Wajahmu umpama keldai yang tidak tahu senyum. Ada ketika aku rasa bersalam dengan wajah serigala. Aku jadi keliru. Wajah-wajah yang aku ingin mesrai begitu kosong dan menghampakan. Kalau demikian, apa gunanya kamu bersusah-payah menyambut salamku. Dan mengapa aku bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keldaimu.
Pandangan matamu umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya sedangkan yang aku harapkan ialah renungan mesra yang meresap ke dalam hati. Kekadang kamu hanya menghulur tangan sedang mata dan wajahmu melilau ke arah lain. Sedarkah kamu bahawa aku sedang menggenggam erat tanganmu dengan renungan menjalin ukhwah.
Bukankah kita ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid? Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah? Mengapakah kita menjadi begitu kurang mengamalkan adab apabila bersalam? Sedangkan baru tadi kita sama-sama solat berjemaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa dalam mengakhiri detik kita berada di masjid ini, kita burukkan salam perpisahan kita sebagai saudara seagama, saudara sejemaah?
Aku tak mengharapkan dakapan erat dalam waktu bersalam yang singkat ini. Cukuplah seandainya kamu menggenggam erat tanganku, menatap wajahku dengan penuh kemesraan dan memberi sekuntum senyuman yang membawa erti besar kepadaku bahawa kamu menghargai jabatan tanganku dan menghargai kemesraan ukhwah daripadaku. Andaikata, itu bermaksud kamu tidak bersedia untuk hadiahkan kepadaku, usahlah kita saling menghulurkan tangan sehinggalah ilmu dan iman dapat mengajar kamu cara bersalam menurut Islam.
credit : dakwahkemaman
Adakah bersalaman itu perbuatan yang keji? Apabila berjabat tangan hendaklah bertentangan mata. Genggamlah tangan erat-erat sebagai tanda kemesraan. Namun janganlah pula sampai menyakitkan. Sangat tidak beradab sekiranya kita bersalaman dengan hanya hujung jari dan tidak memandang wajah seseorang itu.
SZ : Aku share ni sebab aku memang tak puas hati dengan orang yang bersalam macam nak tak nak ni. Lepas ni, bleh print n tampal kat board masjid.
Tweet |
37 comments:
tak pernah ada lagi pengalaman orang salam tak ikhlas, so xtau nak habaq laa :)
setuju bro..orang2 camni memang bikin panas..elok2 kita nak dapat pahala sebab nak eratkan silaturrahim tak pasai2 dapat dosa sebab memaki dalam hati..haha
aku bersalam kadang2 ada yang tak genggam huhu..tapi aku juga tak berani pandang muka dorang takut main angkat kening pahtu hahaha..;p..
nice entry bro..ramai orang2 islam berjabat stail apa benda huhu..
lagi lagi yang salam hujung hujung jari je
Kak zana paling makan hati kalau org bersalam, hujung jari je...lps tu bila kita nak cium tgn (ni komen utk org tua2 ye) dia tarik tgn dia....kena pulak mereka tu saudara mara dekat...pantang akak la.
Haha ayt die mmg puitis
plik gk solihin nye entry gni
First..
yeah..sama2..aku pun geram gak.. kalau xmau salam bek x yah salam terus.. tambah lepas jumaat, semua x sabar nak blah ja, salam pun x tengok muka..aku penat usha muka nak salam
yes! tak suka bila bersalam tapi cara oran tu smbut salam macam tangan kita kotor je.
puitis bahasa nya bro..
adesss. pernah jugak terkena orang salam ujung jari je. tangan kita pon xsempat nak genggam betui2, dia dah bawak lari tangan dia. time kecik2, pernah jugak mengadu kat mak. selalunya makcik-makcik. so far tak ada lagi kawan sebaya yang buat macam tu. nasib baik. adess
bersalamlah seikhlas hati. senyum, mata kasi bertentang.genggam biaq erat
tadi solat jumaat, sorang abg ni salam aku dengan penuh ukhwah..salam,jabat, senyum pandang muka.. seronok bertemu org2 seperti ini.. biasanya kalau dekat masjid, kita cukupkan syarat saja salam org sebelah kiri kanan dengan cepat2 dan blah..hohohoo..kena ubah...
