Pages

Sunday, December 19, 2010

Bergaduh Dengan Suami Pensyarah

Masa aku study kat sebuah private college dulu, ada seorang lecturer pompuan yang berketurunan Tengku. Dia ni macam kerek skit. Selalu bercerita dekat student beliau tentang ke'gangster'an suaminya. Walaupun aku bukan student dia, tapi housemate aku selalu bercerita kat aku tentang perangai lecturer tu. Asyik berbangga yang suami dia tu gangster, fighter, kabel besar, pernah bergaduh, berparang, berpedang samurai lah bagai. Aku bila dengar, rasa berbulu je. Macam la bagus sangat.

Nak dijadikan cerita, pada suatu petang aku dengan kawan aku masuk sebentar ke dalam kelas untuk ambil barang sebelum balik. Kebetulan ada lecturer pompuan tu. Kami bertiga. So, salah seorang dari kami je yang beri salam. Bila nak keluar je, lecturer pompuan tu panggil seorang kawan aku. Dia sound kenapa masuk tadi tak bagi salam. So, aku pun back-up la member aku tu. Aku explain kat lecturer tu. Kami bertiga, so wakilkan seorang dahla bagi salam. Aku explain dengan nada yang sangat sopan. Tiba-tiba je dia cakap kat aku, "Kamu jangan nak kurang ajar!'. Aikkk.. Aku terkejut la. Kenapa nak marah?

Lepas balik umah sewa, aku pun keluar la dengan kawan aku. Dia nak belanja McD. Dalam sejam kitorang melantak McD, kitorang pun balik. Sampai je kat umah sewa, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki naik kereta dengan motor depan umah sewa aku tu. Aku syak ni mesti geng-geng suami lecturer tu sebab lecturer tu pun datang jugak dengan suami dia. Dia datang nak hentak aku. Sebelum tu dia dah pergi gegar kat kolej, cari aku. Tapi aku dah balik masa tu.

Si isteri tu beria-ria mengadu kat suami dia yang aku biadap dengan dia tadi. Aku pun berhujah la dengan diorang mempertahankan diri aku. Aku tak bersalah. Takkan pasal bagi salam tu pun sampai nak jadi isu. Aku kalau orang biadap dengan aku, memang akan hilang rasa hormat aku kat dia. Memang aku bengang giler masa tu. Bila darah dah mendidih, aku akan jadi berani lain macam. Selamba je aku berloyar buruk dengan diorang. Sampai si suami tu ajak aku 'sparring' kat tengah jalan. Punyala tak puas hati kat aku. Dia ingat dia pakai t-shirt bertulis 'martial art' masa tu, ingat aku goyang. Ikutkan hati, nak je aku sahut cabaran dia bertumbuk. Tangan aku memang dah gigil nak 'shoot' muka laki dia tu. Walaupun aku ni takdela kuat macam Rasyid Sidek, tapi bila tahap kesabaran memuncak, apapun boleh jadi. Tapi, aku teruskan bersabar dan hormat dia.

Masa tu, memang ramai yang tengok. Tambahan pulak tu kawasan taman perumahan. Bagi mengelakkan keadaan semakin parah disebabkan isu bodoh, kawan aku suruh aku beralah dan minta maaf. So, bagi meredakan ketegangan yang memuncak tu, aku pun kendurkan ego aku untuk meminta maaf walaupun aku yakin aku tak bersalah. Mengalah tak semestinya kalah. Ye tak? Tapi lecturer pompuan tu still tak puas hati. Mungkin dia takkan puas hati selagi tak tengok aku kena hentak ngan laki dia. Huh! Ada jugak manusia macam tu?

Keesokan harinya, kecoh kat kolej pasal kes semalam. Pihak atasan pun panggil aku. Diorang pun faham dengan perangai lecturer pompuan tu sebab dia bekas student kolej tu dulu dan selalu jugak cetus masalah. Pihak atasan nasihatkan aku report polis. Aku tak nak. Aku cakap dah setel. Tapi diorang paksa jugak sebab itu adalah prosedur pihak kolej. Diorang takut apa-apa terjadi kat aku di luar. Aku pun terpaksa la report polis. Masa buat report, polis tu gelak je sebab kes bagi salam pun nak gaduh. Haha.. Sebab tu aku tak nak buat report. Isu terlalu remeh sampai nak kena jadi kes polis. So, sepanjang aku belajar kat situ, aku berada di bawah perlindungan polis. Hehe.. Adeyhhh...

**Nama kolej, lokasi kejadian, dan nama sebenar pensyarah terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan tidak mahu mengaibkan beliau. Cuma jadikan ini sebagai pengajaran.


Err.. Biadapkah aku? Atau wajarkah seorang pensyarah berkelakuan begitu?

sekadar gambar hiasan



SZ : Dia ingat dia ja ada kabel? Tak payah la nak taksub sangat!

