Pages

Wednesday, September 5, 2012

Tak Sepadan Langsung Pasangan Suami Isteri Tu!

Antara soalan yang biasanya diajukan berkenaan pasangannya jika seseorang tu baru berkahwin ataupun baru dapat pakwe/awek baru ialah "Cun tak?". "Hensem tak?".

Cun ke tak bini dia? Perlukah tanya soalan bini dia cun ke tak? Kalau memang cun, boleh la aku jawab dengan jujur. Tapi, kalau bini dia muka tak seberapa, takkan aku nak straight to da point cakap dia huduh? Bukankah aku dah dikira menghina ciptaan Allah?

Agaknya dah jadi lumrah antara kita suka bertanya dan membandingkan pasangan seseorang. Antara contoh-contoh lain..

1. Kenapa suami hensem, isteri tak lawa? Kenapa isteri lawa, suami huduh?
2. Lelaki tinggi macam galah, kenapa pilih bini yang pendek macam ayam katik? Bini tinggi, kenapa pilih lelaki yang lebih rendah dari dia?
3. Macamana lelaki yang tough macam tu boleh suka pompuan kolestrol macam dia? Pompuan tu body cantik, tapi kenapa pilih lelaki gemuk macam badak air?
4. Anak dara kahwin dengan duda tua bangka? Eurghhh.. Anak teruna kahwin dengan janda anak 18? Eurghhh jugakkk.
5. Suami hitam macam juboq belanga. Macam manalah bini dia yang putih melepak tu boleh berkenan.
6. Suami alim, isteri tak senonoh. Isteri ustazah, tapi suami kaki betina.

Dan macam-macam lagilah yang kita biasa dengar berkenaan perbandingan pasangan yang dianggap enggak cocok ni. Sehingga timbullah pelbagai andaian buruk. Kononnya kahwin sebab nak kikis harta semata-mata, kena calit minyak senyonyong, pakai bomoh dan lain-lain lagi.


Perlu diingat, citarasa dan pemikiran manusia ni tak sama. Mungkin yang alim nak bimbing pasangannya yang kurang baik tu. Mungkin dia bukan terpikat pada rupa paras, tapi pada akhlaknya, Terpikat pada budi, bukan body. Mungkin dia suka yang badan gemuk sebab sedap nak peluk. Suka pasangan yang tua maybe sebab dia lebih matang dan penuh pengalaman. Suka yang kecik genit mungkin sebab senang nak dukung atau lambung. Owh yeahhh.. Hodoh di mata kita, tapi cantik di mata pasangannya.

Nampak tak permainannya di situ? Nafsu masing-masing la kan. Dia punya teman sekatil, lantak dia la nak yang macam mana pun. Siapa kita nak pertikaikannya? Itupun jika kahwin berkiblatkan nafsu la. Yang selalu timbulkan perbandingan macam tu, kahwin sebab nafsu semata lettewww..

Senang cerita, dah tertulis tu jodoh dia. Allah dah tentukan sejak azali. Kita tak payahla nak komplen. Dah jadi mengumpat dan fitnah pulak. Doakan sahaja yang terbaik buat pasangan itu. Bukannya menjadi juri mengkritik pasangan orang lain.

Kecantikan dunia ni tak kekal. Selak kulit muka, nampak tengkorak jugak. Lawa kat dunia ni, kalau masuk neraka, huduh jugak. Kalau kat dunia ni muka hang buruk macam mana sekalipun, masuk syurga nanti, kompom hensem lawa tak hingat punya. Kita yang lelaki ni kena kejar bidadari kat syurga sana. Yang pompuan pulak kena berusaha jadi ketua bidadari kat syurga nanti.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” (At-Tirmizi)


Rujukan : webblog.myjodoh.net




SZ : Jangan komplen sapa bini aku nanti.

17 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

selalu jugak dgr mcm nie..biasalah manusia nie mmg kebanyakkannya(tapi tak semua) suka menilai org lain, suka membandingkan, suka menghakimi...


~Jodoh itu dtg dari-Nya, siapa kita mahu mempertikaikanya, Apa perlu dipandang pada paras dan rupa, Andai Akhlaknya sempurna dan dia boleh membahgiakan kita..(^__^)~

Kumbang Jingga said...

Setuju ngn point2 di atas..kenkadang kita lihat ada org sanggup tinggal solat zohor sbb kawin..isk2...

Hansyirah Takezur said...

orang sekarang ni nak macam pinang dibelah dua je. x dan dan nak kutuk orang. depa pon tak tau camna pinang dibelah dua tu.

dah jodoh, tok sah dok pertikai la dak... hoho

Anonymous said...

jodoh dan pertemuan di tgn Allah..
itu yg terbaik bagi kita..

PearlKaz said...

Pasangan kite juge merupakan ujian dari Allah buat kite...

Entry kawin2 lg? hihihihi

nurdani said...

selalu sangat dengar kata-kata menilai kecantikan macam tu.

pelik bila diorang sendiri tentukan si handsome/cantik tu sepatutnya dengan siapa. hish hish...

Shiqin Sunshine said...

hahha...jawapan kepada semua soalan...ringkas dan jelas...

Senang cerita, dah tertulis tu jodoh dia. Allah dah tentukan sejak azali.

copy paste perenggan 2nd last...heh! tapi mmg dah jd lumrah pon kan...tanye soklan tu...cntik ke ensem ke??


Bak kata mak saya, biasalah ade hidung ada mata, ada telinga...klu agak2 OKU tu ckp jelahh ape yg dia ade.....hahahah

Unknown said...

tapi bagaimana pula kita dah faham tentang jodoh,parents pula yang demand lebih2?

Ana Farhana said...

hmm, org sllu kta mak ayh sy x spadan. kecik ati ohhh haish

imantizz_truper said...

tak payah nak pertikaiankan apapun yg jadi kehendak Allah..lagipun,mungkin apa yg kita nampak macam tak sepadan,kurang yg tu yg nie tapi sebenarnya Allah dah rencanakan segala2nya dgn indah...

just terima ja lah..kita pun bukanlah sempurna mana..^_^

Unknown said...

haha nampak sngt permainan nye tu

tapi sy selalu soal cmtu

tp tkdela nak judge pape

juz suke2 haha

mate nakal sngt kan?

Anonymous said...

tak sabar nak tunggu SZ kahwin....nak tengok wife SZ macam mana...pastu nak komen......hahahaaha....

jodoh semua di tangan Allah :)

puteraduyong said...

kita takkan dapat lisa surihani jika kita bukan yusry... tapi kita boleh dapat bidadari jika kita seunggul muslim sejati...

[wani_mn] said...

kadang-kadang nak mengata lebih-lebih pun rasa takut jugak. takut terkena pada kita.

Sunah Sakura said...

mata setiap orang berbeza...kadang2 cantik dan hensem pada kita, tak sama dengan cantik dan hensem pada pandangan orang lain...perspektif cantik dan hensem tu jugak subjektif kan...bukan pada fizikal semata2...heee~

blog-tips-kurus said...

mereka cemburu tu... ;)

Unknown said...

Bia la dia nak Kate ape,...jnji kita bgie ngan idup kite...jgn Laki kite plak join same kutuk isteri dia...kan3