Pages

Thursday, May 10, 2012

Isu Hari Ibu Haram (Sekadar Pandangan)

Isu yang hangat diperdebatkan sekarang ini ialah bilanya keluar titah daripada majoriti seorang dua ustaz dan alim ulamak mengatakan Hari Ibu haram disambut kerana sejarah dan asal-usulnya yang dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Dinamakan "Mothering Sunday", ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Ada di antara amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Baiklah. Jika Hari Ibu diharamkan atas sebab sejarahnya yang berkait rapat dengan amalan non-muslim, maka saya sebagai seorang yang masih cetek ilmu agama dan langsung tidak layak mendapat gelaran ustaz apatah lagi tuan guru dengan rendah dirinya ingin mengemukakan hujah dan pandangan bagi menyuarakan ketidakwajaran pengharaman Hari Ibu secara mutlak seperti di bawah.

1. Hari Bapa
Idea pengasasan hari bapa dicetuskan oleh Ms Sonora Louise setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan Hari Ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa selain daripada jasa ibu. Maka, Hari Bapa pun mula disambut di seluruh dunia.

p/s : Hari Bapa tidak ada kena mengena dengan upacara keagamaan non-muslim. Cuma hasil inspirasi daripada sambutan Hari Ibu. Jadi, adakah Hari Bapa halal? Oh.. Ini tidak adil. Hukum yang dijatuhkan tidak boleh berat sebelah kerana akan menyentuh sensitiviti kaum ibu yang pasti rasa tertindas. Maka, haramkan juga sambutan Hari Bapa dan sambutlah Hari Bapa setiap hari?

2. Hari Guru
Di Amerika Latin, Hari Guru jatuh pada 11 September, sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Manakala  di India, Hari Guru disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal. Manakala di Malaysia pula disambut pada 16 Mei setelah diusulkan dalam Laporan Razak pada 1956.

p/s : Jika Hari Guru boleh ditukar tarikh dan disambut di Malaysia tanpa mengambil kira asal-usul dari negara lain, mengapa tidak Hari Ibu? Oh yaa.. Saya mohon haramkan juga sambutan Hari Guru kerana jasa guru yang tidak terhingga nilainya wajar dikenang setiap masa bukannya dalam masa sehari.

3. Kalendar Masihi
Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, dia memutuskan untuk menyusun semula kalendar baru. Maka bulan yang pertama diberi nama Januari berasal daripada nama dewa Janus, Februari dewa Februus, Mac dewa Mars, April pula dewi Aprilis dan seterusnya.

p/s : Jika mengambil kira asas pengharaman Hari Ibu, mohon haramkan juga sambutan tahun baru pada setiap awal Januari (mmg patut haram pun) dan lupuskan kalendar Masihi. Guna sahaja kalendar Hijrah.

4. Sukan Olimpik
Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus.

p/s : Haramkan penyertaan Malaysia ke sukan Olimpik. (walaupun Malaysia memang tak boleh pergi jauh sgt pun dalam olimpik)

5. April Fool dan Valentines Day
Tidak mahu mengulas panjang asal-usul hari tersebut kerana pastinya ramai yang sudah sedia maklum. Cuma ingin diingatkan, jika April Fool dan Valentine's Day bukan berasal dari sejarah tersebut sekalipun, sebagai umat Islam kita tidak wajar menyambutnya kerana bercanggah dengan akidah dan nilai murni seorang Islam. Jadi, April Fool dan Valentine haram bukan sebab asal-usul tersebut. Tapi memang sebab dah haram dalam Islam.

p/s : Apa masalahnya jika kita menterbalikkan pula kes seperti di atas dalam hal Hari Ibu? Maksudnya, jika Hari Ibu bukan berasal dari sejarah yang dinyatakan tersebut, ini bermakna Hari Ibu halal la kan?


****************************


Ok, cukuplah setakat itu sahaja walaupun banyak lagi yang boleh diketengahkan. Demi menjaga keharmonian motif artikel ini, diminta jangan kaitkan dengan perkara lain yang tiada kaitan. Contohnya seperti mengaitkan haram guna facebook sebab pengasasnya Yahudi, haramnya naik flight yang asalnya dicipta adik-beradik Wright, haram pakai jeans dan sebagainya. Kerana loyar buruk seperti itu bukanlah hujah kukuh dan boleh disifatkan sebagai lari tajuk. Kerana jika dikaitkan dengan hujah loyar buruk seperti itu, habis semua perkara kita tidak dapat lakukan di dunia ini. Jangan terlalu jumud.