Tuesday, December 7, 2010

1 Muharram 1408H, Tarikh Lahirku Dalam Bulan Islam

Salam Maal Hijrah 1432.. 1 Muharram merupakan detik permulaan perkiraan Tahun Islam Hijrah. 1 Muharram juga sebenarnya merupakan tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Jika mengikut kalendar Masihi, aku dilahirkan pada 25 Ogos 1987. Ini bermakna, aku mula melihat dunia pada hari Selasa, 25 Ogos 1987 bersamaan 1 Muharram 1408H. Kebetulan juga, Awal Muharram pada tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Jika mengikut kalendar Masihi, aku masih berumur 23 tahun. Tetapi, jikalau mengikut bulan Islam, hari ini genap umur aku 24 tahun. Semakin bertambah umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian. Walaupun begitu, kita wajib memohon agar dipanjangkan umur supaya kita dapat memperbanyakkan amalan kita serta lebih bersedia untuk menghadap Tuhan Rabbul Jalil di akhirat nanti. Alhamdulillah.. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Moga kesempatan ini akan digunakan sebaiknya oleh kita semua.

Sempena Tahun Baru Hijrah dan juga sempena hari ulang tahun kelahiranku yang jatuh pada 1 Muharram ini, aku berazam akan cuba sedaya upaya memperbaiki diriku ini. Berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik. Dan juga berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempermudahkan segala urusan hamba-Nya. InsyaAllah..

Macam mana aku boleh tahu tarikh lahir aku dalam bulan Islam? Kalau kira ikut converter kat internet tu, sebenarnya tak betul. Lari sehari. Mak aku yang bagitau bahawa aku dilahirkan ketika Awal Muharram. Terasa bertuah apabila dilahirkan pada Awal Muharram Tahun Baru Hijrah. Syukur..

Sanah Helwa! Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan buat diriku sendiri dan juga buat semua insan yang lahir pada 1 Muharram. Semoga kita semua dipanjangkan umur serta beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin..





SZ : Anda pula bagaimana? Ingat tak tarikh lahir dalam bulan Islam? =)

Tuesday, November 30, 2010

Kad Kahwin Kreatif Budak Sekolah

Sekarang ni musim cuti sekolah kan. Mesti banyak dapat kad jemputan ke kenduri kahwin. Ye tak? Dalam banyak-banyak kad jemputan kahwin, ada tak yang menarik perhatian korang? Maksud aku kad kahwin yang lain daripada yang lain. Unik dan kreatif. Ada?

Masa aku stay kat umah kawan aku kat KL 2 minggu lepas, aku ada tertarik dengan satu kad jemputan kahwin rakan sekerja kepada kawan aku tu. Sangat unik bagi aku. Pasangan tu pakai baju sekolah sebagai tema kad jemputan tu. Cantik! Kos dia pun takdela mahal sangat. Sekeping 0.80sen je. Jom kita try tengok gambar kad jemputan kahwin tu..





Amacam? Lain dari yang lain tak? Bagi aku unik la. Bagi korang, mungkin kad jemputan korang lagi sempoi kot. Hehe.. Kawan aku cakap, diorang bercinta dari zaman menengah lagi. Wah.. Bahagianya.. Tapi mesti lagi best kalau dapat kahwin dengan awek masa tadika. Lagi dasat kan. Hehe.. Apapun, semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu. Aminnn...

Korang plak? Bagi abang-abang serta kakak-kakak yang dah kahwin tu, camna design kad jemputan dulu? Yang belum kahwin, cadang nak design camne plak? Mesti ada kreativiti tersendiri kan. Aku? Aku biase-biase je kot. Fotostat pakai kertas A4 je.. Kampung punya.. Hahaha...


SZ : Kalau pakai baju tarzan ok tak?

Friday, November 5, 2010

Banjir Besar Di Kedah

Sebelum aku ke KL minggu lepas, keadaan di Kedah masih Darul Aman. Bila aku balik ja dari KL tadi, alangkah terkejutnya aku. Bagaikan lautan. Pagi tadi aku sampai kat stesen bas Shahab Perdana, Alor Star pada pukul 6pagi. Aku pun tak tahu bas tu ikut jalan mana coz aku tdow mampos. Sedar je dah sampai. Keadaan kat stesen bas tu nampak tenang je. Takde langsung tanda-tanda yang Kedah dilanda banjir. Aku pun tunggu la bas nak alik ke rumah aku kat Pokok Sena. Tunggu punya tunggu, bas tak menunjukkan langsung tanda-tanda enjinnya akan dihidupkan. Aku pun terpaksa la call ayah aku. Terpaksa menyusahkan ayah aku pagi-pagi Jumaat untuk datang jemput aku kat stesen bas.

Sejam kemudian, ayah aku pun tiba dengan Pajero Turbo beliau. Sejam? Biasanya lebih kurang 25minit dah sampai. Bila aku keluar je dari perkarangan stesen bas tersebut, alangkah terkejutnya aku. Jalan raya dilimpahi air. Banyak jalan-jalan utama terpaksa ditutup. Jalan alternatif yang dibuka pun kitorang terpaksa jugak redah walaupun dilimpahi air. Kebanyakan taman-taman perumahan di Kedah ditenggelami air. Kereta-kereta berderet tersusun di tepi-tepi jalan raya coz kawasan taman perumahan ditenggelami banjir. Aku terfikir, kalaulah ada insan bodoh yang sanggup mendajal atau mencuri kereta-kereta mangsa banjir yang terpaksa di'parking' di tepi jalan tu, memang laknat lah! Takdak hati perut.

Aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah aku. Merentasi jalan-jalan alternatif yang aku sendiri tak pernah lalu. Berselut! Sawah di kiri dan kanan jalan bagaikan lautan. Suasana kelihatan sangat darurat. Sadisnya. Kasihan kat mangsa-mangsa banjir. Bagaimana penderitaan yang mereka terpaksa lalui. Berapa kerugian yang terpaksa ditanggung. Aku bersyukur kerana rumah aku bukan kawasan banjir. Tetapi hanya berada di tengah-tengah antara kawasan banjir iaitu Kuala Nerang, Alor Star dan Jitra. Alhamdulillah.. Syukur.. Walaubagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar bencana alam ini kembali reda. Semoga banjir akan surut dengan secepat yang mungkin. InsyaAllah.. Amin..
Sawah padi bagaikan lautan



SZ : Sediakan Bot Sebelum Hujan!

Tuesday, October 19, 2010

35 Jahitan di Leher Adikku

Akibat daripada pembedahan di lehernya, adikku telah menerima 35 jahitan.. Adikku kini dilaporkan semakin stabil. Sekarang dia dah boleh bercakap walaupun suaranya agak serak sedikit. Makan pun dah semakin berselera. Nak pergi tandas pun dah boleh jalan sendiri guna kerusi roda. Kalau tak sebelum ni perlukan pertolongan orang ramai coz wayar berselirat di badan. Wayar-wayar pun dah mula dicabut satu persatu. Dah tak serabut sangat dah.

Tadi aku call dia. Aku boleh dengar la keserakan suara dia. Aku tanya sakit lagi tak leher tu? Dia cakap dah tak sakit sangat dah. Jahitan di leher beliau pun mungkin dah boleh dibuka pada hari esok atau lusa. Hari Jumaat ni dia dah dibenarkan keluar dari wad HUSM, Kubang Kerian. Ayah dan Mak aku akan bawa dia pulang ke rumah kami di Kedah. Dia dapat cuti sebulan. Dan cuti sebulan tersebut akan berlanjutan hingga cuti sekolah. Maknanya adik aku akan terlepas pengajian dan peperiksaan di sekolahnya di Kelantan iaitu Maahad Tahfiz Al-Manar. Tinggallah kembar dia seorang diri kat sana.

Kat bawah ni ada 2 keping gambar adikku.. Gambar ni adik perempuan aku MMS kat aku. Korang boleh nampak kan kesan jahitan di leher dia akibat pembedahan tu. Nampak agak ngeri dan menyakitkan. Aku tengok pun nampak sakit. Apatah lagi tuan empunya badan.



Syukur Alhamdulillah pembedahan tersebut berjaya. Walaupun lehernya mungkin akan berparut kekal, tetapi nyawa lebih penting. Semoga dia semakin tabah dan cekal menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Terima Kasih lagi aku ucapkan pada yang sudi memberi perhatian dan berdoa. Syukran Jazilan.



SZ : Sebelum tu aku nak bertanya. Adakah parut pembedahan akan kekal? Ada tak petua ataupun cara untuk hilangkan parut? Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman ataupun petua untuk dikongsikan tak?

Saturday, October 16, 2010

Kenangan Cinta Monyet

Apa itu Cinta Monyet? Kisah percintaan antara 2 ekor monyet kah? Atau bercinta dengan monyet? huhu.. Cinta Monyet bermaksud cinta budak sekolah. Korang ada pengalaman cinta monyet tak? Aku ada satu kenangan cinta monyet yang aku pernah alami masa sekolah rendah dulu. Aku pernah suka kat seorang anak cikgu kat sekolah aku. Wahh.. Baru sekolah rendah dah gatal. Gedik kan aku. hehe.. Itulah kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan seumur hidup aku. Bila terkenang je, mesti aku tersenyum sorang-sorang cam orang gila. Memang indah dah melucukan bagi aku.

Tahun 1996, masa tu aku darjah 3. Aku ada 'admire' kat sorang budak pompuan darjah satu. Mestilah pompuan kan. Tak kan lelaki. Gua straight beb.. haha.. Nama dia Alya (bukan nama sebenar). Dia comel sangat-sangat. Aku jatuh cinta pandang pertama kat dia. Aku rasa dia ni lain. Tiap kali waktu rehat, mesti aku ushar dia dari jauh. Tengok dia main kejar-kejar ngan budak sekelas dia. Tapi bila aku tengok dia kejar-kejar ngan budak lelaki, timbul satu perasaan cemburu dalam hati aku. Memang aku rasa jeles tak hingat punya. Aku ni dahla pemalu. Memang tak la aku nak pegi ngorat. Memang aku simpan lam hati jela perasaan aku tu. Alya ni sekelas ngan adik perempuan aku. Kebetulan diorang ni kawan baik. Tiap-tiap hari, balik je dari sekolah aku mesti tanya adik aku pasal Alya.

