Pages

Wednesday, May 25, 2011

Lelaki Pukul Perempuan Bukannya Dayus!

Apa hukum lelaki pukul perempuan? Adakah dikira dayus? Aku pelik. Orang kita selalu cakap, "Tak malu pukul perempuan! Dasar lelaki dayus!". Weyh! Perkataan dayus dah disalah erti pulak. Inilah akibatnya tengok drama Melayu. Skrip main ikut sedap dia saja.

Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu DAYUS. Pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka-luka, lebam, berdarah atau yang sewaktu dengannya adalah HARAM. Pukul yang dibenarkan dipukul ialah jika si isteri itu nusyuz. Itupun pukul bersyarat dan pilihan terakhir selepas berusaha untuk kembalikan kebahagiaan rumahtangga masih gagal dan pukul pula jika ia boleh berubah.

Lelaki DAYUS adalah lelaki yang takut bini. Dan yang membiarkan isteri dan anak-anak perempuan melakukan maksiat tanpa rasa cemburu dan tidak menegurnya untuk meninggalkan maksiat. Tak menutup aurat, dye rambut kaler merah, jadi pelakon peluk-peluk dalam drama. Dalam filem alim nak mampus, tapi luar macam setan. Pergi clubbing minum arak balik masa azan subuh pun mak bapak buat bodoh. Bila orang tegur anak bini dia buat dosa, dia back-up. Itu baru namanya dayus. Ada paham?

Akan tetapi, kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Jika berlaku tanpa pengetahuannya, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

rujukan : ustaz zaharuddin.net



SZ : Kalau taknak ayah dia dapat gelaran dayus, jangan tanya bila mak aku start pakai tudung kalau aku tegur bab aurat. =)

76 comments:

Azreen Farhani binti Azman said...

hehe . ayat last tu lain mcm je . haha

RHI said...

kakak tumbang baca sajalah ye....n thanks 4 info, kakak rasa memang ramai yg salah tafsir tentang hal ni

Syafiq Rosli said...

nice sharing bro..yelah dayus ni xsemstinya pukul bini je..tapi kalau kita tak halang bini kita melakukan kemungkaran..lbih kurang je

mushroom said...

setuju sgt.. dorang selalu salah faham.. kita kena pukul isteri bila dia nusyuz jek.. tu pun kat bahagian2 tertentu je boleh.. dengan niat nak mengajar isteri

Nailah Azman said...

As'salam.

Yup, orang sekarang main cakap je perkataan dayus tu tanpa tahu maksud sebenar.
Padahal dayus tu dalam Islam hanya digunakan untuk lelaki yang membiarkan ahli keluarga dia buat maksiat like apa yang SZ dah nyatakan tu. ;)

NuSaNa NoSa 91 said...

yeahh~ lelaki hanya bleh pukul pompuan time isteri dia nusyuz je.. tu bukan pukul terus, ada step2 lain dia kena wat dulu.. pukul pon bukan pukul sampai dasyat sgt.. sekadar pukul utk bg pengajaran, kan?? ^_^

yup, lelaki hnya dayus klu dia membenarkan isteri dan anak2 dia wat kemungkaran tanpa menegurnya.. =.=


SZ : itu yg paling terbaikkkkk!! ^_^

Miera Hassan said...

haha.. ayat last SZ tu.. betul2

aslann said...

hehe..ade kaitan dgn tzzttt...tzzttt...ihh susahlah nak sebut name tu...zzztt.. XD

Aretikz said...

Yezza, berapa bnyk sifat dayus dikalangan lelaki zaman skrg.. tp.. yg pempuan ni pun, kdg2 bila suami jalankan tgungjwb, dikatakan mengongkong..

semua persoalannya akan dapat diselesaikan jika masing2 memahami erti perkahwinan itu.. ^_^

part p/s : eh eh eh.. haha..

KELI OH KELI said...

ya benar pandangan saudara...sgt2 betol...bukan yg dok bising ja dayus...yg x bersuara dan diam pun dayus juga...

