Pages

Sunday, July 31, 2011

4 Alasan Basi Orang Yang Ponteng Puasa

Bila tiba bulan Ramadhan, semua umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Tetapi, ada jugak makhluk-makhluk yang malas berpuasa. Mereka menipu dengan memberi pelbagai alasan.

Apa alasan yang biasa digunakan oleh makhluk-makhluk yang malas puasa ni?

1. Gastrik
-Penyakit yang paling popular apabila Ramadhan menjelma. Asal masuk bulan puasa ja, gastrik. Asal gastrik ja, masuk bulan puasa. Kalau benar-benar sakit, takpela. Ini yang pura-pura sakit.

2. Datang Bulan
-Ini pulak golongan wanita atau pengkid yang malas puasa selalu guna. Kalau betul datang bulan, memang la haram puasa. Ini sampai sebulan haid, apa cita? Jangan ada lelaki yang menyamar jadi nyah semata-mata nak pakai alasan ni dahla. Heheh..

3. Tak Sengaja / Terlupa
-Tengah sedap melantak sampai separuh kenyang, kantoi orang nampak. Maka alasan terlupa digunapakai. Kalau hari pertama puasa, mungkin boleh diterima. Tapi kalau hari-hari terlupa, memang nak kena operate saraf otak tu.

4. Lupa niat
-Kalau terlupa niat tanpa sengaja, wajib niat dengan serta merta apabila teringat dan teruskan berpuasa. Bukannya terus mentekedarah. Kalau hari-hari lupa, kepala anda ingat apa sepanjang bulan Ramadhan ni? Biasakan diri sebelum tidur untuk berniat puasa.


Dan pelbagai lagi alasan basi orang yang malas puasa ni hinggakan kadang-kadang tak munasabah langsung. Ingatlah! Ibadah puasa adalah Rukun Islam yang ke-3. Jangan mencipta alasan-alasan auta untuk mengelakkan kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita. Takut nanti tak mampu nak menjawab kat mahkamah akhirat.

Abu Umamah menuturkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :

”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.
[HR. Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya]

Lihatlah siksaan bagi orang yang membatalkan puasa dengan sengaja dalam hadis di atas. Bagaimana pula dengan orang yang degil tidak mahu berpuasa sejak awal Ramadhan? Nauzubillah.. Sama-samalah kita renungkan. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita.

Syaitan kena ikat. Tapi jangan pula anda yang jadi SETAN!

SZ : Jika dipanjangkan umur, ini mungkin Ramadhan dan Raya terakhirku sebagai seorang jejaka bujang.. Heheh..

Thursday, July 28, 2011

Atuk Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?

Semua sedia maklum, bulan Syaaban bakal berakhir untuk memberi laluan kepada Ramadhan pula. Seperti biasa, anak bulan yang baru lahir akan di'skodeng' bagi mengesahkan tarikh sebenar jatuhnya 1 Ramadhan. Begitu juga bagi menentukan tarikh Hari Raya. Dan setiap kali itu juga, kita semua akan terpacak depan TV bagi menyaksikan 'rancangan kegemaran ramai' iaitu Pengumuman Puasa dan Raya yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sejak kecil, kita sering mengadap muka 'atuk kita' ni, Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah. Beliau telah mula melaksanakan tanggungjawab tersebut sejak Januari 1989, yakni 2 tahun selepas aku dilahirkan. Sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ni setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.


Akan tetapi, 'atuk kita' telah pun bersara pada Januari 2011 yang lepas. Ini bermakna, puasa dan raya tahun ni, kita tidak akan dapat melihat lagi kelibat beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat 'atuk baru' pula. Siapa 'atuk baru' kita tu?

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk kita' tu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Nak tengok gambar beliau? Disebabkan beliau masih baru dan belum popular, usaha aku meng'google' gambar beliau tersangatlah sukar. Dan akhirnya aku jumpa juga gambar terbaru beliau seperti kat bawah ni. Eksklusif hanya di solihinzubir.com. Cewah.. Heheh..



kiri: penyandang.. kanan: mantan..

sumber rujukan :
1- majlisraja-raja.gov.my
2- Dewan Bahasa dan Pustaka

SZ : Selamat menempuhi bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan jayanya.. InsyaAllah..

Sunday, July 10, 2011

Ulasan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0

Seperti yang dijanjikan semalam, aku akan buat sedikit ulasan dan kesimpulan mengenai situasi sebenar perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai semalam. Sebelum tu, aku nak terang dulu kepada makhluk-makhluk yang hanya tahu condemn membabi buta tetapi tak tahu langsung apa itu Bersih 2.0 dan tuntutan yang ingin dilakukan.

Apa itu BERSIH 2.0?

BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?

Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?

Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara

Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar

Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau gerai tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit

Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat

BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?


Dengan melihat gambar-gambar serta video perhimpunan tersebut, kita mendapat gambaran bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran benar-benar inginkan keadilan dan menyuarakan hak mereka di negara demokrasi yang dinafikan rejim pemerintah.
Nak suruh aku percaya media perdana? Kirim salam la. Hidup Rakyat!

SZ : Jangan saman n tutup blog aku tau.. Kena ISA jugak aku nanti kang.. Heheh.. :D