Pages

Saturday, September 29, 2012

Gula-Gula Smartphone

Sana-sini sembang pasal Bajet 2013 yang dibentangkan Najib semalam. Isu yang paling mendapat perhatian adalah isu gula dan smartphone. Jadi, aku nak komen isu tu je. Owh yaa.. Sebelum ada yang melenting dan cakap aku tak bersyukur, aku nak tanya adakah aku sebagai rakyat tiada hak untuk memberikan pendapat dan komen? Lain orang, lain cara penerimaannya. Rileks sudah. Kita bincanggggg..

Gula

Tergelak melihat tajuk-tajuk berita yang menggunakan tajuk "Subsidi gula dikurangkan 20sen sekilo". Kenapa tidak terus straight to the point mengatakan "Harga gula naik 20sen sekilo"? Ada beza ok. Kaedah psikologi digunakan untuk mengelirukan sesetengah rakyat. Hasilnya, ada juga yang bersorak bila Najib mengumumkan subsidi gula dikurangkan 20sen sekilo. Tak faham apa itu subsidi la tu.

Alasan gula dinaikan kerana ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetes. Tapi, adakah pengeluar makanan dan minuman akan mengurangkan gula dalam produk mereka? Contohnya, kalau kuih tawar macam biskut mayat, siapa nak beli? Alamatnya harga naik la. Paling tidak pun, kuih akan semakin mengecil.

Lepas ni bolehla tempek gambar kaki pesakit diabetes kat setiap packet gula sebagai kempen kesedaran kurangkan pengambilan gula macam kat kotak rokok tu. Tapi, rokok harga mahal macamana sekalipun, letaklah gambar yang mengerikan macam mana sekalipun, tetap perokok tegar beli. Apatah lagi gula yang merupakan keperluan.


Smartphone

Rebat pembelian smartphone 3G sebanyak RM200 diberikan untuk belia berusia 21-30 tahun berpendapatan kurang RM2000. Sebanyak 300juta diperuntukkan untuk itu. Apa rasionalnya?

Smartphone bukanlah satu keperluan tetapi lebih kepada kehendak. Ada ke yang sanggup nak beli smartphone harga RM1-2K semata-mata nak dapat rebate RM200? Sepatutnya kerajaan galakkan belia jimat berbelanja, bukannya bermewah-mewah. Lagipun, kalau dah kemaruk sangat nak pakai smartphone, sekarang dah banyak yang murah dan mampu milik tanpa perlu rebate pun. Eh, ada tak smartphone harga RM200? Boleh dapat free. lol.

Jangan diorang deal dengan pengedar smartphone untuk letak harga RM200 lebih daripada harga semasa dahla. Contohnya, letak harga RM1000. Lepas tolak rebate, jadi RM800. Walhal sama saja harga tu kalau kita nego. Rebate RM200 hanya untuk mengaburkan mata belia. Tup tup tiba-tiba nanti deal pulak dengan mana-mana pengeluar smartphone untuk jadi pengedar tunggal, kemudian letak jenama 1Malaysia macam netbook yang tak berkualiti tu. Hancur la..

Kalau benar nak tolong belia, lebih baik rendahkan nilai prepaid dan kadar panggilan. Baru jimat bil harian. Ini aku baru topap RM10 semalam, 2 hari dah kong. Padahal tak guna sangat pun. Ntah celah mana diorang sedut caj-caj tersembunyi tu. Dan aku rasa golongan belia berusia 21-30 tahun macam aku ni lebih memerlukan harga rumah dan kereta mampu milik. Bagi yang masih belajar, mungkin perlukan pendidikan percuma. Tapi, kalau dah susah sangat, manfaatkan saja 300juta tu untuk subsidi gula. Lainlah kalau smartphone tu boleh menghasilkan gula setiap kali direndam dalam air.



Masyarakat sedang sakit dengan masalah sosial, masalah ekonomi, masalah iman dan berbagai lagi masalah. Yang mereka perlukan ialah ubat bukannya gula-gula. Ubat yang paling berkesan untuk masyarakat kembali sihat ialah ISLAM. -ilmi-islam.com

p/s : Owh ya.. Kepada yang asyik nak cakap, "tak reti bersyukur dengan kerajaan tu", eloklah merajinkan diri untuk baca ni... Pak Menteri, Tolong Ajarkan Saya Erti Kesyukuran!



SZ : Macam aku cakap semalam, ada baiknya jika ada bajet untuk Maahad Tahfiz.

22 comments:

Shiqin Sunshine said...

<<< terasa diri ini macam talam dua muka lak...sbb smalam like status org kata tak bersyukur tu...huhu

skunk bila pk balik, yela kita ade hak demi kepentingan kita dan seluruh masyarakat... ;) thanx SZ

pena rozie said...

Setuju... X de pedahnyer pakai smartphone ni kalau utang setinggi bgn 7 tingkat.

pena rozie said...

