Pages

Saturday, September 22, 2012

Diana Amir Bertunang Dengan Kawan Sekolah Aku?

Tadi aku ternampak ex-schoolmate aku, Taufik Naim share satu gambar kat dalam group facebook sekolah aku dulu, Maktab Mahmud Batch 00-04. Gambar Diana Amir bersama tunang beliau yang juga merupakan ex-schoolmate merangkap ex-classmate aku? Biaq betoi? Mulanya aku ingatkan depa ni saja main-main gambar photoshop. Maklumlah aku mana nak layan rancangan hiburan macam Melodi dan Galaksi segala tu. Rupa-rupanya memang betul sebab banyak blog-blog hiburan dah mula sebarkan gambar tersebut.

Gila! Sekali lagi aku terpinga-pinga macam tak percaya. Hoi! Kawan sekolah aku! Hahaha.. Takdak angin, takdak ribut, dah bertunang dengan retis. Tapi, baguih la sebab merahsiakan pertunangan. Sebab memang itu yang digalakkan dalam Islam. Tapi kalau dah nama retis, sembunyi macam mana pun wartawan korek jugak sampai dapat.


Menurut laporan blog-blog hiburan yang suka buat palatau, tunang Diana Amir merupakan seorang ustaz. Mungkin sebab depa tengok dia pakai kopiah putih, terus cop kata ustaz. Sebenarnya dia merupakan seorang lecturer. Tapi, kira boleh jugaklah dianggap Ustaz sebab ada latar belakang agama yang baik. Belajar pulak kat antara sekolah agama yang elit kat Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star. Sekolah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti pasangan suami isteri pengacara Semanis Kurma, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor iaitu bekas Presiden PAS dan ulama yang disegani serta ramai lagi nama yang tak tersebut. Cewah! Up saham membe-membe..

Siapakah nama penuh tunang Diana Amir merangkap kawan sekolah aku ni? Haha.. Biarlah rahsia. Cukuplah sikit-sikit. Privacy orang kena jaga. Yang mana tau tu, tau la. Nak dedah lebih-lebih, tak elok pulak memandangkan diorang baru saja mengikat tali pertunangan, belum lagi nak kenduri kahwin. Tunggu jelah Abg Roti Kaya dengan Abg Nara hangpa tu bukak fail siasatan. Nak tau jugak, pandai-pandai la hangpa rasuah aku. lol.

Yang aku boleh bagitau, tunang Diana Amir ni ada saudara kembar. Adik kembar dia model, pernah jadi duta produk dan dok berkawan jugak dengan golongan retis ni. So, potensi untuk si abang mendapat jodoh retis tu ada. So, tak menghairankan sangat sebenarnya. Benar, artis juga manusia biasa yang tidak perlu dikecohkan dan dipelikkan pun sebenarnya. Tapi, sudah lumrah dunia bahawa yang popular itu akan mendapat perhatian ramai.

Kat bawah ni ada gambar aku dengan si kembar ni masa form 3, lepas PMR. Bukti beb. Bukti. Waktu ni la nak tumpang populariti pun. Untung-untung, dapat edjas Neelofa ka, Rosnah Mat Aris ka. Tarbiah bagi insaf sikit. Heheh.. Tiz Zaqyah dah dapat dulu. Kah3.. K, lawak ja. K, tak lawak. K, bye..

Si kembar yang dalam bulatan merah tu. Habib yang duduk tu. Adik kembar beliau yang diri tu..
Aku? Cari la sendiri.. Terer teka la..

Inilah yang dikatakan jodoh kuasa Allah. Kadang-kadang Allah swt dah atur jodoh kita semua tanpa kita semua jangka pun siapa dia sebenarnya jodoh kita. Hingga kita sendiri pun rasa macam tak percaya.

Tahniah Diana Amir! Tahniah kawan saya, Habib! Ehh.. terbagitau nama pulak.. Alaa. Dah kecoh pun kan nama dia Habib. Doakan saja yang terbaik buat mereka. Semoga kekal bahagia dunia akhirat. Amin!




SZ : Aku pulak nak pilih retis mana? *selak katalog majalah Mangga* LOL

44 comments:

Unknown said...

beruntung betul diana amir..alhamdulillah moga semuanya berjalan dengan lancar sehingga ke jinjang pelamin...aameen...:)

miss yatie said...

tak serik2 lg nak pikat retis ni hahahaha...

SZ, yg duduk sebelah kiri, ye dakkk..

Yuyu Ali said...

todiaaa haa nak juga dengan retis kan. Moga tersangkut lah mana satu. wkwkw

Taufik said...

wah2 aku pulak jadi bahan
esok kenuri naif mesti ramai bergossip hahaha

haney said...

sz bila lg? hehe :P

Solihin Zubir said...

@KY : haha.. pandai teka.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Yuyu Ali : artis mana ntah yg nak sangkut.. kah3..

LynnAiza said...

fuhh fuhh fuhh! kira senior saya jugak ah ni! tak kiraaa..nak ngaku gak senior..wpon tak kenai bebudak laki maahad dedulu. hahah

Solihin Zubir said...

@Solihin Zubir : ohhh.. soalan cliche.. huhu..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nak cari solihin senang jer...cari tang telinga dulu keh3......


melawak jer.....ok xlawak

=P

Solihin Zubir said...

@Taufik : ni semua salah hang Po! haha..

Solihin Zubir said...