Masa aku darjah 4, nak dijadikan cerita, suatu hari aku lalu la kat depan kelas adik aku ngan kawan aku pada waktu rehat. Masa tu aku dah tahap dua. Diorang tahap 1. So, waktu rehat dah tak sama. Sambil lalu aku ushar la ke dalam kelas adik aku tu. Tercari-cari si Alya tu. Maklum la.. Rindu kata kan.. hehe.. Balik sekolah je, adik aku cerita yang Alya ada cakap sesuatu pasal aku. Alya cakap kat adik aku, "Yang pakai songkok tu abang awak ka? Hensem la". Waktu tu aku jadi pustakawan. Pustakawan kena pakai songkok. Wah.. Bila aku dengar je adik aku bagitau camtu, terus suar aku koyak. Kembang tak terkira la katakan. Terus dalam hati ada taman. Berbunga-bunga indah.. haha.. Gatai..

Lepas tu, mula la aku syok sindri. Aku fikir mesti dia pun syok kat aku jugak. Dia memuji kehenseman aku tu maknanya dia dah bagi 'green light' la tu. Memang aku perasan tak hingat la time tu. Lepas tu aku mula yakin skit. Aku meneruskan perjuangan aku untuk memenangi hati dia. Masa tu, majalah 'Ana Muslim' agak popular kat sekolah aku dulu. Tiap-tiap bulan aku beli, tak pernah miss.. Bila beli, dapat percuma satu buku nota kecik. Aku koyak sikit buku nota tu, aku tulis surat kat dia. Surat cinta beb! haha.. Ala.. Aku tulis simple je.. "Alya.. Saya suka kat awak". Pastu lukis 'love' skit siap ada anak panah cucuk 'love' tu.. And then, suruh budak passing. Guna posmen karat. Bukan tak gentle ok.. Cuma nak nampak lbey romantik.. Chewahh.. Padahal aku malu sebenarnya.. Bila sampai surat tu kat tangan dia, dia datang bawak geng macam nak serang aku ja. Aku apa lagi.. Kecut perut la.. Terus lari sembunyi kat dalam toilet.. Balik rumah, adik aku story sebenarnya diorang datang ramai-ramai coz nak balas 'nota cinta' aku tu. Perghh.. Siap angkat geng.. Segan la aku.. Aku ingat dia nak sound aku coz kecik-kecik dah gatal. Rupanya dia pon suka aku.. Ahaha.. Indahnya waktu itu..

Bila dah 'declare', maka bermulalah bibit-bibit percintaan kami. Chewah.. haha.. Masa tu, kalau ada budak sekelas dia yang kacau or usik dia, memang siap la kena ngan aku. Satu bangunan aku kejar. Waktu tu memang aku geram sangat-sangat kat 2 orang budak laki dalam kelas dia. Aku ingat lagi nama diorang. Syazwan ngan Azuan. (Harr.. Yang dua nie nama sebenar.. ;-p) Diorang ni muka boleh tahan gak la market. Rapat jugak ngan Alya tu. Aku pun secara otomatik rasa tergugat la kan. Masa kelas fardhu ain petang, aku pegi sound budak 2 ekor tu. Masa petang berani la coz Alya tu tak amek kelas fardhu ain petang kat sekolah tu. So, aku bebas tunjuk power n bajet bagus. Haha.. Siyot je kan.. Alya ni jugak ada adik lelaki darjah 1 pada masa tu. Tiap kali sebelum balik, aku pegi jumpa adik dia, aku rasuah gula-gula 2, 3 bijik or duit seposen, aku suh dia kem salam kat akak dia. Sampai camtu sekali..

Masa hari sukan, kebetulan aku Rumah Biru, sama ngan Alya. Aku ada berpakat ngan kawan-kawan aku, kitorang lumba lari. Tapi aku rasuah diorang supaya aku menang. Bila menang mesti la Alya kagum ngan aku kan.. hehe.. Begitulah pemikiran budak-budak masa tu. Dan aku paling suka kalau kawan-kawan gurau-gurau cakap aku nak kawen ngan Alya. Siap baling-baling rumput lagi kat kami. Seolah-olah merenjis-enjis dipilis.. huhu.. Waktu hari sukan tu lah, 1st time aku borak face to face ngan Alya. Balik rumah, tidur tak lena. Terbayang-bayang ja muka dia. Tiap-tiap pagi aku datang awal ke sekolah semata-mata nak tengok dia.

