Pages

Sunday, April 22, 2012

15 Sebab C.Ronaldo Lebih Power Dari Messi

Telah menjadi perdebatan hangat para peminat bola sepak mutakhir ini siapa lebih power antara Ronaldo dan Messi. Semalam saya sempat meluangkan masa menyaksikan pertembungan El-Classico di Nou Camp yang berkesudahan Real Madrid mengatasi Barca 2-1. Penat juga rupanya berjalan kaki dari Malaysia ke Sepanyol. Ini semua gara-gara nak jimat kos tak nak naik flight.

Sambil mengadakan lawatan sambil belajar ke sana, sempat juga saya menyiapkan tugasan mengenai statistik perbandingan dua makhluk paling power bermain bola di planet bumi ini. Agak sukar sebenarnya untuk membuat perbandingan kerana masing-masing memang power tahap dewa dalam bola sepak. Jadi, ayuh kita ukur tahap ke'power'an mereka dari sudut yang berbeza. Saya ingin mengajak anda semua berfikir di luar kotak penalti.


1. Ketinggian : Ronaldo, 185cm. Messi, 169cm. Ronaldo lebih tinggi.

2. Kekacakan : Ronaldo hensem banyak dari Messi.

3. Kebentukan kebadanan : Ronaldo lebih tough. Body Messi tak sempoi.

4. Keusiaan : Ronaldo lahir 5 Februari 1985. Messi, 24 Jun 1987. Ronaldo lebih abang.

5. Keawekan : Ronaldo ada awek cun. Messi pun ada awek cun. Tapi, Ronaldo lebih playboy. Menang!

6. Ketahapan kesuburan : Ronaldo dah ada anak sorang. Dah jadi ayahanda. Messi masih diragui kesuburan beliau.



7. Kefacebookan : Ronaldo, 43juta like. Messi, 34juta like sahaja.

8. KeTwitteran : Ronaldo, 8juta followers. Messi, hanya 7ribu followers. Itupun mungkin cuma fake account.

9. Kejumlahan kekelaban : Ronaldo pernah main dengan 3 pasukan berbeza iaitu Sporting Lisbon, Man United dan Real Madrid. Manakala Messi hanya tahu memerap di Barcelona.

10. Kelawakan : Ronaldo lebih kelakar dan pandai bergurau dari Messi. (try cari kat youtube)

11. Ketahuan memasak


12. Keperibinatangan



13 : Kebakatan menyanyi dan kebermainan alat muzik


14. Kekuatan bertumbuk : Kompom Messi K.O punya kalau bertumbuk dengan Ronaldo.


15 . Ronaldo tak bagi pecah rahsia banyak-banyak pasal dia. Nak tambah, tambah la sendiri kat ruangan komen.

Result : Ronaldo WIN!

SZ : Entah kenapa aku tak suka Messi walaupun hakikatnya dia memang power. Aku lebih suka CR7! Jangan marah naaa... Juz for fun! Heheh...

13 comments:

fRaMe+LenSeS said...

ahaha. napa kita geng ye? aku ada satu kisah sal ronaldo ni. cerita persahabatan dia. masa dia mula2 naik tu. kalau ang nak nt aku email kat ang. eh email ang apa? ahahahha :P

RHI said...

bahaya ni nak2 yg no6 tu hehehe...
tapi akak minat c.Ronaldo sebab dia lg hensem hahaaa

adan said...

semalam g pasar mlm beli jersey barca.. siap letak nama dan no g.. tup2 kalah gak.. hampeh punya barca..

Unknown said...

Hebat betul Ronaldo..haha

FaKArePa!n said...

hahaha.. bab bertumbuk tu xleh bla..

keperibinatangan ea???

kompius kejap... hahah

Sya_Merpati Putih 88 said...

Yeah..Christiano Ronaldo mmg terbaik....

[wani_mn] said...

sayangla kalau ronaldo tak cari awek yang cun kan..

keperibinatangan? kahkahkahkah. bombastik bahasa tu. :D

Solihin Zubir said...

@fRaMe LenSeS : aku pernah baca.. tp kisah tu mcm meragukan saja kebenarannya..

Jue Nara said...

wowwwww.. hebattt.. jln kaki dr msia ke sepanyol yeee..

suke messi gak sbb.. er.. dia nmpk inesen haha

Aretikz said...

Oh ~ Aku mc simpan rahsia kenapa ronaldo kalah dengan aku.. haha.. itu ada 20 slot yg leh aku kc pecah.. selebihnya, biarlah rahsia.. ahakz..

Anonymous said...

hahaha.. lawak giler baca post ni... tapi ronaldo menang semalam :)

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

Jai Montana said...

Ronaldo lebih subur?hahah...2 memang messi tewas la..hahah..ayat orang2 lama 2..heheh

zul hassan said...

aduyai nak juga cari alasan untuk CR7 menang hahaha...