Farhan AJ said...

perghhhhhh !! sure menikam kalbu si dia tu SZ>.hahhahahah..

entry ni terbaik bro..ni betul2 BEST BRO :D

CikAizA said...

hahahahha... banyak sgt perempuan yg menjadikan ayah and saudara lelaki mereka dayus... tu lah... ilmu dunia sibuk sgt dicari2 sampai x cukup2 kononnya... tp ilmu akhirat... sikit pun diorg x heran... grrr..

cik pha said...

Alhamdulillah.ayt y last tu y terbaik..

Anonymous said...

still berpanjangan kes ni.
maybe SZ patut diam.
dan let the kaki kipas penat sendiri.
even SZ dah cakap bersandarkan pada hukum agama.
diorang akan tetap tak puas hati dan tak boleh terima teguran SZ tuh.
mungkin si kaki kipas 'beliau' tuh pun jahil dari segi agam lalu menuduh jari dan meletakkan segala kesalahan pada SZ.
hope SZ dapat terima semua yang terjadi ni sebagai 1 dugaan.
nabi Muhammad kita dulu pun terima pelbagai cabaran masa nak sebarkan dakwah kan?
may Allah bless you SZ.

btw tengs 4 the info.
:)

MyraAyreen ^^ said...

hehehehhee .
angguk2 tanda paham ,

Dalam filem alim nak mampus, tapi luar macam setan. Pergi clubbing minum arak balik masa azan subuh pun mak bapak buat bodoh.

suka sentences tu . haha

azwa amani said...

huhuhuhuhu..sinis jer ase entry ni...its okey friend...Allah itu maha mengetahui segala sesuatu....

syuxer said...

emm ramai orang gak salah faham pasal dayus tuh..

dayus kan sedap comel bunyinya hahahah..ahmad dayus bin bla bla..hehhe

tula sapa2 suami yang biarkan isterinya wat maksiat n tak tegur2 huhu..dayusla jawabnya hehe

hahah ayat last tuh aku rasa lain macam hahah...as*hurt la dia tuh nanti

GamUHU said...

pedih jugak ayat last tu kalau sapa terkena. keh3x.

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/05/gadis-melayu.html

sarah-najwan said...

baru betulkan solihin...
lelaki yg bantai bini disebut pengecut..jika bantai bini tanpa sebab la..

perjalanan pulang said...

ade yang kena lempang ni

hidayah said...

ayat last.....

Anonymous said...

oh..ayat terakhir mu itu ;-D

erm btul la, skang ni org da tsalah paham pasal dayus..

PearlKaz said...

dye rambut merah *ding*

dlm filem alim nak mampus, kat luar..... *ding ding*

bila mak awk start pakai tudung "ding ding ding*

Fyqa said...

betol ke? thanks info. :)

blog-tips-kurus said...

yg suka pukul2 tu 'zolim!'. yg ayat last tu sentap!!

Farah Shamsudin said...

thanx for sharing..:)

Budak Botak said...

he3, ayat last tue jgn ada yg terasa pulak. Tiada kaitan dgn yg hidup @ mati ye...

Entry terbaru -> Gambar Anak2 Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat Sebelum Kejadian Tanah Runtuh... (",)

Eiza GreenAppleKu said...

Memang DAYUS seseorang lelaki itu jika membiarkan isteri dan anak tak bertudung, aurat tak di tutup. Malah bangga sebab isteri seksi selaras dengan perkembangan zaman.

Bangga mendapat pujian rakan2 kata, isteri cun, seksi dan stylo! Memang DAYUS si suami yang sebegini.

Ayat last tu, macam budak2 ler bila kena tegur, nak cakap pasal mak pak pula. Macam budak2 tadika ler pula. hehe..

Eiza GreenAppleKu said...

Memang DAYUS seseorang lelaki itu jika membiarkan isteri dan anak tak bertudung, aurat tak di tutup. Malah bangga sebab isteri seksi selaras dengan perkembangan zaman.

Bangga mendapat pujian rakan2 kata, isteri cun, seksi dan stylo! Memang DAYUS si suami yang sebegini.

Ayat last tu, macam budak2 ler bila kena tegur, nak cakap pasal mak pak pula. Macam budak2 tadika ler pula. hehe..

|| A r a W a n i || said...

oloh2..
ayat sentap btl terakhir tuh ye..

