Pages

Sunday, May 20, 2012

Nikah Mut'ah : Seronok Tapi Haram

Masa tengah mentekedarah nasik depan talibesen siang tadi, aku tertengok Nona. Tertengok tanpa niat ok. Ada story pasal nikah mut'ah. Tak sangka, selain memaparkan Neelopa, Nona juga memaparkan slot ilmiah sebegitu. Jadi, tidak salah rasanya aku men'nona'kan sebentar blog ini demi berkongsi cerita tentang Nikah Mut'ah bagi yang tak tengok Nona.



Apa itu Nikah Mut'ah?

Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Mazhab Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.

Cara Nikah Mut'ah

Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.

Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangka masa tertentu samada setahun, sebulan, seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikan tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai. Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.

Setelah tamat tempoh, jika dia mahu 'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.

Hukum Nikah Mut'ah

Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman Jahilliyah ketika itu. Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat. Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Dalil Pengharaman

Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata : "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah s.w.t telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).

Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).

Kesimpulan

Jika dilihat pada cara perlaksanaannya, Nikah Mut'ah sememangnya nampak mudah dan menyeronokkan. Nikah Mut’ah tidak ubah seperti mahu menghalalkan zina dan pergaulan bebas. Merupakan satu bentuk penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita. Seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap mereka sebagai tempat memuaskan nafsu semata-mata. Wanita diperlakukan tidak ubah seperti barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Sedangkan di dalam Islam, kaum wanita diangkat tinggi darjatnya.

Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawab suami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.

Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan.


SZ : Harap tak ada puak syiah yang serang aku kat ruangan komen ni. Kat Malaysia ni dah makin banyak puak syiah. Bahaya.

Saturday, May 19, 2012

Dilema Suami : Nak Pilih Isteri atau Anak?

Pernah tak berhadapan dengan situasi terpaksa membuat pilihan sukar melibatkan antara dua nyawa? Situasi diluah mati emak, ditelan mati bapak, dikemam bunuh diri? Contohnya, seorang suami yang sedang berhadapan saat getir di mana isterinya mengalami komplikasi ketika proses bersalin. Doktor memberitahu bahawa hanya satu nyawa sahaja boleh diselamatkan. Nak pilih isteri atau anak?

Jika ditanya pada si ibu tersebut, mungkin dia akan memilih untuk mengorbankan nyawanya supaya bayi tersebut diselamatkan. Tapi, bagi aku adalah lebih baik selamatkan nyawa isteri. Sebab anak boleh buat projek lain sampai berbakul-bakul. Melainkan anda tak sayang bini dan memang berhasrat nak cari lain. Giler kejam.



Bagaimana pula jika mengikut pandangan agama?

Bagi yang beragama Kristian atau katolik, mereka akan berusaha menyelamatkan si anak dan mengorbankan si ibu. Supaya setelah anak itu lahir dia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan bagi tujuan menebus dosanya. Kerana dalam ajaran Kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa yang dikenali sebagai 'dosa waris' atau 'dosa asal'. Bayi yang baru lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya, dia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa iaitu Ketua Paderi atau Pope. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Bagi yang beragama Islam pula, kita sepatutnya berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Kerana dalam ajaran Islam, setiap manusia yang baru lahir ibarat kain putih yang suci tanpa sebarang dosa. Tidak perlu bimbang yang bayi tersebut akan masuk neraka.  Anak yang tidak dapat diselamatkan tersebut, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci di mana tempat mereka di syurga sudah terjamin. Itu lebih baik daripada membiarkan anak itu menempuh dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat. Dengan terselamatnya si ibu, mudah-mudahan akan diberi rezeki untuk mengandung lagi dan mendapat ganti yang lebih baik.


Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anutlah yang akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam belajar dan terus belajar sampai meninggal.

rujukan : tgokjum



SZ : Dilema bukan sejenis buah. Tetibe.

