Pages

Monday, November 19, 2012

Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985

Pada tarikh 19 November 2012 hari ini, genaplah 27 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali yang merupakan detik hitam dalam lipatan sejarah negara kita. Bukan di Palestin yaa... Di Memali, Kedah. Di negara kita Malaysia yang aman damai katanya.Walaupun kisah ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, tidak salah rasanya aku berkongsi buat para pembaca sekalian yang mungkin masih bercawat...

Friday, November 16, 2012

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah...

Thursday, November 15, 2012

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia

Sperma. Tidak pasti apa penjodoh bilangan yang sesuai baginya. Seekor sperma atau seorang sperma? Merupakan makhluk yang menginap secara berjemaah di dalam skrotum di bahagian epididimis seorang homosapien yang bergelar lelaki. Namun setelah tiba masanya, para sperma telah dipaksa keluar dari kediaman mereka. Saat itu, telah berlakunya peristiwa penghijrahan beramai-ramai jutaan sperma ke suatu tempat...

Wednesday, October 17, 2012

Kenapa Kucing Jantan 3 Warna Sukar Ditemui?

Kucing jantan 3 warna susah nak jumpa? Aku pun baru tahu hal ni 2 tahun lepas bila seorang kawan aku yang merupakan pecinta kucen datang rumah. Dia tak percaya kucing aku yang 3 kaler tu lelaki jantan sehinggalah aku menunjukkan anatomi berkantung dua di celah kelangkang kucing aku sebagai bukti kejantanannya. Wah! Tak sangka pulak aku ada kucing yang spesisnya rare, hanya 1 nisbah 3000 di dunia...

Saturday, September 29, 2012

Gula-Gula Smartphone

Sana-sini sembang pasal Bajet 2013 yang dibentangkan Najib semalam. Isu yang paling mendapat perhatian adalah isu gula dan smartphone. Jadi, aku nak komen isu tu je. Owh yaa.. Sebelum ada yang melenting dan cakap aku tak bersyukur, aku nak tanya adakah aku sebagai rakyat tiada hak untuk memberikan pendapat dan komen? Lain orang, lain cara penerimaannya. Rileks sudah. Kita bincanggggg.. Gula Tergelak...

Saturday, September 22, 2012

Diana Amir Bertunang Dengan Kawan Sekolah Aku?

Tadi aku ternampak ex-schoolmate aku, Taufik Naim share satu gambar kat dalam group facebook sekolah aku dulu, Maktab Mahmud Batch 00-04. Gambar Diana Amir bersama tunang beliau yang juga merupakan ex-schoolmate merangkap ex-classmate aku? Biaq betoi? Mulanya aku ingatkan depa ni saja main-main gambar photoshop. Maklumlah aku mana nak layan rancangan hiburan macam Melodi dan Galaksi segala tu. Rupa-rupanya...

Wednesday, September 5, 2012

Tak Sepadan Langsung Pasangan Suami Isteri Tu!

Antara soalan yang biasanya diajukan berkenaan pasangannya jika seseorang tu baru berkahwin ataupun baru dapat pakwe/awek baru ialah "Cun tak?". "Hensem tak?". Cun ke tak bini dia? Perlukah tanya soalan bini dia cun ke tak? Kalau memang cun, boleh la aku jawab dengan jujur. Tapi, kalau bini dia muka tak seberapa, takkan aku nak straight to da point cakap dia huduh? Bukankah aku dah dikira menghina...

Thursday, August 30, 2012

Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi

Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal tempoh hari. 1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat. 2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak...

Sunday, July 1, 2012

Kisah Siti Musliha Dahulu dan Sekarang

Masih ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu? Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu. Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita. Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di...

Saturday, June 23, 2012

Pengalaman Menyaksikan Saat Pengebumian Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Tanggal 23 Jun 2012, genaplah 10 tahun pemergian seorang mujahid terulung dan pemimpin yang sangat aku kagumi iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor. Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta kerana masalah jantung. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Yang mana jarak...

Wednesday, June 20, 2012

Tok Guru Yang Belah Mulut Aku Ketika Bayi, Maut Dirempuh..

Hari Ahad lepas, sementara menunggu masakan tengahari siap, aku membelek-belek akhbar Metro Ahad bertarikh 17 Jun 2012 yang dibeli pada pagi tersebut. Kebiasaannya, seorang lelaki sejati seperti aku membaca akhbar bermula di bahagian belakang terlebih dahulu. Tetapi hari itu, entah kenapa aku memulakan bacaan dari bahagian depan seperti kebanyakan manusia normal yang lain. Selak punya selak hingga...

Friday, June 15, 2012

Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama? Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit...