Pages

Thursday, December 15, 2011

Wanita Bertopengkan Mekap Tebal

Perempuan yang paling 'hodoh' adalah perempuan yang perasan cantik. Perempuan yang perasan cantik adalah perempuan yang suka menghabiskan masa dengan bersolek. Membelek wajahnya di hadapan cermin sehingga timbul rasa ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud kagum dengan diri sendiri.

"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."

Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.


Perempuan yang suka mengenakan make-up yang tebal boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak jujur atau hipokrit kerana menipu diri sendiri dan orang lain dengan kecantikan palsu. Lebih teruk, bukan sekadar memakai lipstic, blusher dan eye shadow yang terdiri daripada pelbagai warna tu.  Malah ada yang mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dan memakai bulu mata palsu semata-mata untuk kelihatan lebih cantik...lah sangat. Perbuatan tersebut dianggap tidak bersyukur dan mengubah ciptaan Allah.

"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu."(Surah al-Ahzab: 33)

Perempuan jenis ini juga hanya nampak cantik atas jasa kamera. Contohnya, artis-artis kelihatan sangat cantik di dalam majalah dan TV. Tetapi, hakikatnya wajah mereka yang disolek tebal itu sebenarnya nampak sangat hodoh jika dilihat secara live. Nampak ber'tepung' dan berminyak. Warna kulit muka kelihatan sangat kontra dengan leher atau tangan. Bila mereka menanggalkan make-up, kelihatan seperti orang lain. Bukankah itu hipokrit? Padan muka diucapkan buat pemuja-pemuja artis. Terpesona dengan kecantikan palsu. Booo~~


Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty. Yeke? Ke aku sorang je? :O

Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."

Berhiaslah hanya untuk suami. Tetapi, usahlah terlalu tebal hingga kelihatan seperti orang lain. Jika ada suami yang gemar isterinya mengenakan mekap yang tebal, dia seolah-olah tidak dapat menerima isterinya seadanya. Lebih gemar melihat isterinya menjadi 'orang lain' dengan solekan tebal tersebut. Adakah cinta anda terhadap isteri hanya kerana solekan tebal? Lelaki... Jangan biarkan hidup anda diselubungi wanita bertopengkan mekap tebal.

Lebih baik bertopengkan niqab drp bertopengkan mekap tebal...

Wanita... Daripada kau gedik perasan diri secantik bidadari, lebih baik kau berusaha menjadi ketua bidadari di syurga...

Lelaki... Daripada kau terhegeh-hegeh mengejar wanita secantik bidadari, lebih baik berusaha mengejar bidadari di syurga...

p/s : Diulangi... make-up TEBAL.. Jangan salah faham. Bukannya mekap yang diharuskan. Ok!

** Hukum Wanita Bersolek atau Tabarruj...KLIK SINI!

SZ : Kepada calon-calon isteriku, tolong jangan mekap tebal-tebal sangat ok.. Mencik!

56 comments:

azwa amani said...

buat CALON-CALON isteri.. huhuhu.. ada hati nak manyak ke... mencik!!! huhuhu

Syafiq Ahadin said...

tau tak lagu One Direction What makes you beautifuL??

hehe! cube dengar, sebijik ngan entri ni. ceh, tak lah.

Husna AOmar said...

Amboiii 'calon calon isteriku'
:p

Pelik kan people yg menipu diri sendiri pakai benda2 alah ni
Menyusahkan je lagipun lagi2 time nak solat
Orang cakap, ambil wuduk pun dah buat muka berseri seri, bercahaya lagii
:)
Segar pulak tuu

Haila.. edit gambar pun sama!
Over edited mata besar sume -,- Serrram

aishahzin said...

peh betul2 sokong.betul!

jgn makeup tebal.mencikk.;p

Unknown said...

mekap macam pelangi ...
siap dengan bulu mata palsu...


opocot!!takut akak..muahahahah

Cik AB=) said...

nice sharing:Dmay Allah grant u with success dunia n akhirat^_^

you-know-who said...

Orang make-up tebal la orang selalu puji. Society sekarang, dunia dah makin tua.

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Assalamualaikum... Setuju dgn kenyataan, wanita yang mengenakan make-up itu sebenarnya menipu... Yang ori itu juga yg terbaik. Natural beauty..

