Pages

Saturday, February 19, 2011

Mimpi Dahaga dan Buang Air

Tiga hari berturut-turut kepala aku berdenyut-denyut. Semalam, kesakitan kepala aku semakin menjadi-jadi. Kesakitan yang maha dahsyat bagaikan migrain. Sehinggakan aku terfikir yang bukan-bukan. Adakah barah otak? Sampai macam tu sekali gambaran betapa sakitnya kepala aku semalam. Badan pula mula lemah dan terasa sejuk. Lepas solat maghrib, aku terus tidur berselimut bagi meredakan kesakitan.

Ketika tidur, aku bermimpi. Dalam mimpi tersebut aku berasa sangat haus. Pelbagai jenis air aku minum, tapi dahaga tersebut tidak juga hilang. Bermacam-macam kedai aku singgah untuk membeli air. Ada kedai yang kehabisan stok air. Ada minuman yang expired. Sehinggalah aku singgah 7eleven, duit aku tak cukup 20sen untuk membeli 100plus. Haus benar tekak aku pada masa tu.

Tiba-tiba, aku tersedar daripada mimpi tersebut. Rupa-rupanya aku memang terlalu dahaga pada waktu itu. Jam sudah pun menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku terus gagahkan diri yang lemah longlai pada masa tu untuk ke dapur bagi mendapatkan air. Dibantainya air sejuk walaupun tengah demam. Punyalah dahaga. Selepas minum bergelas-gelas air, aku solat Isyak sebelum sambung tidur. Mungkin mimpi tu nak suruh aku bangun solat Isyak kot. Hehe..


Sambung lagi cerita pasal mimpi. Aku pernah bermimpi yang perut aku memulas nak melepas. Bermacam-macam tandas aku masuk, tapi semuanya membuatkan hajatku terbantut. Masuk tandas ini, lubang tersumbat. Masuk tandas itu, ada orang tak 'flush'. Ada jugak pintu tandas yang terkopak membuatkan aku tak selesa, takut orang skodeng aku berak.

Rupa-rupanya itu semua dalam mimpi. Bila tersedar saja, aku terus melompat bangun ke jamban. Leganya dapat qada hajat. Bayangkan kalau dalam mimpi tu, aku jumpa tandas yang sangat selesa untuk melabur. Alamatnya berteraburla atas katil tu. Tak ke naya? Ahaha..


SZ : Walaupun mimpi tu mainan tidur, tapi kadang-kadang jangan buat main-main dengan mimpi ni. Heheh..

46 comments:

Anonymous said...

hahah.. mesti ramai kan yang da terbuang air atas katil masa mimpi jumpa tandas.. haha

KELI OH KELI said...

huhu.yuckssssssssss....umpama mimpi dalam mimpi... ")

Hishyamuddin said...

hahaha..bahaye tol..hehe

yoi said...

Hahahahha naseb baik xjmp tandas yg elok weh... Hahaha naseb gila

Miss AZ said...

kadang2 mimpi mberi petunjuk gak..
eyh buatnya terbuang kat tilam tu..
hahahah!! satu hal pulak :D

Unknown said...

bwahahhaa gmbar yg last mmg pergghhh mhal giler berterabur hak3

ya' mimpi mmg mainan tido tp kdg2 ianya 1 petanda juga jeng3 ;D

Dang Intan Duka said...

dang pun pernah termimpikan mimpi yang hal haus tu..memng btl2 mcm terjadi je.. :)

cek chun said...

adik akak pernah berak dalam kain selimut. katanya mimpi berak dalam toilet.

ibu hidayahamin said...

cuba cari maksud yang tersirat, mungkin ini satu petunjuk... bukan nak memandai...

Ct Kamila said...

btol3..pernah gak terjadi cenggini.. hehe

:P

Anonymous said...

mimpi semua bagus..haha...selamat dlm mimpi tue x dpt minum..kalo x minum minyak masak kot kalo cukup 20sen.. ada himah gak mimpi tu..

Ayuni said...

mimpi ader makna...

Fatt said...

aku pun penah mimpi nak pegi toilet..dah akhirnya aku sedar dan terus meluru ke toilet. nasib baik tak jumpa toilet dlm mimpi..kalau tak mmg haru :P

safurara said...

hehehehhehe kalau lah jumpa tandas yg selesa.huh~alamatnya kena bli tilam baru lah kot...

Hafriz Mohamad said...

hehe... bahaye klau mmpi yg bkn2.
kdg2 mimpi tu mimpi, tp kdg2 jugak dr mimpi bleh trctusnya realiti...
hrmm.... ^_^

Mashe said...

hahaha...masa kecik dulu (darjah 2 @ 3 cam tuh) mimpi nak tencing... siap tencing lagi... rupanya da tencing atas tilam...
so mak pesan, kalo mimpi nak tencing @ nak berak, cepat2 bangun...