Alya ni anak cikgu sekolah aku tu jugak. Tapi ibu dia tak pernah mengajar aku pun. Masa aku darjah 6, Alya darjah 4.. Alya terpaksa berpindah ke sekolah berhampiran rumah dia. Tapi mak dia still stay mengajar kat sekolah aku. Ada suatu hari, dekat nak raya. Masa tu dalam makmal Sains. Tiba-tiba Cikgu Jasmin panggil aku ke depan. Cikgu tu garang. Aku cuak la jugak kan. Aku ingat aku ada buat salah ke hape. Rupa-rupanya dia nak bagi kad raya kat aku. Kad tu Alya yang bagi. Dia bagi melalui ibu dia, Ibu dia bagi kat Cikgu Jasmin. Sejak daripada hari itu, kalau aku terserempak or terselisih ngan ibu dia kat sekolah, mesti aku mengelak. Kalau nampak dari jauh, cepat-cepat aku lari dan sembunyi coz aku segan. Yela.. Dalam palotak aku waktu tu, kompom si ibu tu marah kat aku coz kecik-kecik dah ada hati nak bercinta ngan anak dia. Padahal sebenarnya ibu dia sporting giler. Aku je yang takut n pikir negatif.

Sejak dia pindah sekolah tu, kami lost contact. Aku rindu sangat-sangat kat dia. Bila aku pergi sekolah, aku mesti terkenangkan memori dengan Alya. Walaupun dah masuk sekolah menengah, bila lalu je depan sekolah tu, aku terbayangkan wajahnya. Aku pernah jugak cuba jejak kasih dia. Cari dia. Tulis surat. Tapi no respon. Aku terbayang jugak macammana la rupa dia skang ni agaknya. Masa zaman aku layan Friendster dulu pun, aku ada try search nama dia. Tapi tak jumpa. Tiba zaman Facebook pun aku still search nama dia. Tak jumpa.

Sehinggalah 3 Mei 2010, aku ada ternampak dia punya FB kat page 'Alumni Sek Keb Pokok Sena'. Aku terus add! Waktu tu memang aku happy giler. Teruja! Excited tak hingat! Giler kau. Setelah 12tahun terpisah, akhirnya aku jumpa jugak insan yang paling aku 'wanted' selama ini. Perasaan frust kena tinggal ngan awek pon hilang bila aku jumpa FB Alya ni. Muka dia memang maintain cam zaman kanak-kanak dulu. Sejak daripada hari tu, kami chat di FB, YM dan aku pun ayat mintak nombor tipon dia. Mula-mula dia jual mahal. Tapi last-last dia sendiri yang contact aku bila aku bagi nombor kat dia.

Sekarang kami sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak. Ok, yang tu tipu.. ;-p




SZ : Adakah Cinta Monyet akan bertukar menjadi Cinta Gorilla? Adakah ia sesuatu yang mustahil? Tentu unik kan seandainya itu berlaku. 1 dalam 1000..

Friday, October 15, 2010

Adikku Memberontak Tak Kenal Mak Ayah

Pagi tadi adikku dah sedar. Tapi bila dia sedar, dia memberontak. Dia tendang sana, tendang sini. Dia tak kenal orang disekeliling termasuk Mak dan Ayah aku. Dia terkejut melihat wayar-wayar berserabut di badan dan mahu mencabutnya. Mungkin apabila bius habis, dia terasa sangat sakit disebabkan banyak luka di bahagian dalam lehernya ketika pembedahan. Doktor terpaksa menyuntik ubat tidur bagi menenangkannya. Sekarang dia masih ditahan di ICU. Walaubagaimanapun, tekanan jantung dan darahnya dilaporkan stabil.

Aku sekarang berada di rumah kami di Kedah. Aku tiada di sisi adikku ketika ini. So, aku tak dapat berikan gambaran jelas mengenai keadaan adikku sekarang. Aku hanya mendapat gambaran melalui ibuku di telefon. Adikku dibedah di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Bagi yang tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi, anda boleh rujuk 2 link di bawah.

-Doakan Pembedahan Adikku Berjalan Lancar
-Pembedahan Berjaya! Syukur Alhamdulillah..

Mohon jasa baik kalian semua untuk terus berdoa bersama-sama agar adikku itu sembuh serta pulih seperti sediakala dengan secepat mungkin. Amin Ya Rabbal Alamin....


SZ : Bila aku tengok gambar dia, aku jadi sebak sangat-sangat.. Tak dapat kubayangkan kalau aku tengok tubuh badan dia berselirat dengan wayar-wayar..

Thursday, October 14, 2010

Pembedahan Berjaya! Syukur Alhamdulillah...

Hampir 11 jam proses pembedahan tersebut berlangsung. Melebihi jangkaan 8 jam kerana keadaan agak kritikal dan banyak ketumbuhan kanser yang perlu dibuang. Alhamdulillah.. Pukul 9mlm sebentar tadi, pembedahan tersebut berakhir dengan selamat. Keadaan jantung adikku dilaporkan stabil. Tapi beliau masih belum sedar dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Terlalu banyak luka di bahagian lehernya. Dan dia akan dimasukkan ke ICU sehingga keadaan dia benar-benar stabil.

