Pages

Sunday, December 19, 2010

Bergaduh Dengan Suami Pensyarah

Masa aku study kat sebuah private college dulu, ada seorang lecturer pompuan yang berketurunan Tengku. Dia ni macam kerek skit. Selalu bercerita dekat student beliau tentang ke'gangster'an suaminya. Walaupun aku bukan student dia, tapi housemate aku selalu bercerita kat aku tentang perangai lecturer tu. Asyik berbangga yang suami dia tu gangster, fighter, kabel besar, pernah bergaduh, berparang, berpedang samurai lah bagai. Aku bila dengar, rasa berbulu je. Macam la bagus sangat.

Nak dijadikan cerita, pada suatu petang aku dengan kawan aku masuk sebentar ke dalam kelas untuk ambil barang sebelum balik. Kebetulan ada lecturer pompuan tu. Kami bertiga. So, salah seorang dari kami je yang beri salam. Bila nak keluar je, lecturer pompuan tu panggil seorang kawan aku. Dia sound kenapa masuk tadi tak bagi salam. So, aku pun back-up la member aku tu. Aku explain kat lecturer tu. Kami bertiga, so wakilkan seorang dahla bagi salam. Aku explain dengan nada yang sangat sopan. Tiba-tiba je dia cakap kat aku, "Kamu jangan nak kurang ajar!'. Aikkk.. Aku terkejut la. Kenapa nak marah?

Lepas balik umah sewa, aku pun keluar la dengan kawan aku. Dia nak belanja McD. Dalam sejam kitorang melantak McD, kitorang pun balik. Sampai je kat umah sewa, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki naik kereta dengan motor depan umah sewa aku tu. Aku syak ni mesti geng-geng suami lecturer tu sebab lecturer tu pun datang jugak dengan suami dia. Dia datang nak hentak aku. Sebelum tu dia dah pergi gegar kat kolej, cari aku. Tapi aku dah balik masa tu.

Si isteri tu beria-ria mengadu kat suami dia yang aku biadap dengan dia tadi. Aku pun berhujah la dengan diorang mempertahankan diri aku. Aku tak bersalah. Takkan pasal bagi salam tu pun sampai nak jadi isu. Aku kalau orang biadap dengan aku, memang akan hilang rasa hormat aku kat dia. Memang aku bengang giler masa tu. Bila darah dah mendidih, aku akan jadi berani lain macam. Selamba je aku berloyar buruk dengan diorang. Sampai si suami tu ajak aku 'sparring' kat tengah jalan. Punyala tak puas hati kat aku. Dia ingat dia pakai t-shirt bertulis 'martial art' masa tu, ingat aku goyang. Ikutkan hati, nak je aku sahut cabaran dia bertumbuk. Tangan aku memang dah gigil nak 'shoot' muka laki dia tu. Walaupun aku ni takdela kuat macam Rasyid Sidek, tapi bila tahap kesabaran memuncak, apapun boleh jadi. Tapi, aku teruskan bersabar dan hormat dia.

Masa tu, memang ramai yang tengok. Tambahan pulak tu kawasan taman perumahan. Bagi mengelakkan keadaan semakin parah disebabkan isu bodoh, kawan aku suruh aku beralah dan minta maaf. So, bagi meredakan ketegangan yang memuncak tu, aku pun kendurkan ego aku untuk meminta maaf walaupun aku yakin aku tak bersalah. Mengalah tak semestinya kalah. Ye tak? Tapi lecturer pompuan tu still tak puas hati. Mungkin dia takkan puas hati selagi tak tengok aku kena hentak ngan laki dia. Huh! Ada jugak manusia macam tu?

Keesokan harinya, kecoh kat kolej pasal kes semalam. Pihak atasan pun panggil aku. Diorang pun faham dengan perangai lecturer pompuan tu sebab dia bekas student kolej tu dulu dan selalu jugak cetus masalah. Pihak atasan nasihatkan aku report polis. Aku tak nak. Aku cakap dah setel. Tapi diorang paksa jugak sebab itu adalah prosedur pihak kolej. Diorang takut apa-apa terjadi kat aku di luar. Aku pun terpaksa la report polis. Masa buat report, polis tu gelak je sebab kes bagi salam pun nak gaduh. Haha.. Sebab tu aku tak nak buat report. Isu terlalu remeh sampai nak kena jadi kes polis. So, sepanjang aku belajar kat situ, aku berada di bawah perlindungan polis. Hehe.. Adeyhhh...

**Nama kolej, lokasi kejadian, dan nama sebenar pensyarah terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan tidak mahu mengaibkan beliau. Cuma jadikan ini sebagai pengajaran.


Err.. Biadapkah aku? Atau wajarkah seorang pensyarah berkelakuan begitu?

sekadar gambar hiasan



SZ : Dia ingat dia ja ada kabel? Tak payah la nak taksub sangat!

Tuesday, December 7, 2010

1 Muharram 1408H, Tarikh Lahirku Dalam Bulan Islam

Salam Maal Hijrah 1432.. 1 Muharram merupakan detik permulaan perkiraan Tahun Islam Hijrah. 1 Muharram juga sebenarnya merupakan tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Jika mengikut kalendar Masihi, aku dilahirkan pada 25 Ogos 1987. Ini bermakna, aku mula melihat dunia pada hari Selasa, 25 Ogos 1987 bersamaan 1 Muharram 1408H. Kebetulan juga, Awal Muharram pada tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Jika mengikut kalendar Masihi, aku masih berumur 23 tahun. Tetapi, jikalau mengikut bulan Islam, hari ini genap umur aku 24 tahun. Semakin bertambah umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian. Walaupun begitu, kita wajib memohon agar dipanjangkan umur supaya kita dapat memperbanyakkan amalan kita serta lebih bersedia untuk menghadap Tuhan Rabbul Jalil di akhirat nanti. Alhamdulillah.. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Moga kesempatan ini akan digunakan sebaiknya oleh kita semua.

Sempena Tahun Baru Hijrah dan juga sempena hari ulang tahun kelahiranku yang jatuh pada 1 Muharram ini, aku berazam akan cuba sedaya upaya memperbaiki diriku ini. Berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik. Dan juga berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempermudahkan segala urusan hamba-Nya. InsyaAllah..

Macam mana aku boleh tahu tarikh lahir aku dalam bulan Islam? Kalau kira ikut converter kat internet tu, sebenarnya tak betul. Lari sehari. Mak aku yang bagitau bahawa aku dilahirkan ketika Awal Muharram. Terasa bertuah apabila dilahirkan pada Awal Muharram Tahun Baru Hijrah. Syukur..

Sanah Helwa! Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan buat diriku sendiri dan juga buat semua insan yang lahir pada 1 Muharram. Semoga kita semua dipanjangkan umur serta beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin..





SZ : Anda pula bagaimana? Ingat tak tarikh lahir dalam bulan Islam? =)