Pages

Saturday, September 29, 2012

Gula-Gula Smartphone

Sana-sini sembang pasal Bajet 2013 yang dibentangkan Najib semalam. Isu yang paling mendapat perhatian adalah isu gula dan smartphone. Jadi, aku nak komen isu tu je. Owh yaa.. Sebelum ada yang melenting dan cakap aku tak bersyukur, aku nak tanya adakah aku sebagai rakyat tiada hak untuk memberikan pendapat dan komen? Lain orang, lain cara penerimaannya. Rileks sudah. Kita bincanggggg..

Gula

Tergelak melihat tajuk-tajuk berita yang menggunakan tajuk "Subsidi gula dikurangkan 20sen sekilo". Kenapa tidak terus straight to the point mengatakan "Harga gula naik 20sen sekilo"? Ada beza ok. Kaedah psikologi digunakan untuk mengelirukan sesetengah rakyat. Hasilnya, ada juga yang bersorak bila Najib mengumumkan subsidi gula dikurangkan 20sen sekilo. Tak faham apa itu subsidi la tu.

Alasan gula dinaikan kerana ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetes. Tapi, adakah pengeluar makanan dan minuman akan mengurangkan gula dalam produk mereka? Contohnya, kalau kuih tawar macam biskut mayat, siapa nak beli? Alamatnya harga naik la. Paling tidak pun, kuih akan semakin mengecil.

Lepas ni bolehla tempek gambar kaki pesakit diabetes kat setiap packet gula sebagai kempen kesedaran kurangkan pengambilan gula macam kat kotak rokok tu. Tapi, rokok harga mahal macamana sekalipun, letaklah gambar yang mengerikan macam mana sekalipun, tetap perokok tegar beli. Apatah lagi gula yang merupakan keperluan.


Smartphone

Rebat pembelian smartphone 3G sebanyak RM200 diberikan untuk belia berusia 21-30 tahun berpendapatan kurang RM2000. Sebanyak 300juta diperuntukkan untuk itu. Apa rasionalnya?

Smartphone bukanlah satu keperluan tetapi lebih kepada kehendak. Ada ke yang sanggup nak beli smartphone harga RM1-2K semata-mata nak dapat rebate RM200? Sepatutnya kerajaan galakkan belia jimat berbelanja, bukannya bermewah-mewah. Lagipun, kalau dah kemaruk sangat nak pakai smartphone, sekarang dah banyak yang murah dan mampu milik tanpa perlu rebate pun. Eh, ada tak smartphone harga RM200? Boleh dapat free. lol.

Jangan diorang deal dengan pengedar smartphone untuk letak harga RM200 lebih daripada harga semasa dahla. Contohnya, letak harga RM1000. Lepas tolak rebate, jadi RM800. Walhal sama saja harga tu kalau kita nego. Rebate RM200 hanya untuk mengaburkan mata belia. Tup tup tiba-tiba nanti deal pulak dengan mana-mana pengeluar smartphone untuk jadi pengedar tunggal, kemudian letak jenama 1Malaysia macam netbook yang tak berkualiti tu. Hancur la..

Kalau benar nak tolong belia, lebih baik rendahkan nilai prepaid dan kadar panggilan. Baru jimat bil harian. Ini aku baru topap RM10 semalam, 2 hari dah kong. Padahal tak guna sangat pun. Ntah celah mana diorang sedut caj-caj tersembunyi tu. Dan aku rasa golongan belia berusia 21-30 tahun macam aku ni lebih memerlukan harga rumah dan kereta mampu milik. Bagi yang masih belajar, mungkin perlukan pendidikan percuma. Tapi, kalau dah susah sangat, manfaatkan saja 300juta tu untuk subsidi gula. Lainlah kalau smartphone tu boleh menghasilkan gula setiap kali direndam dalam air.



Masyarakat sedang sakit dengan masalah sosial, masalah ekonomi, masalah iman dan berbagai lagi masalah. Yang mereka perlukan ialah ubat bukannya gula-gula. Ubat yang paling berkesan untuk masyarakat kembali sihat ialah ISLAM. -ilmi-islam.com

p/s : Owh ya.. Kepada yang asyik nak cakap, "tak reti bersyukur dengan kerajaan tu", eloklah merajinkan diri untuk baca ni... Pak Menteri, Tolong Ajarkan Saya Erti Kesyukuran!



