Pages

Sunday, December 19, 2010

Bergaduh Dengan Suami Pensyarah

Masa aku study kat sebuah private college dulu, ada seorang lecturer pompuan yang berketurunan Tengku. Dia ni macam kerek skit. Selalu bercerita dekat student beliau tentang ke'gangster'an suaminya. Walaupun aku bukan student dia, tapi housemate aku selalu bercerita kat aku tentang perangai lecturer tu. Asyik berbangga yang suami dia tu gangster, fighter, kabel besar, pernah bergaduh, berparang, berpedang samurai lah bagai. Aku bila dengar, rasa berbulu je. Macam la bagus sangat.

Nak dijadikan cerita, pada suatu petang aku dengan kawan aku masuk sebentar ke dalam kelas untuk ambil barang sebelum balik. Kebetulan ada lecturer pompuan tu. Kami bertiga. So, salah seorang dari kami je yang beri salam. Bila nak keluar je, lecturer pompuan tu panggil seorang kawan aku. Dia sound kenapa masuk tadi tak bagi salam. So, aku pun back-up la member aku tu. Aku explain kat lecturer tu. Kami bertiga, so wakilkan seorang dahla bagi salam. Aku explain dengan nada yang sangat sopan. Tiba-tiba je dia cakap kat aku, "Kamu jangan nak kurang ajar!'. Aikkk.. Aku terkejut la. Kenapa nak marah?

Lepas balik umah sewa, aku pun keluar la dengan kawan aku. Dia nak belanja McD. Dalam sejam kitorang melantak McD, kitorang pun balik. Sampai je kat umah sewa, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki naik kereta dengan motor depan umah sewa aku tu. Aku syak ni mesti geng-geng suami lecturer tu sebab lecturer tu pun datang jugak dengan suami dia. Dia datang nak hentak aku. Sebelum tu dia dah pergi gegar kat kolej, cari aku. Tapi aku dah balik masa tu.

Si isteri tu beria-ria mengadu kat suami dia yang aku biadap dengan dia tadi. Aku pun berhujah la dengan diorang mempertahankan diri aku. Aku tak bersalah. Takkan pasal bagi salam tu pun sampai nak jadi isu. Aku kalau orang biadap dengan aku, memang akan hilang rasa hormat aku kat dia. Memang aku bengang giler masa tu. Bila darah dah mendidih, aku akan jadi berani lain macam. Selamba je aku berloyar buruk dengan diorang. Sampai si suami tu ajak aku 'sparring' kat tengah jalan. Punyala tak puas hati kat aku. Dia ingat dia pakai t-shirt bertulis 'martial art' masa tu, ingat aku goyang. Ikutkan hati, nak je aku sahut cabaran dia bertumbuk. Tangan aku memang dah gigil nak 'shoot' muka laki dia tu. Walaupun aku ni takdela kuat macam Rasyid Sidek, tapi bila tahap kesabaran memuncak, apapun boleh jadi. Tapi, aku teruskan bersabar dan hormat dia.

Masa tu, memang ramai yang tengok. Tambahan pulak tu kawasan taman perumahan. Bagi mengelakkan keadaan semakin parah disebabkan isu bodoh, kawan aku suruh aku beralah dan minta maaf. So, bagi meredakan ketegangan yang memuncak tu, aku pun kendurkan ego aku untuk meminta maaf walaupun aku yakin aku tak bersalah. Mengalah tak semestinya kalah. Ye tak? Tapi lecturer pompuan tu still tak puas hati. Mungkin dia takkan puas hati selagi tak tengok aku kena hentak ngan laki dia. Huh! Ada jugak manusia macam tu?

Keesokan harinya, kecoh kat kolej pasal kes semalam. Pihak atasan pun panggil aku. Diorang pun faham dengan perangai lecturer pompuan tu sebab dia bekas student kolej tu dulu dan selalu jugak cetus masalah. Pihak atasan nasihatkan aku report polis. Aku tak nak. Aku cakap dah setel. Tapi diorang paksa jugak sebab itu adalah prosedur pihak kolej. Diorang takut apa-apa terjadi kat aku di luar. Aku pun terpaksa la report polis. Masa buat report, polis tu gelak je sebab kes bagi salam pun nak gaduh. Haha.. Sebab tu aku tak nak buat report. Isu terlalu remeh sampai nak kena jadi kes polis. So, sepanjang aku belajar kat situ, aku berada di bawah perlindungan polis. Hehe.. Adeyhhh...

**Nama kolej, lokasi kejadian, dan nama sebenar pensyarah terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan tidak mahu mengaibkan beliau. Cuma jadikan ini sebagai pengajaran.


Err.. Biadapkah aku? Atau wajarkah seorang pensyarah berkelakuan begitu?

sekadar gambar hiasan



SZ : Dia ingat dia ja ada kabel? Tak payah la nak taksub sangat!