Wednesday, May 16, 2012

5 Kelebihan Menjadi Seorang Guru

Kerjaya sebagai seorang guru ini merupakan satu kerjaya yang sangat unik dan mempunyai banyak keistimewaannya. Jadi, sempena Hari Guru pada 16 Mei hari ini, saya selaku Pengetua Blog SZ.com ingin berkongsi dengan anak-anak semua mengenai kelebihan menjadi seorang guru. Mak saya cikgu. So, saya senaraikan serba sedikit apa yang saya nampak pada mak saya untuk bacaan anak-anak sekalian.



1. Panggilan Cikgu

Antara kerjaya yang menggunakan nama kerjaya tersebut sebagai panggilan adalah Guru selain doktor dan chef. Baik murid-murid, mahupun orang kampung semua akan memanggil anda Cikgu sehinggalah anda mati.  Contohnya, Cikgu Zubir, Teacher Norhaliza, Ustaz Aaron, Ustazah Neelofa. Kerja Bomba ada dia panggil kau Bomba Ramli? Posmen Saad? Tukang Paip Roslan? Hado?


2. Dikenali Ramai

Bukan hanya dikenali dikalangan guru. Tapi juga dikalangan murid-murid. Jika seorang cikgu mengajar di sebuah sekolah sahaja selama 30 tahun, bayangkan berapa ratus ribu student yang mengenalinya. Itu belum lagi yang jenis pindah randah sekolah. Semakin banyak sekolah yang diajar, semakin berkembanglah network anda. Ke mana saja anda pergi, anda akan akan disapa oleh murid anda jika terserempak dengan mereka. Hatta sehingga mereka sudah bekerjaya sekalipun nanti. Bukankan itu retis?

Pergi bank, "Eh! Cikgu. Dah 100 tahun tak jumpa. Saya kerja bank sekarang."

Pergi kedai makan, "Eh! Cikgu rupanya. Tak apa. Hari ini saya belanja, tak payah bayar. Saya tauke restoran ni."

Pergi tandas awam, "Eh! Cikgu silap orang ni. Saya bukan student cikgu." (Ini satu hal jugak bila jumpa cikgu, lari. Sebab malu dulu malas belajar. Itu yang kerja jaga toilet je sekarang.)

Itu belum dikira yang datang berhari raya ataupun kenduri kendara. Penuh dengan kenalan yang terdiri daripada rakan secikgu, murid-murid mahupun mak bapak murid.


3. Dapat Banyak Hadiah

Jika anda seorang cikgu yang awesome, pasti akan lebih disayangi ramai murid. Maka, makin bertimbunlah hadiah yang bakal diterima terutamanya setiap kali tiba Hari Guru. So, jadilah cikgu yang awesome. Bagi yang mempunyai murid yang berpendirian bahawa Hari Guru mesti disambut hari-hari macam Hari Ibu, untungla. Eh. ;-p


4. Cuti Banyak dan Kerja Separuh Hari

Ini antara satu sebab orang suka cakap, "Kalau nak cari isteri, carilah yang kerja sebagai cikgu." Sebab apa? Sebab dapat luangkan masa yang lebih bersama family. Bila anak sekolah, mak pun pergi sekolah. Bila mak cuti, si anak pun cuti. Cuti panjang pulak tu. Tapi gaji tetap jalan. Ye dop? Kerja pulak separuh hari. Bagi yang mengajar pagi, pukul 2.00 dah boleh lepak kat rumah. Bagi yang rajin, boleh buat side income or part time. Kalau nak kupas bab kelebihan ada isteri cikgu ni memang banyak.

p/s: Tapi cikgu sekarang dah tak macam dulu. Sistem dah lain. Kerja menimbun.


5. Ganjaran Pahala Yang Berpanjangan

Inilah kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :


"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

Begitulah tingginya darjat seorang Guru di sisi Allah dan Islam.

*****************************

Ok, cukuplah setakat 5. Nak senarai dan kupas semua, 1001 malam pun tak habis.



p/s : sila klik Jenis-jenis Guru



SZ : Tak dapat jadi guru di sekolah, jadi guru kepada isteri dan anak-anak nanti pun jadi la..