Nurul Iman Rosman said...

natural beauty is better :)

Anonymous said...

hamboi.....calon-calon isteriku.....ramai awek nieh.....ekeke.....just kidding....

setiap yang dijadikan-Nya adalah yang terindah dan tercantik.. :)

hana said...

muka x cantik kene la mekap tebal...
hehehe...
cukuplah sekadar bersederhana.

Liyana Lunia said...

terima kasih atas teguran SZ , entry ini akan saya kongsi untuk tatapan kawan kawan perempuan yang lain

AA said...

tapi, normally, orang yang make-up-tebal2 tu, selalu kena puji, cantik, comel. yang muka pakai bedak biasa je, pandang pun tak hengen :|

qasehraihan said...

kita pun mencik tau!!hehe
nice one!!

nurul diana said...

tu diaa , gmbau tu hahaha , yup makeup tebal2 je cntik skali x makeup muka mcm mayat hidup , hheeh

Jejaka Terhangat said...

wanita mekap tebal ni plastik je..dan orang jenis ni pon suka komen plastik drpd org sekitar dia, lebih2 lagi lelaki..aku tgk blog2 budak pompuan mekap tebal2..aku plak yg tension. mgkin sbb aku bengang dgn komen2 plastik yg dia dpt. smpai beratus2 plak tu..haha.. sabo je la..

shaerin syazwan said...

macam mane sekalipun , kite kene berbalek pada bersederhana dalam segala segi =)

alexayussida said...

make up utk suami sudahlaaa..xperlu utk tatapan umum..nak pakai jugak,nipis2 sudah..ckup ko sndiri rasa yakin n selesa..

nOur said...

seriously, diri seorg perempuan itu lebih terancam ble mekap tebal2..

.terancam sebab kne kutuk, kne fitnah..ahaha~

reenapple said...

selamat aku tak suka bermekap.. hehe.
by the way..nice info..

alyana hamdan said...

syukur alhamdulilah sebab buat masa sekarang ni belum pandai/tak suka pakai make-up tu semua..
walaupon dah 19thn kan..make-up pon xpandai pakai..
selesa ke org yg make-up tebal2 tu..?yana pakai "krim" sikit pon dah naik rimas..

Admin said...

Jangan jadi hipokrit :)

blog-tips-kurus said...

semoga semua CALON encik SZ tersebut bersiap-siaga hendaknya.. (",)

nurdani said...

make up memang menipu.pakai nipis yang natural look ok la kot.

una said...

thanks for the nice sharing, :)

Fasihah Supian said...

SZ! calon2 isteri ku?hehehe nak kawen ramai ke?hehe

Ain Zulaikha said...

actually pada mulanya bedak saja, then nak lagi ok tambah lip ice, kemudian nk cantik lagi tambah blusher kasi manis sikit, then nak kasi mata galak tambah eyeliner, tak puas lagi, tambah eye shadow, alamakkkkk rasanya kalau ada lens cantik ni.. kemudian nampak mata tak menyerlah, pakailah bulu mata palsu.. hahahha biasalah tak mensyukuri nikmat Allah,

*tp saya make up jgk, ;p
tp sy bukan manusia tuk dipertonton oleh org ramai.. sekian terima
kasih

nice !

Anonymous said...

posting yg sgt best..:)

Atiqah Safian said...

Terbaik! Macam pelik je makeup yang cam merak tu. Memang betul macam badut. Hehe..

Nys Zairee said...

sy pk positif.. calon jer ramai..
nk wat isteri sorang je kan?
^__^

nabByla said...

takutnya takut make up dia.... nk pg mna jew make up cm tue..huu

aliza said...

akak pun terbaca buat 'calon2' isteriku.. bujang 4 ke dik? takut x terbeli mekup kang... lipstick koman2 pun dah 20 hengget.. hisshh

nadies ler said...

suke info2 cmnie..sape yg kn cili dia trase pedas..^-^

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...entri yang bagus solihin...mekap yang diharuskan tu cukuplah sekadar untuk wajah nampak bersih dan tak selekeh..

