Pages

Wednesday, January 12, 2011

Pengalaman Exam Yang Menyakitkan Hati

Hari ni aku nak kongsi pengalaman paling menyakitkan hati ketika aku dalam perjalanan untuk menduduki Ujian Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans pada 27 Nov 2010 yang lepas. Ejen Kurnia Insurans yang menguruskan aku memaklumkan bahawa aku akan menduduki exam di SM Keat Hwa, Alor Star. Bermula 2.30 ptg hingga 4.30 petang. Pada hari itu juga, jiran sebelah rumah aku melangsungkan kenduri kahwin. Agak biadap jika aku tidak menghadirkan diri dan meringankan tulang. So, aku terpaksa keluar tepat jam 2.00 ptg untuk tiba tepat pukul 2.30 bagi menghadapi exam tersebut. Mujur cuaca agak baik. Jadi, boleh lah aku menaiki motorsikal bagi memudahkan aksi cilok-mencilok ketika mengharungi kesesakan lalu lintas.

Tepat pukul 2.30, aku pun tiba di Sek Keat Hwa yang dimaksudkan tu. Sampai kat situ, aku bertanya kepada brader guard yang bertugas, dimanakah dewan exam? Brader tersebut menyatakan yang exam tersebut bukan di situ. Tetapi di Sek Keat Hwa 2.. "Aik. Sejak bila ada Keat Hwa 2?"', bentak hati kecilku. Aku punyala jakun sebab tak tahu. Yela.. Aku tau sekolah agama je. Haha.. So, aku pun bergegas mencari Keat Hwa 2 berdasarkan petunjuk yang diberi oleh brader tersebut. Punya la berbelit jalan nak ke situ.

Setibanya di Keat Hwa 2, pak cik guard yang bertugas menyarankan aku ke Sek Keat Hwa K kerana beliau langsung tidak tahu menahu mengenai exam tersebut! Aku bertambah bingung. Sejak bila ada Keat Hwa K? Aku pun bergegas ke sekolah yang dimaksudkan. Dan sekali lagi pak guard Keat Hwa K juga mengecewakan aku! Beliau juga tidak tahu apa-apa. Masa semakin suntuk. Aku semakin cuak. Dia mencadangkan aku ke Sek Keat Hwa Private pula. Haha.. @#%*&^$! Dalam hati aku dah mula bersumpah seranah. Pada hari malang tersebut juga, baru aku tahu yang di Alor Star ada 5 buah Sekolah Cina bernama Keat Hwa! Ciss!! Err.. Betul ke 5? Atau ada lagi yang aku tak tahu?

Akhirnya Sek Keat Hwa Private merupakan destinasi yang sebenar. Jam dah menunjukkan 3.30 petang. Sudah 1 jam masa menjawab telah berlalu. Aku dah mula give-up. Takkan aku nak jawab 100 soalan hanya dalam masa sejam? Sepatutnya 2 jam. Gila! Kompom tekanan dan tak dapat fokus. Niat di hati nak patah balik. Tapi aku istighfar banyak-banyak. Aku buat keputusan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lutut lengan. Aku teruskan juga mendaki tangga-tangga menuju ke dewan peperiksaan. Apa nak jadi pun, jadi lah!

Dengan keadaan tercungap-cungap dan rambut berserabai akibat memakai helmet, aku melangkah masuk. Semua mata memandang aku. Lebih daripada 100 orang calon-calon yang ada dalam dewan tersebut. Aku sangkakan, hanya lingkungan 20 orang yang bakal menduduki ujian tu. Aku cuba menipiskan muka aku yang terasa semakin menebal.  Tiba-tiba aku disekat oleh seorang pengawas Cina yang tidak membenarkan aku masuk. Hati aku mula membara. Mujur ketua pengawas peperiksaan yang merupakan warga Cina agak berumur seorang yang sporting. Beliau memberi peluang kepada aku untuk cuba menjawab walaupun masa tersangat suntuk.

