Pages

Wednesday, August 7, 2013

Puasa dan Raya Terakhir Sebagai Bujang?


"Tahun ni, last aku puasa dan beraya sebagai seorang jejaka bujang.
Next year dengan bini pulak. Hoyeah!"


Ok, itu sebenarnya status facebook ketika bulan puasa tahun 2011. Sekarang dah tahun 2013, tapi aku masih lagi bujang tegar trang tang tang ting tong. Nampak tak betapa perancangan Allah SWT itu lebih hebat. Jika Dia tak izinkan jodoh aku sampai, maka tidak akan sampailah ia walau aku berusaha sehabis daya sekalipun.

Ala.. Lagipun waktu tu memang tengah excited nak menikah walaupun calon masih samar. Memang bajet nak bercinta lepas nikah je masa tu. Asalkan kahwin. Tapi sekarang, aku rasa macam dah melepasi zon desperate mencari rusuk kiri tu. Yela.. Bila dah start sibukkan diri sekarang ni, memang tak terasa sangat kesunyian tu. Tambahan perasaan aku pernah diperkotak-katik, rasa macam dah tawar hati nak fikir pasal tu. Eceh.. Poyolah kau. Kadang-kadang ja kalau hangpa nampak aku dok berjiwang tu, aku tengah lepaskan perasaan sunyi la tu.

InsyaAllah, pencarian akan diteruskan. Haha.. Sejujurnya, aku pun tidak pasti siapa sebenarnya jodoh aku. Seperti aku katakan tadi, perancangan Allah itu lebih hebat. Sedangkan yang bertunang pun boleh putus malah ada pasangan yang sudah mahu akad nikah besok hari pun, boleh batalkan majlis. Kun Fayakun. Allah kata jadi, maka jadilah ia. Doakan saja yang terbaik.

Jadi, di kesempatan ini aku nak buat ucapan la sikit. Nak berpantun, dah biasa orang buat. Nak upload gambar ketupat, lemang segala bagai pun dah biasa sangat. Nak edit taruk gambar sendiri, tak sempat. Tambahan aku ni pemalu. Miow. So, juz nak ucap,

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Maafkan segala dosa aku kat hangpa semua. Aku sentiasa maafkan hangpa. Aku malas nak heret dosa sesama manusia ke mahkamah akhirat. Leceh. Dosa sama Tuhan pun dah berbakul nak kena tanggung nanti. So, kira setel la k. :-)




SZ: Makin tua ni, makin kurang feel nak beraya. Ada anak, syok jugak. :3

11 comments:

Muhammad Syahmi said...

Selamat Hari Raya juga. Takpa. Mana la tau lepas raya nanti terbabas nikah dengan janda... hehehe...

Jangan marah, gurau je...

Muhammad Syahmi said...

Selamat Hari Raya juga. Takpa. Mana la tau lepas raya nanti terbabas nikah dengan janda... hehehe...

Jangan marah, gurau je...

Sya_Merpati Putih 88 said...

Selamt Hari Raya Aidilfitri...
MAaf Zahir n Batin...

Semog usaha En SZ utk mencari jodoh akan berhasil dlm masa yg terdekat, semoga bertemu jodh yg baik (penyejuk mata, peneman hidup setia..) (^___^)

Zaf98 said...

wahahahaaa! mati2 ingat tajuk tu dah betul... rupanya, status fb yg tak kesampaian. lol.
takpe bro, saya d0akan sm0ga bro dpt jodoh cepat, anak cepat. nanti baru happy beraya yaaa~ jgn sedih naaa~ xDD
btw, SELAMAT HARI RAYA BRO! :D

Unknown said...

Sengih bace :P

aziekz said...

sbar yea.....
Mungkin ada hikmah disebaliknya....amiiiiinnnnnnn...

Cik Fns said...

soon .... in shaa Allah ... doa bnyk² ye ツ

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA TOO ! ;)
fIRST TIME VISIT UR BELOGG & ITS AWESOME !
BTW, RAYA TAUN DOPAN DTGLAH RUMAA ;)

Unknown said...

teruskan mencari..adik2 akak pun ramai yang masih bujang trang tang tong..hehehe..eh..rasa macam nak kenen kan je..hahahha..ada jugak gadis2 yang marah akak kang!:)

Hansyirah Takezur said...

eceh. kemain eksaited tengok link dekat bloglist, tajuk kemain hot. rupa-rupanya luahan hati sang teruna. jumpa la tu jodoh tu nanti. jangan lupa ajak bila walimah. ehhe.

selamat hari raya. ampun salah silap. :D

Qurratuaini_SNQ said...

selamat hari raya maaf zahir. . hehe. .good luck dalam pencarian..Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. .