51 comments:

zaMir said...

ape sebenarnya tujuan dia jadi pensyarah ek???
macam2 orang zaman skarang nih..byk lagi benda yg boleh dibanggakan...tu jugak yg dia nak pilih....ad0yaii..

IZZ HAZWANI. said...

Ada jugak mcm ni eh?

akema yazid said...

haha..
psycho la lect kau solihin ooii..
aku rase lect kau tu nak tunjuk yang husband dia tu kuat sgt.. ;p

Unknown said...

pensyarah apa perangai macam tu..
tak layak la..
baik dia jadi penggali kubur je..
aduhai..
dapat suami suka bergaduh pun nak bangga..
bangang punye pompuan!!

Unknown said...

hek eleh..kerek punye pensyarah..dia ingat bleh jadi lecturer tu dh bagusla kan? bwekk..:P

Ahmad Kamil said...

salam..mantap entry..

shahjiehan said...

tu dia aih..akhir zaman .suma nk gaduh sana gaduh sini..dia lah hebat..dia lah jebat..

sabo je bro.

shahjiehan said...

tu dia aih..akhir zaman .suma nk gaduh sana gaduh sini..dia lah hebat..dia lah jebat..

sabo je bro.

Kalamhati said...

First time dgr kisah cemni..huhu ada jugak lecturer berperangai begini ek..nasib baik awak tak diapa2kan..

dgn org macam ni, beralah lebih baik. kalau dilayan kita lak yg darah tinggi kang..memang tak makan saman org cemni..rasa diri besar ngat

AzianKhalil said...

kakakkaa....kelakarnyer..isu bg salam pun sampai nak berparang parang...setengah masak betul la lecturer tu..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wawawawa...

macam tau ja kolej tu kat mana?

hakhak =P


TERKINI TIP: 5 CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN WANITA

CIK TOM said...

fuyoo ganasnya...ade jgk pmpn camtu..bangga ade suami cam gangster..kena pukul br tau..kesian adik solihin...

sekamar rindu said...

salam..

di zaman yang moden ini orang tak pandang semua tu..yg orang pandang ilmu yg ada pada diri seseorang tu..
kalau handal gengster tu tak kemana pun..

Zanans said...

sengal punye lecturer... nme je blajo tinggi2 tp akai letak tang lutut... geram gaks ni!

n.hasleena said...

Salam solihin...
Emmm...memang tak patutlah lect tu.. Itupun jadi isu ke...adoiiii. Akakpun dr kategori pendidik tapi alhamdulillah setakat nie takdelah saje2 cari kesalahan pelajar dengan isu2 remeh nie...macam2 ragam manusia kan.

MrShah53 said...

jentik je tlinga laki dia tu..konpom nanges!

Hanys Najib said...

title pensyarah yg langsung tak sesuai dgn dia. uish! siyes ada jgk manusia title pensyarah mcm ni? dah nama manusia..apa pon boleh jadi, ye dak? heh~~
;)

iniialahaku said...

gila sempoi..............bangang lcturer ~ops lyak ke???nk main kabel2 plak pasaipa..kes salam je pon..aku agk bengang ni..dia begong aku yg bengang

boaNN laaa! hahaha said...

haha awat hng x tepon ja membe2 kolej risda??? haha tu la,hng diam ja,ni bru hang ni cita noh,,,pandai hng simpan ek...xpa2...dh lepas,bguih gak...hihi

Cik Su Life Cycle said...

mengade nye pensyarah tu

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

peh ! sakit hati betul dgn pensyarah mcm tu.. bngge sgt dgn laki dia tu.. aku bace pon naik darah dgn dia..

Solihin Zubir said...

@boaNN laaa! hahaha : haha.. besa la boan.. aku kan jenis x suka kecoh2.. xkan xtaw aku..

nuriz said...

kisah benar ke ni? mcm drma tamil hehe, tapi apa pun pensyarah tu memang tak layak digelar pensyarah sebab kurang matang dan maybe ada wayar putus kot sebab tu dia jadi lagu tu hehe

Solihin Zubir said...

@nuriz : drama tamil? xkan kisah hidup sy mcm drama tamil kot? haha.. ;-p

cek chun said...

ada gak lecturer sengal camni yer. besa la. hero misti mengalah dulu. baru macho

:D

ctpayong said...

beri salam pun marah? pelik! next time kata vadaka
...baru padan muka

LynnAiza said...

mcm babak novel dah ha..
hmmm..yg boleh den ckp..psyrah itu tak matured ah!tah pape jeee..adess~

Miss AZ said...

ada jugak org cam tu..
tak sukanya.. nasib baik tak pernah jumpa pensyarah cm tu.. tp kwn i pernah.. kesian gila, tak bersalah pun terus fail subjek.. bila repeat pun fail juga sbb dpt pensyarah yg sama.. last2 tukar pensyarah terus dapat A..