SZ : Macam aku cakap semalam, ada baiknya jika ada bajet untuk Maahad Tahfiz.

Saturday, September 22, 2012

Diana Amir Bertunang Dengan Kawan Sekolah Aku?

Tadi aku ternampak ex-schoolmate aku, Taufik Naim share satu gambar kat dalam group facebook sekolah aku dulu, Maktab Mahmud Batch 00-04. Gambar Diana Amir bersama tunang beliau yang juga merupakan ex-schoolmate merangkap ex-classmate aku? Biaq betoi? Mulanya aku ingatkan depa ni saja main-main gambar photoshop. Maklumlah aku mana nak layan rancangan hiburan macam Melodi dan Galaksi segala tu. Rupa-rupanya memang betul sebab banyak blog-blog hiburan dah mula sebarkan gambar tersebut.

Gila! Sekali lagi aku terpinga-pinga macam tak percaya. Hoi! Kawan sekolah aku! Hahaha.. Takdak angin, takdak ribut, dah bertunang dengan retis. Tapi, baguih la sebab merahsiakan pertunangan. Sebab memang itu yang digalakkan dalam Islam. Tapi kalau dah nama retis, sembunyi macam mana pun wartawan korek jugak sampai dapat.


Menurut laporan blog-blog hiburan yang suka buat palatau, tunang Diana Amir merupakan seorang ustaz. Mungkin sebab depa tengok dia pakai kopiah putih, terus cop kata ustaz. Sebenarnya dia merupakan seorang lecturer. Tapi, kira boleh jugaklah dianggap Ustaz sebab ada latar belakang agama yang baik. Belajar pulak kat antara sekolah agama yang elit kat Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star. Sekolah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti pasangan suami isteri pengacara Semanis Kurma, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor iaitu bekas Presiden PAS dan ulama yang disegani serta ramai lagi nama yang tak tersebut. Cewah! Up saham membe-membe..

Siapakah nama penuh tunang Diana Amir merangkap kawan sekolah aku ni? Haha.. Biarlah rahsia. Cukuplah sikit-sikit. Privacy orang kena jaga. Yang mana tau tu, tau la. Nak dedah lebih-lebih, tak elok pulak memandangkan diorang baru saja mengikat tali pertunangan, belum lagi nak kenduri kahwin. Tunggu jelah Abg Roti Kaya dengan Abg Nara hangpa tu bukak fail siasatan. Nak tau jugak, pandai-pandai la hangpa rasuah aku. lol.

Yang aku boleh bagitau, tunang Diana Amir ni ada saudara kembar. Adik kembar dia model, pernah jadi duta produk dan dok berkawan jugak dengan golongan retis ni. So, potensi untuk si abang mendapat jodoh retis tu ada. So, tak menghairankan sangat sebenarnya. Benar, artis juga manusia biasa yang tidak perlu dikecohkan dan dipelikkan pun sebenarnya. Tapi, sudah lumrah dunia bahawa yang popular itu akan mendapat perhatian ramai.

Kat bawah ni ada gambar aku dengan si kembar ni masa form 3, lepas PMR. Bukti beb. Bukti. Waktu ni la nak tumpang populariti pun. Untung-untung, dapat edjas Neelofa ka, Rosnah Mat Aris ka. Tarbiah bagi insaf sikit. Heheh.. Tiz Zaqyah dah dapat dulu. Kah3.. K, lawak ja. K, tak lawak. K, bye..

Si kembar yang dalam bulatan merah tu. Habib yang duduk tu. Adik kembar beliau yang diri tu..
Aku? Cari la sendiri.. Terer teka la..

Inilah yang dikatakan jodoh kuasa Allah. Kadang-kadang Allah swt dah atur jodoh kita semua tanpa kita semua jangka pun siapa dia sebenarnya jodoh kita. Hingga kita sendiri pun rasa macam tak percaya.

