Pages

Thursday, September 8, 2011

Tanda-Tanda Kritikal Anda Dah Wajib Kahwin

Salam... Ini adalah maklumat penting kepada semua umat manusia yang masih bujang. Jika anda mengalami salah satu daripada simptom-simptom di bawah, anda sememangnya berada pada tahap kritikal wajib kahwin. Heheh... Tapi aku rasa, semua yang bercouple tu memang dah wajib kahwin pun!


1. Rasa sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai kawan
Walaupun korang ada ramai member keliling pinggang, hati korang tetap terasa sunyi dan pilu. Gelak tawa dan jenaka member-member pun tak dapat mengubat hati yang kosong. Member yang tengok pun rasa sedih.

2. Kehidupan yang tidak terurus
Kehidupan korang sudah mula tak terurus. Keadaan bilik bersepah dan tidak kemas. Makan minum tak teratur. Nak masak, malas. Nak beli, jemu. Makan sorang-sorang tak selera. Pakaian pun tak teratur. Dengan perkahwinan saja yang akan menjadikan korang lebih bertanggungjawab mengurus kehidupan dengan lebih sistematik.

3. Hilang fokus terhadap kerjaya
Hilang fokus atau lemah tumpuan sebab asyik memikirkan soal pasangan dan masa depan yang belum pasti. Akibatnya, korang mudah hilang tumpuan dan prestasi kerja merosot. Ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang.

4. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Rasa cemburu bila melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Jeles bila tengok ramai yang bertunang dan berkahwin. Perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu. Rasa tertekan melihat kebahagiaan orang lain adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan.

5. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Bila korang pegang budak atau baby, terasa berat untuk melepaskannya. Bila korang tengok kanak-kanak, naluri keibuan atau kebapaan tu seolah-olah mendorong korang untuk mendukung, bermain, mengusik dan membelai manja mereka. Itulah petanda sudah tiba masanya korang bergelar ibu bapa dan memiliki keluarga sendiri.

6. Jiwa bergelora bila berhadapan dengan lawan jantina
Bila berhadapan dan bertentangan mata dengan seseorang yang berlawanan jantina, terasa jantung berdegup kencang. Jiwa mula bergelora bila melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata. Terasa macam nak terkam je.

7. Jatuh cinta pada seseorang
Korang sudah mula jatuh cinta pada seseorang. Korang juga sudah tahu apa ertinya makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Sememangnya itu fitrah manusia untuk minat dan suka pada seseorang. Bagi mengelakkan berlakunya maksiat, perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

8. Desakan hawa nafsu
Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, korang akan cepat tergoda dan teruja. Bau perfume yang dipakai pun sudah cukup untuk merangsang nafsu korang. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar.

9. Beronani
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Yakni memuaskan nafsu dengan tangan sendiri. Beronani adalah satu perbuatan yang haram di sisi Islam. Hukumnya berdosa besar.

10. Asyik sebut pasal kahwin
Kat blog korang asyik cerita pasal kahwin ja. Update status kat facebook pun, asyik-asyik pasal kahwin. Nampak bebenor ke'desperate'an korang nak berbini atau berlaki.

Amacam? Korang ada tanda-tanda di atas? Kalau ada, cepat-cepat la kahwin. Err.. Yang nombot 10 tu aku tuju khas buat diri aku. Hahaha... Bukti?




Rujukan :  facebookaans

SZ : Aku target tahun depan!

52 comments:

Myera Nyera said...

hahak untunglah dah ada calon ^^, semoga bahagia.

FaKArePa!n said...

bro, saya rasa saya pon dah termasuk golongan wajib kahwin dah ni.. haha

Unknown said...

yang num 10 tu memang aku perasan.haha

atiqsalleh said...

yeay! kenduri tahun depan.. hehe

Fariehan Ibrahim said...

no 5 tu dh ketara sgt dh..
pffttt! :P

untung larrr dh nk kawen..hehe ;D

amranaiman said...

nak kawin xdop duit gane? :P

khai artzfar said...

no 10 tu memang dah btul..haha..bila lagi... jgn lupa nnti ajak mkan nasi mnyak free..kekee

Anonymous said...

NO9 ? hahahaha ... perempuan la kot kena jaga2 no 9 ni

azwa amani said...

hoyeahhhh... ade org uruskan makan pakai, ade org takkan sunyi sepi lagi..ada org yg semangat nak pergi kerja lepas kawin.. untunglaaaa...

jgn lpe jemput amani makan nasi minyak huhu..

Unknown said...

wahhhh..dah nak kawen la ni! nice one~

cik heroin said...

saya target 6 tahun lagi. Wah! Tahniah =)

Shila said...

aku pun mcm dapat rasa raya tahun depan macam da tuka title..

kuat rasa raya tahun ni lah raya terakhir sebagai bujang.. sebak..

puiii~~

mana nk cekau boyfren sorang ni incek solihin???

