Semua orang tahu apa tujuan lampu isyarat dicipta. Bayangkan kehidupan tanpa lampu isyarat. Dengan berjuta kenderaan di jalanraya, pasti jalan raya akan kucar-kacir. Para pemandu akan mementingkan diri sendiri. Tiada lagi tolak ansur untuk memberi laluan kepada pengguna lain. Masing-masing berebut dan saling memotong. Risiko berlakunya kemalangan juga meningkat. Sedangkan dengan adanya lampu isyarat pun masih berlaku kemalangan. Juga masih ada pemandu yang ingkar tidak mahu mematuhinya.
Tahukah anda? Dengan menggunakan analogi lampu isyarat juga dapat mengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Bagaimana?
1.Orang yang selalu langgar lampu merah tidak kira masa dan waktu.
Ini ibarat orang yang lemah imannya serta tidak bertakwa. Dia mengaku kewujudan lampu isyarat tersebut tapi tidak mahu mematuhinya.
2. Orang yang kadang-kadang sahaja melanggar lampu merah terutama jika tiada orang.
Ini diibaratkan sebagai orang beriman dan bertakwa. Tapi takwanya itu bukannya benar-benar kukuh. Adakalanya dia masih terpengaruh dengan keadaan sekeliling untuk melanggar undang-undang tersebut.
3. Orang yang tidak pernah langsung melanggar lampu merah walau di malam hari di jalan yang sunyi.
Ini ibarat orang yang betul-betul beriman dan bertakwa. Mereka inilah yang cerdik akalnya, yang percaya jika dilanggar lampu merah tersebut, mungkin ada kesan sampingan yang akan berlaku. Jadi mereka tetap patuh tidak akan melanggarnya walaupun tiada orang lain yang nampak.
Setiap undang-undang yang dicipta pasti ada tujuan, samada untuk mencegah, mengatur ataupun menghukum si pelaku demi kebaikan bersama. Jika semua pemandu dapat mematuhi lampu isyarat, jalan raya yang kucar-kacir serta sesak dapat dikawal. Kadar kemalangan yang tinggi juga dapat dikurangkan. Selain dapat memupuk sifat tolak ansur dan kesabaran yang tinggi.
Sekarang kita cuba uji minda. Hari-hari anda berhadapan dengan lampu isyarat kan? Jadi, sila pilih yang mana satu urutan sebenar warna lampu isyarat?
Aik.. Fikir panjang nampak? Ceh! Hari-hari tengok pun terkial-kial nak jawab? Semalam aku ada tanya kat Twitter, kenapa lampu isyarat warna hijau, merah dan kuning? Kenapa merah berhenti, hijau jalan? Semua jawapan merapu. Aku lagi la tak tahu.
Dalam kita tidak tahu menahu asal usul lampu isyarat pun, kita masih ber'iman' dengan lampu isyarat tu kan. Kita lebih patuh dengan undang-undang manusia berbanding undang-undang Allah. LEBIH BAIK KITA LANGGAR SAJA LAMPU ISYARAT TU!

Lampu isyarat adalah sistem ciptaan manusia. Undang-undang Islam yang termaktub dalam Al-Quran itu pula adalah ciptaan Allah. Lampu isyarat digunakan semasa memandu sahaja. Tetapi undang-undang Islam merangkumi setiap aspek kehidupan. Jika anda percaya bahawa lampu isyarat itu dapat menyelesaikan masalah lalu-lintas. Anda wajib percaya bahawa undang-undang Allah itulah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah jenayah yang semakin meruncing ketika ini.
Sekarang kita cuba uji minda. Hari-hari anda berhadapan dengan lampu isyarat kan? Jadi, sila pilih yang mana satu urutan sebenar warna lampu isyarat?
Aik.. Fikir panjang nampak? Ceh! Hari-hari tengok pun terkial-kial nak jawab? Semalam aku ada tanya kat Twitter, kenapa lampu isyarat warna hijau, merah dan kuning? Kenapa merah berhenti, hijau jalan? Semua jawapan merapu. Aku lagi la tak tahu.
Dalam kita tidak tahu menahu asal usul lampu isyarat pun, kita masih ber'iman' dengan lampu isyarat tu kan. Kita lebih patuh dengan undang-undang manusia berbanding undang-undang Allah. LEBIH BAIK KITA LANGGAR SAJA LAMPU ISYARAT TU!
SZ : Mohon jangan lurus bendul ye... =)