Miss Yaty said...

hal mcm ni pun ada jgk ek...ish3..


p/s: nati nak kena buat entry jgk lah sebab awak dah folo yaty...hihii....

thanks ye >.<

sarah-najwan said...

ada jugak org berpendidikan berperangai gini...pelik kan..

apa2pun solihin..dlm apa jua situasi..kene elak dr bergaduh..jika boleh sabar..sabarlah dulu..

seb baik kamu tak jadi gaduh ek..

De' Nurul said...

hek eleh. bajet gila kot lecture tu. macam dia sorang ada laki. hahaha. eh, cool ah bawah perlindungan polis. mesti best! :D

Ale said...

salam ...hehe..err..tumpang lalu..btw, apa punya lecturer da..kalo anak murid kurang ajau biadab bukan main marah gik. Tapi sebab lecturer tu yg kurang ajor biadab..mengajar anak murid biadab..Sengal..mental la lecturer tu..huhu

Ain Zulaikha said...

Ya Allah.. gerenti lecturer tu pondan kan? hahaha mengong betul la lecturer tu, tah pape tah.. dia mmg nak bangga sangat.. harap2 lah cikgu kena cepuk.. arghhh geram.. perangai suami dia sama je dengan kawan saya selalu cakap ada kabel lah ape lah, anoyying.. argh.. hahahahhaa

HaN WarreN said...

perghhhh menyirap plak bila aku baca N3 hang ni.....memang patut pun hang g blasah jantan tu....kalo aku time tu memang dah berparang!!!

efa said...

eh...benda remeh cmtu pon nk gaduh?adess la...mcm tu pon ada yea..ish2..mcm2

cik ciput said...

kau tak biadap pun solihin, dan tak bersalah pon..lect tu yg xtau hukum agama..mcm mna la bole jadi lect?adoi la..

nad said...

Maunya tak, polis tu gelak
Salam punya hal pun nak gado2
Tapi oklah, dpt perlindungan polis
rasa macam anak raja pulak
bukan senang nak dapat tu
hehe

yott said...

yup2 mengalah tak ber erti kalah..

Selikat Coklat Berbicara said...

hebat sgt ke lect tu ? anak dia ade brape ?? puluhpuluh ade ??

solihin ,,,, ang sabar je na ?? hidup didunia ni .. lumrah kehidupan . huhu :)

Solihin Zubir said...

@Selikat Coklat Berbicara : masa kejadian, beliau sdg pregnant anak pertama.. hehe...

Mohamadazhan.com said...

haha, lawak pun ada, ada ka lectrer cmtu. adoi, buat hero pulak laki dia,nasib la hang tak shoot muka mamat tu.haha. nnti lahir anak kaki gengsterla tu.hehe

eiela said...

ape lah pensyarah tuh camtu. kalah budak-budak, nak mengadu bagai. bukan isu besar pun.

Latest Entri :
1) Blogger Yang Mengancam
2) Blog Giveaway dan Contest

Anonymous said...

huhu akak cukup ske tgk org nergaduh, org xkenal lah,,

ASET TETAP AMENO

Puteri said...

belagak gile pensyarah tu...
ke memang gile? sorry..

tapi memang tak patut la. dah la bukannya you all tak bagi salam

malah kalau ikut, bila seorang bertemu ramai, maka yang sorang itu yang digalakkan memberi salam kepada yang ramai.

belajar dan dilindungi polis? waaaah bagus2 :)

Ibu Hidayahamin said...

hehehehe.... sabar je le...

haryzkhairuddin said...

salam. senang ckp lecterer tu mesti perasan diva. igt dia hot gile. pastu bajet otai.
yg laki dia pulak boleh la ckp besar, bawak geng kot. try la dtg sorg2 je. baru tau langit tu tinggi ke rendah. lgpun dia x jmpe yg lg otai dari dia. klu x, mau dgn lecterer2 tu skali kne tibai.
ntah la..ape nk jadi dgn org2 camni.. haish..
tapi bile bace punca gaduh ni mau gelak guling2.. XD

Lovely Bella said...

ini olang pun ade ke.. adess!! poning!!

Solihin Zubir said...

ahahaha... mmg sgt memalukan...

aNdi.Hanin::حنين said...

pembawakan budak... heehee

Anonymous said...

siapakah kwn anda yg belanja mcD 2?
nak taw gak .hee

Annisa said...

haha. solihin, kesian pensyarah tu. kalau berani lawan la sendiri -___- tak perlu mengadu sana sini dengan suami ;) si suami pun satu, kalau hebat macam mana sekali pun, dengar dulu dua dua pihak. ish. ramai berat sebelah sekarang ni. ;)

kelakar cte ni. polis pun gelak gelak dah. whoa, aman hidup bawah perlindungan polis ;)

have a nice day.