Hari ini hampir seharian aku membaca Yassin, solat hajat, berpuasa dan berdoa dengan penuh linangan air mata agar Allah mempermudahkan segala urusan agar pembedahan berakhir dengan selamat. Aku juga berdoa agar Allah menyembuhkan segala penyakit adikku dan memohon Allah memanjangkan umurnya. Sesungguhnya aku belum bersedia untuk kehilangannya kerana terlalu banyak dosa aku kepada adikku yang masih belum tertebus. Aku bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan untuk aku mencurahkan kasih sayang aku sebagai seorang abang kepada semua adik-adikku. Sebak di dada, hanya Allah yang tahu. Aku benar-benar berterima kasih dan bersyukur pada-Mu Ya Allah.. Alhamdulillah..

Tidak lupa juga kepada semua ahli keluarga serta sanak saudara yang lain yang turut sama berdoa. Kepada rakan-rakan di alam blog ini, ribuan terima kasih aku ucapkan kerana sudi memberi kata-kata semangat dan doa di dalam entry yang lepas. Juga kepada rakan-rakanku di Facebook yang tidak putus-putus berdoa. Ada juga rakan-rakan yang sanggup buat bacaan Yassin dan solat hajat. Aku benar-benar terharu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Syukran Jazilan.. Dengan berkat doa kalian juga, pembedahan ini berjaya. Syukur Alhamdulillah! Terima Kasih Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Selepas berakhirnya pembedahan ini, aku harap adikku akan cepat sembuh seperti sediakala kembali. Akan tetapi, satu lagi penyakitnya iaitu sakit tulang belakang, harus juga diberi perhatian. Penyakit itu juga mungkin memerlukan lagi satu pembedahan dalam jangkamasa 2 atau 3 tahun lagi. Ya Allah.. Banyak sungguh penyakit yang engkau berikan pada adikku itu. Aku memohon pada-Mu, engkau ringankanlah penderitaannya Ya Allah. Aku tidak terdaya lagi melihat kesakitan yang terpaksa disembunyikan di sebalik wajahnya yang tenang itu Ya Allah... Mudah-mudahan setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.. Aminnn...

adikku bertongkat ketika hari raya 2 tahun lepas disebabkan kecederaan di kaki ketika beriadah di pantai


SZ : Sayangi dan berilah perhatian kepada ahli keluarga anda sentiasa.. Jangan tunggu sehingga mereka jatuh sakit dan berada di hujung nyawa baru anda hendak gelabah..

Tuesday, October 12, 2010

Doakan Pembedahan Leher Adikku Berjalan Lancar!

Doktor dah mengesahkan yang adik aku ada Kanser Thyroid, Papillary Carcinoma. Kes ini jarang-jarang sekali berlaku terhadap budak yang sebaya dengan dia. Dia sekarang berumur 16 tahun. Sel thyroid tersebut sangat hiperaktif. Ada lebih daripada lima ketulan dikesan. Doktor suggest supaya pembedahan segera dijalankan secepat yang mungkin.. Its about major surgery, about 8-10 hours.. He has to be physically and mentally fit, strong and ready to be operated. After surgery, kena buat radiotheraphy to make sure semua sel kanser are destroyed completely.

13 Oct 2010, iaitu Rabu besok, adik aku akan ditahan di wad HUSM, Kelantan. Dia akan dibedah pada hari Khamis, 14 Oct 2010, pukul 9pagi. Mak dan Ayah aku baru saja bertolak ke Kelantan pada petang tadi. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah di Kedah ni. Aku harap supaya pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Diharapkan juga ketumbuhan itu berjaya dibuang sebelum ia membesar. Semoga beliau selamat dan dipanjangkan umur. Kami sekeluarga pun dah buat majlis bacaan Yassin serta Solat Hajat pada minggu lepas. Justeru, aku mohon juga jasa baik kalian untuk mendoakan beliau.


Adik yang aku maksudkan tu adalah adik aku yang ke-5.. Kembar kepada adik aku yang ke-4.. Aku pernah posted entry mengenai kembar tu sebelum nie.. Entry bertajuk Bagaikan Kembar Empat. Adik aku yang nie memang banyak penyakit. Aku kesian sangat-sangat kat dia sebenarnya. Sakit tulang belakang dia pun belum sembuh, dah dapat penyakit thyroid ni plak. Sebelum ni kena batu karang, tapi dah setel dah. Dia sakit tulang belakang sejak lahir. Tapi bila dia berumur 14 tahun, baru penyakit tu dapat dikesan coz tulang tu semakin membengkok bila dia semakin membesar. Satu disc tulang belakang dia tiada sejak lahir. Disc yang ke3 dari bawah. Sekarang ni dia terpaksa pakai bengkung. Pembedahan tulang belakang tak pasti lagi akan dijalankan atau tidak coz doktor nak tengok perkembangannya dalam tempoh dua tahun lagi. Kalo bedah, kena gantikan besi sebagai disk palsu untuk menyokong tulang belakangnya. Tu pun risiko jugak tu.
disk tulang belakang adalah yang berwarna biru tersebut


Adik aku tu memang aktif bersukan. Kadang-kadang dia terlampau aktif sampai tak hiraukan kesakitan dia tu. Kami sekeluarga plak yang jadi risau. Lagi satu, dia ni memang seorang yang rajin menolong. Kalau kat rumah tu, dialah orang yang pertama akan menyahut kalau mak aku mintak tolong kat dapur. Aku harap sangat-sangat semoga Allah makbulkan doa kami sekeluarga supaya pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat. Inilah risiko anak kembar. Salah seorang mungkin akan mengalami masalah kesihatan. Aku harap setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ya Allah.. Makbulkanlah doa hambamu ini Ya Allah..