*eh, amik ilmu la*
ye, skrip cerita melayu mmg mcm tu la..
sbb tu la jarang nak layan crta melayu...

Eh, belagak ke ayat sy ni?

izuddinrahim said...

aku paham ayat last. hehe

adrinaqamarina said...

sebagai anak perempuan, kenalah jaga aurat dan lain3 lagi, kalau kte sayang ayah kte, dan taknak tarik dye masuk neraka sekali. bukan ayah je, kalau ada abg, adik lelaki. kan?

Faeza Suhaimi said...

tergelak baca "dye rambut kaler merah". hahaha

mesej SZ memang terperinci dan straight to the point. tak berjela. senang hati je ble baca.

notakaki tu terbaik!

nfatin said...

hmm..

betul la.. kadang-kadang dalam drama ada ayat macam tu.. tapi ramai yang tak faham maksud sebenar perkataan tu..

ZaraZueyin said...

gud sharing ;)

Anonymous said...

mmgla tajuk entri ni takde kene mengena ngan isu panas sblm ni. tp kalau sesape yg ikut baca dr awal, pasti boleh agakkan? kita ni sama2 mencari dosa ke, sama2 mencari pahala? maafla, saya bkn pihak mana2, cuma bila dah berlarutan, boleh menyebabkan org yg membaca tu sama mengumpatkan? bertambah dosa.. sygnya.. niat awalnya nak menegur tp makin lama makin lain lak simpangnya.. maaf ye kalau terasa.. berdakwah tu ada caranya.

Mashe said...

hahaha... suka ayat terakhir tuh~

Anonymous said...

akibat sayang bini tak bertempat...

dr 'afifah said...

inilah yg mmg sy fhm tntg makna dayus..
bila dgr org ckp pkul pompuan tu dayus,sy jd pelik.mana satu yg betul..huhu~

wahai muslimin sekalian,jgn la jd dayus..nnt anda yg merana~

Ujang9897 said...

Apa hukum lelaki pukul perempuan? Adakah dikira dayus?

jawapan dia iya...mmg dayus..so tak salah skrip cerita melayu tu..=)



tetapi byk lagi kategori dan maksud dayus..=)

-biarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya

-Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

dah byk lagi..


*pukul isteri dlm islam bukan mcm pukul hamba abdi, ikat kain dan pukul..itu dlm islam..=)

restu resort said...

panazz3..

SyazwanSarawak said...

bagus la entri ni SZ. walaupun dah pernah baca tentang benda sama kat blog IzamirRidzwan, rasanya tak salah kalau nak baca entri SZ plak.

~peace

Unknown said...

kalo pikir balik, btol gak. orang kata laki pukul gelpren dia, itulah dayus..pemahaman yang kurang tepat.

tp kalo pukul bini, anak-anak tanpa sebab yang dibolehkan, itu boleh la digolongkan dalam kategori dayus..

Ain Zulaikha said...

yup betul tu... diorang suka gila salah ayat.. contohnya macam diet.. orang fikir diet tu kurang makan, padahal diet tu sebenarnya ikut pemakanan yang betul..

Wan Gerrard said...

cool la bro..
harap bila kawin nt aku x dayus huhu

Mohd Hazwan said...

ayat last tu terbaik hehe

The Crow said...

hehehe.. Ramai lelaki dahyus la mcm tu. Bapak-bapak artis je dah berapa ramai. Belum campur dgn rakyat kebanyakan. Kerajaan kalau tak tekankan bab agamam, mcm ni la jadi nya pada rakyat. Terkapai-kapai dengan akidah.

Asal ayat akhir tu mcm kes Tizz je? oopss tersebut pulak. koh3..


(^___^) nice info! two thumbs up!

Hansyirah Takezur said...

bukan untuk isu tiz saje tapi semua.:)

kaki kipas tiz sekalian, jgnlah marah seba ni entri terbuka & peringatan bersama. :)

puanbee said...

jangan salah kan cerita melayu bukan kah cari ilmu tu di tangan sendiri ... :)

cik ciput said...

ayat last tu SZ, ayat last tu..hahaha

Khairi Fakhri said...

terbaik weyh entry ni! mulai sekarang aku gila like blog hang! cayalah! mohon sharing! :D

CekPeanut said...

