Pages

Friday, March 16, 2012

Macamlah Kau Bagus Sangat Nak Nasihat Aku!

"Hek eleh... Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku woi! Cermin diri tu dulu.. Diri sendiri pun jalan macam ketam, ada hati nak suruh aku jalan straight. Macamlah aku tak kenal perangai kau tu macam mana sebelum ni. Jahat nak mampos! Sekarang ni nak berlagak ustaz pulak nak bagi nasihat kat aku. Pergi mati lah woi!"

Fuh! Kalau bab agama, orang kita memang pantang ditegur. Habis disumpah seranahnya kita. Dikaji-selidik pula kesalahan kita dan mengungkit kisah-kisah silam terutamanya yang pernah terlanjur dalam kancah maksiat sebelum ini. Mungkin dia merasakan orang yang memberikan nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya. Mungkin kerana seseorang itu kurang baik akhlaknya mahupun cakap tak serupa bikin.


Ini kerana dalam diri itu wujud perasaan ego dan sombong untuk menerima nasihat daripada orang lain.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim

“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Dalam Islam, jika kita melihat seseorang melakukan maksiat, wajib untuk kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Kita juga bukannya maksum seperti Rasulullah SAW. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah hitam seseorang yang sudah insaf? Dia memberi nasihat mungkin kerana tidak mahu kesilapan tersebut diulangi insan lain. Dan tidak perlu tunggu jadi ustaz baru hendak memberi nasihat.

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

‎"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).

Apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang yang dapat memberi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya, kita buang jauh-jauh. Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!

Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Akan tetapi, jangan pula cakap tidak serupa bikin. Sedang kita sedap ber'pung-pang' menegur orang lain, tapi kita masih di tahap itu juga, pun orang tidak akan respek.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff 61 : 2-3)

Seeloknya, sambil kita memperbaiki diri, sambil itu juga kita menyeru orang lain turut berubah bersama kita dan sama-sama buat kebaikan. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang? Nak bagi nasihat juga, biarlah berhikmah. Manusia tak sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan teguran yang membina. Bukan yang menjatuhkannya.

Yang ditegur itu pula, usahlah melenting. Anda sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi peringatan kepada anda daripada terus hanyut ke dalam lautan noda. Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana dikhuatiri Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati itu. Nauzubillah...



SZ : Don't judge me by past... I'm not in the past anymore.. Accept me for who I am today..

25 comments:

Aretikz said...

Orang sebegini akan tolak bulat2 apa yg disampaikan.. mesti ada hikmah dan cara dalam memberi pengajaran..

Bila mana dia berasa dirinya baik, memang susah nak ckp dgn org tu.. mcm cite tanah kubur tadi.. woha~

Anonymous said...

ego. pemusnah segalanya. hurm

chesakinah said...

kena pula dgn situasi saya sekarang ni. aduhai. insaf la pula. thanks awk. -_-"

adan said...

yess.. sangat sokong entri ini,,,

lagi satu kepada yg berdakwah yakni yg menyeru kepada kebaikan.. peganglah kata2 ni..

"Allah serta seluruh malaikat,seluruh ikan2,seluruh semut2.. seluruh penghuni langit dan bumi akan mendoakan mereka yang menyeru pada kebaikan"

ayat ni la yg aku dengar dari ustaz zaharudin.. *maaf kalau tersilap..

saidila said...

betul ni sz....zaman skrg kalo nak menegur nak mentarbiah org hati kena prepare...jgn cepat terasa dan jangan cepat melenting atau berbalas caci maki apatah lagi ungkit mengunkit....nak tarbiahkan org kafir lagi senang dari menegur sesama islam terutama yg jahil agama....

[wani_mn] said...

ayat standard, 'kubur masing-msing..' =.=' pffft

naqiah said...

:') penah kena mcm ni sz.. thanks for the entry... n like the last quote :')

zul hassan said...

aku pon pelik gak sebb pa boleh jadi macam ni.. bila orang tegur pandai plak dia tegur kita balik. kata kita dah menjatuh maruah dia depan orang ramai la, tapi dia tak sedaq dia sedang menjatuhkan maruah dia depan pencipta dia....

Syafiq Ahadin said...

Dulu aku selalu anggap aku je yang betul, bila makin membesar, jumpa ramai orang, bersemuka ramai orang, baru terasa betapa diri ini Noob giler!
Terasa insaf! Huhu!

Unknown said...

Dlm keluarga sendiri pun ramai sikap mcm ni. Ego tak bertempat, kita nasihat yg betul dianggap kita lebih bijak. Seolah2 kita ni sempurna bg dia, takde silap. Mereka salah sbnrnya. Kita menegur bukan bermakna kita bagus tapi peringatan utk diri sendiri juga. Kita tak mahu dia jadi seperti kita dulu (mana yg tak elok ler)

Anonymous said...

"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).

salam,boleh terangkan ape maksud ayat di atas? tak brape nak paham. thanks. ;)

nabByla said...

besela org slalu akan ada jew benda yang tak puas hati.. kena byk sabar. huhu..

Sya_Merpati Putih 88 said...

manusia yg tak boleh terima teguran / nasihat dari orang lain adalah manusia yg ego dan merasakan dirinya "terlalu bagus+sempurna" hingga tak perlu diberi nasihat..

btw,nice entry..(^___^)

AzwanRamli said...

Blogging2 jgk hukum syariat islam jgn ditinggal.

Nice sharing...

Solihin Zubir said...

@Anonymous : wslm...

maksudnya yg sy faham,

kalau seseorg itu hanya memberi nasihat kpd org lain ketika dirinya baik, bila dia buat salah dia tdk mengakui kesalahannya dan tidak berusaha memperbetulkan kesalahannya..

kalau seseorg tu bg nasihat ikhlas krn ianya baik utk dirinya dan or lain, bila dia buat salah dia takkan sembunyi kesalahannya dan berusaha utk memperbetulkan kesalahannya..

Wallahu'alam..

Anonymous said...

salam....... bley x buat entry jwpn yg sesuai nk bg kt diorg yg ske bg alsn kubo msg2 tu? tq.. =)

-syida

misz aisya said...

salam.

kalau org yg tegur tu ckp xserupe bikin, siape2 pon ssh nk terime kan.

as for me, wlau siape pon dy, dan ape yg dinasihatkn btol, aku terime je. at least ade org care kat kite kan? caring is loving :)

devilz said...

tidak perlu tunggu menjadi sempurna untuk menegur,kerana tiada manusia yang sempurna segalanya....saling menegurlah sesama kita :)

Sunah Sakura said...

juga mengharapkan agar yang lain tidak menghakimi masa lalu saya...

Anonymous said...

Semoga Allah redha...

Hamba Allah said...

Mohon share yet

Musafir Jalanan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

@Anonymous
Orang yang berbangga dgn dirinya sendiri kerana berasa dirinya lebih baik, lebih beriman akan malu untuk mengaku apabila membuat kesilapan. secara kasarnya, org yg "perasan baik" n x ikhlas bagi nasihat, tapi lebih kpd nk tunjuk alim. orang yg tahu ilmu yg ada pada dirinya itu datang dari Allah swt mengakui kelemahannya sendiri, n memberi nasihat bukan untuk tunjuk alim tapi kerana ikhlas utk menolong :)

Unknown said...

Subhanallah...manusia yg melenting lebih ramai dr terima...YaAllah...berikan aku kesabaran...Aamiin...

Unknown said...

Subhanallah...tp manusia mmg melenting bila kita whassap yg kena batang hidung...kita bukan tnjuk pandai cuma pos...bkongsi krn dr apa yg kawan2 pos aku berubah...