Tahap 1 (Darjah 1 - 3)
Dulu masa aku darjah 1 hingga 3, aku sentiasa skor markah 100 dalam subjek Matematik. Aku boleh dikatakan tergolong di kalangan kanak-kanak ribena yang bijak pandai. Sebab setiap kali exam, aku sentiasa dapat top 3 dalam kelas. Ketika tahap 1, masih belum ada pembahagian kelas budak pandai dan kurang rajin. Bermula Tahap 2, barulah proses pembahagian tersebut dijalankan. Ye.. Aku masuk kelas budak-budak pandai. Ye, aku cuba untuk berlagak pandai ni. Mohon lempang aku.
Tahap 2 (Darjah 4 - UPSR)
Bermula darjah 4, aku dah mula start bencikan Matematik. Ini semua gara-gara aku lambat tangkap bagaimana nak selesaikan masalah bahagi. Nak bertanya, malu. Bodoh sombonglah katakan. Perkara itu berlanjutan hingga ke subjek yang lebih rumit. Aku hanya ternganga dan terus nganga ketika cikgu mengajar di depan. Apabila cikgu round kelas, aku pura-pura tunduk sopan menulis. Sejak itu, ranking aku dalam kelas jatuh mendadak ke tempat ke-7 dan seterusnya berbelas-belas (maksimum 14). Walaupun aku berjaya skor cemerlang semua subjek yang lain, peratusan keseluruhan dicacatkan dengan result Matematik yang sentiasa berada di atas garisan maut. Dalam UPSR, result matematik aku cuma B.
Menengah Rendah (Tingkatan 1 - PMR)
Apabila melangkah ke alam menengah, tahap kebencian aku terhadap matematik semakin membuak-buak. Aku semakin fobia melihat nombor. Dalam kelas, mata memandang ke hadapan, fikiran melayang entah ke mana. Kejap dongak, kejap tunduk. Kononnya sedang khusyuk membuat kiraan. Padahal buku latihan penuh dengan contengan. Jika cikgu garang, dalam hati tak putus-putus berdoa agar jarum jam bergerak pantas. Hasilnya, result PMR aku yang dibarisi 6A, dicacatkan sekali lagi dengan Gred Cacing oleh subjek Matematik.
Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
Aku nekad untuk tidak memilih aliran Sains dan Akaun walaupun result PMR aku layak untuk ke aliran tersebut sedangkan orang lain sanggup menebal muka buat rayuan. Tetapi tidak bagi aku kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan subjek Matematik Tambahan yang pastinya lebih menggerunkan dan membuatkan result aku nampak lebih bodoh. Pengecutnya aku pada waktu itu kerana menyerah kalah sebelum berlawan. Pada waktu ini, aku dah mula berani untuk ponteng kelas Matematik kecuali kelas-kelas yang melibatkan cikgu perempuan yang cun. Malangnya cikgu tersebut hanya cikgu praktikal.
Percubaan dan SPM
Ketika percubaan SPM, aku memperoleh gred 9F. Yeah! Antara pelajar paling lampi dalam subjek Math. Seperti biasa, subjek sukar yang lain aku mampu skor dengan cantik dan pernah dapat highscore dalam kelas, tapi tidak bagi Matematik. Menjelang peperiksaan sebenar SPM, aku mengambil tuisyen insentif dengan Mak aku sendiri yang merupakan seorang Teacher tapi mempunyai sedikit kemahiran dalam Matematik. Mak aku sampai nangis-nangis pujuk aku buat latihan Math sebab aku memang dah give-up gila.
Dalam kepala otak aku waktu tu, lantaklah Matematik gagal pun. Asalkan subjek lain semua skor. Sampai macam tu sekali tahap kritikal aku dalam Matematik. Tetapi, setelah di'brainwash' oleh ayah aku bahawa Matematik itu penting, aku pun gagahi juga untuk cuba lulus. Akhirnya, seperti biasa slip result aku dicacatkan dengan Matematik. Aku dapat 7D.
Paper Julai
Disebabkan kegagalan aku untuk memperoleh sekurang-kurangnya Credit dalam subjek Matematik, aku mengalami kesukaran untuk diterima masuk mana-mana IPT. Baru aku sedar betapa pentingnya subjek Matematik. Tiada guna kalau gagal paper Math walaupun subjek lain cantik. Akhirnya Mak aku mencadangkan supaya aku mengambil Paper Julai. Paper Julai? Aku dapat 8E. Kah..Kah..Kah.. Ingatkan bolehla dapat bagus sikit. Lagi teruk ada lah. Rupanya aku masih belum sedar. Aku langsung tak study pun untuk paper Julai. Begitulah kebencian aku terhadap insan bernama Matematik.