LIKE ayat yang last tu :)

Cik Su Life Cycle said...

kalau pukul untuk menyedarkan tak dayus la.. tapi kalau pukul cam nak pukul bola besbol tu dayus la jugak nama nya..

Solihin Zubir said...

@Cik Su Life Cycle : sudah ku bilang.. gelaran dayus utk yg takut bini.. pukul tu, zalim atau kejam.. adess.. cer try baca lg skali.. =)

Cik Su Life Cycle said...

dah baca..tapi kalau pukul pu dikira dayus kan

Ir_Izzummyy said...

huhu.. mendalam tul ayat last tuh...

Solihin Zubir said...

@Cik Su Life Cycle : brapa kali mau bilang.. kalu pukul dikira kejam.. kejam.. kejam.. adesss... nmpknya perkataan dayus dh sebati dgn pukul perempuan.. xtau nk explain cmna dh.. =_='

Unknown said...

nice sharing bro..incya-Allah kt luar sane fham maksud sbnr dayus..(ayie pon bru dham skng). aishh

Unknown said...

lelaki kuat pukoi di blog adalah macho. harhar

N i s s s a said...

macam best je ayat ko yg last tu ? hahhaahahha cool doe :)

Unknown said...

whoahhh, entry terbaik ni :)

iniialahaku said...

tettttt...yg SZ tu agk mncurigakan..hahaha...

skarang kebanyakkn suami dah jadi dayus masa hari pertama pernikahan lagi...biaq aurat bini jadi santapan umum...

Fariq Jalil said...

heheheh.. harap bapak2 sekalian baca pasal ni... dan bakal bapak2 cam kita ni kena bersedia la.. jgn jadi suami dan bapak yg dayus.. grrr

Aretikz said...

keh keh keh, nampaknya ada masih nak ckp lelaki pukul pempuan tu dayus.. ahakz..

bro, sal yg post latest sya tu, kebnyakan dorang amek ayat sekerat2.. sal tu jd mcm tu.. kalo dorang bca makna full habis, selain mngikut turutan, InsyaAllah, xdak brlaku kejadian sbgitu rupa.. ^_^

Fasihah Supian said...

yup, dayusnya seorang lelaki bila membiarkan isterinya melakukan maksiat.....tp ramai benar lelaki dayus sekarang...

nurmisnan said...

Memang ramai org kita
menyalahgunakan perkataan DAYUS.
Lagi2 bila si isteri keluar rumah
tanpa meminta izin suami dan suami
tidak sekalipun menegur kesilapan
siisteri.. ditakuti akan
menjadi kebiasaan dan dosa..

nota..
ayat memang pedas beb.. tak terasa
tak tahulah...

Siti Hajar Masri said...

ok..baru aku faham..;p

nabByla said...

thanx sharing bnda nie...

huuu lamanya x sggh blog abg solihin. :(

hana said...

leh tak nak gelak bace entry ni???hahaha...
teguran yg boleh membuat de sebelah pihak akan makan dalam...hahaha
pe2 pun nice entry...
=D

kak gojes said...

okey baik lah SZ..eheheh

cek chun said...

ada jugak ayat makan dalam..
hehehe.. ko ni lihin :p
bagus info ni. dulu ada gak dok google sebab ada benda tak elok happened around me. rupanya lelaki dayus langsung tak bau syurga yer. adehhh.. kesian. sanggup ka biarkan suami or ayah kita jadi macam tu?

faINa989 said...

saya x suka lelaki yg panas baran pukul2 perempuan...

Stag & Vixen said...

aku taw part last2 tu nk tuju kt sapa. hahahahahahahahaahahahahahahaha.

Cik Nisa said...

kalau kuat pukul kat blog macam mana?
nak tau gak.. =)

Cik Nisa said...

kalau kuat pukul kat blog macam mana?
nak tau gak.. =)

Tulips said...

wow2.. i suka ayat last tu..
haha.. mmg hbt la bro..
i tabik spring kat u..
love ur blog!!
p/s : kita beranni kerana benar. :))