Pages

Sunday, May 6, 2012

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Nak kenal bakal suami atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.


Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.


p/s : Dipetik daripada video Forum Cafe Cinta oleh Ustazah Fatimah Syarha. Diterjemah ke dalam bentuk penulisan sebagai rujukan dan muhasabah diri sendiri. 




SZ : Sebab tu aku bertekad taknak couple2 dah. Bila ada yang tanya aku dah ada calon belum, aku hanya akan cakap tak tahu. Aku akan hebah setelah benar-benar confirm tarikh perkahwinan.

16 comments:

cik pha said...

wat pe kapel kapel nt kawen ngn org laen gak kan,speanjang kapel tu byk dah dosa kita kumpul

Hansyirah Takezur said...

uih,jd video plihan dah ye? hehe..
best channel diorang..


btul tu. dah hilang kemanisan di situ. time kapel, semua bnda dah dicite. kalo kawin, dah xtaw nak ckp apa. lgpon, semua tu kepura-puraan belaka. kununnya nk mengenali laa.

#cliche

qyqa mokhtar said...

BETUI BETUI...

yg sebenarnya,
orang yg x couple bukan sebab dia x laku, tapi sebab cinta dia LIMITED EDITION untuk yg terpilih ja.. ^_^

suka dgar ceramah ustazah Fatimah Syarha ni.. Hari tu ustzh dtg kolej,,sejuk ja tgk muka ustzh

Syafiq Ahadin said...

selalu terpikir... nak kapel... dan pernah... berkapel... huhu!

saat berkapel terasa sangat2 indah, selalu keji maki yang kapel dulu, bile sendiri rase, woha!! ini kah yang dinamakan cinta? blueekkkk. aku nak muntahhh!!

hahaha!

last2 pikir2, yeeeehaaaa! dapat gak kawal, then tak kapel dah. woha! tunggu saat yang paling sesuai, sebarkan tarikh perkahwinan. insyaALLAH... within 10 years.. amin...

aku nak ko jemput aku... hehehehehe!

azwa amani said...

solihin kawin jgn lupe jemput naa.. :)

Uwais Al-Qarni said...

saya suka entry ni :)

zul hassan said...

sedikiit sebanyak point beliau di ambil dalam buku tulisan beliau iaitu sebarkan cintaMu :)

Unknown said...

betul la..
masa bercinta lain...dah kawen baru nampak perangai sebenar..
masa tu baru la nak kecewa sebab jangkaan kita tu meleset..

Unknown said...

suke

harapnye gini jugak

ehem2 encik solihin dan de calonkah?

hana said...

x mo la kapel2..
masuk minang terus nikah..
hihih
=D

tuanseliper said...

insyaallah mudah-mudahan syaitonirrajim tu pergi jauh2. huhu.:)

mudah-mudahan jugak dapat suami yg soleh & zuriat serta keturunan yg soleh & solehah.hewhew >,<

Kakzakie Purvit said...

Bagus dik... kakak dulu pun tak ada cintan-cintun dgn abang. Kami sangat frank bila sesama tak ada pasangan. Terus tanya-merisik-tunang 2 minggu terus nikah. Kakak perhati janji org itu solat penuh gaji abang masa tu lagi kecik dari kakak pun kakak tak kisah sebab tahu abang masih belajar lagi. Sekarang pendapatan abang 2 kali ganda dari kakak.

Alhamdulillah dah hampir 17 tahun pun kakak bersama dan ada 3 anak dara yg masih mentah...

Atiqah Safian said...

Assalamualaikum.

Mak pernah kata, kalau kita bagi semua benda sebelum kahwin, macam mana nak dapat kemanisan selepas kahwin? ^^

p/s : tq for the comment.saje je tanya. mana tau kot2 bro solihin boleh share suasana sebenar kat situ. :)

Amira Atiya said...

Okey nak kahwin cepat2 -_-

adan said...

aku pun dah tanak couple2 ni.. insyaAllah semoga dipermudahkan..

fokus ngn kerja..kumpul duit..bila dah ada seru nak kahwin baru cari calon.. hehehe

Unknown said...

entry best :) cinta itu indah kalau kena pada tempatnye .