Eeda said...

Tahniah ye SZ.. Semoga berjalan segalanya lancar :)

Khairi Fakhri said...

cewah! aku bau nasi minyak kat dalam blog ni wei! haha :D

Mss Ieza said...

no5 tu ketara sgt XD
tp no10 lg sgt ketara XD

Unknown said...

buat kenduri cuti umum ye...
boleh akak pi...
pi sat pun jadi la..kan???
hadiah gelas..ok tak??

y i e n said...

sy pon thn depan jugaq, hehehe~~

Mar said...

mmg perasan yg no 10 2,..:)haha,.mkn nasik minyak jgn lupa invite.

cik sakdi said...

samalah.yang bab num 10 tu, cume bezanya lom bercalon. hahah selamat pengantin baru. haha

Puan Nurussalwa said...

sah wajib kawen dah ni.

Pojiepooh Abdullah said...

#untunglaa dah ada calon ;p

Hazwan said...

mak x bagi bro =(

FarizAtie said...

rse klaka hahaha

dayah said...

eh jatuh cinta ngan admire tu benda sama ke eh ye ke?
smg target achieved SZ,

aku rasa num1-3 itu penyakitla bro

hikari said...

nanti sz kawen kne buat khas satu resepsi untuk bloggers..ramai yg nak pi nih..silap2 mau 2-3 bas dtg..ha3

sy nak kawen jugak tapi calon xde..kne sbar je la dulu..hu2

hikari said...

nanti sz kawen kne buat khas satu resepsi untuk bloggers..ramai yg nak pi nih..silap2 mau 2-3 bas dtg..ha3

sy nak kawen jugak tapi calon xde..kne sbar je la dulu..hu2

K said...

aku pon rasa cam dah wajib kawen jek, hikhik

RHI said...

kalau dah sampai macam tu sekali, siap update kat fb, dah parah ni, dah ada calon nikah je tak payah tunggu tahun depan hahaha

Aretikz said...

Ok.. kita bersaing siapa dulu bro.. har3x~

Anonymous said...

tak de orang nak....sedih kan...hii...

t kenduri jangan lupa jemput...

Muhammad Syahmi said...

byk da ada dlm diri nih...
cuma calon je belum jumpa...

lagi haru...

aniki said...

nasib bek aku takder simptom ni..hoyei...

Mun said...

hahaha..patut arr moon ada terbau nasi minyak je.. rupanyer.. nak tggu kenduri SZ laa nie.. hehe

Diana @ BKKC said...

kena tambah lagi satu: kalu diri dah mampu....

Solihin Zubir said...

@missSenget mana nk cekau boipren? psr malam byk kot.. haha..

Solihin Zubir said...

@diana : ok.. takmai jaga ye akak.. heheh.. gelas pun gelas lah.. sep bajet nk beli brg dapur.. ;-p

Solihin Zubir said...

@hidayahjamal jatuh cinta ngan admire? ntah.. kalau dua2 bleh angau, sama la.. haha..

Solihin Zubir said...

@hikari : haha.. yela tu berbijik bas bloggers nk dtg.. heheh.. skali jalan dhla.. biar sesak mjlis tu.. hehe..

Solihin Zubir said...

makaseh semua.. insyaAllah akan jemput.. jgn risau..
cuma doa smoga dipermudahkan sgala urusan ja.. =)

vendoline said...

klau umo dh lanjut..wajib kawin...hehe penuhi keperluan zahir batin

budak kacamata said...

kalo dh da tanda2 tp xd calon cmne plak..hahahaha..wahhh..naek pelamin la nanti ek..jgn lpe jemput..hahahaha

cik tehaa said...

oOOps! hahaha. mcm ada sikit je simptom ni. tapi kan, sy suka budak2 dr kecik lg, so mmg wajib kawen dr dulu laa.. haha.

ishiko said...

ni rujukan utk diri sendiri ke

najihah sahami said...

wahh..dahada calon eh. seronoknya!!!

adrinaqamarina said...

tulis untuk diri sendiri kah? heee.


sedikit terasa dengan entry ni. -.-'

Anonymous said...

untunglah da ahe calon.. heee =D

pikah yang baik said...

hahaha..adeh...lawak weyhh.samala kita target taun depan...

kaizen said...

kenduri jgn lupe jmpot ktorg yer....

fRaMe+LenSeS said...

amin2.. Nadh doakan ja la.. weee~~

elise said...

Semoga dapat isteri yg solehah..

Anonymous said...

awek takde,bini ape tah lagi...jadi no.9 is my fevret...bantal lah yg mangsa....

iyan shazlind said...

moga2 cepat jodoh sampai ;)