Pages

Tuesday, December 7, 2010

1 Muharram 1408H, Tarikh Lahirku Dalam Bulan Islam

Salam Maal Hijrah 1432.. 1 Muharram merupakan detik permulaan perkiraan Tahun Islam Hijrah. 1 Muharram juga sebenarnya merupakan tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Jika mengikut kalendar Masihi, aku dilahirkan pada 25 Ogos 1987. Ini bermakna, aku mula melihat dunia pada hari Selasa, 25 Ogos 1987 bersamaan 1 Muharram 1408H. Kebetulan juga, Awal Muharram pada tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Jika mengikut kalendar Masihi, aku masih berumur 23 tahun. Tetapi, jikalau mengikut bulan Islam, hari ini genap umur aku 24 tahun. Semakin bertambah umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian. Walaupun begitu, kita wajib memohon agar dipanjangkan umur supaya kita dapat memperbanyakkan amalan kita serta lebih bersedia untuk menghadap Tuhan Rabbul Jalil di akhirat nanti. Alhamdulillah.. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Moga kesempatan ini akan digunakan sebaiknya oleh kita semua.

Sempena Tahun Baru Hijrah dan juga sempena hari ulang tahun kelahiranku yang jatuh pada 1 Muharram ini, aku berazam akan cuba sedaya upaya memperbaiki diriku ini. Berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik. Dan juga berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempermudahkan segala urusan hamba-Nya. InsyaAllah..

Macam mana aku boleh tahu tarikh lahir aku dalam bulan Islam? Kalau kira ikut converter kat internet tu, sebenarnya tak betul. Lari sehari. Mak aku yang bagitau bahawa aku dilahirkan ketika Awal Muharram. Terasa bertuah apabila dilahirkan pada Awal Muharram Tahun Baru Hijrah. Syukur..

Sanah Helwa! Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan buat diriku sendiri dan juga buat semua insan yang lahir pada 1 Muharram. Semoga kita semua dipanjangkan umur serta beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin..





SZ : Anda pula bagaimana? Ingat tak tarikh lahir dalam bulan Islam? =)

32 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam maal hijrah...

Shaofie said...

salam maal hijrah. jemputlah ke blog yea.
ade contest menarik. jomlah join!!!

Kalamhati said...

selamat hari lahir kali kedua..hehe..akak lupa dah akak punya tarikh lahir bulan Islam bia..ada akak catatkan..kena tgk balik..hehe

aresaliyana said...

Selamat Hari Lahir :)

Cik Su Life Cycle said...

sambut hari jadi lagi sekali la cam nie solihin..kan kan

De' Nurul said...

salam maal hijrah dan selamat ulangtahun kelahiran :)

semoga terus diberkati :)

CIK TOM said...

erk cik tom xtau la tarikh lahir dlm bulan islam..kena tanya mak ni..huhu

Anonymous said...

salam maal hijrah...jom berubah..dari baik kpd lebih baik..

TERBARU: Tokoh Maal Hijrah 1432 : Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

MENARIK: Ciri-Ciri Playstation Phone Terbaru

Jimie SC said...

salam maal hijrah bro..

bertuah ko dlahirkan awal muharram, tahniah2..ak tumpang gembira. mesti awal muharram sgt bmakna bg ko kn.. ;)

Salam Ulangtahun Kelahiran, semoga panjang umur & dmurahkan rezeki.

Alasan Biasa Bagi Pendedah Aurat & Jawapan Bagi Mereka

Solihin Zubir said...

terima kasih semua... :D

aDfeez said...

hahaha.. xtau lah.. tp xlama lg tahu lah!!! heee~ coming soon>..:D

oh baideway....

♪Happy Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday ToYou♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You ♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You♥ ♥ ♥ Happy Birthday To You....wish all happiness & great in urlife...:D ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

aDfeez said...

hahaha.. xtau lah.. tp xlama lg tahu lah!!! heee~ coming soon>..:D

oh baideway....

♪Happy Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday ToYou♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You ♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You♥ ♥ ♥ Happy Birthday To You....wish all happiness & great in urlife...:D ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

Zeanne said...

wah sanah helwah ! :D

SukaHatiAkulah said...

selamat hari lahir buat solihin...=D

sarah-najwan said...

selamat hari lahir dalam bulan Islam solihin..

salam maal hijrah jugak..

semoga semua perkara yang dihajati
akan tercapai...

mizzura said...

salam maal hijrah..erk lahir tahun 87? sebaya adik no 3 kita lah..teringat adik bongsu dulu lahir nisfu syaaban..nasib tak g nama ahmad nisfu..huhu..

Qaseh Dalia said...

salam maal hijrah solihin :)

NNZ said...

eh! sy ikut kalendar Islam, 2 Muharram 1412H! sok baru genap 20 tahun... XD

anyway, selamat hari lahir yg ke 24! :D

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah jug auntuk kamu Solihin. Saya ingat tarikh saya.

Selamat hari lahir juga ya ^_^

Solihin Zubir said...

hehe.. thanx semua...
semoga Allah turut memberkati kalian.. insyaAllah..

Ain Zulaikha said...

semoga solihin menjadi soleh sentiasa... amin...

FA.SA'A said...

selamat hari jadi ! aishh, cik laut tak tahu la besday cik laut dlm bulan islam =.='

Anonymous said...

salam utk kamu..
selamat u/tahun hari lahir..
salam maal hijrah..

Solihin Zubir said...

syukran jazilann.. :D

yott said...

HAPPY BESDAY SZ!!!

mg murah rezki, pnjng umur, sihat sentiasa, cepat kawen, cepat dpt anak k..;)

Unknown said...

selamat hari lahir..may ALLAH bless u always..

anak sedara MJ pun lahir awal muharram..
alif mahyuddin nama dia..

sorang lagi rosyafika aleeya tapi dia lahir masa hari asyura..

baguslah lahir pada tarikh penting orang islam, seluruh dunia ingat, seluruh dunia menyambut..

^_^

Hajar said...

kalo cam tu selamat hari lahirlah..rupanya kita sebaya ye..

Anonymous said...

,selamat hari lahir dan salam awal muharram

BRAIN DRAIN

mama hidayahamin said...

salam ma'al hijrah... dan selamat menyambut ulang tahun... ingatlah selalu bila tarikh birthday mu sampai, hidupmu di dunia pun semakin singkat... pepatah ada mengatakan:

Bila uban sudah bertabur,
Mata pula mulai kabur,
Kulit pula mulai kendur ,
Gigi pula mulai gugur,
Maka tunggulah masuk lubang kubur

Jangan marah solihin... nasihat untuk kita bersama...

Solihin Zubir said...

thanx semua.. :D

@hajar : alamak, nyesal panggil akak tadi.. haha..

@mama hidayah : tak marah aih.. watpa nk marah.. thanx di atas peringatan yg berguna tersebut.. :D

Anonymous said...

alamakkkkkkkkk aku xpenah lak cek....jahil tol la aku....adoii buat malu je....ok2 aku cek tarikh lahir aku dlm bulan islam huhuh

Anonymous said...

Salam..camne nk tau tarikh kelahiran 21 jan 1980 mengikut kalendar hijriah?