Agak-agak kan berapa ramai yang tahu asal-usul Hari Ibu ini sebelum ia hangat disebarkan? Entah-entah, budak-budak Kristian sendiri pun tidak tahu yang hari tersebut asalnya upacara keagamaan mereka. Bagi yang dah biasa ucap Selamat Hari Ibu kepada ibu mereka, pasti merasa janggal tiba-tiba sahaja ia diharamkan. Bagi kaum ibu yang sentiasa menerima ucapan Hari Ibu pula, pasti akan rasa terkilan tiba-tiba sahaja tahun ini anaknya tidak memberi sebarang ucapan seperti saban tahun. Justeru, mengharamkan terus sambutan Hari Ibu adalah kurang wajar.


Mungkin akan ada yang berpandangan seperti ini :

"Hari Ibu tidak wajar disambut pada hari-hari tertentu sahaja. Hari Ibu perlu disambut hari-hari kerana Islam mengajar umatnya supaya menghargai ibu setiap masa."

Memang benar kena hargai ibu setiap masa. Tapi, adakah semua orang dapat entertain ibu diorang setiap hari macam korang yang soleh dan solehah tu? Entah-entah yang duduk jauh tu nak call ibu seminggu sekali pun berat nanang. Jadi apasalahnya jika sambutan Hari Ibu ini dapat memberi galakan kepada anak 'derhaka' yang jarang memberi perhatian terhadap si ibu? Mereka pasti tersentak tatkala terlihat atau terdengar iklan Hari Ibu dimainkan di kaca tv mahupun corong radio.

Mewujudkan satu hari khas untuk merai ibu kita dengan lebih special daripada hari biasa juga sekurang-kurangnya lebih memberi kesan memori manis jangka masa panjang. Bayangkan jika kita memberi ucapan Hari Ibu setiap hari. Ianya tidak ubah seperti mengucapkan "selamat pagi" pada setiap pagi mahupun "i love you" setiap kali mengucup pipi si ibu. Ianya akan menjadi lebih kepada tabiat kebiasaan sahaja. Tidak akan wujud perasaan istimewa yang lain daripada hari lain. Seolah-olah seperti mengucapkan Happy Birthday setiap hari? Apekah? Jadi, ucapkan juga Selamat Hari Guru setiap hari. Tidak lupa juga Hari Pekerja, Hari Jururawat, Hari Wanita, Hari Merdeka, Pusat Pakaian Hari-Hari dan Harihari Mau Malaya. Lelelelele..

Penutup

Jadi, aku masih tegas dengan pandangan aku bahawa tak salah mewujudkan hari khas bagi menghargai ibu. Diulangi, sekadar pandangan. Jika masih ingin mengaitkan Hari Ibu dengan Kristian, maka pilih saja tarikh lain sepertimana yang dilakukan untuk Hari Guru di Malaysia. Kerana point di sini adalah bagi meraikan Hari Ibu. Bukannya mempertahankan sambutan Mother's Day yang berasaskan upacara Kristian yang memang jelas haram jika disambut oleh orang Islam.

Rujukan : wikipedia , matnorz88 , cinta-syamsudin , lenggangkangkung

nak bagi kad macam ni hari-hari? keh3.. sms pun berat.

p/s : Baca juga pandangan dia ni. Sila klik Halal Haram Hari Ibu.

p/s : Pandangan Hamka Kereta Mayat, klik sini!

p/s : Baca juga maksud hadis Menyerupai Sesuatu Kaum sebelum menggunakannya sebagai dalil hujah.



SZ : Sekadar luahan pandangan daripada seorang anak mak dan ayah yang 'derhaka'.

19 comments:

Anonymous said...

Sama lah pendapat kita.hehe..Saya pon terpk mcm tu gak.

Hansyirah Takezur said...

niat kita sambut hari ibu tu untuk sambut dewa tu ke sambut mak kita?

rasanya tak salah kot. cuma nak meraikan je.

pena rozie said...

ari-ari ingat kat ibu dah cukup

tuanseliper said...

hoho. nice sharing. setuju dgn pandangan MR. SZ ni.:p


wuwuwuw T_T rindu mak. *tetibe*. HAHA=P

aina mania said...

your hujah is everything i had in minds but don't know how to put in words! thank you. Like u said, let's just have one special day to celebrate our mums kan. Hadoiyai bunnn....

