Insan yang dimaksudkan itu ialah Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Koje dikalangan rakan-rakan. Koje pada asalnya adalah nama samaran yang diberikan kepada abangnya yang merupakan bekas pelajar di sekolah kami. Rupa Zul ni mirip dengan abangnya. Mungkin disebabkan itu, para senior yang mengenali abangnya juga menggelarnya dengan panggilan Koje. Berdasarkan fakta yang diperolehi, gelaran Koje diperolehi daripada perkataan Kojet. Kojet merupakan nama style rambut yang digayakan oleh abangnya yang juga merupakan bekas penjaga gol sekolah. Itulah sedikit sebanyak asal-usul nama Koje yang aku tau. Gelaran yang asalnya diberikan kepada abang, akhirnya melekat kepada si adik hingga ke hari ini. Bak kata pepatah, "lembu punya susu, sapi dapat nama".
Masa aku tingkatan 3 dulu, aku tinggal 1 dorm dengan Si Koje ni. Tahun tu juga merupakan tahun genting di mana kami akan menghadapi peperiksaan PMR. Kami berdua memang selalu study bersama-sama. Jadual study yang ditetapkan di asrama adalah selepas Isya' hingga pukul 12 malam. Pada waktu itu, semua pelajar wajib berada di dalam bilik study dan diharamkan berada dalam dorm. Akan tetapi, lain pula aku dengan Si Zul ni. Kami curi-curi naik masuk dorm dan curi-curi tidur. Orang sibuk study, kami sibuk tidur. Hehe..
Biasanya Zul akan kejut aku bangun tahajjud dalam pukul 1 pagi. Bagus sebenarnya Zul ni walaupun nakal. Lepas kami solat Tahajjud, kami pun pergi la kelas dan study sama-sama. Suasana awal pagi macam tu memang tenang. Apa yang diulangkaji memang mudah masuk dalam kepala hotak aku. Zul ni pulak seorang yang sangat pakar dalam Matematik. Aku ni pulak tersangatlah tak suka dengan Math. Dia lah yang banyak memberi tunjuk ajar.
Setelah penat memerah otak, perut pun mula la berbunyi meminta belas ihsan tuan empunya perut. Kalau stok biskut kat hostel habis, kami bertindak nekad melompat pagar untuk lepak di kedai makan seberang jalan hadapan sekolah. Istilah lompat pagar lebih dikenali sebagai 'fly' dikalangan budak-budak sekolah zaman sekarang. Port yang menjadi kebiasaan ialah Kedai Abg Man CD. Selalunya kami menggunakan istilah mengaji kitab dengan Ustaz Man CD. Mengajib kitab apa? 'Kitab Biru'! Haha.. Astaghfirullahalazim.. Kami tak sengaja ok. 'Abg Man CD' tu yang slumber pasang biar pakcik-pakcik tua melayan stim sambil hisap rokok minum kopi. Demm! Dapat dosa free.
Ketika kami melakukan aktiviti 'fly' tersebut, rupa-rupanya ada mata yang memerhati. Kaki report ataupun istilah yang dipakai oleh kami, 'Spy AJK'. Aku memang anti betul dengan budak-budak kaki report camtu. Dan akhirnya, kami dibuang daripada asrama pada hujung tahun atas kesalahan keluar malam tanpa kebenaran. Zul tak kisah walaupun kena buang asrama sebab dia mahu berpindah ke MRSM. Aku ni yang naya. Tetapi setelah rayuan dibuat, aku diterima kembali tinggal di asrama ketika sesi pendaftaran tingkatan 4 kerana result PMR aku agak memberangsangkan. Zul dan aku memperolehi keputusan yang sama iaitu 6A. Akan tetapi, beliau berpindah ke MRSM manakala aku pula terus kekal di situ sehingga Tingkatan 6.
Itulah sedikit sebanyak kenangan aku bersama Zul Koje yang dapat dikongsikan. Tergelak sendirian mengenangkannya. Tak sangka yang dia sekarang dah pun berkahwin dan juga sudah bergelar Cikgu Zul. Selamat Pengantin baru aku ucap kan buat sahabat aku, Zul dan pasangannya Huda. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin..
Selamat Pengantin Baru Zul dan Huda |
SZ : Ramai kawan-kawan aku yang dah kahwin.. Jeles plak..
Tweet |
60 comments:
hahahahahaha.. rasa nk meleleh ayaq mata tingat suma2 2.. aku dah try wat kt mrsm mcm kita dok wat kt maktab mahmud tp memg xdak aura mcm kita dok study.. mungkin btoi kata ustat2 maahad kita dpt berkat ulama2 yang penah blajaq situ
kitab biru??
cuba translate bagi saya faham boleh??
:P
Salam
Wah tahniah buat sahabatmu itu
woaa..memories... hehe
rajinnya study tgh2 malam...
ekhkehkee..indah zaman sekolah..sy pon bukan baek sgt pon zaman dok asrama dulu..kaki fly jugak, but last skali jumpe warden pulak..slmber die tegur sy n mmber tgh makan..mmg nk tersembur time tu..hekhekheke
haa..tunggu apa lagi..kawen laaa~ hahahha
kat langkawi ade gak maktab mahmud...hari tu jejelan..jumpa!! hhahah
salam,
awak bila lagi..??
@Anonymous : haha.. tu la pasai.. terharu beb tringat nostalgia tu semua..
@f_aRa_aINa989 : ntahla.. sy tau kitab hijau ja.. ;-p
@mia : knangan dok asrama mmg besh kan.. heheh...
