Bagi aku, tiada masalah. Asalkan tidak terlalu taksub dengan parti masing-masing sehingga boleh menyebabkan pergaduhan meletus dan rumahtangga berantakan. Kalau yang jenis taksub tu, kenala pilih dari kalangan ahli parti pilihannya. Kalau yang jenis tak kisah tu, takde hal la kan. Kalau terer, pandai-pandai la pujuk pasangan masing-masing untuk turut menyokong parti pilihan anda. Heheh..
Macam aku dulu, aku pernah kenal dengan awek yang sangat taksub dengan parti pilihan dia. Siap daftar sebagai 'Puteri Pink' lagi. Banyak kali jugak dia membahan-bahan dan mengeji tokoh politik pilihan aku. Mengutuk ulama. Bila aku berhujah dan membalas balik segala tuduhan tu, mula la dia nak melenting, nak gaduh, nak merajuk. Kompom takleh nak wat bini kalau camtu.
Berlainan pulak kisah kawan aku ni. Mak dan Ayah dia berbeza fahaman politik. Ayah dia taksub dengan parti hijau, mak dia aktif dengan parti biru. Hidup bahagia je. Tak pernah gaduh-gaduh pun. Masa pilihanraya, takde sampai nak cat bilik sebelah hijau, sebelah biru. Takde nak buat sempadan dalam bilik dengan poster dan bendera parti masing-masing.
Pendek kata, perbezaan politik tidak akan menghalang mana-mana pasangan untuk hidup bersama. Cuma, jangan bawak masalah politik ke dalam rumah. Undi anda adalah rahsia. Heheh.. Lagipun, berpeganglah pada ajaran Islam yang satu. Jangan pasal politik kita nak berbunuh.
Ada sesiapa yang ada pasangan berlainan politik?
SZ : Selamat mengundi buat pengundi-pengundi PRK DUN Tenang. Buat pilihan yang bijak!
*ni entry auto publish.. maaf.. komen dan jejak akan dibalas bila aku on9.. harap maklum..
Tweet |
44 comments:
once upon a time, memang berbeza pendapat, tapi tu bukan penyebab nak bergadoh.
cari ilmu, praktikkan dalam kehidupan.
datanglah perbezaan pendapat apa sekalipun ,insyaallah boleh dibincangkan secara aman.
kesimpulannya, hanya ilmu boleh mewaraskan seorang manusia.
wahh..smgt tol bab2 biru hijau nih. hehe
parti politik berbeza tu tak terjadilah dalam keluarga. kalau pun ada...masing2 tak taksub pun~
puteri pink??? haha
betul la,, kalau semuanye nak taksub dgn parti masing2 abes la ikatan tu musnah,, sebab tu aku malas nak taksub mana2 pihak,, lantak la tak gi ngundi pon takpe.. :p
ayakk..mesti bperang sekejap..huhu
rasa cam ramai je yg tak kesah..
biasanya yg kuat politik ni orang2 atas..lagi2 yg baru..nak mencapap je..sampai meluat tengok macam mp2 pkr tu..
tapi mesti menarik kalau ada pasangan pemimpin atasan parti yg lain2 pilihan..contohnya perdana menteri umno,bini pas...haha
ada parti warna purple tak?haha
btw, tak salah kalau berlainan fahaman politik, tp tu lah, jgn terlalu taksub sgt sampai hubungan renggang..parah..parah..kalau macam tu..
pangkah betul2.. pilih yg betul2 berkaliber.. jgn time pilihanraya nmpk muke, dh menang harem xde.. byg pon xjumpe
x kawen lagi! hehehe
xyah taksub sgt...nati ade kes bercerai berai psl politik plk...
cik tom dah amik code banner..sori lmbt...
utk link komen bg page banner..klik "options">pada "reader comment" tick "allow"...
slmt mencuba...
berbeza pendapat takpe.. biar lebih banyak berfikir. Undilah dgn bijaksana!
#tq sudi komen:)
fuh!!!
gue kurang bab politik memolitik ni...
bahaya juga perhubungan lain pendirian politik..
hehehee
ada jugak gini solihin..nak2 yg sgt berminat tu..tapi kene kontrollah..tak kan psl ini pun..laki bini nk gaduh..
pemimpin kita ni bergaduh masa duk ceramah je, tapi kat luar salam senyum2 lagi yang perang dan masam muka rakyat le kebanyakannya, jiran beza pahaman pun gaduh, sanggup pi masjid lain walaupun masjid tu jauh, kalau imam parti lain dia tak mau solat..ada ke patot..
lari topik hehehe
bini laki beza pahaman , ada jugak yg perang, yang ok pun ada jugak
yg ok tu alhamdulillah...
pernah face situasi ni.
