Bila korang tengah berbual-bual, pernah tak berdepan dengan situasi orang yang bercakap dengan nada kuat melebihi had sepatutnya? Padahal duduk sebelah-menyebelah saja. Orang kata, "cakap macam duduk sebatu". Kalau boleh, nak semua orang dengar apa yang dibualkan. Apa pendapat anda dengan orang macam ni?
Bila duduk berdekatan tu, cakap slow-slow ala kadar dah la. Bukannya kawan kita tu pekak ataupun sound trouble. Nanti, silap haribulan pecah pulak gegendang telinga dia dengar suara lantang kita tu. Lagipun, bila yang muda meninggi suara daripada yang tua, nampak macam kurang ajar. Silap-silap makan pelempang. Tambahan pulak kalau perempuan. Meninggi suara daripada lelaki kan tak elok. Suara kan aurat bagi perempuan.
Aku cukup pantang kalau orang cakap kuat-kuat macam duduk sebatu. Control la sikit volume tu. Aku bukannya pekak lagi. Ini sampai satu dewan dengar suara dia saja. Tak pasal-pasal semua mata memandang. Dan aku rasa orang yang cakap menengking ni adalah biadap dan sangat menyakitkan hati. Sory to say.

Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang. -Wasiat Imam Hassan Al-Banna
Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakitkan hati orang lain pula! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra' ada menyebut... Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.
SZ : Nak cakap menjerit, cakap dalam air!