Private College (Semester 1)
Disebabkan aku tidak layak untuk join bebudak pandai masuk U, terpaksalah aku membuat pilihan terakhir sambung belajar di kolej swasta. Aku rasa sangat bahagia ketika semester 1 kerana aku tidak perlu bersemuka dengan Matematik. Untuk kali pertamanya result aku bersih tanpa dicacat celakan dengan Math! Aku berjaya skor keseluruhan CGPA 4.00. Indah sangat slip result aku tanpa Matematik.
Private College (Semester 2)
Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya Matematik di tengah hari. Subjek paling dibenci muncul lagi. Aku kembali gusar. Habislah cacat kembali slip result exam aku. Akan tetapi, aku tetap nekad untuk maintain pointer aku kepada 4flat. Jadi, nak tak nak aku kena paksa diri untuk cuba membuka hatiku ini menerima cinta si Matematik yang tidak pernah jemu mengetuk pintu hatiku. Akhirnya, Matematik mula melekat di jiwa aku dan perasaan benci mula terhakis sedikit demi sedikit. Tambahan pula lecturer Matematik yang comel dan sentiasa memberi perhatian terhadap kami sekelas membuatkan aku lebih ghairah menekan kalkulator. Setiap kali aku berjaya menyelesaikan sesuatu soalan, satu tumbukan padu ke udara dilepaskan tanda aku puas dengan kejayaan memerah otak aku yang sentiasa terseliuh membuat kiraan.
Kemarau A Sejak Usia 9 Tahun Berjaya Ditamatkan
Pernah suatu ketika aku mencaci maki siapa yang mula-mula mencipta Matematik tanpa disedari orang itu adalah seorang Tokoh Islam, Al-Khawarizmi. Pernah ku merungut, apa gunanya topik Matematik yang tak masuk akal tu untuk digunakan ketika bekerja nanti. Kini baru aku tahu, Matematik tidaklah susah sangat seperti yang disemat di minda aku sebelum ini. Cuma perlu tanamkan minat dan dibajai sedikit kerajinan.
Semester kedua tersebut, aku berjaya maintain CGPA 4.00. Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya menamatkan kemarau A dalam Matematik sejak kali terakhir melakukannya ketika berusia 9 tahun. Yes! Aku dapat A! Kepuasan yang tidak terhingga melebihi kepuasan mendapat pointer keseluruhan 4flat. Serius! Syukur sangat.
Sekarang
Aku dah lupa apa yang aku belajar. K, bye... ZZZZzzzzz...
Math is Sexy! |
SZ : Jangan benci Matematik. Bencilah diri sendiri yang bencikan Matematik..
Tweet |
39 comments:
akak pulak paling suka math..selalu score tinggi..
SZ, samalah macam anak akak, tahap 1, memang tinggi markah..tapi masuk je tahap 2, dah slow merangkak ke bawah...tahun ni nak ambil UPSR...aduh macam mana tah..akak dah ajar cara paling mudah..risau akak tau..
hak hak hak lawak gila!
saye suke math, tapi math moden je lah. add math hancur jugak. hehe.
tapi pernah mase menganggur dulu, boring2, buka lah teks kalkulus wat latihan, teruja betol. haha. i just love math.
;p
#SZ just like my fren. amik paper julai pun serupe je. tapi english A1. hehe
wah, dasyatnya tahap kebencian sz dgn math dulu..jarang nak jmp lelaki yg xsuka math mcm sz ni..luar biasa gitu..hehe
Waaaaaaaaaaaaaa, sayalah diantara yg berani mati , negada-ngada nk amek pure science,, skrg berdepan dgn ADD MTH ~
tahukah anda wahai SZ bahawa math tu jadi bosan biler cikgu/lec yg ajar tu x bg contoh yg berkaitan dgn kehidupan seharian?? siyesly ak ckp ngan ko math yg ak fail time dip tu x gune 1 pon formula kalo ak keje nnt...