adik cikgu~
huahu
perbezaan politik adalah lumrah, cuma isteri pasti makan pelempang kerana bercanggah dengan keinginan suami
huh, belum berminat dengan politik :) hope pasangan pandai pandai la manage rumah tangga. dan adil sikit dalam bab ni ^__^
Perbezaan antara 2 pasangan sepatutnya digunakan sebaik mungkin. dalam keluarga pun, perbezaan itu membuatkan anak-anak yang suka berfikir itu lebih advance dan lebih celik dalam membuat pilihan yang lebih tepat berbanding ibu bapa mereka yang obses dengan warna pilihan masing2...
salam pagi ahad =)
1- jika dia "pink", maka anda "hijau"lah..hehe
2.-kawan pun ada mcm tu, ayah hijau , mak biru,anak semua puteri, tapi ok je =)
tak kisah la... asalkan boleh bertolak ansur dan tidak bergaduh...
ish..bercinta bukan kerana parti politik kan..InsayaALLAH akan bahagia..hihi
mak ngan ayah niesz pon mcm tu..tp xpnh nk bgtau dorg vote ape..hehehehe..
tlg doakan adik niesz yer..
updated entry : risau nya adik kat kaherah, ada rusuhan
hm, xpenting smua tu, klau gaduh psl politik n cerai berai....
x pndai la bab2 politik ni..
walopon da boley mngundi..
still xde ilmu politik..
huhuhu..
xpe2..
undi adelah rhsia..
xpnh lak crik pkwe n tnye psl dy parti ape dulu..
hehehehehe..
macam SZ cakap, it's ok asalkan masing2 tak terlalu fanatik dgn parti pilihan masing2..
kwen kena cari sekufu ni.hehe
btol2...xde pekdahnye nk gadoh sbb ni..huhu..
kalau alya mesti nak elak benda nie sebab payah..hahaha
alya mgkin okea je tapi my parents org berpolitik. so, kiteorg slalu cakap macam2 isu kat umah. takotla dapat psangan yg laen politik n tibe2 takleh time my family..tak ke haru?hahaha
heheh xde hal punyelah brlainan parti politik, bahgia jgk huhu..sy dua2 skong kerajaan lalalala ;D
kebiasaannya, waktu nak dekat pilihan raya mesti akan timbul isu ni. mak apak sy pun mcm tu. dulu ok. tp sejak 4,5 tahun lepas,apak telah bertukar pihak tp mak masih setia pada yg satu. jadi mereka selalu berdebat.
Yg menang mestilah emak. sebab emak klau debat umpama leteran. Sape yg blh tahan dgr leteran org pempuan ni kan? heheh...
(^__^)
setuju..kalo fanatik tue yg bahaya..benda politik pn bole bawa masalah..huhuyhu
selamat mngundi buat ssiapa yg mengundi. hee..
sy ada kenal satu psng ni..suami paksa isteri sokong parti pilihan dia dgn alasan..isteri kena dgr ckp suami..kalau x derhaka...hehe..mcm2
Undi biarlah rahsia...hehe..
biasanye problem bila time mengundi laa kn...masing2 nak betulkan pihak masing2, kadg2 blh jdi gaduh...tpi terpulang pade individu macamne nk hadle keadaan tersebut...
sekadar dipinggiran..:)
setiap yang berlainan mesti ada persamaan, sama gak suami isteri :P
Jom: Kalau Gerrard jadi Boss
undian anda adalah rahsia..haha
aku pernah jumpa pasangan yg berlainan parti ni iaitu mak ayah kawan aku..elok je..yg penting jgn campur aduk dlm rumahtangga..kat luar lain..
@Fariq : tak boleh kalau tak mengundi.. jadilah rakyat yg bertanggungjawab.. :D
@nuriz : tu ar pasal.. jangan smpai terlalu taksub smpai camtu skali kan...
@sissyira : tgok warna blog sudah la.. heheh..
@diana : parti tupperware? hahah...
InsyaAllah, ak akn kawen xlama lg. Dan family ak & family pasangan ak berlainan fahaman politik & masa family ak g rumah yg pmpuan pn dorang ok jer. Btl kata korang, jgn taksub sbb bila taksub mmg xdpt bersemukala...
Ak da bagi hint kt pasangan ak yg ak more to parti A & dia mcm ok jer wlaupun fmly dia more to parti B. Lagipun, isteri wajib ikut ckp suami selagi tdk bertentangan dgn Islam..InsyaAllah, jika dia syg aku, dia akn bersama ak utk tegakkan Islam dan ak bersyukur dia faham & mengerti.
InsyaAllah, ak akn cuba utk tarik bakal mertua ak plak utk sokong parti A. Bukan kerana hendakkan kuasa tapi niat ak spy Islam dapat Ditegakkan.
@Skype Crew : woahh.. tahniah skype..
mudah-mudahan niat suci murnimu itu akan menjadi kenyataan..
Islam mesti ditegakkan.. =)
haha..
Post a Comment