Anonymous said...

mohon share =D

solek biasa2 da la, kt luo mekap tebal, t da kawen, kt uma nmpk gak jrwt tu.. bio la lelaki ni terima kita seadanya, bukan krn kita nmpk lawo bile mekap tebal2 je.

Puteri Iqa Izyan said...

aku harap lepas ni yang mekap tebal2, berubah sikit. ^_^

tapi, ramai je aku tgk org2 sekeliling aku ni mekap tebal kemain. kadang aku terfikir, sdp sgt ke mekap tu? :

Ujang9897 said...

i make up utk u ok tak..=)

Aretikz said...

Kalau Isteri ko baca ni pas ko dah kawin, konfom jimat duit make-up nanti.. haha..

Beauty is natural, dont make it funeral..

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

aku x minat pakai makeup.. tpi makeup photoshop minat la..
better puji diri sendri dari kutuk diri supya mintak dipuji.. lagi teruk ! hehehehe !

MERAH said...

Salam. Tuh lah payah bila perempuan dah hilang rasa malu, tanpa segan silu malah rasa bangga menayangkan sesuatu yg tak patut. Naudzubillah.

FR said...

best :>

tempek2 ckit tu ckup la sekadar nk rsa dri tak serabut dan yakin.

RHI said...

selesakah mereka dengan mengenakan make up tebal????

ramainya calon isteri

Al-FaRaFiSyAh said...

nice entry...
pernah berniat untuk berpurdah, tapi takut tidak istiqamah....

محمد رازيق said...

betul bro, kadang aku tgk dah macam kek dah.. tebal sngt.. bukan tak boleh, cuma biar berpada.. apepun itu memg sifat semulajadi wanita yg suka kecantikan.. lelaki pun minat juga.. hhehe

Unknown said...

suke pakai make up yg lebih nampak nature :) even wani pmpn , wani still tak suka pmpn yg makeup tebal2 . fake :D

cik ciput said...

kurang mekap, kurang juga kos untuk mendandan diri..kat situ dah boleh jimat banyaaaaaaaaakk....

*pakai bedak jonhson's baby pun dah cukup =)

Sya_Merpati Putih 88 said...

btw sy pun suka make up jugk, tp light make up jerlah, n taklah tebal..

nice entry, mmbuatkn sy terfikir akn sesuatu..

Cik LunaRose said...

@CETUSAN SEIKHLAS RASA

yup....agree sesangat..

Shiqin Sunshine said...

kalau orang tetiba puji muka cantik[no make up] tetiba terbongkak jap camne tu eyk =D....sekejap jelahh pastu cakap "semua milik Allah, terima kasih sbb bg aku cantik" boleh kan?<< ok poyo jap.... =D muehehhehe....


betul lah tu...skunk ni susah nak cari yang cantik tu sebab natural...mesti sbb make up tebal punye ....sebenarnya..kalau fizikal pon tak cantik asal dalaman baik hati orang akan nampak kita cantik...betol tak? =)

fishies said...

calon-calon?
wah. dah simpan angan-angan tu. :D

lilydamia said...

sekadar menyokong ekonomi dunia je ..beli mekap banyak2

RHI said...

terimalah apa adanya...dan bersyukur apa yang telah dianugerahkan oleh Allah swt

Shiqin Sunshine said...

jangan biarkan hidup anda diselubungi gadis misteri....eheh :p

Ujie Othman said...

Yg bermekap tebal ni..takde keyakinan diri..

Aien Zainal said...

Ade sesetengah yang kat rumah kemaen bergaya, baju liplap2, Muka tempek memacam, tapi bila keluar, simple je... And ada jugak yang sebalik nye... =)

Anonymous said...

Akak malas nk cakap byk2 tak suka org pn ngutuk2 mcmnipn dosa jgk..kalau nk dipikirkan smua dosa pahala..papun jaga diri ..hiasi peribadi...kalau stakat mekap utk suami kak rasa mungkinkot sebab suami n lelaki skrg pantang nmpk dahi ngn kulit putih ..tipuu lahhhh tak cri kecantikan
..tgok peratus kt malaysia gmuk +huduh kebanyakan andartu...sebb apa lelaki byk memilih...jd pndpt akak tak pyhlah dok isukanmekap tebal 8 inci ka apaka...biaelah allah yg judge dia..kita jaga hari peribadi kita...