Setuju sgt. Tak de pedahnyer para remaja nak pakai smartphone ni. Biar utang belajar abis dulu....

sephia sophia said...

setuju jugak. x kisah la br1m ke, rebat rm200 ke, sekelip mata je abes tu...

cuba buat something yg memudahkan rakyat tuk sepanjang tahun, bukan mudah tuk seminggu je..

dr 'afifah said...

nk like bnyk kali post ni~

mmg sepatutnya org dewasa mengajar kami yg muda mudi ni utk berjimat-cermat, bukan manjakan kami smpai jadi mengada2..

kita ada bnyk lg keperluan yg kena diutamakn..smartphone tu da keja nnt bole beli~lg berbaloi kot~

beckhrooy said...

bagi free pun ok jugak

Iaryylr said...

gula-gula beracun nampaknya :)

cikguNae said...

Assalamualaikum,
setuju dengan kamu...

An Najwa said...

betul3x...sokong 100%..smartphone?errr rasa ada benda lain yg lebih penting..

Unknown said...

siyes tak tgk pon pembentangan tu

bizi berborak

tapi skongla awak solihin

ade betulnye. sy memerlukan tepon je. xmo smart2 pon

bukan nk dpt apepon

lainla kete, ley gak jejalan

Kira Sakura said...

tak tengok bajet pasal terlupa..

skang kan belia byk terpesong dengan duniawi nie mungkin itu cara nak 'mendekati' golongan tue tapi mereka lupa yang lebih ramai belia yg dah mampu berfikir.

Nor Abdullah said...

Assalamualikum solihin..|kaknor baca pun geram bila isu BRIM terbaru ni..pasal semakpon tu..
Allah..sedih kasihan tengok cara mereka menjual minda anak muda mcm ni..

Rebat 200 tu. kalau buat benda lain..salur pada umah kebajikan ke.. umah anak-anak yatin. badan2 yang memerlukan lebih baik asenya..Allah. Allah.. sedih sedih. sedih!!!

Nor Abdullah said...

pakai smartpon.. tapi akal tak smart langsung.. ..tak guna juga..

Nor Abdullah said...

pakai smartpon.. tapi akal tak smart langsung.. ..tak guna juga..

Yuni Aisyah said...

smartphone bkn satu keperluan jd x seharusnya dibentangkan dlm bajet...bkn itu yg rakyat mahu....

AzianKhalil said...

drpd rebat smartphone...baik bagi bekalkan wifi percuma ke seantero alam..ade gak pekdah..ade smartfon takde prepaid...bil post paid tak bayar...takde wifi free tak guna gak..pastu nampak sgt mengula-gulakan golongan itu...

Anonymous said...

Dari bagi rm200 rebat ni,baik bagi kerja. Ape daa.. Bukan tak bersyukur.. Tapi berwaspada.. Dorang ni lupa ke banyak kes jadi bkn2 guna fon canggih2 ni.. Agak2 la nk amik hati belia pn.. Nk amik hati,bagi kerja..teluskan SPA tu..baru la boleh sayang..

kindergartenlibrary said...

smart jugak :P

lama da nelly tak jenguk sini !

:)

Sya_Merpati Putih 88 said...

pasal harga gula tue naik 20sen, hurm..sy masih ok lagi..

Tapi....

disini agak musykil, bukankah lebih baik budget khas bantuan smartphone tue diguna utk majukan sekolah2 agama seluruh malaysia..? bukan ke zaman sekrang nie banyak anak muda yg hanyut..? jadi pendidikan rohani jalan penyelesaiannya bukannya smartphone..=,="

syarih said...

apa yang belia boleh lakukan dengan smartphone tu ye?

fazdlie said...

Rebet RM200 untuk handphone ni pada pendapat saya, tidak sepatutnya diberikan.. adalah lebih baik beri rebet RM200 untuk kurangkan hutang kereta ke, kad kredit ke.. tak pun rebet bil air ke TNB ke astro ke.. dalam erti kata lain berilah rebet pada "komitmen bulanan" kepada pengguna.

Rebet RM200 untuk 1.5 juta orang sama nilainya RM300 juta! Cukup banyak kalau dapat turunkan harga minyak atau benda-benda keperluan lain...

Anonymous said...

sgt setuju rebat ni hanya gula2 nk tarik perhatian belia... xde beza pn ada rebat 200.. contoh ... sy tnya hp sony xperia neo L kt kedai yg leh claim rebat .. rege hp tu tnpa guna rebat rm600 tp klu guna rebat rege hp tu jadi rm699. so kena bayar 499 harga telefon belum termasuk harga memori card. bila d tnya katanya kerajaan tetapkan camtu.. masih muskil dan sedang mencari jawapan ... sape yg main wayang sekarang.. tokey kedai atau kerajaan atau kedua duanya sekali....