*dip/dgree nyer math tu tok research jer.. kalo x keje bese2 mmg x gune laa....
ayat last tu mmg power!! kah3
aku mula bengap matematik sejak form 1..tapi smpai skarang aku masih kompius, kenapa aku dpt A dlm pmr hahaha
al -khawarizmi::
Perempuan yang mempunya agama = 1
Jika perempuan itu ada harta tambah lagi satu kosong di belakangnya
Jika perempuan itu cantik tambah lagi satu kosong di belakangnya
Jika perempuan itu baik
keturunannya tambah lagi satu kosong di belakangnya
Tapi jika perempuan itu tiada agama jadi yang tinggal pada perempuan itu hanyalah kosong...
aku pon xsuka math sgt segalam sombong tanakk tanya kat sekola dlu mmg ingat jgkla, tp lps abis study aku dapat pulak job kat bank ..gagah kan..haha..hebat doh 4 flat ko
haha. terkena atas batang hidung bila baca post ni. esp,masa form 4&5, subjek addmath. dapat G tu perkara biasa tp alhamdulillah spm dpt b.
sy pon tak suka gak matematik. sangat bersyukur sebab takde jodoh ngan math stakat nie.
tp xtaw la sem depan kalo ada. aaa.. kemarau bakal bermula lg. dah lme sangat tggl math.
saya paling suka subjek ini :)
hahah! cek baca aih semua smpai habihh. sbb cek pun xsuka mathhhhhhh! haahaha..
zaman sek ren ok lg. dtg time form 4 kena amik add math, menanges tak berlagu. sllu fail! benci btolll!
smpai skrg xsuka subjek math walaupun math yg senang. sbb xsuka!
eh, saya baca sampai habis kayyyy... hahhaha~
saya sangat suka math...sampai SPM..bila masuk degree, mula rasa susahnya math dalam bidang engineering ni...mulalah tak dapat A.... T_T
haha~ nasib baik ko berjaye menamatkan kemarau lingkup math ko. math ni x susah, cuma rumit je.. ;p
aku kalau main dgn nombor masih boleh gagah lagi mengira, tapi kalau dah mula masuk huruf, start la mental blocked. damn~ hahaha XD
matematik moden spm oklah...add maths...hurmmm...
ms sek kolh rendh dlu ad sorng kwn yg suka gila2 kt math but subjek len dia kurng..org gelr dia prof..sy pun suka math..
=D ermm patot la sebelum ni tak dpt nk akses, domain kna curi ek..
btw, saye sedang benci diri yg bencikan matematik =D mujur sem lepas dpt C..haha,,soon akaun..oh no!!!
hahahahha sama la kita.. dulu memang benci giler number... skrg selalu score subjek nie hahhha
konfius benci ke tak math.. hahaha
camtu rupanya.. dasat tol level kebencian kat Math tu.
Math dan Add Math sek menengah rupanya senang giler biler baca balik skang. dulu rasa agak susah :)
Hidup ni boring tanpa Math...
*benci subjek BI
Salam,
Matematik penting dlm kerjaya
KLIK:SPM TERBAIK SEPERTI DIJANGKA IKIKI
aku pun nak belagak. hahaha!
Darjah 1 - 3
takyah cakap laa... hehe! macam kacang je.
Darjah 4 - 5
jadi bengap sikit. huarghhh!!
Darjah 6
terpaksa study gile2 sebab nak upsr. tapi kan, kalau banding ngan sekarang aku tak tau pun cane boleh pandai maths. hehe! upsr 4A je. B tuu BI....
Form 1
exam first dapat A. then dapat C, then dapat B. n B. exam 4 kali. bangang tak? haha!
Form 2
dapat B, A B A. aku start jadi cikgu. hehe!
Form 3
antara yang bertuah dapat A time percubaan. hehe! aku dah jadi cikgu. ajar depa. pasai tuu aku tak yah nak belajar. hehe! sume kene tanya bende ulang2... last2 ingat. PMR 8A. :)
Form 4
top student for maths and add maths. :P
Form 5
berubah minat kepada Kimia. Haha! Tapi still maths n add maths dapat a. Hehe. result pula dapat A+. woha!!!! 5A+ 4A.... bab2 kira mengira tuu memang A+ laa... hua3!!
Asasi UM Sem 1
maths still the best subject. mid sem exam, dapat A. time final, dapat 1A dan 1A- sedih gile! hahahaha!
Sem 2
First time dalam masa 5 tahun tak dapat A!!! diri ini terasa ingin nangis.... huarghhhh!!! takpe2. sekarang ada seminggu lagi exam final(kira dari hari ini, Jumaat). woha!
Lastly, doakan aku Soleh!! :)
mood: tiada perasaan bangga.
Wheeeeeee finally jmpa gk org yg menyampah dgn subjek Math.