@shahjiehan : skang ni mmg banyak cwangan maktab mahmud ni sejak SAR dimansuhkan..
@sekamar rindu : ada jodoh tu, ada la... hehe...
tahniah buat kwn solihin..kalau ada jodoh tak ke mana...
wee..sweet kje gambar koje dengan isteri dia ^__^ hoho, kawan orang pun dah kawen =.=" jeles jeles*
hahhah ko biler lgi nk kawin??
Kisah persahabatan yang best sekali...Bertuah Solihin dapat kawan macam koje tu....
Nak tanya ni...Bila lak kawan Koje nak naik pelamin ni?
Tunggu jemputan dari adik akak yang hemsem ni....
pssst...kalau nak jadi adik ipar akak pun boleh gak...hehehe...LArikkk!!!!
kenangan tu...
spy ajk?hehheee
akak salu ckp kat murid2 akak bhw kenangan kat skolahlah yg paling best..make it ur own history of succesful..
akak pom smpai skrg igt kenangan kat skoloh akak tau..hehe
tahniah pada koje..ko bila lg?
best kn zaman sekolah...
zul dah selamat..SZ bila lagi?hihihi..
**penah jugak 'fly' msa dok hostel dulu.. =))
sekali2 wat solat tahajud ni tenang ati kan..
slamat pengntin br gak kat cikgu zul..hehe..
yang nakal tu lah kadang2 yang jadik orang bila dewasa..
solihin t kawin..jgn lupa jemput geng2 blogger.. :)
cute n sweet tgk pengantin naik motor..
kalau naik vespa lagi superb...
hahaha...kenangan manis..congratz to ur frenzz
tahniah pada member solihin tu erk solihin bila plak? hoho..wo0..sekolah maktab mahmud alor star?school agak top di kedah aku jeluz..sekolah aku ja tak top..top fly hado hahaha,pasal fly tu kan mmg nk tergelak...teringat kenangan ak kt asrama la plak huhu..pasal fly tu mmg kekdg tu jenuh cover diorg yg kluar tu..ceh kwn la konon kan..tp kekdg aku kaki report gak..tp utk sdnt laki yg fly aku report..yg pmpn aku cover line leh ka cmtu? haha :P
cepat2 le kawen solihin heheh
dah tukar domain ye,lama tk dtg singgah..huhu
teringat plak kisah kat asrama dulu,mcm lebih kurang sama je..hehe
semoga mereka berbahagia ke akhir hayat..:)
mengaji kitab biru?
kekeke
pergh..blik ni aku nk p trus cari kdai tu..dpan mktab kan???hahahaha
mai la langkawi...grap sebijik dua nikon2 nih..hahaha... banyak sangat org berkeliaran menggantung DSLR kat sini..grrr
wah jeles jugak tengok orang lain kawen..... teeetttt...
sabar erk... akan tiba masa... mengingatkan diri sendiri jugak... tehehe
comel pengantin naik motor..hehe..
he3..seronok bila dikenag semua tu..
tahniah utk sahabat solihin tu..
solihin bila lagi???
fuyooo.... kaki fly jugak yerk
x lama lg SZ pulak ikut jejak langkah Zul...:)
hehehehe... seronok baca cerita kamu... dan kamu bila lagi nak nikah kahwin... tak sabar nak tunggu gambar ni.... hehehehe
waaa..budak pndai...
dan nakal.haha
wah...sweet nye gmbr dorang..
tahniah pada zul dan huda...solihin ni umo bape? teeeet...hihi;p
macam cik tom ckp kalau dah jodoh tak ke mana..tapi jodoh kita kena cari jugak kan...bukan dtg bergolek je...hihi :)
tahniah buat pasangan pengantin..
org ckap, makin nakal kita wktu zman skolah, mkin bnyak kenangn manis yg kita ada wktu zmn prskolahan..
@Izamir Ridzwan : sampai jodoh kang, kawen la.. heheh...
@Iman : jadi adik ipar kakak? hahah.. ada adik ke? ;-p
hhmm.. smpai masa nnt, kompom sy jemput! :D
@sarah-najwan : tu la pasal.. kngan skolah mmg best! tmbh2 utk budak2 nakal.. heheh..
@Siti Hajar Masri : aku lmbt lagi kot.. haha..
@Nafisa81 : haha.. setuju.. yg x nakal tu plak kdg2 yg rosak.. hehhe..
@efa : hahha.. besh kan fly2 ni.. hehe.. agak sinonim ngan pelajar skolah yg nakal..
@iniialahaku : haha.. rasanya kedai tu dh pupus kowt skang.. heheh..
@diana : ahaha.. cik tom lagi? ;-p
@ibu hidayahamin : haha.. dh smpai jodoh nnt, sy kawen la mama.. hehe..
@mia.lia : ahahha... biase la tu.. hehe..
@Miss Yaty : sy umoq bopa? cuba teka.. haha..
btoi! jodoh xkn dtg bergolek..
@pena : haha.. tau xpe.. nakal jugak bley wat kite cepat top... haha..
gerrard masa sekolah gangster woo =P
Wehh..demn syiall..abg man cd..wakaka..aku rindu kat abg man dan pengajian 'kitabny'..
Entri utk aku tk nak wat ke?
@Wan Gerrard : skang gangster lg x? hehe..
@Muhsin : ahahha.. kitab biru yg bermanfaat kan boxchaun.. hehhe..
entry utk ang? kawen la dlu! haha..
sat2..aku tgk muka dia ni cam aku besa tgkla..la dia ngaji mna???
hahaha...dia dlu mtab ilmu khas pastu mktab tknik xslah aku..btoi x?
Post a Comment