*kalo mimpi berkaitan air, nk dapat rezeki...

Fariq Jalil said...

kehkeh.. nasib baik tak jumpa kan.. tapi mimpi camtu bagus la.. dia mmg suruh bangun buang penyakit.. bukan sng nak dapat... :p

aliarosli said...

hahaah

kalaw dapat tandas selese

konpem esoknye kene angkut tilam

hahhah :P

shahjiehan said...

SJ penah kene cam ni..mase demam..mimpi mengigil g kedai cari ubat panadol...sedar mmg btoi mengigil kesejukan...

Gimi said...

Nasib tak mimpi g hotel 5 bintang, kalau tak sah2 la esok buat gotong royong basuh 1 bilik.. Kalau ko bagi free kat uncle 'tukar tilam lama' pun dia geleng2 kepala..

Gimi said...

Nasib tak mimpi g hotel 5 bintang, kalau tak sah2 la esok buat gotong royong basuh 1 bilik.. Kalau ko bagi free kat uncle 'tukar tilam lama' pun dia geleng2 kepala..

nur aisya humaira said...

hak2...nak gelak je boleh??

AIMAN said...

mimpi yang kita rasa cam betol2.. aku penah jadi gak.. rasa lapaq. haha. pastu bangun terus ngap roti

qasehraihan said...

lucu mimpi2 awk ni..
sy pernah gak mimpi peli..mimi awk dtg umh sy ajak g dating dgn kete ijau mcm header tu..hahahaha~!

mie said...

bahaya mimpi mende2 camtu..
eheheeee

Muhammad Syahmi said...

Naper tak tolong cucikan tandas yg kotor dan yg tak ber'flush' tuh...?

Dapat pahala...
^_^

Najeera Yahya said...

hahaha...tak taulah kalau melabur saham kat atas tilam tu...

hehehe...

^_^

Fairosza said...

pergh solihin dalam mimpi pun nak demand ek..100plus lagi..haha

sy penah skali tu kat kolej mimpi pelik giler..dalam mimpi tu mimpi lagi..

yg gmbr last tu tolong r..ada ke pasir dibuat bentuk camtu..uek.

Admin said...

jaga ksihatan k :)


Terbaru:
Kamu yang sepatutnya terdahulu mengerti
Roda kehidupan berkisarkan penerimaan jiwa

Sham said...

ahaha...lawak pulak cite mimpi hang ni solihin...

cik ciput said...

hahaha..SZ oi, nasib baik tak melabur ats katil..maluuuuuuuuuuuu beb

Unknown said...

masa kecik selalu mimpi nak ambik gula2..
bila tersedar boleh cari lak gula2 tu..
hehhe..padahal mimpi je..

sekadar satu coretan said...

salam ziarah...
jarang mimpi..selalunye bile tido tau2 dah bunyi jam..suruh bangun...

WAHIDA ALIAS said...

wawa pon mimpi pelik gak solihin...emm..

faINa989 said...

sepatutnya mimpi macam ni masa zaman kecik2 jeeeee...

:P

Unknown said...

bese la 2 mimpi..
tp x sgke gak ea..ade effect sbnr lps mimpi 2..

nuriz said...

mcm2 la solihin ni haha!!
tapi kreatif la..sebab pasal mimpi pun leh tulis pjg berjela hehe

Sunah Sakura said...

erk..dulu kecik2 selalu mimpi nak buang air...bila mimpi camni terus bangun sebab takut terkencing atas tilam..hahaha

Kak Mahh said...

Besarnya bahan buangan dia...mana dapat gambar tu

Qaseh Dalia said...

hahaha dulu2 kecik2 salu kencing malam sbb mimpi dalam toilet ..uwaaaaaaaaa mase kecik2 je ok haha

niesz said...

dulu2 niesz pnh terkena ngn mimpi sendiri..ingt kan da betul2 dlm toilet sbb nk terkucil..rupa nye ats katil..hahahaha...

toyolkiut said...

kdang2 mmpi tu peringatan..
suatu mlm TK mimpi, adik TK dibaham buaya, beria2 TK jerit minta tolong..mak tengok je peristiwa tu? huhu..
bila terkejut kan.. TK nangis teresak2.. sedih sangt.. takut jd kenyataan..walau pun mimpi, boleh ganggu emosi kan..

Faeza Suhaimi said...

kelakor.. ada-ada je.

apdm said...

salam

kes tak baca doa sebelum tido ni..huhu

Ain Zulaikha said...

kadang2 mimpi boleh jadi reality.. pernah sekali mimpi then bila bangun what??? tadi saya mimpi saya buat benda ni!!! takuttttt

Unknown said...

hahahahaahaha. macam macam la SZ ni. haha