Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar terbaru Siti Musliha. Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti Musliha.
![]() |
Siti Musliha ketika kecil |
Latar Belakang Hidup
Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.
Bidang Seni
Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.
Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.
Setelah 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara. Bermula saat itulah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat dan mula muncul di televisyen pada 1994.
Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.
Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membatu Siti Musliha.
Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.
Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membatu Siti Musliha.
Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.
Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.
p/s : Lirik Lagu, KLIK SINI!
Kehidupan sekarang
Kini, usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Ketika ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan menghilangkan diri. Tapi mendekati Illahi. Menariknya, beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran.
![]() |
gambar terbaru Siti Musliha |
*Rujukan : Taufiq Helios , Just Khai , Utusan , Kosmo
Doa Siti Musliha di hadapan Kaabah :
” Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini. Ya tuhanku, pelihara juga kesihatanku agar dapat aku terus beribadat kepada-Mu tanpa perasaan jemu”
SZ : Sebak kot dengaq lagu tu.. Syukurlah Allah bagi kita cukup sifat.
Tweet |
26 comments:
alhamdulillah kita masih cukup sifat, hidup normal.
semoga segala urusan hidup beliau dipermudahkan:)
hurm...sedih baca kisah ct musliha nie...kt yg lahir normal nie harus bersyukur dgn apa yg kt ade..
ape2 pun sy kagum dgn ketabahan beliau...:')
Memang tabah budak Musliha ni..
setiap insan adalah istimewa..
tabahnya diaaa
kita *saya kot* asyik membebel ini itu xkena padahal dah cukup dah mata,hidung,telinga,etc
sebab tu kadang2 kena bandingkan dengan orang yg kurang baru reti bersyukur :)
menitis air mata dengar lagu tu....
=,(
sesungguhnya orang yang sempurna ciptaan-Nya terleka untuk bersyukur dengan apa yang diberikan
sedihnya lagu tu SZ... :-(
kecik nya rasa diri ni nak dibandingkan dgn dia.
dia yg serba kekurangan pon mmpu mnghabiskan 30juz.
sangat tough. subhanallah.
masih teringat waktu dia menyanyi kat tv walaupun masa tu saya kecil lagi..
org yang dh sempurna pon tak reti nak bersyulkur..huhuuh
dia seorg yg kuat.. x semua boleh sekuat dia termasuk yg normal.. hummm
die pendukung semangat
tak sume de semangat cm die
trmasukla sy. belum ckup kuat jd mcm die
setiap org punye ujian berbeza.
cume persamaan kami, dia dan sy tak sempurna sifat
#tidak ku pinta lahir kedunia, tidak ku minta cacat begini...*tetibe ingt lgu ni
saya pun membesar dengan lagu ni. memang sedih betul lagu tu. bersyukurlah dengan apa Allah dah kurniakan kepada kita.
sebak pulak bila baca doa dia dhadapan kaabah tu....sesungguhnya dia seorang yg sangat2 tabah..
Mohon share cerita ni dalam blog saya.. saya letak link entry ni ye... =)
syukur kita ni sempurna
Alhamdulillah..dia bertemu jalan yang lurus..semoga Allah memberkati kehidupan beliau hingga akhir hayat..kita yang sempurna fizikal ni pun tak mampu nak buat apa yang dia dah buat..proud of you!
rasa macam cepat masa berlalu..
Selalu ku perhatikan,
manusia yg begini, . . . . Walaupun kurang ciri2 fizikal sbg manusia, tetapi mereka lebih insaniah dan berperikemanusiaan lebih daripada manusia-manusia normal macam kita, . . . . . .
Alhamdulillah, . .
Segala puji bagi Allah, . . . Nikmat yg Allah beri kita kurang sedari dan syukuri, . .
memang meruntun jiwa.. cerita yang dia belakon tu pon boleh buat nangis
sebak.
terkedu seketika. kadangkala kita yang dilahirkan normal & cukup segala sifat yang ada tak pernah nak bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan.
alhamdulillah... walaupun kurang sempurna, tapi dia tak putus harapan dgn Tuhan
kau ingatkan aku bro pasal kisah diaa..
kita di pentas dunia yang sama.
jangan kita sisihkan mereka.
mereka juga punya perasaan.
happy ramadhan bro.
moga kita yang sempurna selalu bersyukur dengan kasih sayang dan nikmat yang Allah bagi kat kita Amin
masa tuu cik siti baru umur 3-4 tahun....klau tgk, mmg knal la...tp tak tau nama....huhu
Walaupun saya bukan Muslim, saya tetap akan berdoa untuk kesejahteraan beliau.. Semoga hidup terus diberkati.. Syukur dengan segala pemberian Tuhan..
Post a Comment