Pages

Wednesday, March 20, 2013

Ayat-Ayat Penyedap Hati Bila Kantoi SPM

Tahniah kepada adik-adik SPM yang bakal berjaya memperoleh result yang cemerlang dalam SPM. Dan takziah diucapkan buat yang bakal gagal. Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah, "anda buat, anda dapat". Tapi, jangan risau. Ini abam ada senaraikan ayat-ayat penyedap hati buat adik-adik yang resultnya kurang cemerlang dan tidak lupa juga buat yang kantoi hancur lebur resultnya. Juga boleh digunakan sebagai alasan untuk menyedapkan hati sendiri atau member-member, nak cover malu dan bagi menggalakkan pelempang hinggap di muka.

Selamat mencuba!


**************************

1. "Insan yang cemerlang datangnya dari akal, jiwa yang tenang, jiwa yang mantap. Bukannya SPM!" -Dr Fadzilah Kamtumi.

2. Aku baca buku "if you want to be rich and happy, don't go to school".

3. Idola aku Syed Mukhtar Al-Bukhari, Bill Gates, dan Boon Siew. Diorang tak pandai pun boleh kaya.

Who's the boss?

4. Neil Amstrong tak ambik SPM pun steady ja dia pi bulan. Albert Einstein ada ambik SPM? Takde kan?

5. Kalau semua orang cemerlang SPM, siapa nak kerja kilang, Tesco, Giant, jadi nelayan, buruh, penoreh getah, driver lori, mekanik?

6. Walaupun IQ aku rendah, tapi EQ aku bagus. Kemahiran lebih penting la.

7. Apa ada hal? SPM boleh di'repeat' seberapa banyak yang kau nak. Paper Julai pun ada.

8. Result SPM teruk pun boleh masuk ipt la sekarang ni. U bersepah kat Malaysia ni. Swasta lagi ler berlambak.

9. Biasanya yang SPM kantoi tu lah yang akan skor cemerlang pointer CGPA kat ipt nanti.

10. Aku belajar ikhlas. Bukan semata-mata kerana nak exam. Sengaja aku pura-pura gagal sebagai bukti keiikhlasan aku.

11. Aku sengaja taknak dapat result cantik. Aku taknak kena culture shock kat U nanti. Terutamanya kalau belajar kat oversea macam..... (if you know who i mean)

12. Takpe. Yang penting ada rupa, ada bakat. Boleh jadi artis. Boleh jadi popular walaupun SPM hampeh. Nak masuk Mentor, Pilih Kasih, Raja Lawak tu bukannya diorang mintak sijil SPM pun.

13. Ramli tu tak skor 9A macam anak jiran sebelah pun boleh skor gol untuk Manchester United. Baik aku jadi football player je. Kaya hape. Boleh kahwin dengan retis lagi.

14. Perempuan takpe takde SPM pun. Besok-besok ada la tu orang masuk minang.

15. Bukan boleh bawak masuk kubur pun sijil SPM tu. SPM tu duniawi semata-mata. Yang penting sebenarnya Soalan Padang Mahsyar (SPM jugak).

16. Masuk je sekolah pondok. Jadi Huffaz, hafal Al-Quran. Tak pun ambik STAM, boleh pergi Mesir.

17. Jadi orang yang berjaya tapi tak berguna pun tak boleh pakai jugak.

18. SPM bukanlah penentu masa depan. Tapi, anda sendiri yang menentukan masa depan anda.

19. Spm is something. Not everything. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk menjana yang negatif to positif.

20. Lagi? Ada lagi nak tambah?


p/s: Ini adalah entry repost yang tahun lepas punya. Itulah antara ayat-ayat penyedap hati yang sentiasa kedengaran bila result SPM keluar. Yang baik, jadikan motivasi. Yang loyar buruk tu, tak payah praktik. Heheh.




SZ : Sijil yang paling berharga adalah diri anda.

23 comments:

Jeszyuu said...

hahahhaa.. macam2..

All the best yerr :)

[wani_mn] said...

LOL.
yg nombo 14 tu tak tahan. tanak culture shock. hahahah. klu mcm tu, aku pun tanak bblogging dah, tanak culture shock. #Eh??motiff? ;D

Anonymous said...

suke nomo 13. mmg tak disangka2 lah. harap2 bole jd mcm tu,, sbb dah almost 10yrs bru ada chance nk smbung.

Unknown said...

dulu pun ada juga ayat2 nih, bagi nak sedapkan hati

Unknown said...

Tak dinafikan, ramai parent bangga anaknya dpt semua A, universiti dlm genggaman atau sbgnya. Tapi akak lebih bangga jika anak akak hafal Al Quran n boleh trjemah mksudnya. Dunia nak, akhirat pun nk sijil.

Korn Ahmad said...

Hahaha.. NIce one entry... rase nak copy letak kat blog aku...

zul hassan said...

ayat paling popular yang bill gate tu la.. tp yang dok guna ayat bill gate tu reti ke coding bagai haha...

Hansyirah Takezur said...

yelah, spm tu just permulaan bagi fasa seterusnya.

ayat biasa drpd sy. :)

cik ai said...

hahaha
cmni pon ader

alkisah69 said...

ayat bill gates tu memang terbaik

dayah said...

blaja oversea untung jgkla..huhu tp yg perempuan..ambui ayat. sedap sgt la klau dpt kawen anak raja yey :P

Syazwan Che Deraman said...

hahaha..banyak jugak yang aku dengar orang selalu guna tuh.
hewhehwhew

RHI said...

yang pasti terus berusaha...

Syafiq Ahadin said...

hahahaha!

aku dah lepas dah...

hehe!

kalau last year tuu lepas je dapat result, sume orang dok sibuk update status pasal tuu... ayat penyedap... hehe!

Shiqin Sunshine said...

hahah punyalah fikir ramli mana...rupnye iklan tv tu...hohoho

alaaa, mak bapak aku kaye....ape ade hal?? kau ade?? nnt ko result bagus pon buknnye kompem leyhh fly....igt sng nak dapat biasiswa...kahkah... =p

*kidding ;p

imantizz_truper said...

berjaya dlm pelajaran x semestinya akan berjaya dlm hidup....

FR said...

asalkan Sijil Padang Mahsyar semua A cukup lah ;D

Jue Nara said...

hehe.. takpe STPM ade.. kenangan pahit la SPM ni, kecuaian yg teramat sgt menyebabkan sy kehilangan A utk 3 subjet, sungguh pjg kisah tersebut.. maka better takyah cite.. kang jd entry lak kat sini hehe

Ca Ezah said...

hahaha..terbaikkk..sempoi je kan ayat2 kalis malu.. :p

Fasihah Supian said...

memang terbaik ni~

shahjiehan said...

pemangkin semangat aku! hahahhaa..

lama x mai sini weih!

puteraduyong said...

ayat yg sangat sesuai digunapakai buat masa sekarang ni ... ;)

Sya_Merpati Putih 88 said...

gagal dalam spm bukan bermakna gagal dalam hidup...
ada banyak lagi usaha yg boleh dilakukan utk majukan diri...

btw nice entry..:)