@LynnAiza : ceh.. dan2.. hahaha..

Solihin Zubir said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr : amboii.. melawak kasaq.. haha.. silap tak censored kt bhagian telinga.. ;-p

shahjiehan said...

aku aminkan doa hg utk dapat rosnah mat aris... hehehhe...

gurau2 ja ^_^

Taufik said...

benda baik apa salahnya
lagipon dia pon cool saja hehe
ni aku counter balik la utk mengelak kecelaruan di masa hadapan
http://www.taufiking.com/2012/09/itu-bukan-aku.html

Aien Zainal said...

saya dah jumpa...
cam tang telinga tu....
aset mahal kot...
bhahahaha

Nonny said...

Sz bile lagi hehehe

jom baca review Filem UntukTigahari

http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/2012/09/review-untuk-tiga-hari-waaaa-best.html

Ema Minami said...

Kot2 abby abadi nk kat solihin..mne nk taw kan...opss...cicici

Ujie Othman said...

Wah..student mktab mahmud rupanya! Mmg terkenal dgn agama yg baik.

Unknown said...

xpe

da jodoh diorang

sy paham keterujaan tgk exclasmate kawen retis

lg2 y penuh kontroversi. tapi siyes, tabik dgn die sbb berani nk terlibat dngn org y punya dunia penuh pancaroba

Unknown said...

Assalam, tahniah...nie nak kepastian betul tak En Mohd Habib Bullah A.Rahman. Beliau merupakan seorang lecturer di UiTM Merbok Kedah di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.


Saja nak kepastina sikit... Hehehehe.. (^_^)

Sya_Merpati Putih 88 said...

tahniah buat diana amir n pasangan..
SZ, kalau jodoh awk dgn artis jugak lambat laun awk pun akn kahiwn ngan artis jugak..ehehehe..=)

ana said...

wahhhh :D tahniah la kat diana amir dgn kwn hang,. untung2 dpt makan nasi minyak depa kan,insya'allah

HAZRIL HAFIZ said...

laaa..habib ni aku pun kenai....budak uitm kedah

nurdani said...

tahniah kepada kawan sekolah encik solihin ye. hehe

nak teka, rasanya yang paling kanan belakang kot

Muhammad Syahmi said...

Bila lagi...?
Kawan sekelas dah nak kawen, artis lagi tuh...?

Mesti banyak pahala dia sbb dpt tarbiah seorang artis...

Anonymous said...

tunang diana amir uh yg berdrikn?

Shiqin Sunshine said...

amboihh...balik2 neelopa, tiz zaqiah,...fasha sandha dah takde sbb da kawen...kehkeh...rosnah mat aris pon boleh ye... O.o hahha


tahniah kawan awak dengn diana amir...;) bestnye bestnye!

Zida said...

selalu kalau kita dengar orang2 yang terdekat kita macam klasmate ke, schoolmate ke kawen mesti dah eksaited, dan ini mesti lagi eksaited sebab dengan retis fofularr! fuh fuhh! haha

ehem bro bila lagiii? :P

Faiqah Umaira said...

dan lecturer kawan kakak saya. Hoho

Niza Romli said...

tak salah kot cuba..manatau sangkut kaa. hehe

Aimacomel said...

tahniah utk mereka.. & utk semua2 yg akan & bakal berkahwin =)

Syazwan Che Deraman said...

Hang bila nak kahwin ni?

nanti boleh kahwin ngan retis gak.
kena tempias member.
ehehe

Tengku Puteri said...

owh..budak maahad rupanya... kita semaahad lahhhh... hee

Kira Sakura said...

bab yg ayat akhir tak akhir tue kami setuju jodoh nie rahsia Allah DIA aturkan dengan sgt cantik. mmg sgt kagum sbb jodoh kami pun dtang dari jalan yg tak disangka, insyaAllah lah klu betol dia tue jodoh kami hihihi

Zai Zamree said...

wah wah...tumpang glemer no...

#tolong SZ selak majalah URTV kot2 majalah mangga x cukup retis :p

Cik Ros said...

saya baru je tahu kak Diana Amir dah bertunang.. *lambat betul

faiz helmi saja=3 said...

emma maembong tak mau ka sz???haha

FarizAtie said...

alhamdulillah.,kecik dunia kan...:)

Anonymous said...

tunang diana amir ade dlm fren list fb sy,. tahniah diana,. (:

nUmara... said...

salam..
tiada pernah kita tahu, tiada pernah kita duga, siaaaaaapa si di ajodoh kita. ^^

nabByla said...

untungla.. lecturer tmpat blaja kami bertunang ngn artis. hakz !


btw, bella dah jadi pnduduk SP skunk. leh la jumpa abg solihin. kui3. :D

Wanita Bertudung Hitam said...

ahh haii bertuah betul artis2 ni..lepas hoohaa-hoohaa dah tobat terus dapat laki baek..yg tak retis jugak la tak dapat2 laki baek..huahuahua~

Srikandi Al-Azwar said...

Waah..budak ma'ahad ka..(ops lambat pulak perasan). Alhamdulillah.. bertuah la si diana amir. Nampaknya penghijrahan dia ke arah lebih baik Allah hadiahkan dgn jalan yg barakah apatah lg bertemu dgn jodoh yg insyAllah baik di sisi Allah...moga Allah istiqamahkan dirinya di atas jalan redhaNYa..Amin.