Syafiq Ahadin said...

nak ulas, tapi diri yang sangat hina dina ini tidak mampu....

kalau ikut lojik, depa saje nak buat halal haram.... aduh, hilang lak idea...

asal tak bertentangan dengan syarak, yeah bebeh! just go on....

keretamayat ade ulas pasal bende ni... hehehehehe!:)

ko dah beli buku die? aku gelak je bace... heheheheheheheehheehehhe!

Unknown said...

sebenarny apa tujuan kita nk sambut hari ibu... mungkin kita buat itu adalah hari yg khas utk anak menghargai ibunya... hari yg lain mungkin tak berkesempatan...

dalam islam kita tak boleh lah terlalu mengekang... apa pandangan org lain yg mengatakan islam ni terlalu sukar... bg sy kalau perkara itu baik tak menjd masalah...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/05/lawatan-ke-mahkamah-syariah.html

Khai_Sol said...

setuju=)

Asfan Ash said...

mana ada majoriti ustaz yg keluarkan fatwa hari ibu tu haram...satu je...satu.

Unknown said...

apa kata, hari ibu disambut bersama perayaan lain.....dpt la cuti jg merayakan hari ibu tu. Spt jatuh pd hari raya haji ke....dah tentu semua dpt berkumpul.
Eh...lari tajuk plak. Bagi akk tak perlu kita samakan dgn sejarah mereka, yg penting nawaitu tu.

Unknown said...

baru semalam akak nampak ada sorang post status konon nya sorang ustaz tu kata hari ibu ni haram..

sebenarnya akak tak pernah tau pulak hari ibu ni ada kaitan dengan kristian.rasanya tak perlu tau sebab niat kita nak meraikan ibu bukan sebab perayaan kristian tu.
kalau niat kita nak meraikan hari perayaan kristian tu memang sah2 la salah..kan??

AzianKhalil said...

tak sambut pun takpe...

ain soofiyah said...

saya dah dapat jawapannya drpd seorang sahabat saya..
Dia kata, tak salah sambut hari ibu tapi lebih elok disambut hari-hari..=D
Jangan lupa baca doa ni masa salam @ peluk ibu..
Allahumma allif baina qulubina.
mksudnya: Ya Allah ikatkanlah/lembutkan antara 2 hati kami..=D

Mawardi yunus said...

yang penting sayag ibu setiap masa...

[wani_mn] said...

baru tahun jadi kecoh isu pengharaman hari ibu ye... :p

Mozar said...

Setuju sangat dengan 'sekadar pandangan' En. Solihin ini. Jika menyambut Hari Ibu ini boleh mewujudkan suasana kasih sayang yang sangat erat antara ibu & anak2, maka itu adalah sesuatu yang amat positif. Jika ada sekalipun dakyah Kristian di sebalik Hari Ibu ini, ianya seperti 'senjata memakan tuan' bagi puak mereka bilamana orang2 Islam menjadi semakin baik dan soleh terhadap ibu2 mereka. Lagi baik jika setiap kali Hari Ibu, anak2 berbondong2 balik kampung seperti nak balik Raya semata2 untuk meraikan Hari Ibu bersama2 ibunda tercinta manakala bagi yang sudah tiada ibu pula berbondong2 menziarahi kuburan ibunda mereka. Hari Ibu membuatkan saya lebih rindu akan arwah mak saya. Terbaek lah!

zul hassan said...

bukan tunggu hari tertentu saja nk sambut hari ibu, klu tak tunggu hari pon meraikan or mendewa kan selain ALLAH tetap syirik...

kempen tukar DP FB free palestine http://paliez.blogspot.com/2012/05/wa-ai-ni-palestine.html

Unknown said...

@Papa Pa Panda

Maksud kau ustaz yag satu tu Ustaz Azhar Idrus ke Papanda?

Unknown said...

Pandangan saya..
Segalanye bergantung dgn niat...klu kita blh sambut hari guru, hari pekerja, hari jururawat etc..kenapa kita x blh smbut hari ibu..
Memang setiap hari kita wajib berbuat baik pd ibu..x salah klu kita lebihkan pada hari ibu..jgn kaitkan dlm isu keagamaan kaum lain..