Tanpa melengahkan masa, aku terus menjawab. Fikiran aku masa tu memang bercelaru. 100 soalan aku terpaksa jawab dalam masa hanya 45minit? Mujur semua soalan objektif. Tapi memang susah tak hingat la. Dalam keadaan kelam-kabut serta emosi terganggu akibat tekanan melampau, aku mencuba nasib. Mana tahu tembakan aku mengena. Dengan lafaz bismillah serta tawakkal, aku berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Fire in the hole! Akhirnya sempat juga aku menghitamkan semua bulatan yang ada di kertas jawapan tersebut. Keluar daripada dewan peperiksaan, aku yakin aku akan gagal. Hampir mustahil untuk aku lulus.

Setelah 3 minggu, result peperiksaan tersebut pun keluar. Di saat aku mahu menyemak keputusan di internet, menggigil tangan aku menekan keyboard. Berat hati nak tengok keputusan. Akan tetapi, keputusan yang terpapar pada online slip di screen komputer tersebut menyatakan aku LULUS! Biar betul? Aku menampar-nampar telinga aku bagi memastikan yang aku bukan bermimpi. Ternyata memang benar. Lantas aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Illahi. Adakah ini dinamakan keajaiban di dalam peperiksaan? Alhamdulillah. Aku memang bernasib baik.


Siang tadi, aku baru sahaja selesai menandatangani perjanjian kontrak dengan Syarikat Kurnia Insurans. Kini, syarikat Lubok Rezeki Enterprise sah bergelar sebagai Ejen Kurnia Insurans sekaligus mengembangkan lagi sayap perniagaan syarikat milik keluarga aku. Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki akan semakin bertambah di lubok ini.

MORAL : Kalau dah mula mendaki, teruskan berusaha mendaki hingga ke puncak. Jangan sesekali berpatah balik biar apa pun rintangan yang dihadapi. Sentiasa berfikiran positif. Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya. InsyaAllah.

MORAL TAMBAHAN : Pastikan anda tahu semua sekolah yang ada di tempat anda. Hehe.. Pastikan juga anda mendapat maklumat yang lengkap mengenai lokasi peperiksaan anda. Sebenarnya, ejen yang menguruskan aku tu pun tak pasti lokasi sebenar coz dia orang Perlis dan masih baru. Cis!

48 comments:

niesz said...

alhamdulillah..congrate awk.. :)

Ct Kamila said...

mmg menyakitkan ati nih..

sabau ye..

one2paii said...

tahniah kat lu bai..dan dengan ini gua nak lantik lu menjadi ajen pada gua lak..jd bodyguard gua leh?

eiela said...

tahniah,,dah alang-alang baik teruskan kan. rezeki bukan kita tau.

Latest Entri :
Tidak! Rambutku Dah Beruban

yott said...

hurmm...mcm mana boleh lulus tu..;) hehe..joke2...btw congrats SZ..smg business anda sukses..

Fairosza said...

tahniah...asal la dia buat sekolah nama dekat2 sama kat tmpt dekat2...

Unknown said...

final kali ni fy nk cuba masok lambat jgk la..mne tau terus dapat A+ hehehe..

Izamir Ridzwan said...

nseb baik sempat ambik exam..

cek chun said...

dah agak dahh. memang sunggoh byk keat hwa di pekan tu. mujoq nek moto noo. bleh gak rempit cilok merata. senang nak kona.

good luck in ur line of work. moga dapat masuk milionaire club la dalam insuran line nih. ohh saya dah ada insuran.. hehehe

Unknown said...

ahahhaa gila xleh blah rmbut serabai sbb pakai helmet ! eh,kat alor star ade scoll cina eh?xperasan pn lalalala.. tahniah oke lulus juga kamu hahahah cis betol ! ;D

Unknown said...

gilo ah..tetibe rase semngat nak abiskan final year wlupon bnyak masalh..tahniah..

Solihin Zubir said...

@one2paii : jd bodyguard je? jd boss xleh ke? hehhe..

Solihin Zubir said...

@niesz : thanx.. :D

Solihin Zubir said...

@eiela : belum cuba belum taw.. heheh..

Solihin Zubir said...

@yott : insyaAllah.. thanx.. :D

Solihin Zubir said...