ada setengah org mmg style salam dia mcm tue.. mcm nak xnak. even org tue ngn kite tak batal air smyg pun kalo salam. hmm sabar jew la.. huhu...
copy besar2 n tampal segenap penjuru...:) suka tgk yg bersalam siap peluk bahu (bg lelaki) n pompuan lak bersalam laga2 pp
betul3! ramai orang yang cuma meleretkan senyuman. tapi aura keikhlasan tu takda!
woooooo!!
paling kurang pun sentuh bahunya semasa bersalaman...tapi kalo nak pandang mata pun susah, hurmmm...jangankan hal bersalaman, nak rapatkan saf tu pun kita leh tengok camne sifat orang kita sekarang ni...
dulu masa kat skolah aku dah diajar cara bersalam dengan betul..salam tu haruslah digenggam sedikit..sampai skrg aku apply cara tu..=)
Aku cuba menyalamimu, namun pantas kau tolak dan berlalu.. aku terkedu, oh, baru ku tahu, sdar setelah kepala mendongak ke arahmu, rupanya, wanita bukan muhrim, silap step di situ, keh keh keh..
salam dan genggam seeratnya, itulah sebaiknya, sambil menguntumkan senyuman.. nyata dari komen2 diatas,sememangnya banyak yg sebegitu rupa..
Teringat part lain, dari buku Hilal Asyraf, bila dia melintas dua orang lelaki arab, lantas dia ditegur kerana tidak memberi salam.. lalu lelaki arab itu pun berkata "bukankah aku saudaramu juga?"
SZ..kalau salam ngn ujung jari tu salam org gedissss..haha
lagi2 kalu nak salam esp org2 tua, kita nak cium tangan dia cepat2 tarik. bukanlah hadap sgt nak cium tapi sbb kita hormat dia. dapat kutukan kat belakang adalah huhu.
Huhu. Org zaman skang byk ragam. NN pon dah byk kena. Huuu~ BTW, dah lame tak tunggal jejak kat sini. Pa habaQ tan sri? ;)
kalau nk bersalaman tue biarlah ikhlas, jgn samapi kt menyinggung perasaan org lain pula..
nice entry..
betul2...
aku baru nak gengam tangan pakcik tu alih2 dia dah tarik dah...haihhh
pantang betul dgn org yg bersalam cm nak xnk.. ~~ baik xyah salam teros.. ade yg salam,tp mata pandang tmpat lain..boleh pulak main sua2 tgn gitu jer,choy pe function salam tuh.... geram sgt~
haishh,kalo bersalam pon x ikhlas tak tahu la nak ckp cmnne lagi.
betul tu SZ...
skrg ni kat sek pun sama, bdk2 salam ngan cikgu2 pun sambil lalu jer..nk cepat jer
kdg2 sentuh hujung jari jer...
saya selalu tegur bdk2 yg jns gini ms tu jgk, biar dia tau erti salam yg sepatutnya..
sambil bersalam kan kita berselawat..sempat ke nak selawat kalau salam cepat2?
makin ramai org sebegini . makin pupus rasenya nilai2 semasa bersalaman seperti dahulu .
ceq kena lagi best, depa tarik2 tgn cepat2 lepas salam ngan muka penuh jijik sbb tgn ceq peluh2..apa la naseb T.T
mmg ramai yg stail bersalamnya gitu..mungkin dia terbiasa tapi kita yg menyambut salamnya terasa tiada keikhlasan.. serius aku tak suka cara salam yg mcm tu..
ye..akak pernah alami.nmpk sangat tak ikhlas..huhu
like....setuju sangat...
:) nice
lelaki kena salam gemgam eratkan, perempuan lembut je hehehhee
selalu jugak jumpa. bila nak salam dieorang cepat2 tarik. rasa sangat dieorang tak ikhlas. sobs.
Ya. Sekarang ni ramai yang bersalam tidak tengok muka pun, walaupun lepas sembahyang jumaat. Apa sudah jadi dengan orang kita...
TU LA PASAL...BILA SAMA JANTINA SALAM NAK TAK NAK..BILA BERLAGA JANTINA PULAK SALAM SIAP NAK LAGA2 PIPI...
Post a Comment