelibat beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat 'atuk baru' pula. Siapa 'atuk baru' kita tu?

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk kita' tu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Nak tengok gambar beliau? Disebabkan beliau masih baru dan belum popular, usaha aku meng'google' gambar beliau tersangatlah sukar. Dan akhirnya aku jumpa juga gambar terbaru beliau seperti kat bawah ni. Eksklusif hanya di solihinzubir.com. Cewah.. Heheh..



kiri: penyandang.. kanan: mantan..

sumber rujukan :
1- majlisraja-raja.gov.my
2- Dewan Bahasa dan Pustaka

SZ : Selamat menempuhi bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan jayanya.. InsyaAllah..

Sunday, July 10, 2011

Ulasan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0

Seperti yang dijanjikan semalam, aku akan buat sedikit ulasan dan kesimpulan mengenai situasi sebenar perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai semalam. Sebelum tu, aku nak terang dulu kepada makhluk-makhluk yang hanya tahu condemn membabi buta tetapi tak tahu langsung apa itu Bersih 2.0 dan tuntutan yang ingin dilakukan.

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau gerai tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?


Dengan melihat gambar-gambar serta video perhimpunan tersebut, kita mendapat gambaran bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran benar-benar inginkan keadilan dan menyuarakan hak mereka di negara demokrasi yang dinafikan rejim pemerintah.
Nak suruh aku percaya media perdana? Kirim salam la. Hidup Rakyat!

SZ : Jangan saman n tutup blog aku tau.. Kena ISA jugak aku nanti kang.. Heheh.. :D

Sunday, June 26, 2011

Pentingkah Memilih Suami Berkelulusan Tinggi dan Setaraf Isteri?

Assalamualaikum wbt..

Hye aweks sekalian. Dah kahwin? Belum? Dan jumpa calon? Kalau belum jumpa calon, apa ciri-ciri utama calon suami anda? Mestikah seorang graduan IPTA berkelulusan tinggi daripada anda? Yang mempunyai Degree, Master atau Phd? Adakah seseorang yang hanya mempunyai sijil SPM tidak layak dijadikan suami?

Aku ada menjalankan survey di facebook berkenaan persoalan ini. Aku tuju entry ini kepada semua ibubapa dan semua orang yang berfikiran sempit menindas lelaki yang tidak sama taraf pendidikan dengan bakal isteri secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakangnya.

Ramai yang beri pendapat supaya memilih pasangan yang setaraf. Antara sebabnya, jika tidak mempunyai kelulusan tinggi, seseorang itu tidak akan mempunyai masa depan yang cerah sekaligus tidak mempunyai kerjaya yang kukuh. Tidak akan mampu menyara anak bini kelak. Tapi, berapa ramai yang boleh jamin, dia tidak akan menganggur selepas grad nanti? Berapa ramai yang boleh mendapat kerja tetap dengan gaji lumayan? Tidak pernahkah terfikir, orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi boleh menjadi usahawan dengan membuka syarikat sendiri sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada orang yang mempunyai kelulusan Phd? Siapa bos sekarang?

Adakah yang tidak berkelulusan tinggi tu, semuanya bodoh, malas, tidak berilmu dan berfikiran sempit? Tidak pernahkah terfikir, mungkin dia mempunyai sebab tertentu tidak dapat sambung belajar? Mungkin dia miskin. Mungkin juga dia tersalah pilih course atau channel. Mungkin dia terlalu mengutamakan kehendak ibubapa yang terlalu ingin melihat dia memilih jurusan yang bukan minatnya dan akhirnya dia terkandas kerana tak mampu nak carry on? Jadi dia memilih alternatif lain seperti memilih bidang kemahiran dan kursus jangka pendek?

Apa tujuan sebenar anda masuk IPT? Adakah menggenggam ijazah semata-mata mahu mendapat kerjaya yang bagus? Berapa ramai yang benar-benar ikhlas menuntut ilmu? Ramai yang study semata-mata kerana exam. Hafal tanpa faham maksud pun ada. Lepas exam, kita enjoy! Merdeka! Habis hilang ilmu di dada. Habis lenyap apa yang dihafal. Kelulusan tersebut hanyalah pengiktirafan bertulis. Kalau betul-betul nak menuntut ilmu, tepi jalan pun boleh. Tiada kelulusan dengan tiada ilmu adalah sangat berbeza. So, tak boleh sukahati cakap semua yang tiada kelulusan tu bebal!

Ada kelulusan tinggi tapi tiada akhlak, tiada agama, tiada budi bahasa, tak ada gunanya juga. Yakinkah yang bijak pandai dengan ilmu dunia itu juga arif dalam ilmu akhirat? Golongan artis dan menteri pun banyak yang tinggi education mereka. Tapi? Adakah mereka praktikkan dalam kehidupan harian? Kelulusan bukan satu kemestian dalam mencari erti kebahagiaan. Semuanya berbalik pada taqwa dan iman untnk melayari erti kehidupan. Tetapi mempunyai ciri-ciri seperti kelayakan tinggi dan ilmu dunia dan lebih-lebih lagi akhirat adalah satu bonus kepada seseorang. Letaknya kebahagiaan hendaklah ada Islam, Iman, Amal. Semuanya berbalik pada Allah.

Memang! Biasanya kalau isteri mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami, egonya lebih tinggi. Kepada lelaki, jangan terlalu merasa rendah diri dan hina jika anda tidak setaraf dengan bakal isteri anda. Kita juga berhak memilih siapa bakal isteri kita. Carilah wanita yang mudah menerima teguran yang benar, sebab salah satu tanggungjawab isteri adalah mentaati suami. Adalah hina bagi seorang isteri yang merendah-rendahkan suami sedangkan mereka harus menyenangkan suaminya.

Jadi, tolong jangan pandang rendah terhadap golongan yang tidak mempunyai kelulusan. Anda tidak layak menindas mereka secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakang mereka apatah lagi menghina.

Kenapa aku mudah terasa dengan orang macam tu?
Sebab Ayah aku juga seorang yang tidak mempunyai kelulusan atas sebab kemiskinan. Manakala Mak aku pula berkelulusan tinggi dari luar negara. Ayah aku pernah dihina kerana dikatakan tidak setaraf dengan Mak aku. Tapi sekarang, Ayah aku berjaya buktikan yang beliau boleh berjaya lebih daripada orang berkelulusan tinggi dengan usaha dan semangatnya serta sokongan Mak aku. Aku salute ayah aku! Sebab aku pun bukannya seorang yang mempunyai kelulusan tinggi sangat.

*Ada pendapat tambahan, boleh tinggalkan di ruang komen.

SZ : Sory.. Aktiviti blogwalking agak terhad sekarang. Lambat sampai tu, jangan marah.. =)