@Fairosza ntah.. tamak tol keat hwa tu.. haha..

Solihin Zubir said...

@CheQ PP JoY : perli ke? ehehhe...

Solihin Zubir said...

@cek chun : haha.. taw xpa kan akak.. mmg byk keat hwa kt pekan tu.. hehehe..

erm.. thanx.. amin.. :D

Solihin Zubir said...

@Amna.Qadeeja : rambut serabai pon lulus jugak.. haha.. ;-p

Solihin Zubir said...

@bukan photographer : bagus2! teruskan semangat..
keajaiban pasti ada.. hehe..

iniialahaku said...

hahaha..kat jitra pon xslah aku da sbuah nma keat hwa gak..femes btoi cina ni..sapa ha dia ni??chin hin aku tawla..Chin Hin (Jitra)...haha

alexayussida said...

Alhamdulillah,tahniah tahniah tahniah!!:D excited plak sbb dah macam2 dugaan kn..tuhla,Allah nak uji kesabaran n keimanan hamba Dia...sape yg tawakkal penuh kat Dia,insyaAllah Dia tlg:) ape2 yg kita bt smua pon Dia dah tentukan^^

AIMAN said...

tahniah la sebab lulus..
cabaran tetap cabaran.. layan je
heh

Solihin Zubir said...

@iniialahaku : tu la.. rasa nak kena wat research jugak sapa sebenaqnya keat hwa tu.. heheh...

Solihin Zubir said...

@alexa yussida : alhamdulillah.. thanx.. :D

Solihin Zubir said...

@AIMAN rempuh segala cabaran.. haha..

Zeanne said...

power la..congr8s ;)

Unknown said...

tahniah abaq ang. tu la..kena rajin gali-menggali..hahah

deCrewz said...

Salam bro.. 1st time singgah cni.. papepun tahniah.. Berkat doa dan kesabaran, Allah akan bukakan jalan...

mie said...

tahniah!!!
kerjaya yang menarik..

Muhammad Syahmi said...

27 Nov 2011 atau 27 Nov 2010?

27 Nov 2011 belum lepas lagi...

Solihin Zubir said...

@Muhammad Syahmi Sabidin : ha'ah.. tak prasan la.. thanx coz tegur.. kesilapan teknikal.. heheh..
27 Nov 2010..

zaMir said...

huhu..kalau dah rezeki., memang x kemana...byk betul dugaan tu kan....=)

sarah-najwan said...

tahniah solihin..
bagus kamu jalankan bisnes utk keluarga..

kamu boleh jadi bisnesman yg berjaya...

Siti Hajar Masri said...

tahniah..memg rezeki ko tu..

Izan Ishak said...

alhamdulillah, dah lulus dgn jayanya pun exam tu. dugaan betul nak cari sampai 5 nama skolah yg sama.

**teringat masa k.izan amik exam ni masa twins kecik 3 thn lepas~

Hanim Mahali said...

tahniah.... tak sia sia pergi sana sini... semua tu de hikmahnya...

Muhammad Syahmi said...

no prob...

Fatt said...

tahniah...pasni jgn buat apa2 last minit..bahayo!

Gayahspears said...

okay la tu... ape lak yg sakit hati nyer??? hahahaha

cek chun said...

@iniialahaku

chin hin buat moto. keat hwa buat keta. hahaha.. sesuka aku jer type :p

☾SHiemaCMa786☾ said...

alhamdulillah..congratz dah lulus..

Solihin Zubir said...

@sarah-najwan : insyaAllah.. amin...

Solihin Zubir said...

@Izan Ishak : akak pon amek exam ni jugak? ehehe...

Solihin Zubir said...

thanx a lot semua.. heheh..

CIK TOM said...

alhamdulillah..tahniah ye solihin...

Anonymous said...

Thanks for an idea, you sparked at thought from a angle I hadn’t given thoguht to yet. Now lets see if I can do something with it.

CikguShikin said...

Di bentong ada 4 sekolah khai mun..

SMK Khai Mun
SJKC Khai Mun Pagi
SJKC Khai Mun Repas
SJKC Khai Mun Chamang