Tuesday, May 15, 2012

Simbolik Avatar "Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike"

Sekarang ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar "Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike" sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Dan ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya. Taknak tukar, diam sudah. Tak perlu perlekeh usaha orang lain. Takut-takut nanti anda pula yang berada di tempat mereka.

Sebelum ini, adakah anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu.  It's called awareness!


Simbolik Penukaran Default Picture (DP)

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Mogok lapar terbesar dalam sejarah.

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.


Apa hukum mogok lapar?

Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal  mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :


“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!"


Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.


p/s : KLIK Memperingati 64 Tahun Hari Nakbah Palestin

p/s : Sila Pilih Avatar Kegemaran Anda.. KLIK SINI!

p/s : klik Mogok Lapar Berjaya Tundukkan Israel



SZ : Kalau tukar default picture tapi tak berdoa pun tak jadi jugak..

Saturday, May 12, 2012

Asal-Usul Hari Jururawat dan Panggilan Misi

Memandangkan hari ini merupakan Hari Jururawat Sedunia, eloklah kiranya aku berkongsi dengan kalian yang mempunyai awek, isteri, bonda, rakan dan saudara yang bekerja sebagai jururawat mengenai sejarah dan asal-usul Hari Jururawat Sedunia. Tidak lupa juga kepada semua manusia yang pernah mendapat rawatan daripada seorang jururawat sejak tali pusat anda belum dipotong lagi. Ayuh kita ambil tahu serba sedikit tentang akak Misi kita ni.

topi nurse

Asal-usul Hari Jururawat Sedunia

Pada tahun 1953, Dorothy Sutherland daripada Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Amerika Syarikat menghantar cadangan kepada Presiden Eisenhower untuk mengisytihar Hari Jururawat pada bulan Oktober tahun berikutnya. Walaubagaimanapun pengisytiharan tersebut tidak pernah dibuat, tetapi pada tahun berikutnya Minggu Jururawat Kebangsaan dianjurkan dari 11 hingga 16 Oktober, menandakan ulangtahun ke-100 misi untuk Crimea Florence Nightingale.

Namun, pada bulan Januari 1974, tarikh tersebut ditukar dan ditetapkan pada 12 Mei setiap tahun. Mengambil sempena tarikh lahir Florence Nightingale, yang dianggap sebagai pengasas kejururawatan moden. Beliau membuat banyak pembaharuan dalam sistem kejururawatan dan penjagaan kesihatan. Secara drastik mengurangkan kadar kematian di kalangan tentera dalam perang Crimean sebagai hasil kerja keras, dedikasi dan latihan jururawat yang lain.

Minggu Jururawat Antarabangsa (IND) pula disambut di seluruh dunia setiap 6-12 Mei, bagi menghargai sumbangan jururawat kepada masyarakat.

*rujukan : Billy Info

Asal-usul Panggilan Misi Terhadap Jururawat

Memandangkan panggilan jururawat seperti skema dan terlalu baku bunyinya, aku syak pasti ramai yang lebih gemar menggunakan panggilan nurse terhadap jururawat. Tidak kurang ada yang memanggil dengan panggilan 'Misi'.

Tapi, tahukah anda dari mana datangnya panggilan Misi tersebut? Menurut seorang pesara jururawat, Anne Frances. Sebenarnya tiada siapa yang betul-betul tahu dari mana asalnya panggilan misi tersebut. Bagi Frances, di Malaysia panggilan 'Misi' terhadap seorang jururawat mungkin muncul pada zaman penjajahan British.

Dalam Bahasa Inggeris, 'Missy' ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai 'Missy'. Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya. Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai 'Missy' tidak kira siapa namanya yang sebenar. Kemudian, penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu mula serasi dengan panggilan 'Misi' sehinggalah ke hari ini.

*rujukan : persepsiku-wmr

akak2 dan makcik Misi.. kan comey tutup aurat..