Tahniah Diana Amir! Tahniah kawan saya, Habib! Ehh.. terbagitau nama pulak.. Alaa. Dah kecoh pun kan nama dia Habib. Doakan saja yang terbaik buat mereka. Semoga kekal bahagia dunia akhirat. Amin!




SZ : Aku pulak nak pilih retis mana? *selak katalog majalah Mangga* LOL

Wednesday, September 5, 2012

Tak Sepadan Langsung Pasangan Suami Isteri Tu!

Antara soalan yang biasanya diajukan berkenaan pasangannya jika seseorang tu baru berkahwin ataupun baru dapat pakwe/awek baru ialah "Cun tak?". "Hensem tak?".

Cun ke tak bini dia? Perlukah tanya soalan bini dia cun ke tak? Kalau memang cun, boleh la aku jawab dengan jujur. Tapi, kalau bini dia muka tak seberapa, takkan aku nak straight to da point cakap dia huduh? Bukankah aku dah dikira menghina ciptaan Allah?

Agaknya dah jadi lumrah antara kita suka bertanya dan membandingkan pasangan seseorang. Antara contoh-contoh lain..

1. Kenapa suami hensem, isteri tak lawa? Kenapa isteri lawa, suami huduh?
2. Lelaki tinggi macam galah, kenapa pilih bini yang pendek macam ayam katik? Bini tinggi, kenapa pilih lelaki yang lebih rendah dari dia?
3. Macamana lelaki yang tough macam tu boleh suka pompuan kolestrol macam dia? Pompuan tu body cantik, tapi kenapa pilih lelaki gemuk macam badak air?
4. Anak dara kahwin dengan duda tua bangka? Eurghhh.. Anak teruna kahwin dengan janda anak 18? Eurghhh jugakkk.
5. Suami hitam macam juboq belanga. Macam manalah bini dia yang putih melepak tu boleh berkenan.
6. Suami alim, isteri tak senonoh. Isteri ustazah, tapi suami kaki betina.

Dan macam-macam lagilah yang kita biasa dengar berkenaan perbandingan pasangan yang dianggap enggak cocok ni. Sehingga timbullah pelbagai andaian buruk. Kononnya kahwin sebab nak kikis harta semata-mata, kena calit minyak senyonyong, pakai bomoh dan lain-lain lagi.


Perlu diingat, citarasa dan pemikiran manusia ni tak sama. Mungkin yang alim nak bimbing pasangannya yang kurang baik tu. Mungkin dia bukan terpikat pada rupa paras, tapi pada akhlaknya, Terpikat pada budi, bukan body. Mungkin dia suka yang badan gemuk sebab sedap nak peluk. Suka pasangan yang tua maybe sebab dia lebih matang dan penuh pengalaman. Suka yang kecik genit mungkin sebab senang nak dukung atau lambung. Owh yeahhh.. Hodoh di mata kita, tapi cantik di mata pasangannya.

Nampak tak permainannya di situ? Nafsu masing-masing la kan. Dia punya teman sekatil, lantak dia la nak yang macam mana pun. Siapa kita nak pertikaikannya? Itupun jika kahwin berkiblatkan nafsu la. Yang selalu timbulkan perbandingan macam tu, kahwin sebab nafsu semata lettewww..

Senang cerita, dah tertulis tu jodoh dia. Allah dah tentukan sejak azali. Kita tak payahla nak komplen. Dah jadi mengumpat dan fitnah pulak. Doakan sahaja yang terbaik buat pasangan itu. Bukannya menjadi juri mengkritik pasangan orang lain.

Kecantikan dunia ni tak kekal. Selak kulit muka, nampak tengkorak jugak. Lawa kat dunia ni, kalau masuk neraka, huduh jugak. Kalau kat dunia ni muka hang buruk macam mana sekalipun, masuk syurga nanti, kompom hensem lawa tak hingat punya. Kita yang lelaki ni kena kejar bidadari kat syurga sana. Yang pompuan pulak kena berusaha jadi ketua bidadari kat syurga nanti.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” (At-Tirmizi)


Rujukan : webblog.myjodoh.net




SZ : Jangan komplen sapa bini aku nanti.