SZ : Walaupun aku bukan seorang abang yang baik, tapi hakikatnya aku terlalu sayangkan semua adik-adik aku.. T_T

Saturday, October 9, 2010

Bagaikan Kembar Empat

Setelah aku lihat blog seorang ibu kepada anak kembar tiga, aku terfikir nak cerita pengalaman aku mempunyai adik 'kembar empat'.. Aku memang ada adik yang dilahirkan kembar. Tapi kembar dua je. Kenapa aku cakap kembar empat? Sebab adik aku yang lagi dua orang tu hampir sebaya ngan si kembar tu. Beza setahun je.

adikku si kembar dua
Adik kembar aku tu lahir tahun 1994. Adik yang bawah si kembar tu, lahir tahun 1995. Kalau pergi mana-mana, mesti orang ingat diorang kembar tiga coz saiz badan yang sama. Yang lahir tahun 1995 tu memang badan dia cepat membesar pada masa tu. Tambahan pulak mak aku suka beli baju yang sama kat diorang bertiga. Lagi la nampak macam kembar bila pakai baju sama. Kadang-kadang tu si adik taknak pakai baju yang sama macam abang kembar dia. Dia cakap malu.. haha..

adikku bagaikan kembar tiga


Tahun 1997, keluar pulak yang bongsu. Maka cukuplah kuota 4 anak kembar lelaki. hehe.. Bila diorang berempat dah makin membesar, kemana sahaja diorang pergi, orang akan ingat diorang kembar empat pula. Diorang berempat membesar sebagai satu geng. Apa sahaja yang diorang buat, akan dilakukan secara berempat.

cukup kuota 4 kembar lelaki


Susah tak nak jaga anak kembar? Har.. Tanyalah mana-mana ibu yang pernah melahirkan anak kembar. Anak kembar ni lain macam sikit karenah dia. Aku sebagai abang sulung kepada adik-adik 'kembar empat' aku tu pun pening kepala nak handle diorang. Punyalah nakal. Tambahan pulak diorang berempat satu kepala walaupun selalu bergaduh. Suara ni dah tak larat nak terpekik terlolong melarang dan menegur perilaku diorang. Bukti kenakalan diorang ada terpahat kat kepala masing-masing. Semua pernah berjahit di kepala. haha.. Tapi seronok sebenarnya melihat telatah budak-budak kembar ni..

Sekarang ni, masing-masing dah sekolah menengah. Si Kembar sekarang ni belajar kat Maahad Tahfiz kat Kelantan. Dah Tingkatan 4 dah. Adik kepada kembar plak sedang menghadapi PMR. Si Bongsu plak tingkatan 1. Walaupun berbeza umur, saiz badan kami semua hampir sama. Semua tinggi lampai. Baka kami pun tinggi. hehe.. Owh yaa.. Aku ada 7 beradik.. Semua hero.. Cuma seorang ja heroin.. Jenuh la ayah aku nak wat kenduri nanti. Ramai hero.. hehe..

Nak tengok Si Kembar Tiga yang original tak? Korang boleh lawat blog Mama Kembar 3... Bila aku tengok blog tu, aku teringat kat adik-adik aku. Yela.. Masing-masing dah berjauhan. Bila aku selak-selak album gambar yang lama, rasa sebak pun ada. Rindu masa dulu-dulu. Nostalgia.

har.. yg nie bukan adik aku.. nie la kembar tiga original tu.. suka gambar nie.. comel kan..

SZ : Teringin anak kembar? Aku ada gen anak kembar.. Nak? haha.. ;-p

Tuesday, September 21, 2010

Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita



1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit wanita lebih halus.

4. Wanita lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat.

Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

SZ : Kaum lelaki, jangan marah.. Cubalah hargai wanita dengan sebaiknya ok.. =D

Wednesday, September 8, 2010

Kad Raya Di Ambang Kepupusan

Zaman dah berubah, dunia dah maju.. Budaya menghantar kad raya sempena Aidilfitri pun kian pupus ditelan arus zaman.. Kenapa jadi macam ni? Sebab orang sekarang dah makin malas dan kedekut.. haha.. Yela.. Cara moden, mudah n jimat ada, watpa nk pakai cara tradisional lg kan? Kalau nak ucap Selamat Hari Raya pakai kad raya, susah. Kos tinggi nak beli kad raya n setem.. Setem plak mahal skang nie.. Nak kena menulis lagi.. Nak kena pegi pejabat pos lagi.. Kalau nak kena hantar kt 20 orang? Tak ke naya? Tak ke membazir wang n tenaga? Lenguh tangan nak menulis weyh! Lagipun dah x banyak kedai yang jual kad raya skang nie..