Persoalan

1. Kenapa kebanyakan awek-awek nurse ni comey lotey? :D

2. Boleh ke sambut Hari Jururawat ni? Tak haram ke? Hargailah hari jururawat hari-hari.. Takkan sehari je? Heheh.. ;-p




SZ : Aku baru selamat 'bedah' gigi pagi tadi. Allah dah ambik balik sebatang gigi yang dipinjamkan kepada aku. Mohon adakan sambutan Hari Doktor Gigi Sedunia bagi mengenang jasa doktor gigi.

Thursday, May 10, 2012

Isu Hari Ibu Haram (Sekadar Pandangan)

Isu yang hangat diperdebatkan sekarang ini ialah bilanya keluar titah daripada majoriti seorang dua ustaz dan alim ulamak mengatakan Hari Ibu haram disambut kerana sejarah dan asal-usulnya yang dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Dinamakan "Mothering Sunday", ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Ada di antara amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Baiklah. Jika Hari Ibu diharamkan atas sebab sejarahnya yang berkait rapat dengan amalan non-muslim, maka saya sebagai seorang yang masih cetek ilmu agama dan langsung tidak layak mendapat gelaran ustaz apatah lagi tuan guru dengan rendah dirinya ingin mengemukakan hujah dan pandangan bagi menyuarakan ketidakwajaran pengharaman Hari Ibu secara mutlak seperti di bawah.

1. Hari Bapa
Idea pengasasan hari bapa dicetuskan oleh Ms Sonora Louise setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan Hari Ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa selain daripada jasa ibu. Maka, Hari Bapa pun mula disambut di seluruh dunia.

p/s : Hari Bapa tidak ada kena mengena dengan upacara keagamaan non-muslim. Cuma hasil inspirasi daripada sambutan Hari Ibu. Jadi, adakah Hari Bapa halal? Oh.. Ini tidak adil. Hukum yang dijatuhkan tidak boleh berat sebelah kerana akan menyentuh sensitiviti kaum ibu yang pasti rasa tertindas. Maka, haramkan juga sambutan Hari Bapa dan sambutlah Hari Bapa setiap hari?

2. Hari Guru
Di Amerika Latin, Hari Guru jatuh pada 11 September, sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Manakala  di India, Hari Guru disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal. Manakala di Malaysia pula disambut pada 16 Mei setelah diusulkan dalam Laporan Razak pada 1956.

p/s : Jika Hari Guru boleh ditukar tarikh dan disambut di Malaysia tanpa mengambil kira asal-usul dari negara lain, mengapa tidak Hari Ibu? Oh yaa.. Saya mohon haramkan juga sambutan Hari Guru kerana jasa guru yang tidak terhingga nilainya wajar dikenang setiap masa bukannya dalam masa sehari.

3. Kalendar Masihi
Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, dia memutuskan untuk menyusun semula kalendar baru. Maka bulan yang pertama diberi nama Januari berasal daripada nama dewa Janus, Februari dewa Februus, Mac dewa Mars, April pula dewi Aprilis dan seterusnya.

p/s : Jika mengambil kira asas pengharaman Hari Ibu, mohon haramkan juga sambutan tahun baru pada setiap awal Januari (mmg patut haram pun) dan lupuskan kalendar Masihi. Guna sahaja kalendar Hijrah.

4. Sukan Olimpik
Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus.

p/s : Haramkan penyertaan Malaysia ke sukan Olimpik. (walaupun Malaysia memang tak boleh pergi jauh sgt pun dalam olimpik)

5. April Fool dan Valentines Day
Tidak mahu mengulas panjang asal-usul hari tersebut kerana pastinya ramai yang sudah sedia maklum. Cuma ingin diingatkan, jika April Fool dan Valentine's Day bukan berasal dari sejarah tersebut sekalipun, sebagai umat Islam kita tidak wajar menyambutnya kerana bercanggah dengan akidah dan nilai murni seorang Islam. Jadi, April Fool dan Valentine haram bukan sebab asal-usul tersebut. Tapi memang sebab dah haram dalam Islam.

p/s : Apa masalahnya jika kita menterbalikkan pula kes seperti di atas dalam hal Hari Ibu? Maksudnya, jika Hari Ibu bukan berasal dari sejarah yang dinyatakan tersebut, ini bermakna Hari Ibu halal la kan?


