Pages

Sunday, February 19, 2012

Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya bukan? Samada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? Seriously?

BERKUDA

Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.


Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.


Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

**Rujukan : mrsmgemencheh.com , muhdhazrie.wordpress.com , skudai.wordpress.com

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah."- Louis Lord Mountbatten

**Nantikan entry berkenaan perang akhir zaman pula selepas ini!

SZ : Ini tidak.. Asyik bersukan n berperang depan PC je.. :D

29 comments:

Anonymous said...

kalo nak naik kuda kena pakai suar ketat2 tu.. cane tu..

haney said...

byk gak kebaikan kalau berkuda ek. erm so far, tiga2 ni hani x pernah cuba. huhuhu ruginye lah kan.

FiqRie Skeleton said...

sape la yang suka berperang depan pc tu ye? haha

Syafiq Ahadin said...

cantik header dan blog layout.... hehe!

Hansyitake said...

teringin nak berkuda. kalau martial arts terasuk jugak kan? ke tu hadis lain? mcm pernah dengar je...

RHI said...

macam tu pulak rupanya...tapi ketiga2 tu memang tak berani nak lakukan hehe

Sya_Merpati Putih 88 said...

teringin nak belajar berenang dan memanah...tp tak tahulah bila dpt belajar..

dulu masa zaman study penah dipaksa berenang masa camping, kemudian lemas. Lepas tue terus terdetik nak belajar berenang..huhu..

Aretikz said...

Mesti dirimu main game olimpik bab memanah ni kan? haha..

Antara 3 tu, berenang jak yang dipelajari.. Memanah belum lagi, menunggang kuda apatah lagi.. Dalam berita jak nampak kuda, kuda syaitan.. ahakz..

Aku By Pojie said...

Teringin memanah sambil berkuda....

Gigi Besi said...

Ayah selalu cakap kawan kawan dia banyak ada kuda just sebab nak berjudi. Buat buat tak tahu perkara itu HARAM.

P/S : awak pun sama asyik berperang dunia twitter :)

Anonymous said...

yg memanah tu replace ngn men MW bley...

Puteri Iqa Izyan said...

aku pernah belajar memanah! besstttt ^_^

Solihin Zubir said...

@Anonymous : naik kuda KENA pakai sluar ketat? seriously? takkan Nabi dulu pkai sluar ketat? Dah tu, yg pkai baju besi tu guane plak?

Solihin Zubir said...

@haney sekurang2nya, belajar lah berenang.. heheh..

Solihin Zubir said...

@FiqRie Skeleton : ko ler tu.. heheh.. counter strike.. :D

Solihin Zubir said...

@Syafiq Ahadin tenkiu2.. komen lari tajuk ni.. haha..

Solihin Zubir said...

@Hansyitake : yupp.. Rasulullah dulu juga prnah bergusti dgn ahli gusti kafir Quraisy. Syarat prtandingan tu ialah jika Rasulullah menang, ahli gusti tu akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah menang 3 round pertandingan tu.

Solihin Zubir said...

@Terbang Bersamaku nak belajar berenang kena belajar lemas dlu.. haha..

Solihin Zubir said...

@Aretikz : aku main dart je dlm olimpik.. haha..

Solihin Zubir said...

@nursayidatina : haha.. ok2.. pasni tak perang dh kt twitter.. :D

Solihin Zubir said...

@Anonymous MW tu apa?

Dayang Deno said...

deno tahu berenang je... kena blaja memanah dan berkuda plk la.. tp takut la kuda...hehe

wanabee said...

assalam ..wohaaa..
niceee entri ..
good sharing lah bro ..
ni yg terasa nak start belajo nungang kuda plastik dkt mall bayor pakai token ni..... >_<


*bila lah rezeki aku nak naik kuda...teringin jugak nak rasa panik bila kuda tu berlari2....wakakaka

Cik Siti said...

lecturer sy pernah ckp yg lama kelamaan sumber asli seperti minyak di bumi akan habis. Jadi, masa akan datang tiada lagi kenderaan. Sebaliknya manusia akan menggunakan kuda sebagai kenderaan sepertimana zaman dahulu. Dan bangsa yahudi kini mula melatih anak-anak kecil mereka berkuda dan memanah. Mungkin pada masa itu yg dikatakan perang terakhir manusia di bumi ini? Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Memanah bagus ....tapi peralatanya agak mahal lah...yg besa2 pun 1k lebih...my son Year 4 dah belajar memanah....mmg blh disiplinkan diri dia...satu lagi ..stamina mmg terbina .......tq info Mr Sol

Unknown said...

Jaga adap ms nak komen bab2 sunnah nabi. Jangan main hentam ja cakap. Dimana akidah kalu salah cakap. Kalau x tau lebih baik diam @ p tanya guru2.

Unknown said...

Jaga batas2 adab sebelum nak komen bab2 sunnah nabi. Jgn sampai rosak akidah. Kalau x tau lebih baik diam @ p tnya guru2 yg alim.

PENEGAK ISLAM said...

Saya pernah mencuba memanah..memang seronok..berenang dan berkuda saya belum cuba lagi..teringin juga nak berkuda..

Anonymous said...

@Anonymouskenapa nak pakai ketat2? Itu cara british..