Ya,kebencian sy trhdp subjek Maths tlh terbawa-bawa hinggakn bila dpt result SPM baru2 ni saya hnya brjya mndpt gred C dlm Maths.
Teori saya beranggapan,graf utk Maths tahun ini turun berikutan soalan yg cegampang susah taon lepas.Addmaths?Usah ditanya.Haha.
SCREW MATHS !
Wheeeeeee finally jmpa gk org yg menyampah dgn subjek Math.
Ya,kebencian sy trhdp subjek Maths tlh terbawa-bawa hinggakn bila dpt result SPM baru2 ni saya hnya brjya mndpt gred C dlm Maths.
Teori saya beranggapan,graf utk Maths tahun ini turun berikutan soalan yg cegampang susah taon lepas.Addmaths?Usah ditanya.Haha.
SCREW MATHS !
Saya tak benci subjek Math ni. Tapi SPM baru2 ni saya dapat gred D . Mencacatkan Result je kan .
siyes sgt sukakan math n account. tapi syg ms SPM dl tak jawab satu soalan.. markah 20.. so result dpt 2 ke 3 lupe sudah.. 3 rasenye.. tak dpt A T_T
alhamdulilah skrng bkl bergelar guru matematik...
setiap manusia ada kekurangn dan kelebihan masing2 kan,Allah bagi kau kelebihan yang lain...xpelah kau dah berusaha kan hehe
solihin, sy bc entri ni dgn excited dr atas smpai bwh, cerita tahap 1, tahap 2 kita sama!
sepanjang form 2 sy takpernah tak fail subjek matematik. haha. cuma bila smpai form 3, tertekan button suis on-Matematik, sejak dr tu sy suka matematik.
Mental block dengan matematik dah takde, alhmdulillah sekarang degree in mathematics, kalau cikgu math form2 tau ni, mau tersedak2 lah dia.hahaha
@Syafiq Ahadin : amboiii... wat entry la weyhh.. pnjg kemain.. hahaha..
huhu, aku sangat suka matematik.. hoho bagi aku tips yang paling penting nak blajar matematik ialah.. kena paham apsal jalan kira tue jadik camtue.. jangan makan suap jer formula yang cikgu bagi tue..
alaaa, math sek ren sng je,. sy msa f2 dah nyampah dah.. hahaha.. sbb bebelit sgt.. kekeke..
aku dlu pun benci gila maths. tapi sebab kawan dengan budak2 pandai. terpaksa paksa diri belajar maths. sampai nangis2 siapkan algebra. tapi alhamdulillah, exam besar maths semua dapat A. kecuali add maths. dari sekolah menengah sampai matriks aku kena masuk kelas bimbingan matematik tambahan..at last aku quit matriks sebab maths. and pindah ke diploma architecture yg ada jugak maths. tapi tak la segila kt matriks tu. :)
Aku plak dulu suka. Sekarang tak suka. T.T
math?50-50 je benci gn suka..tapi ttp tak dpt A..errr-.-
hahaha.sekarang pun saya dah lupa jugak. dulu saya benci sangat matematik. tapi masa masuk uni, dapat bidang yang memang kena mengira. quantity surveying. pernah fail subjek structure. tapi alhamdulillah lulus jua akhirnya. hehe. tapi tetap tak score.wakaka.
kalau addmath dpt d boleh masuk u tak??
aku pown benci math gilarh!! dri dulu kecik cmpai la kbesar panjang . .pa yg ko citew nyh mmg kna tpat at btg idong aku. .hahaha!tiap kali c.math msok. .msti ak tgk jam bila nk abis. .hakha,sebijik mcm ak. .mintak2 la ak dpt bukak pintu ati ak demi math...amin..jrg jugak pmpuan mcm ak benci math, ,
aku pun anti-math.upsr B.bila masuk kolah nengah akulah paling tercorot dlm kelas.utk subjek math shj ok.subjek3 lain power je.keajaiban berlaku smasa PMR.aku berusaha keras dlm masa 4 bulan.trial dpt E,PMR tetiba dpt A.aku pun xcaya aku blh buat.haha.naik form 4,aku kembali mnjadi pelajar math n addmath paling tercorot dlm kelas.tp aku topten tau.naik form 5,aku bertuah krn dikurniakan cikgu math yg sgt garang n dedikasi.dlm masa 3 bulan je result aku up from E to A.spm dpt A math.huhu.tp addmath,fail.then dpt tawaran diploma akaun uitm.tp aku x pegi.sbb kebencian aku trhadap math belum berakhir.
Post a Comment