****************************


Ok, cukuplah setakat itu sahaja walaupun banyak lagi yang boleh diketengahkan. Demi menjaga keharmonian motif artikel ini, diminta jangan kaitkan dengan perkara lain yang tiada kaitan. Contohnya seperti mengaitkan haram guna facebook sebab pengasasnya Yahudi, haramnya naik flight yang asalnya dicipta adik-beradik Wright, haram pakai jeans dan sebagainya. Kerana loyar buruk seperti itu bukanlah hujah kukuh dan boleh disifatkan sebagai lari tajuk. Kerana jika dikaitkan dengan hujah loyar buruk seperti itu, habis semua perkara kita tidak dapat lakukan di dunia ini. Jangan terlalu jumud.

Agak-agak kan berapa ramai yang tahu asal-usul Hari Ibu ini sebelum ia hangat disebarkan? Entah-entah, budak-budak Kristian sendiri pun tidak tahu yang hari tersebut asalnya upacara keagamaan mereka. Bagi yang dah biasa ucap Selamat Hari Ibu kepada ibu mereka, pasti merasa janggal tiba-tiba sahaja ia diharamkan. Bagi kaum ibu yang sentiasa menerima ucapan Hari Ibu pula, pasti akan rasa terkilan tiba-tiba sahaja tahun ini anaknya tidak memberi sebarang ucapan seperti saban tahun. Justeru, mengharamkan terus sambutan Hari Ibu adalah kurang wajar.


Mungkin akan ada yang berpandangan seperti ini :

"Hari Ibu tidak wajar disambut pada hari-hari tertentu sahaja. Hari Ibu perlu disambut hari-hari kerana Islam mengajar umatnya supaya menghargai ibu setiap masa."

Memang benar kena hargai ibu setiap masa. Tapi, adakah semua orang dapat entertain ibu diorang setiap hari macam korang yang soleh dan solehah tu? Entah-entah yang duduk jauh tu nak call ibu seminggu sekali pun berat nanang. Jadi apasalahnya jika sambutan Hari Ibu ini dapat memberi galakan kepada anak 'derhaka' yang jarang memberi perhatian terhadap si ibu? Mereka pasti tersentak tatkala terlihat atau terdengar iklan Hari Ibu dimainkan di kaca tv mahupun corong radio.

Mewujudkan satu hari khas untuk merai ibu kita dengan lebih special daripada hari biasa juga sekurang-kurangnya lebih memberi kesan memori manis jangka masa panjang. Bayangkan jika kita memberi ucapan Hari Ibu setiap hari. Ianya tidak ubah seperti mengucapkan "selamat pagi" pada setiap pagi mahupun "i love you" setiap kali mengucup pipi si ibu. Ianya akan menjadi lebih kepada tabiat kebiasaan sahaja. Tidak akan wujud perasaan istimewa yang lain daripada hari lain. Seolah-olah seperti mengucapkan Happy Birthday setiap hari? Apekah? Jadi, ucapkan juga Selamat Hari Guru setiap hari. Tidak lupa juga Hari Pekerja, Hari Jururawat, Hari Wanita, Hari Merdeka, Pusat Pakaian Hari-Hari dan Harihari Mau Malaya. Lelelelele..

Penutup

Jadi, aku masih tegas dengan pandangan aku bahawa tak salah mewujudkan hari khas bagi menghargai ibu. Diulangi, sekadar pandangan. Jika masih ingin mengaitkan Hari Ibu dengan Kristian, maka pilih saja tarikh lain sepertimana yang dilakukan untuk Hari Guru di Malaysia. Kerana point di sini adalah bagi meraikan Hari Ibu. Bukannya mempertahankan sambutan Mother's Day yang berasaskan upacara Kristian yang memang jelas haram jika disambut oleh orang Islam.

Rujukan : wikipedia , matnorz88 , cinta-syamsudin , lenggangkangkung

nak bagi kad macam ni hari-hari? keh3.. sms pun berat.

p/s : Baca juga pandangan dia ni. Sila klik Halal Haram Hari Ibu.

p/s : Pandangan Hamka Kereta Mayat, klik sini!

p/s : Baca juga maksud hadis Menyerupai Sesuatu Kaum sebelum menggunakannya sebagai dalil hujah.



