Tanggal 23 Jun 2012, genaplah 10 tahun pemergian seorang mujahid terulung dan pemimpin yang sangat aku kagumi iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor. Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta kerana masalah jantung. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Yang mana jarak rumah aku dengan pusara Ustaz Fadzil hanya memakan masa 30 saat jika menaiki motosikal.
Masih segar lagi dalam ingatanku peristiwa 10 tahun lepas. Ketika itu, aku masih di tingkatan 3, Maktab Mahmud Alor Star dan menetap di asrama. (Almarhum Ustaz Fadzil juga merupakan seorang bekas pelajar Maktab Mahmud dan pernah menjadi tenaga pengajar di situ pada tahun 1967). Sebaik sahaja aku dan kawan-kawan mendapat berita mengejutkan mengenai pemergian Ustaz Fadzil, kami bergegas menaiki bas awam ke Pokok Sena. Sepanjang perjalanan kami menaiki bas, jalanraya sangat sesak. Penuh dengan kenderaan dan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana untuk memberikan penghormatan terakhir.
Setibanya di sana, aku tergamam melihat lautan manusia memenuhi jalanraya antara Pokok Sena dan Kuala Nerang. Ramai juga yang berebut-rebut mahu mengambil bahagian mengusung keranda Almarhum untuk disolatkan. Solat jenazah yang diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula terpaksa dibuat secara berulangkali kerana terlalu ramai yang ingin menyembahyangkan jenazahnya. Sehinggakan ada yang berjemaah di bumbung terbuka banglo seorang hamba Allah.
Jangan salah faham. Ni bukan solat jenazah. Ini solat maghrib ke asar ntah. Aku pun dah lupa. |
Subhanallah.. Jika di dunia Allah dah tunjuk bagaimana jutaan umat manusia mengiringi pemergian beliau, apatah lagi di akhirat kelak. Terasa meremang bulu roma aku setiap kali melihat gambar-gambar dalam akhbar sisipan khas sempena pemergian beliau yang masih tersimpan rapi sehingga sekarang. Seumur hidup aku, itulah kali pertama dan terakhir aku menyaksikan fenomena sebegitu.
Semasa hayatnya, Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah. Dan doanya supaya mantan Perdana Menteri Tun M dipanjangkan umur supaya sempat melihat kebangkitan umat Islam di bumi Malaysia. Alangkah indahnya jika Almarhum Ustaz Fadzil masih ada untuk sama-sama melihat kebangkitan anak muda dan revolusi yang berlaku pada masa kini. Secara peribadi, aku lebih suka jika dapat ber'PerdanaMenteri'kan Almarhum Ustaz Fadzil. Seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan.
Aku juga membesar dengan mengikuti ayah aku menghadiri ceramah-ceramah beliau di Muassasah Darul Ulum. Setiap kali hari raya, aku dan keluarga tidak akan melepaskan peluang menunaikan solat sunat hari raya berimamkan Ustaz Fadzil di Muassasah dan mengambil peluang bersalaman dengan beliau. Suasana di Muassasah ketika itu sangat meriah jika hendak dibandingkan dengan hari ini. Pemergian Ustaz Fadzil memang sangat dirasai.
AL-FATIHAH~~
* KLIK Latar Belakang Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)
AL-FATIHAH~~
* KLIK Latar Belakang Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)
SZ : Ini tahun ke-3 aku berkongsi pengalaman ini di blog. Aku tidak jemu mengimbau kisah ini berulang kali. Bukan taksub, tapi kagum.
Tweet |
14 comments:
Allahuakbar. Arwah memang insan terpilih... seorang khalifah Allah yang sangat berjasa menegakkan syiar Islam!
rs sebak baca entry ni..
Al- Fatihah...
Ustaz Fadhil antara tokoh politik dan agama tanah air yang paling saya kagum. ada hikmah di sebalik "pemergian awal" beliau...
insya-Allah hasil tarbiyah dan usaha beliau pasti membuahkan hasil, suatu hari nanti
al-fatihah. moga beliau di tempatkan di kalangan org yg beriman dan beramal soleh.amin:)
Alfatehah, akk tumpang baca dan bangga dgn beliau.
subhanallah.. tergamam tengok lautan manusia yang mengiringi jenazah beliau. kagum sangat. mesti seorang yg sangat berjasa disanjung camtu.
semoga arwah tenang di sana & ditempatkan sebaris dgn org2 yg wara'.
AL fatihah buat al marhum. Cuti sekolah baru ni, sempat juga lalu depan sekolah darul ulum. mmg nostalgia
Subhanalla, saya kagum gdn beliau,AL fatiha but al marhum
ramainye
sedih
al Fatihah
5 tahun lepas,bila saya ada dekat kompleks pendidikan yang tertanamnya jasad almarhum,saya rasa sedih...tapi Allah lebih sayangkan almarhum..
subhanallah..air mata menitis...moga Allah merahmati roh almarhum ustaz fadzil noor...ameen...
:(
May Allah bless him =)
last year aku baca pasal ni kat blog ang. taun ni pun aku baca lagi.
xpuas kot.
hoho! aku baca artikel pasal beliau kat mana entah, macam kat mastika pasal ore masok islam. ko ada gak wat post sal tu. hoho
hilang sebutir permata. sekarang sape lagi? huhu.
@Syafiq Ahadin memang ada diceritakan dalam mastika tajuk dia kalau tak silap juruterbang masuk islam bawak jenazah.. tapi dalam tu tak dinyatakan sapa dia jenazah tu.
Post a Comment