Teringat gak zaman orang dok gila antaq kad raya dulu.. Aku ngan adik2 aku selalu lawan siapa yg paling banyak dapat kad raya tahun tu.. Biasanya adik pompuan aku la yg menang.. Yela.. Laki kan jenis susah skit nak wat benda alah nie.. nak beli2 kad raya n tulis2 la bagai.. huhu.. Tapi aku masih simpan lagi kad2 raya yang aku pnah dapat dulu.. Aku simpan sampai skang.. Kenangan tu woii.. Tapi agak terkilan la ada jugak kad2 yg hilang, koyak.. Nie suma adik2 aku punya pasal la.. Budak2 kecik lg time tu.. Pantang nampak kertas atau kad, mesti nak conteng or koyak.. Sekarang nie bila aku belek balik koleksi2 kad raya aku tu, tergelak aku sorang2 bila baca isinya.. Lawak! Ayat skema x hingat punya.. Siap pantun la bagai.. Pantun yg feymes, "Pecah kaca, Pecah gelas, Sudah baca, Harap balas!'. Hahaha..

antara koleksi Kad Raya yg aku masih simpan sampai sekarang...


Zaman sekarang dah moden. Semua orang mesti nk senang n jimat punya. Thats why la budaya antaq kad raya dah makin pupus. Sekarang nie orang pakai SMS je.. Senang.. Taip skit pantun 4, 5 kerat, then send to many.. Senang! Jimat pon jimat.. 5sen je 1 sms.. Mana nak dapat kad raya sekeping 5sen bai? Dah tu tak payah lenguh2 tangan nak mengarang.. Jimat dakwat pen.. haha.. Bley antaq kt 100orang pon xpa.. xde hal punya! Tapi slalunya line bz la kalo musim perayaan coz ramai sgt yg pakai SMS.. Masalah jugak tu.. hehe..

Tapi sekarang ada cara lg mudah! Lg sempoi.. Facebook! Yela.. Facebook kan dah jd 1 fenomena kt negara kita nie.. Bley dikatakan semua orang ada FB.. Sape xde FB tu dianggap kuno la.. Nak antaq ucapan Raya kt FB cmne? Lg senang.. Search je wallpaper ucapan raya kt google, then upload.. Kalo yg rajin, create sindri pakai adobe ke hape ke, then upload.. Dah upload, tag kawan2.. Kalo yg malas tahap gaban tu, update je status, "Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.."! Nah! bley wish kt 4000 orang kawan.. haha.. lg sempoi! Kos? Juz bayaq bil internet ja tiap2 bulan.. :D

Tahun nie aku dah xdpt lgsung kad raya.. Tak macam dulu dah.. hehe.. Tp aku skang nie still lagi memberi kad raya.. Tapi kat Mak n Ayah aku jela n sum1 spesel (kalo ada).. Biasanya aku bagi kt diorang pada pagi Hari Raya semasa sesi bermaaf-maafan tu.. Kasi Mak Ayah aku lagi terharu masa kitorang adik bradik bersalam-salaman tu.. Dapat la duit raya lbey skit.. hehe.. ;-p Nak bagi lagi menyentuh perasaan, create sindri kad raya tu.. Simple tp penuh makna.. =)

salah 1 kad raya yg aku create sendiri.. Nampak simple tp mengah jugak nk wat nie.. huhu..


SZ : Lama2 nnt posmen pon akan pupus la agaknya..

Pecah Kaca, Pecah Cermin.. Sudah Baca, Harap Komen.. haha.. :D

Wednesday, June 9, 2010

Akhirnya... Terhasillah sudah...




Assalamualaikum wbt!

Firstly, aku ingin memanjatkan jutaan syukur ke hadrat Illahi di atas kurnia-Nya yg memberi aku kekuatan fizikal & mental utk aku menghasilkan blog aku ini setelah sekian lama aku inginkan blog sendiri..

Sebenarnya dh lama aku ingin n cuba wat blog aku ni. Sebelum ni aku pnah try wat blog pada Jun 2007 lalu. Tp waktu tu aku x brapa nk terer lg bab2 nie.. x brapa nk taw n xbrapa nk amek taw.. blog 1st aku dlu mmg cikai giler sbb aku juz try test ja.. sekadar percubaan pertama.. hehe..

Akhirnya, tanggal 8 Jun 2010 berjaya gak aku wat blog nie.. Blog nie pon bru skrg aku mampu nk wat coz sblum nie aku blom ada komitmen nk wat suma nie.. InsyaAllah dgn adanya blog nie, aku akan sentiasa update blog aku nie supaya x basi n xkena virus.. hehe..

Kepada suma blogger, plz sapot me ok! Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong jolokkan.. hehehe.. Jasa kalian amatlah daku hargai...

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim... aku merasmikan BLOG aku ini..
Sekian...