SZ : Sekadar luahan pandangan daripada seorang anak mak dan ayah yang 'derhaka'.

Wednesday, May 9, 2012

Buruknya Lelaki Mencarut.. Buruk Lagi Perempuan Mencarut..

Mencarut merujuk kepada perbuatan memaki hamun ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Mencarut bukan saja mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya malah mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Orang yang suka mencarut itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang. Boleh juga dianggap kurang ajar. Samada mempunyai ibubapa yang tidak mengajar tertib kepada anaknya ataupun salah diri sendiri yang memang tidak boleh diajar.

Antara punca manusia mencarut adalah disebabkan beliau tidak dapat mengawal emosi. Cara meluahkan rasa marah dan benci terhadap seseorang akibat tidak mampu melawan nafsu amarah dan bisikan syaitan.  Dan juga disebabkan beliau tiada point untuk membalas hujah, maka maki hamun adalah ending terbaik baginya. Loser! Malah, ada juga yang menjadikan carutan dan kata lucah sebagai 'zikir' harian.

"Vuduhpunyavetinasyundel. syiallah puih @%#$!*&$ tak reti jaga baby! jilaka betei. vangangsyetanlahanot gotodahell blablablabla..."

Manusia-manusia yang kononnya masyakarat prihatin biasanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap si pelaku maksiat dengan mencaci-maki beliau. Dan ada yang kononnya sayangkan Islam pula, turut melontarkan kata kesat terhadap orang yang menghina Islam. So, apa beza anda dengan si pelaku maksiat dan si kafir tersebut? Akhlak anda sama sahaja!

Sepatutnya anda berdoa agar orang yang melakukan kesilapan tu diberi hidayah. Kata-kata carutan dan penghinaan langsung tidak memberi faedah dan penyelesaian. Tetapi lebih menghangatkan keadaan dan menyalakan api permusuhan sahaja. Malah hanya menambah dosa yang sedia ada berbakul-bakul itu.

Itu belum lagi masuk bab mencarut dalam hal politik, bab bola dan segala macam bab lagi.


Apa Hukum Mencarut?

Allah berfirman yang bermaksud: "Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah:1)

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut :

“Antara dosa lidah ialah : Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela.”

Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud:

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi).


Kepada orang yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Ye.. Aku tahu ada yang nak cakap tok imam pun mencarut. Aku pun mencarut. Kita manusia yang punya iman senipis kulit bawang. Tapi, janganlah 'kentut' depan orang ramai. Jangan tunjuk kat orang yang kita tu 'busuk' dan 'pengotor'. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut tanpa segan silu depan khalayak. Tak cool pun mencarut.

Tutur kata yang baik diumpamakan mutiara kata yang disukai oleh orang ramai. Manakala perkataan tidak baik dikeluarkan dari mulut tidak ubah nilainya seperti najis. Tentunya orang waras tidak akan menyukai najis. Najis dikaitkan dengan segala yang tidak baik dan hina. Jadi, begitulah pandangan yang sesuai kepada mereka yang menuturkan sesuatu perkataan tidak baik.

Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut. Takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...  "Ya Allah, peliharalah lidah kami"

Buruknya lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut...

*rujukan : ciktom.com , iluvislam , halaqah.net 


SZ : Tak hensem la mencarut...

Sunday, May 6, 2012

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Nak kenal bakal suami atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.


Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.


p/s : Dipetik daripada video Forum Cafe Cinta oleh Ustazah Fatimah Syarha. Diterjemah ke dalam bentuk penulisan sebagai rujukan dan muhasabah diri sendiri. 




SZ : Sebab tu aku bertekad taknak couple2 dah. Bila ada yang tanya aku dah ada calon belum, aku hanya akan cakap tak tahu. Aku akan hebah setelah benar-benar confirm tarikh perkahwinan.